Part 1: An antique bracelet.
[Historical era]
[Tian Ning Dynasty]
Feiye kembali ke Ocean of Plum. Punggungnya dilabuhkan di atas tangga simen di hadapan singgah sana yang dihadiahkan buat arwah isterinya itu. Seketika, matanya tertancap pada figura seorang gadis yang persis seperti kekasih hatinya itu. Gadis itu sedang memetik herba-herba yang ditanam di dalam sebuah petak kecil.
Dan menyangka isterinya itu telah kembali kepadanya, Feiye terus berlari ke arah gadis itu dan memeluk tubuh kecil itu dengan erat. Tidak mungkin dia ingin meleraikan pelukan ini atau membiarkan gadis itu pergi lagi.
Namun, dia tiada kuasa untuk menolak takdir atau mengubahnya lagi kerana Yunxi telah dahulu menulis takdir untuknya.
Gadis di dalam pelukannya perlahan-lahan hilang bersama gugurnya kelopak bunga plum.
Feiye mula menjadi tidak keruan. Dia menjerit memanggil sebuah nama yang sangat dirinduinya bersama setitis demi setitis air mata yang terus-terusan mengalir di pipinya.
____
[Modern Era]
[Year 2021]
"Yunxi! Hanyunxi! " Kedengaran jeritan nama itu bergema memenuhi ruangan sebuah bilik. Jeritan yang datangnya dari seorang pemuda yang sedang terbaring di atas katil dengan mata yang tertutup.
Dan akhirnya, mata pemuda itu terbuka dan dia lantas bangun dari perbaringannya.
Nafasnya turun naik. Dadanya terasa sesak. Peluh mengalir di tubuhnya yang hanya dilitupi oleh selimut putih itu walaupun kedinginan yang dirasakan kini.
'Mimpi itu lagi. ' detik hati Feiye.
Dia meraup wajahnya dan dapat merasakan pipinya basah dek air mata yang terasa suam itu.
'Aku menangis? Tapi kenapa? Adakah sebab gadis itu? '
____
[Di hospital]
Feiye menaip description ubat yang ingin diberikan kepada pesakit terakhirnya pada hari ini dan setelah itu, description ubat yang telah berada dalam sistem hospital itu di hantar ke unit farmasi melalui komputer di hadapannya.
Pesakitnya mengucapkan terima kasih kepadanya sebelum keluar dari bilik rawatan, tempat di mana dia ditugaskan untuk minggu ini.
Feiye menghembuskan nafas berat tatkala pesakitnya itu hilang dari pandangannya. Dahinya dipicit-picit.
Tidak lama kemudian, pintu bilik rawatan itu terbuka semula. Kepala Qishao terjengul di muka pintu. Pemuda berwajah kacukan itu tersenyum nakal sebelum meluru masuk ke dalam bilik itu tanpa menunggu kebenaran dari Feiye.
Dengan muka selamba, Qishao melabuhkan punggungnya di birai meja di hadapan Feiye.
Feiye memandang sahabatnya itu dengan muka seposen. "Dr Qishao, kau ni tak reti nak ketuk dulu ke sebelum masuk."
"Hehe.. Sorrylah Feiye gege." Qishao buat muka comel. Sengaja dia memanggil rakannya yang sebenarnya lebih muda setahun daripadanya itu dengan panggilan 'gege'. Lagipula, kalau orang tidak tahu umur mereka, mereka pasti akan menganggapnya lebih muda daripada Feiye kerana sikapnya yang kebudak-budakan itu sangat bertentangan dengan personaliti Feiye yang serius dan matang itu.
Feiye memberikan jelingan maut kepada Qishao sebelum dia mula memicit-micit dahinya kembali.
Raut wajah Qishao berubah bimbang apabila melihat Feiye yang berkerut-kerut dahinya seperti menahan sakit. "Kenapa Feiye? Kau tak sihat ke? "
"Pening kepala sikit je," jawab Feiye perlahan.
"Kau ni nama je doktor. Tapi kesihatan sendiri bukan nak jaga elok-elok. Dah ambil ubat belum tu? " Mood membebel Qishao on.
"Sikit je ni. Mungkin sebab aku tak dapat tidur sangat malam semalam, tu yang pening kepala ni," jelas Feiye tentang buah fikirannya yang dirasakan logik.
"Tak dapat tidur? Kenapa pulak?" Dan seketika Qishao tersenyum sumbing. Idea nakalnya muncul seperti sebiji mentol yang menyala di atas kepalanya. "Atau kau bawa Mingxiang balik rumah kau malam semalam.. tu yang tak dapat tidur ni?? " teka Qishao.
"Ishh, apa kau mengarut ni. Tak de lah. Cuma lately ni.. aku selalu mimpikan seorang gadis ni."
"Gadis? Siapa? Cantik tak? " tanya Qishao bertubi-tubi apabila topik itu berjaya menarik minatnya.
"Aku tak kenal. Dan dia macam bukan dari zaman kita. Tapi sejak bulan lepas, hampir setiap malam dia datang dalam mimpi aku."
"Hurmm.. " Qishao memegang dagunya dan lagaknya seperti pemikir terhormat. "Mak aku kata kalau mimpi perempuan tak kenal ni tandanya jodoh."
"Tak mungkinlah." Feiye menolak idea sahabatnya itu yang dirasakan tidak berapa relevan buatnya. "Kau pun tahu kan, aku dah bertunang dah pon dengan Mingxiang. Maknanya Mingxiang lah jodoh aku. "
"Tunang je pon, belum kahwin lagi. Lagipun, aku nak tanya, kau betul-betul suka ke kat Mingxiang tu?" Akhirnya, Qishao dapat menghamburkan soalan yang dah lama ingin ditanyakan kepada sahabatnya itu sejak Feiye membuat keputusan untuk mengikat pertunangan dengan gadis comel merangkap sepupunya sendiri itu.
Feiye tergelak kecil. "Apa punya soalanlah kau tanya ni. Aku dengan Mingxiang dah kenal dari kecil lagi. Kami membesar bersama. Aku sayang dia. Dan aku tak pernah bayangkan akan ada perempuan lain yang akan jadi isteri aku selain dia." Lembut raut wajah Feiye tatkala mencurahkan perasaanya itu.
Qishao akhirnya mengangguk tanda faham. Mungkin selama ni, dia melihat Feiye melayan Mingxiang bukan seperti kekasih itu hanyalah salah faham sahaja. "Okeylah kalau kau dah cakap macam tu. Eh.. aku sebenarnya nak tunjuk sesuatu kat kau ni."
"Apa dia?" tanya Feiye yang membetulkan duduknya.
Qishao mula mengeluarkan sesuatu dari poket coat putihnya dan diletakkan di atas meja di hadapan Feiye. Sebentuk gelang antik berwarna hijau.
Feiye mengecilkan matanya.
'Kenapa gelang ni macam familiar yer? Tapi kat mana aku pernah tengok gelang ni?' fikir Feiye.
"Unik tak gelang ni?" tanya Qishao mematikan lamunan Feiye.
Feiye mengangguk. "Macam gelang orang zaman dulu. Kau dapat dari muzium mana ni? " seloroh Feiye.
"Ada orang post ni ke rumah aku." jawab Qishao sambil mengingat semula bungkusan yang diterimanya hampir sebulan yang lalu namun baru dibukanya beberapa hari yang lalu.
"Ha?? Secret admirer kau lah tu yang bagi. Kau kan ramai peminat. Almaklumlah doktor selebritikan. " perli Feiye dalam kebenaran.
"Seriuslah secret admirer aku yang bagi?? Tapi macam pelik je diaorang nak bagi aku benda macam ni. Lagipun, aku bukan perempuan nak dihadiahkan gelang macam ni. "
"Mana lah taukan. Lagipun gelang antik macam ni, tinggi nilainya kat pasaran. Maknanya orang yang bagi kau gelang ni pada kau memang betul-betul suka kat kau sampai sanggup bagi barang yang valuable macam ni. " Feiye kelihatan puas hati dan yakin terhadap penerangannya yang dirasakan have high possibility.
Qishao seperti berfikir sejenak sebelum dia bersuara semula.
"Eh, kau free tak hujung minggu ni? "
"Free je rasanya. Kenape? " tanya Feiye yang mula merenung gelang itu semula.
Tanpa menjawab, Qishao kemudian tersenyum penuh makna.
___
[Hujung minggu]
Qishao dan Feiye kini berdiri tegak di hadapan pagar sebuah rumah agam.
"Kau pasti ke ni rumah orang yang hantarkan gelang tu pada kau?" tanya Feiye yang memecahkan kesunyian yang melanda mereka berdua sejak sampai di hadapan rumah agam itu beberapa minit tadi.
"Betullah ni kalau berdasarkan alamat ni," beritahu Qishao setelah menyemak dengan teliti alamat pengirim yang tertulis pada kertas yang sedang dipegangnya itu.
"Lain macam kau punya secret admirer ni. Dia bagi kau gelang bernilai macam tu tapi dia tak tulis pun nama pengirim. Macam sengaja je tak nak kau tahu siapa dia," kata Feiye sambil kakinya terjengket-jengket memandang ke kawasan dalam pagar itu.
"Itulah yang aku pelik ni. Misteri kan. Buat aku curious sangat-sangat. Tu sebab aku ajak kau siasat siapa pengirim gelang ni hari ni. Dia mesti ada dalam rumah agam ni." Qishao kelihatan yakin dan bersemangat.
Feiye buat mata ke atas. Malas. "Aku kerja sebagai medical officer, merawat pesakit okey, bukan detective yang kerja menggeledah rumah orang ni. "
"Ala..boleh la, Feiye gege. Boleh la boleh la. Tolonglah aku. Erk? Erk? "pujuk Qishao sambil menggoncang-goncang lengan Feiye.
Dan pada ketika itu juga, pagar di hadapan mereka tiba-tiba terbuka. Dek kerana terkejut Qishao spontan menyorok di belakang tubuh Feiye. Dan sesaat kemudian, sepasang matanya yang terkelip-kelip itu kelihatan mengintai dari celah ketiak Feiye untuk melihat gerangan yang membuka pagar itu. (Author's note: Qishao senget! XD )
Seorang wanita yang berumur sekitar separuh abad kelihatan sedang melangkah menghampiri mereka berdua. Sebuah senyuman manis menghiasi bibir wanita itu.
"Silakan masuk," jemput wanita itu tatkala langkahnya terhenti di hadapan Feiye.
Feiye sedikit terpinga. Kini, giliran Feiye pula mengedip-ngedipkan matanya.
"Eh, kau ada call diaorang dulu ke sebelum datang?" bisik Feiye kepada Qishao yang masih berada di belakangnya.
"Mana ada. Tak de contact number pon kat parcel tu. Hanya alamat rumah ni je ada." bisik Qishao kembali.
"Lepas tu, kenape makcik ni suruh kita masuk macam kita dijemput je. " Feiye masih keliru.
"Manalah aku tau. Alah, peluang depan mata, masuk je lah." Qishao tanpa memberi hint terlebih dahulu terus menolak tubuh Feiye ke hadapan. Hampir tersembam Feiye. Nasib baik dia dapat mengimbangkan badannya.
Dan akhirnya kedua-dua pemuda itu melangkah ke dalam kawasan rumah agam yang luas itu sambil didahului oleh wanita tua tersebut.
____
[Dalam rumah agam]
Feiye dan Qishao kini berada di ruang tamu rumah agam tersebut. Mereka berdua sedang duduk di atas sofa besar lagi empuk yang tersergam di ruang tamu itu setelah dijemput duduk oleh wanita tua yang membawa mereka masuk sebentar tadi.
Mata Qishao tak berhenti melilau melihat barang-barang perhiasan yang antik dan berharga dalam rumah itu. Dia nampk terpegun benar.
Manakala mata Feiye pula mencuri pandang ke arah sebuah bilik yang kelihatan seperti bilik bacaan. Melalui pintunya yang terkuak sedikit, Feiye dapat melihat figura seorang lelaki sedang duduk di atas sebuah kerusi roda elektronik di dalam bilik tersebut. Di sisinya terdapat seorang pembantu wanita dalam lingkungan 40-an sedang berdiri menghadapnya dan wanita itu kelihatan terangguk-angguk seperti sedang menerima arahan daripada lelaki tersebut. Namun malangnya, wajah lelaki itu tidak berjaya dilihat Feiye kerana lelaki itu membelakangkannya.
'Lelaki tu tuan rumah ini ke?,' fikir Feiye.
Dan tidak lama selepas itu, pembantu itu keluar dan menutup rapat pintu bilik tersebut. Pembantu itu kemudiannya membisikkan sesuatu pada wanita tua yang menjemput Feiye dan Qishao di pagar tadi.
Feiye lantas melarikan anak matanya apabila wanita tua itu mula berjalan ke arah mereka berdua.
"Cik muda berada di tingkat atas. Mari... Saya bawakan ke bilik tidurnya," kata wanita tua itu dan langsung ingin berpaling.
Namun...
"Eh..tunggu! Tunggu! " Qishao bersuara membuatkan wanita tua itu kembali memandang mereka berdua. "Saya tak faham, kenapa kami kena jumpa 'cik muda'? Cik muda tu siapa?" tanya Qishao. Dia kelihatan benar-benar ingin tahu.
Wanita tua itu tergelak kecil mendengar pertanyaan Qishao. Feiye pula hanya memerhatikan gelagat wanita tua yang berpakaian seperti pembantu itu.
Tanpa memberikan sebarang penjelasan yang didambarkan Qishao, wanita itu terus berjalan menuju ke tangga yang terletak di tengah-tengah rumah itu untuk naik ke tingkat atas.
Baru sahaja Feiye ingin melangkah mengikuti wanita itu, Qishao cepat-cepat mencapai tangan Feiye, membuatkan langkah Feiye terbantut.
Feiye menoleh ke arah Qishao.
"Eh, dia nak bawa kita masuk bilik tidur prmpuan ke? Tapi kenapa dia ajak kita berdua sekali? Bukan sepatutnya sorang je ke?" Qishao dah mula hanyut dengan fikiran nakalnya.
Feiye pula buat muka meluat. "Kau boleh tak otak tu jangan biru sangat." hambur Feiye dan dia malas melayan Qishao dah.
"Aku tanya je. Tu pon tak boleh. " rungut Qishao sambil tunjuk muka tak bersalah.
Feiye menjelingnya dan kembali mengikuti langkah wanita itu menaiki tangga ke tingkat atas. Qishao akhirnya turut melangkah ke arah yang sama.
_____
Wanita itu membawa Feiye dan Qishao menyelusuri sebuah koridor yang agak panjang di tingkat atas rumah tersebut sebelum akhirnya langkah mereka bertiga terhenti di hadapan sebuah pintu bilik.
Pada ketika itu juga, seorang wanita muda yang datang entah dari mana berjalan menghampiri mereka bertiga. Wanita yang berpakaian mewah itu kelihatan sungguh jelita sekali. Rupa parasnya bukan seperti orang kebanyakan, sebaliknya bak bidadari yang mencemar duli turun ke bumi.
Wanita tua yang telah jelas hanyalah pembantu di rumah itu menunduk hormat tatkala terlihat wanita jelita itu.
"Selamat pagi, Princess Qingge," sapa pembantu tua itu sambil tersenyum.
"Uish! Patutlah cantik lain macam. Puteri rupanya," bisik Qishao di tepi telinga Feiye.
Feiye hanya menganggap bisikan Qishao itu seperti angin lalu, matanya lebih tertarik pada pembantu wanita jelita itu yang sedang berdiri di belakangnya.
'Dia tu bukan ke pembantu yang menerima arahan directly dari tuan rumah ini tadi. Bila masa dia naik ke tingkat atas ni? ' desis hati Feiye. Entah kenapa situasi itu seperti ada yang tidak kena pada fikiran logiknya kerana seingatnya, semasa dia mengikuti wanita tua ini naik ke atas, pembantu itu masih di tingkat bawah.
Di saat Feiye sedang khusyuk memandang pembantu itu, Qingge seperti turut menunjukkan minat terhadap Feiye dan Qishao. Dia menjamah wajah kedua-dua pemuda itu satu-persatu sebelum memandang wanita tua yang berada di hadapan mereka berdua. "Zhao momo, mereka ni ke doktor yang tuan jemput untuk merawat Xi'er?"
"Iya, Princess," jawab wanita yang dipanggil Zhao momo itu.
Qishao sekali lagi mencuit pinggang Feiye. "Eh.. Macam mana mereka ni tahu kita doktor? " Pertanyaan Qishao itu berjaya membuatkan fokus Feiye beralih daripada pembantu itu kepada majikannya yang bak puteri itu, Qingge.
Feiye memandang tepat ke arah muka Qingge. Riak wajah tenang wanita jelita itu membuatkan Feiye semakin keliru. Dahinya mula berkerut. Ada betulnya kata Qishao, macam mana mereka boleh tahu aku dan Qishao adalah doktor? Fikir Feiye.
Melihatkan kedua-dua pemuda itu memandanya tanpa berkelip, Qingge kemudiannya memberikan senyuman manis kepada Qishao dan Feiye. Qishao yang tidak dapat menolak senyuman yang seperti bunga berkembangan di depan matanya itu automatik membalas senyuman itu, sebaliknya Feiye masih dengan raut wajah seriusnya.
Qingge kemudian mengalihkan pandangannya ke arah Feiye seorang. Dia menatap ke dalam mata tajam Feiye.
Feiye terkedu. 'Siapa wanita ini? Kenapa aku dapat rasakan kebencian terpancar dari anak matanya?'
"Nampaknya ada yang sanggup merawat Xi'er, baguslah. Kalau macam tu, saya minta diri dulu ye. Lin momo, mari. " Qingge akhirnya meminta diri. Dia mula melangkah sambil diiringi pembantunya yang dipanggil Lin momo itu.
Namun, langkah wanita jelita itu terhenti di saat dia melepasi tubuh Qishao.
Dia menoleh ke sisi.
"Merawat orang gila bukannya mudah. Jiayou!" Pesan Qingge sebelum bibirnya mengukir senyuman yang tidak dapat ditafsir oleh Qishao. Setelah itu, wanita itu akhirnya benar-benar pergi dari situ.
Qishao terkebil-kebil.
"Cik muda yang mereka maksudkan tu adalah perempuan gila?! " adu Qishao kepada Feiye. Niatnya untuk berbisik menjadi separuh menjerit dek kerana terkejut dengan fakta yang baru dimaklumi itu.
Zhao momo yang berdiri di hadapan mereka mendengar kata-kata Qishao itu dan mula memusingkan badannya menghadap mereka berdua.
"Cik muda.. sebenarnya bukan macam tu dulu. Sejak sebulan yang lalu, selepas dia terjaga dari koma, dia mula berubah. Sikapnya aneh, dia macam bukan diri dia lagi. Doktor di hospital bagitahu yang otak dia tiada apa-apa masalah. Tapi itulah, cik muda tetap tak sembuh-sembuh. Sebab tu tuan invite doktor berdua merawat cik muda." jelas Zhao momo panjang lebar. Dia kelihatan risau dan ikhlas mengambil berat terhadap majikannya yang dipanggil 'cik muda' itu.
"Eh, Feiye. Apa kita nak buat ni? Kita bukan psychologist nak rawat orang sakit mental." Qishao kembali berbisik.
"Baiklah. Kami janji akan cuba sedaya upaya untuk merawat cik muda." ujar Feiye kepada Zhao momo secara tiba-tiba seperti langsung tidak terkesan dengan kata-kata Qishao.
Qishao terkejut bukan kepalang mendengar janji yang ditebarkan sahabatnya itu. Matanya terbeliak.
'Feiye ni dah gila ke? ' jerit batin Qishao.
Zhao momo kelihatan lega dan tersenyum mendengarkan janji Feiye. Dia mula membuka pintu bilik cik mudanya itu.
Setelah pintu itu terbuka, dia menjemput Feiye dan Qishao masuk ke dalam. Feiye tanpa berlengah terus melangkah masuk manakala Qishao yang masih berbelah-bahagi akhirnya turut melangkah masuk ke dalam bilik tersebut.
Zhao momo menunjuk ke arah satu-satunya katil yang terdapat di dalam bilik itu dan di atas katil itu, kelihatan seorang gadis sedang tertidur lena.
Serentak Feiye dan Qishao memandang ke arah gadis itu.
Dan di saat itu juga, mata bulat Feiye semakin membulat.
Mimpi-mimpi malamnya sepanjang sebulan ini mula bermain di layar matanya. Bermula dari mimpi dia bertemu dengan seorang gadis yang menutup separuh mukanya dengan sehelai kain putih semasa mereka sama-sama terjatuh dari sebuah tempat yang tinggi sehinggalah dia memeluk gadis itu di suatu tempat yang dipenuhi pokok bunga plum dan gadis itu akhirnya hilang dari pelukannya.
"Cik muda.. Gadis ini.. adalah Han Yunxi? "
Bersambung...
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top