Epilogue

[Historical era]

[Di Western Qiu]

Princess Qingge yang sedang duduk di meja menulisnya kelihatan mengulang baca surat peninggalan daripada His Majesty buat kesekian kalinya. Rindu sungguh wanita itu pada suami yang telah meninggalkannya buat selamanya itu.

Dan tiba-tiba, Lin momo datang menghadapnya dengan membawa perkhabaran. "Her highness, ada gadis yang ingin berjumpa dengan her highness. "

Mendengarkan perkhabaran itu, Princess Qingge akhirnya meletakkan surat ditangannya. "Siapakah gerangan yang ingin berjumpa? "

"Gadis itu dari capital Tian Ning. Namanya Yuze." Lin momo melaporkan identiti gadis yang datang ke istana Western Qiu tanpa diundang itu kepada Princess Qingge.

'Capital Tian ning? Majesty Tang Li ke yang hantar gadis tu?' detik hati Princess Qingge.

"Benarkan dia masuk," arah Princess Qingge kepada Lin momo. Lin momo menunduk tanda arahan diterima.

Dan tidak lama kemudian, Yuze muncul dan berjalan mendekati Princess Qingge lalu memberikan tunduk hormat kepada wanita itu.

"Lin momo kata kamu dari Capital Tianning. Ada apa kamu nak jumpa saya?" Princess Qingge memulakan perbualan.

Namun tanpa berkata-kata apa, Yuze terus mengunjukkan gelang hijau di tangannya kepada Princess Qingge.

Princess Qingge memandang gelang yang diunjukkan itu dan wajah Yuze silih berganti. "Milik siapakah gelang ini? Dan ada apa dengannya sehingga kamu membawanya kepada saya?" Soalnya, bingung dengan tindakan gadis ini.

"Gelang ini barang peninggalan Imperial Concubine of Qin, Han Yunxi. Beberapa hari yang lepas, secara tidak sengaja, saya terbaca rahsia gelang ini. Gelang ini bukan sahaja mengandungi segala buku perubatan yang tidak dapat dicari di dunia nyata, tapi ia juga mempunyai satu lagi kelebihan. Ia boleh membawa roh seseorang yang telah mati masuk ke dalam tubuhnya pada hayat akan datang. Tapi dengan syarat, dia hendaklah mempunyai desire yang kuat akan sesuatu yang dia tidak dapat capai di hayat ini," terang Yunze panjang lebar. Dan disebabkan dia mengetahui rahsia inilah, dia mengambil keputusan untuk mencuri gelang ini daripada Qishao tempoh hari semasa pemuda itu terbaring dan tidak sedarkan diri.

"Ohh? Ada benda begitu yer dalam dunia ni. " Princess Qingge kelihatan teruja namun dia masih belum mempercayai kata-kata gadis itu sepenuhnya.

Yuze sedar akan hal itu dan cuba memancing minat Puteri Western Qiu itu. "Saya tahu Princess Qingge berdendam dengan Duke Qin kan? Gelang ini boleh membantu Princess untuk membalas dendam itu."

"Apa maksud kamu?" soal Princess Qingge. Matanya mula membulat memberikan perhatian. Nampaknya pancingan Yuze mengena.

Yuze menyembunyikan senyumnya dan mula memberikan jawapan kepada soalan yang ditanyakan oleh puteri itu. "Walaupun Duke Qin di hayat ini sukar dan hampir impossible untuk didekati kerana mempunyai tentera yang kuat serta kuasa dan pengaruh yang besar, tapi kita boleh mendekati dirinya pada hayat yang lain."

"Maksud kamu Her Highness dapat membalas dendamnya jika dia membiarkan rohnya masuk ke dalam tubuhnya pada hayat yang lain? Itu sama sahaja dengan menggadaikan nyawa Her Highness?!! Beraninya kamu memberikan cadangan tidak berasas seperti itu kepada Her Highness! " Marah Lin momo bagi pihak Princess Qingge.

Yunze terus melutut. "Maafkan saya her highness, saya tak bermaksud untuk mengapa-apakan her highness. Tapi itu je jalan yang ada. Desire her highness lagi kuat dari saya untuk membalas dendam terhadap Duke Qin. " kata Yunze dalam keterdesakan. Terdesak ingin puteri itu mempercayai kata-katanya.

"Kamu juga ada dendam terhadap Duke Qin? " soal Princess Qingge. Dia mula berasa suka akan gadis ini kerana mereka ternyata di pihak yang sama jika apa yang dikatakan gadis ini benar.

Lin momo mula berasa resah melihat reaksi Princess Qingge. Dia cepat-cepat mendekati puteri itu dan membisikkan sesuatu. "Princess, jangan percaya kata-kata gadis ini. Entah-entah dia adalah orang Majesty Tangli dan Duke Qin. Mereka sengaja merancang semua ini untuk membunuh Princess dalam diam."

Princess Qingge berfikir sejenak, memproses kelogikan apa yang dibisikkan pembantunya itu. Dan tidak lama selepas itu, dia mula bersuara semula. "Macam mana kamu nak buktikan bahawa apa yang kamu katakan tadi itu semuanya benar? "

Kerana tiada pilihan lain, Yuze terus menggigit hujung jari telunjuknya dan darah yang keluar dari jari tersebut dititiskan atas gelang itu.  Dan serta-merta gelang itu mengeluarkan gerimisan cahaya yang terang.

Melihatkan perkara yang ajaib itu membuatkan Princess Qingge dan Lin momo berpandangan antara satu sama lain sebelum Princess Qingge mendekati Yuze dan menyambut huluran gadis itu. Gelang hijau itu bertukar tangan.

Cahaya yang berkilauan pada gelang itu mula memancar pada wajah Princess Qingge dan seketika, senyuman sinis terukir di bibirnya.

_____


[Modern Era]

[Year 2021]

* all events in this part are prequel to the main story *

Senyuman sinis itu masih tidak lekang dari bibirnya. Gelang yang masih di tangannya itu ditatap lama.

Setelah dirasakan puas, wanita itu akhirnya meletakkan gelang itu di atas meja di hadapannya. Lebih tepat di atas sekeping gambar yang terdapat di atas meja tersebut. Gambar Qishao.

Dan di sebelah gambar Qishao, terdapat satu lagi gambar, iaitu gambar Feiye yang ditangkap secara sembunyi semasa pemuda itu sedang memeriksa pesakitnya. Qingge mencapai gambar tersebut.

"Long Feiye, aku akan hantar gelang isteri kau ni kepada Gu Qishao esok. Dengan sikap curious kawan baik kau tu, dia pasti akan mencari tahu siapa yang menghantar gelang itu kepadanya dan secara tidak langsung, dia akan membawa kau ke rumah agam ini. Dan aku, akan dapat membalas dendam terhadap kau, "gumam Qingge dan mula menghinggapkan api pada gambar Feiye dengan menggunakan pemetik api di tangannya. 

Sedikit demi sedikit api itu membakar gambar tersebut.

_____

Jus oren yang telah siap dibuat dituang ke dalam gelas. Setelah itu, sepaket kecil serbuk putih dibubuh ke dalam jus tersebut dan dikacau sehingga larut. Qingge tersenyum puas setelah melakukan itu semua.

"Long Feiye, selepas seteguk minuman ini mengalir di dalam badan kau, tiada siapa boleh selamatkan kau."  Dendam kelihatan membara di mata Qingge.

Dan pada ketika itu juga, handphonenya berbunyi dan nama 'Dr. X' sebagai pemanggil tertera di skrin.

Panggilan segera dijawab. "Hello. "

"Macam mana? Princess dah bagi dia minum racun yang saya beri pada princess tu? " tanya seseorang di talian.

"Saya akan berikan padanya hari ni. " jawab Qingge sambil merenung gelas berisi jus itu.

"Baiklah kalau macam tu. Kalau Princess ada apa-apa lagi nak saya lakukan, saya sedia membantu." sambung seseorang di talian itu lagi.

"Awak dah banyak tolong saya, dari dapatkan maklumat tentang Feiye lagi termasuk menangkap gambar-gambarnya untuk saya. Terima kasih." Qingge menzahirkan rasa gratefulnya kepada insan yang banyak membantunya dalam rancangan pembalasan dendamnya itu. Walaupun dia belum pernah melihat wajah sebenar manusia yang memperkenalkan dirinya sebagai Dr. X itu ataupun mengenalpasti jantinanya, namun dia dapat merasakan bahawa insan itu benar-benar membenci Feiye. Itu sahaja sudah cukup bagi Qingge. Dia berpegang pada prinsip...'musuh kepada musuh adalah kawan'.

Kedengaran ketawa kecil di talian." Tak perlu berterima kasihlah, Princess. Small matter je tu. Kami bekerja di hospital yang sama, jadi tak begitu susah pon untuk saya melakukan semua tu. Lagipula, Duke Qin juga adalah musuh saya. "

Qingge tersenyum sinis mendengarkan pengakuan itu sebelum mula bersuara semula. "Oh iya, haritu awak cakap Feiye dah ada tunangkan? Bai Li Ming Xiang kan nama dia? Di mana dia tinggal? Mana taukan, dia mungkin berguna satu hari nanti. "

_____

Ting tong...

Mingxiang cepat-cepat membuka pintu rumahnya tatkala loceng berbunyi.

Senyuman meleret di wajahnya. "Fei... "

Namun apabila dia menyedari insan yang berdiri di hadapan pintu rumah itu bukanlah insan yang ditunggunya, senyumannya mati.

"Kau siapa?" soal Mingxiang sambil memandang wanita di hadapannya itu atas bawah.

Wanita itu kemudiannya menghulurkan tangan ingin berjabat dan memperkenalkan dirinya sambil tersenyum manis.

"Chu Qingge. Princess Chu Qingge."

*End of Prequel*

_____

6 tahun kemudian...

[Year 2027]

Yunxi kelihatan berdiri di hadapan kubur seseorang. Dan tidak lama selepas itu, Qishao mendekatinya lalu meletakkan bunga yang di bawanya di hadapan kubur itu, di sisi bunga yang terlebih dahulu diletak Yunxi.

Qishao kemudian memandang Yunxi di sebelah. "Crazy Girl, kita pulang yer? "

Yunxi mengangguk lemah.

Tangan Qishao mula melingkari pinggang Yunxi dan mereka akhirnya berjalan beriringan menjauhi kubur itu.

_____

Kini, Yunxi dan Qishao dalam perjalanan pulang. Kereta yang dinaiki mereka meluncur laju membelah angin petang.

Seketika, mata Yunxi sempat menangkap kelibat rumah agam yang pernah dihuninya suatu ketika dahulu. Rumah itu kelihatan terbiar setelah dijilat api pada 6 tahun yang lalu.

Yunxi juga tidak pasti apa yang berlaku di rumah agam itu pada malam kebakaran itu, yang dia diberitahu hanyalah api yang membakar rumah tersebut berpunca dari api yang membakar Ocean of Plum miliknya.

Terlalu banyak perkara yang tidak diingini menimpanya pada malam tersebut. Yunxi kemudian menghembuskan nafas yang terasa berat.

Qishao yang sedang memandu di sebelah dipandang. Seketika, senyuman nipis terukir di bibir Yunxi.

'Terima kasih, Qishao untuk segalanya,' detik hatinya.

____

Yunxi melangkah masuk ke dalam sebuah taman yang di kelilingi pohon bunga plum. Taman yang persis dengan Ocean of Plum itu mengingatkan gadis itu pada Ocean of Plum yang pernah His Highness hadiahkan buatnya dahulu.

Pelukan His Highness sewaktu mereka berada di dalam lautan bunga ini masih terasa. Dan ciuman his highness di atas buaian itu pada hayat ini juga masih terasa lembut di bibir Yunxi.

Walau pada hayat yang mana sekalipun, Ocean of Plum sentiasa menjadi saksi cinta mereka berdua. Cinta Han Yunxi buat Long Feiye bersama cinta Long Feiye buat Han Yunxi.

Yunxi kemudian memandang ke arah buaian yang berada di tengah-tengah taman itu. Kakinya mula melangkah untuk mendekati buaian tersebut sebelum dia terdengar seseorang memanggil namanya.

"Yunxi.. Han Yunxi."

'Suara itu... Suara Feiye...'

Langkah Yunxi terhenti.

Seketika, gadis itu tersenyum lalu memalingkan tubuhnya. Tangannya didepakan seperti bersedia menerima sebuah pelukan.

Dan budak lelaki yang berumur 5 tahun yang memanggilnya sebentar tadi mula berlari ke arahnya dan melompat masuk ke dalam pelukannya.

Yunxi merangkul anak kecil itu seerat yang mungkin.

Seketika, dia terbayangkan momentnya bersama his highness di saat dia melompat ke dalam dakapan lelaki itu seperti yang dilakukan anak kecil ini.

"Mama."

"Mama! "

Yunxi tersedar dari lamunannya apabila anak kecil dalam rangkulannya itu menggoyangkan bahunya.

Dia memandang wajah anak lelakinya itu.
"Sejak bila Feiye pandai panggil mama dengan nama mama ni? "Yunxi acah-acah marah.

Anak kecil itu menjebik. "Alaaa.. Feiye saje je nak cuba...sebab mama selalu tersenyum bila papa panggil mama macam tu. Feiye nak tengok mama senyum. Lagipun, nama mama cantik, macam wajah mama." Petah anak kecil itu berceloteh.

"Wahhh.. Anak mama ni dah pandai ambil hati mama sekarang. Siapa ajar, mesti papakan? "

Feiye kecil itu mengangguk takut-takut.

"Ceh." Yunxi menjentik lembut hidung anaknya itu. Dan anak-beranak itu mula tersenyum girang.

"Mama... nantikan bila Feiye dah besar,  Feiye nak jadi penulislah." kata anak kecil itu, memberitahu impiannya.

"Oh?? Feiye nak tulis cerita apa? " soal Yunxi, melayan anak kecil itu.

Anak kecil itu tersenyum penuh kelembutan sebelum menjawab... "Legend of Yunxi."

Yunxi agak terkejut mendengar tajuk cerita yang tidak disangka-sangka itu. "Oh! Tentang mama ke?"

Deras sahaja Feiye kecil mengangguk.

"Kisah mama dengan papa."

Yunxi tersenyum mendengarkan itu dan kerana air matanya mula bergenangan, Yunxi lantas memeluk anaknya itu supaya anak kecil itu tidak dapat melihat air matanya.

(Author's note: Ok, dah habis. Ke nak lagi? Oklah oklah, kita bagi bonus scene okey? Check it out 👇)



[Bonus Scene: Prequel: Pada hari pertama Feiye datang ke rumah agam.]

Yunxi membuka matanya setelah sekian lama tidur. Bukan sengaja dia hendak tidur siang, tetapi dia baru sahaja dapat tidur pagi tadi dek kerana tidak mengantuk sepanjang malam semalam.

Perlahan-lahan, Yunxi bangun dari perbaringan dan pada ketika itu juga, dia terlihat akan seorang lelaki sedang tidur di sisinya sambil kepala lelaki tersebut terlentok di atas katilnya.

'Siapa pulak dia ni? Kenapa dia tidur di tepi katil aku? ' detik hati Yunxi lalu menyengetkan kepalanya dan membawa mukanya mendekati muka lelaki tersebut. Cahaya yang kelam di dalam bilik itu membuatkan pandangannya tidak jelas. Oleh itu, dia harus memerhatikan lelaki itu dari dekat.

Disaat mata celik Yunxi bertemu dengan mata Feiye yang sedang terpejam, terjojol bebola mata Yunxi seperti hendak terkeluar dari rongga anggota penglihatannya itu. Dia cepat-cepat menutup mulutnya dengan menggunakan tangannya supaya ianya tidak mengeluarkan sebarang bunyi.

'His highness??  Macam mana His Highness boleh ada kat sini? Tak mungkin His Highness pon datang ke zaman ini.'

Setelah berfikir sejenak, akhirnya Yunxi mendapat jawapan.

Lelaki di hadapannya ini, bukanlah suaminya yang sebenar tetapi adalah pelanduk dua serupa suaminya di hayat ini.

'Takdir mempertemukan kita lagi.' Yunxi tersenyum lembut lalu mencium pipi Feiye yang sedang tertidur itu.

Yunxi kemudian menolak tubuh Feiye dan membaringkan pemuda itu di atas katilnya.

Wajah Feiye mula ditatap bersama senyuman di bibir dan tatapan itu berterusan untuk sepanjang malam itu. Desirenya untuk bersama dengan Feiye membawa rohnya ke zaman ini dan dia takkan mempersiakan peluang ini.

Dan akhirnya pagi menjelma, Feiye juga telah terjaga dari tidurnya. Namun, pemuda itu kelihatan sangat terkejut tatkala menyedari Yunxi sedang merenungnya.

"Selamat pagi, his highness," ucap Yunxi dengan girang.

"Kenapa awak panggil saya his highness? Saya bukan putera atau kerabat diraja," tingkah Feiye.

"Long Feiye, Duke of Qin, 4th prince, suami saya ...adalah awak. "

Feiye mengerutkan dahinya. Anak matanya mula bergerak ke kanan dan ke kiri. (Author's note: ehem, baby feifei😆)

"Awak... adalah milik saya."

Setelah mengatakan itu, Yunxi terus menyentuh bibir Feiye dengan menggunakan bibirnya.

Mata Feiye terbelalak.

Dup dap ... Dup dap...

Feiye akhirnya menarik bibirnya daripada terus bersentuhan dengan bibir Yunxi.

Yunxi mengebil-ngebilkan matanya. Dan sesaat kemudian, dia memuncungkan bibirnya tanda protes dan tidak puas hati lelaki itu memberhentikan ciuman mereka.

Dan sebagai denda, Yunxi menolak tubuh Feiye sehingga menyebabkan pemuda itu terbaring ke atas katil semula.

"Yaaa! Apa awak nak buat ni?!!" soal Feiye dengan nada suara yang agak tinggi.

Yunxi tersenyum nakal.

"Make a babylah."

Sekali lagi, mata Feiye terbeliak dek kerana gadis itu.

Baru sahaja Yunxi hendak membukakan butang baju Feiye yang pertama, Feiye terus menepis tangan gadis itu lalu melompat turun dari katil itu.

Beberapa langkah diambil untuk menjauhi Yunxi.

"His higness nak pergi mana tu? "Yunxi mula melangkah ingin mendekati Feiye.

"Jangan dekat. Aku cakap jangan dekat lah." Feiye yang cuak itu semakin hilang akal. Yunxi langsung tidak mendengar kata-katanya. Gadis itu tetap sahaja selangkah demi selangkah mendekatinya.

Feiye akhirnya mula berlari mengelilingi bilik itu...

...dan Yunxi...

... mula mengejarnya.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top