Lara Cintamu - Bab 1 1

"MASUK!" laung lelaki asing itu kuat. Tubuh Zerlindah didorong ke dalam kereta. Apabila gadis itu tidak berhenti melawan dan meronta-ronta dia mula naik berang.

"Kau nak masuk atau kau nak aku ratah kau kat sini jugak? I'm okay, either way..." ugut lelaki itu dengan senyuman nakal.

Zerlindah membekukan diri. Sedikit pun dia tidak memberikan sebarang reaksi terhadap soalan lelaki itu. Otaknya ligat memikirkan cara untuk menyelamatkan diri.

Gadis cantik itu didekati dengan renungan nakal. Zerlindah memejamkan mata, tidak ingin menatap wajah lelaki asing yang kelihatan amat menjengkelkan itu. Dia berkira-kira ingin menendang saja alat sulit lelaki itu jika sekali lagi tubuhnya disentuh.

Baru saja tangan lelaki itu ingin naik merentap dress pendek yang membaluti tubuh gadis di hadapannya ini, tiba-tiba tangannya dipulas ke belakang dengan kuat.

"Jauhi dia kalau kau nak hidup lama. She's mine!" ugut Adam tegas. Elok saja dia melepaskan kilasan tangan itu, sepantas kilat tangannya menarik tubuh Zerlindah ke sisinya. Bersikap melindungi.

"Hei, apa masalah kau ni? Kalau kau nak pakai dia, beratur dulu, bro. Sekarang giliran aku!" tempik lelaki itu lantang. Wajahnya membara kemerahan.

"Watch your mouth! She's not a prostitute!" Adam memberi amaran. Mencerlung matanya menikam wajah si musuh.

"Aku tak pedulilah dia pelacur atau tak. Yang penting dia kena bayar harga lebam kat lengan aku ni," ujar lelaki itu seraya menunjukkan kesan gigitan Zerlindah di lengannya.

"Bro, kau samakan kesan gigitan tu dengan maruah seorang gadis? Sah, otak kau miring! Harap muka je handsome, tapi otak bangkai!" dengus Adam kasar.

"Aku tak peduli! Aku nak dia teman aku malam ni!" jerit lelaki asing itu lagi seakan-akan hilang akal. Menjerit membentak sesuka hati.

"Kau nak dia ke, kau nak ni?" tanya Adam serius sambil menarik picu pistol yang telah berada dalam genggamannya.

Zerlindah yang melihat terasa kecut perut. Suaranya seakan terkunci. Adam yang dia kenali tidak sekasar ini. Malam ini dia seakan dapat melihat sisi lain lelaki itu. Kelab malam dan pistol? Biar benar ini Shawn Adam yang ditangkap khalwat bersamanya tempoh hari?

Tanpa sepatah kata, berdesup lelaki asing itu menaiki kereta dan memecut pergi. Adam menggelengkan kepala, terasa lucu sedikit dengan telatah lelaki tersebut. Berlagak hero depan perempuan tapi kecut depan senjata api.

"Are you crazy? Going around with a gun on you?" soal Zerlindah setelah pulih daripada rasa terkejutnya. Mujur Adam datang membantu. Jika tidak, entah apalah yang bakal terjadi kepada dirinya malam ini.

"You shut up!" tengking Adam kuat bersama jari telunjuk yang dituding garang ke wajah Zerlindah.

Zerlindah tergamam. Mengapa lain benar kelakuan Adam saat ini?

"You tak macam Adam yang I kenal." Jeda Zerlindah keliru. "You... you're too different!" sambungnya lagi. Berkerut dahinya menganalisis kelakuan wajah tampan di hadapannya ini.

"You belum kenal siapa I yang sebenarnya, Indah. Jangan anggap you tahu semua tentang I," tegas Adam. Dia dapat rasakan bahang kemarahannya terhadap Zerlindah sukar untuk dibendung. Pistol di tangan digenggam kejap.

"Kenapa you masuk kelab ni, Indah? Ini bukan tempat you!" marahnya lantang. Atas bawah anak matanya meliar ke serata tubuh Zerlindah. Melihatkan pakaian yang membaluti tubuh gadis itu, makin dia bertambah geram. Seperti sarung nangka. Sempit! Sendat! Mengundang bala!

"Ni, you pakai apa kat badan you ni? Macam sarung nangka!"

Serentak dengan pertanyaan itu, Zerlindah menilik dirinya sendiri. Dia tahu, kali ini dia telah bertindak di luar kewarasan akalnya. Liur ditelan gugup.

Zerlindah kelu tatkala Adam mendekati dirinya sehinggalah dia dapat merasakan muncung pistol itu ditekan ke perutnya kuat. Liur ditelan gugup.

"A... Aa... Adam!" panggil Zerlindah cemas. Dia bimbang lelaki itu dirasuk syaitan tatkala memegang pistol yang seakan bernyawa itu.

"I tak suka you dedahkan tubuh you untuk tatapan umum! I ajak you kahwin, tapi you degil sangat. Macam-macam alasan you bagi pada I. You suka lelaki lain ambil kesempatan pada you macam tadi daripada layan I seorang? Hah?" Bergema tengkingan Adam di kawasan parkir kereta.

"Tak, I tak suka," jawab Zerlindah perlahan. Tanpa sedar, jemarinya naik memegang kejap kedua lengan Adam. Lelaki itu pula masih merenung ke dalam anak matanya dengan renungan bak helang.

"Adam, sakit... Perut I sakit!" rintih Zerlindah meminta simpati. Manakan mampu dia melawan tenaga lelaki Adam. Lebih-lebih lagi tatkala muncung pistol itu ditekan kuat ke perutnya. Silap langkah, nyawanya bakal terbang melayang.

"Sakit dekat perut you, tak sesakit rasa di hati I sekarang ni! Beritahu I, apa yang you cari dalam kelab ni, Indah!" Sekali lagi bergema kuat suara Adam membelah kepekatan malam.

Bergegar tubuh Zerlindah dek terkejut dengan tengkingan itu. Mujur hanya mereka berdua di situ. Jika tidak, pasti dia sudah menyorok di bawah kereta untuk menyembunyikan rasa malu.

"I... I tak cari apa-apa. I datang untuk hilangkan stres! I'm jobless, Adam..." terang Zerlindah dengan nada yang sayu dan perlahan. Hatinya digamit sebak.

Ya, dia hilang punca rezeki akibat berita penangkapan khalwat mereka. Bukan dia tidak punya duit simpanan, tapi lama mana simpanannya mampu bertahan jika tiada satu pun kerja yang dapat ditaklukinya?

"Marry me and you won't be worrying about a cent in your life!" lamar Adam sekian kalinya.

Zerlindah bungkam.

"Baru hilang kerja you mula pandai jejakkan kaki dalam kelab malam macam ni. Kalau duit simpanan you habis nanti, silap-silap jadi pelacur pun you sanggup!" perli Adam geram.

Zerlindah menjeling geram ke arah Adam. Mulut itu bagai minta ditenyeh dengan cili padi aje!

Muncung pistol yang ditekan ke perut si gadis dialihkan lalu senjata api itu disimpan kembali di celah pinggangnya. Jaket yang membaluti badan, dibuka sebelum dipakaikan ke tubuh Zerlindah. Melindungi tubuh gadis itu yang berpakaian menjolok mata.

"Come, I'll send you home!" putus Adam seraya digenggam erat jemari Zerlindah.

Zerlindah hanya biarkan saja Adam memimpinnya. Mereka mengorak langkah ke arah kereta bersama.

Di dalam kereta, Zerlindah hanya bersandar layu di kerusi penumpang. Otaknya ligat memikirkan lamaran Adam sebentar tadi. Adam di sebelah dikerling sekilas. Tenang saja lelaki itu mengendalikan pemanduan.

"Kalau I terima lamaran you, I nak penerimaan tu kerana cinta. Bukan sebab terdesak nak duit atau kerja," ujar Zerlindah perlahan memecah sunyi.

"I tak kisah apa pun sebabnya. Yang penting... you milik I!" Adam berkata dengan penuh yakin. Ya, dia tidak memerlukan sebab untuk Zerlindah mengahwininya. Yang dia mahukan hanya gadis itu untuknya.

"Kenapa you pilih I? We barely know each other," tanya Zerlindah penuh rasa ingin tahu.

"I have my own reasons and you don't need to know!" tegas Adam lantang.

Zerlindah panggung kepala mendengarkan sebaris jawapan itu. Selepas itu, Adam hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan menghantarnya pulang ke rumah.

Jelas sekali lelaki itu tidak punya hati untuk berbual dengannya saat ini. Sikap dingin yang dipamer Adam membuatkan Zerlindah turut mengunci bibir. Dia tak mahu jadi seperti orang yang hidung tidak mancung, tapi pipi tersorong-sorong.

Sebenarnya, Adam berperang teruk dengan dirinya sendiri sepanjang pemanduan. Sakit hatinya bukan kepalang apabila tingkah laku Zerlindah malam ini jelas terbias di ingatannya. Tekaannya tidak silap. Zerlindah sama saja seperti perempuan yang lain. Murah!

Mujur dia menyahut ajakan Shafiq untuk lepak di kelab itu malam ini. Mujur dia ada untuk menyelamatkan maruah Zerlindah yang hampir diragut! Jika tidak, pincang semua rancangannya.

Dan tak akan sekali-kali dia benarkan misinya gagal. Bukan kali ini! Disebabkan barannya masih belum menghilang, mulutnya dikunci rapat. Tiada hati langsung ingin berbual dengan Zerlindah yang berdiam di sisi.


*** BOLEH DAPATKAN DI PASARAN ATAU DI KEDAI-KEDAI BUKU BERHAMPIRAN ANDA. BOLEH JUGA HUBUNGI @ WHATSAPP NO DI BAWAH ***

019-3729676 (CIK SHIDA) / 013-4888095 (KAK PEAH)

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top