Prolog
DI DUNIA YANG DIBANJIRI KUASA KUASA SAKTI, BERDIRINYA BANJARAN TERBAWANGSA.
BANJARAN YANG MENGGABUNGKAN NEGARA NEGARA YANG KAYA DENGAN HASIL BUMI DAN KUASA SAKTI YANG MELIMPAH DI SELURUH SUDUT NEGARA NEGARA ITU TANPA BATASNYA.
BANJARAN ITU BERADA DI TENGAH TENGAH DUNIA, MENJADIKANNYA ANTARA PUSAT PERHATIAN KUNJUNGAN PENDUDUK DUNIA, MENJADIKAN MEREKA ANTARA NEGARA DAGANGAN.
SELURUH MAHLUK, TIDAK KIRA DARI ELF, PARI PARI, DUYUNG, SILUMAN, DAN SEBAGAINYA, HIDUP AMAN DI BAWAH LANGIT DUNIA INI.
MENURUT SEJARAH, KETUJUH TUJUH NEGARA YANG DISATUKAN OLEH BANJARAN ITU, DIJAGA DAN DILINDUNGI OLEH LAGENDA 7 NAGA ELEMENTAL, YANG GAGAH DAN PERKASA.
MEREKA MENGHALANG DATANGNYA KUASA JAHAT KE DALAM NEGARA NEGARA ITU, TERMASUK MEMERINTAHNYA.
TETAPI, MEREKA MASIH SEKADAR MAHLUK.
BANYAK SEJARAH MENCATAT MEREKA PERNAH MELAKUKAN KEKACAUAN DI MANA MANA AKIBAT KUASA MEREKA.
YANG AKHIRNYA MEMBUAT PARA RAKYAT MENGSEGEL KETUJUH TUJUH NAGA ITU DAN MERAMPAS KUASA MEREKA YANG BERBENTUK BATU PERMATA YANG BESAR, YANG MEMBERIKAN KEKUATAN KEPADA MEREKA UNTUK MEMERINTAH NEGERI MEREKA SENDIRI.
SEHINGGALAH, BERATUS RATUS TAHUN BERLALU, DUNIA MULA MEMASUKI ERA BARU, DAN SUDAH TIADA ANCAMAN YANG DIRASAI, MEMBUATKAN KUASA KUASA DARI KRISTAL NAGA ITU SUDAH TIDAK DIPERLUKAN, DAN HILANG DIMAKAN ZAMAN.
TIADA SESIAPA YANG TAHU DIMANA KEDUDUKAN KRISTAL KRISTAL ITU MEMBUATKAN IANYA HANYA MENJADI SEBUAH KISAH MITOS DI KALANGAN RAKYAT KINI.
PARA NAGA MASIH TERTIDUR, TIDAK MENGETAHUI BILA TIDUR PANJANG INI AKAN BERAKHIR.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
◇♡◇♡◇♡◇♡◇♡◇♡◇
Kelihatan seorang anak muda yang sedang membaca sebuah buku yang kelihatan tebal dan usang sambil baring di atas katilnya.
Kulitnya berwarna merah, manakala kertasnya sudah mulai kekuningan.
Dia terlalu khusyuk membaca, sehingga tidak sedar ada seseorang yang sedang membuka pintu biliknya itu.
"Boboiboyyyyy~ Tok Aba suruh kau dan aku pergi ke pasar-eh? Lah, kau masih baca buku tu lagi ke?"
Seorang elf yang memakai baju berwarna hijau berdiri di muka pintu, dengan wajah sedikit kesal melihat budak itu masih membaca buku lama itu lagi.
Elf itu bernama Gopal, berumur 16 tahun.
"Alah, biarlah! Best apa buku ni"
Gopal menggulingkan matanya, sebelum bergerak duduk di sebelah budak itu.
"Apa yang suka sangat dengan buku ni, Boboiboy? Dah nampak lama dah buku ni. Sejak kau jumpa buku ni dekat perpustakaan bulan lepas, tak berhenti kau dari bacanya" Gopal mengelap pergi sisa habuk pada buku itu dengan jarinya.
Budak yang bergelar Boboiboy itu menukar sisi baringnya daripada meniarap kepada menelentang, sambil mengangkat buku itu ke udara, masih tidak lekang dari membacanya.
"Mana tak nya aku tak berhenti baca. Buku ni penuh dengan sejarah negara kita! Dan juga maklumat mengenai naga naga yang pernah menakluki seluruh banjaran ni!"
Boboiboy menyelak beberapa muka surat yang memaparkan gambar naga naga itu.
"Aku pernah dengar cerita pasal mereka daripada atok aku je, dan membuatnya menjadi cerita waktu tidur kegemaran aku waktu kecil. Membaca semua ni, menghidupkan kembali memori lama"
Gopal sedikit mengeluh, kerana sudah banyak kali mendengar kawannya itu berkata pasal naga naga itu.
Bahkan sejak sebelum budak itu menjumpai buku lama itu lagi.
Bukan apa, dia cuma dah bosan asyik mendengar benda yang sama bertahun tahun.
Tetapi, melihat senyuman gembira di wajah kawannya itu, membuatkan kekesalannya sendikit mengurang.
Gopal pun mengeluh sambil tersenyum, sebelum bangun dari atas katil itu.
"Dah dah, berhenti baca buku tu dulu. Tok Aba suruh kita pergi beli barang dekat pasar. Ni, Tok Aba dah bagi list apa untuk kita beli. Sebabkan kita berdua je yang ada dekat rumah, jadi cuma kita yang boleh pergi"
Sejujurnya, Gopal tidak mahu pergi kerana malas, tetapi kesian juga melihat lelaki tua itu pergi sendiri, jadi dia terima tugasan itu, yang semestinya dia tidak mahu pergi seorang diri.
"Ya eh?! Jap jap, aku pergi siap siap! Kau tunggu dekat luar dulu!"
Dengan kelam kabut Boboiboy melompat turun daripada katilnya, dan bergegas pergi bersiap.
.
.
.
Beberapa minit kemudian, Boboiboy akhirnya keluar daripada rumah, dengan memakai sebuah topi ahli sihir di kepalanya.
Dengan cepat dia terus berlari ke arah Gopal.
"Aku dah siap. Jom kita pergi!"
"Jom!"
Dengan mendengar balasan Gopal itu, Boboiboy mengangkat tangan kanannya, dan muncul sebuah cahaya berwarna jingga.
Cahaya itu menjadi semakin terang, dan dia pun menyentuh cahaya itu dengan tangan sebelahnya pula.
Dia menggerakkan tangan kirinya itu ke sisi, dan muncul sebuah tongkat kayu daripada cahaya itu. Tongkat itu memiliki sebuah spera kristal berwarna jingga di hujungnya.
Mereka berdua pun naik ke atas tongkat kayu itu, dan terbang ke langit.
◇♡◇♡
NYRRUMMMMM~
Mereka berdua terbang melintasi hutan yang menyeliputi kawasan tempat tinggal mereka itu.
Mereka tinggal sedikit jauh ke dalam hutan, tetapi tidak tahu mengapa. Mereka pun tidak menyoal kerana sudah ada tempat berteduh sahaja sudah cukup bagi mereka.
Gopal memeluk kuat badan Boboiboy kerana takut jatuh daripada tongkat kayu itu.
"Haihhhh. Selamat lah kau dah berjaya belajar sihir terbang ni. Kalau tak, terpaksa lah kita berdua jalan kaki ke desa macam dulu dulu"
Boboiboy terketawa kecil mendengar rintihan Gopal itu.
Dulu, waktu mereka masih 10 tahun, mereka berdua penat jalan kaki setiap kali disuruh ke desa di seberang hutan tempat tinggal mereka itu, kerana mereka tidak seperti Ying dan Fang.
Jadi, sejak itu, Boboiboy mencuba belajar sihir terbang daripada buku buku yang dia pinjam dari perpustakaan, dan berlatihnya selama 3 tahun.
Setiap kali percubaan, selalu sahaja gagal.
Seperti waktu pertama kali guna, dia hanya mampu terbang 3 meter sahaja sebelum jatuh.
Tetapi, dua tahun lalu, dia akhirnya berjaya menguasai sihir itu, dan akan menggunakannya setiap kali mahu ke desa.
Tidak lama kemudian, desa yang ingin mereka kunjungi sudah pun kelihatan jelas di bawah mereka.
Boboiboy pun memilih lokasi untuk mendarat, dan mereka berdua pun turun ke tanah dengan selamat.
Boboiboy pun menyimpan kembali tongkat kayunya itu semula.
"Ok, Tok Aba suruh kita beli apa?"
Gopal mengeluarkan kertas cacatan yang dipenuhi dengan segala barangan yang disuruh beli oleh Tok Aba.
"Tok Aba suruh beli enam gulung tisu, 7 kotak susu, 2 guni beras, 2 paket ais, 2 paket gula, 9-....cawan baru..., 5 tuala....., dan 5....guni tepung....."
Mereka berdua tersentak melihat seberapa banyak barang yang perlu mereka beli.
"Eheheh....tak pelik sangat, kita memang tinggal berenam pun. Tok Aba ada bagi duit?"
Gopal mengeluarkan seguni penuh duit yang berat.
"Patutlah Tok Aba bagi aku duit sebanyak ni tadi" Gopal tersweatdrop.
"Hah, kalau macam tu, jom lah kita pergi. Lagi cepat kita beli semua barang tu, lagi cepat kita dapat bersiar siar sebelum balik rumah" arah Boboiboy.
Mereka berdua pun berjalan masuk ke dalam kawasan pasar di desa itu.
◇♡◇♡◇♡
Pasar itu dipenuhi dengan suara suara penjual yang mencuba menarik perhatian pelanggan.
"MARI DIK!!! MARI KAK!!! MURAH MURAH MURAH!!!"
"BELI BELI BELI!!! BELI 3 PERCUMA 2!!!"
"MANIS BANG!!! SEGAR DIPETIK DARIPADA POKOK!!!"
Di sana, ada berbagai spesies yang berjalan ke sana kemari, dan turut menjadi penjual di sana.
Semua spesies ini hidup dengan aman tanpa ada deskriminasi.
Boboiboy melihat barang pertama yang mereka perlu beli, dan terus menuju ke gerai yang menjual tisu.
"Kak, 3 gulung tisu kak!" kata Boboiboy kepada penjual gerai itu.
"Baik dik. Semuanya 2 syiling tembaga dan 1 syiling perak"
Dia pun mengeluarkan duit sesuai yang dikatakan penjual itu.
Untuk informasi, nilai setiap syiling seperti berikut:
-Syiling tembaga : 3 ringgit
-Syiling perak : 10 ringgit
-Syiling emas : 50 ringgit
Mereka juga ada gunakan permata sebagai duit, tetapi itu biasanya oleh orang orang kaya sahaja.
Selesai membeli tisu, mereka pergi ke gerai berikutnya.
"2 syiling perak dik"
Dan berikutnya.
"1 syiling emas~"
Dan berikutnya.
Sekitar 30 minit, mereka akhirnya berjaya membeli semua barang barang yang diperlukan.
Boboiboy memasukkan kesemua barang barang itu ke dalam poket dimensi sihir, sihir yang sama digunakannya untuk simpan tongkatnya.
Kalau nak angkat sendiri, memang tak nya lah, berat.
Guni tepung terakhir dimasukkan ke dalam poket dimensi itu.
"Ok! Semua barang dah beli!"
Mereka juga sudah tiba di hujung pasar.
"Ada lebihan duit tak?" Boboiboy menjenguk ke dalam guni duit mereka yang dipegang Gopal.
"Ada dalam 7 syiling tembaga lagi!" kata Gopal dengan gembira.
"Yahooo!!! Boleh beli ais krim!!!" sorak mereka berdua.
Tok Aba adalah seorang peniaga air koko buatannya sendiri, yang dia namakan semperna namanya, iaitu "Air Koko Tok Aba".
Gerainya boleh tahan popular di desa sana, jadi dia mempunyai sumber kewangan yang banyak, walaupun tidak cukup untuk menggelarkannya orang kaya. Tetapi, baginya, cukuplah kalau mampu menanggung kehidupan mereka berenam.
Dari situlah bagaimana mereka diberi duit sebanyak itu untuk berbelanja. Dan Tok Aba benarkan mereka ambil baki sekiranya ada, dan duit itu menjadi milik mereka. Bayangkan jelah sebagai upah kerana tolong belikan barang keperluan rumah.
Dari hujung pasar itu, mereka sudah pun mampu mendengar suara orang bersorak tidak jauh daripada mereka.
Apabila mereka ke sana, mereka tiba di air pancut di tengah tengah desa, dan ramai kanak kanak dan ibu bapa yang berkumpul di sana.
Boboiboy mengeluarkan tongkat kayunya semula, dan menerbangkan mereka berdua ke udara untuk melihat dengan lebih jelas apa yang dilihat mereka.
Di dalam air pancut itu, kelihatan seekor duyung yang sedang berenang di dalam air pancut itu.
Dengan tiba tiba, air di dalam air pancut itu mula terapung ke udara, mengikuti renangan duyung itu.
Duyung itu berjaya membuat pusaran dengan air itu, sehingga meninggi ke udara.
Duyung itu pun melompat daripada air itu, dan memegang pusaran air itu dengan kedua dua tangannya dari dalam.
Dia pun menolak pusaran air itu ke tepi, membuat pusaran itu membesar dengan pantas, dan berakhir tersejat apabila terkena para penonton, dan membuat pelangi yang besar, mengagumkan kesemua penonton.
"WAHHHHH!!!"
Kesemua mereka memberikan tepukan gemuruh kepada duyung itu.
Duyung itu pun, bagaikan terapung, dengan perlahan lahan turun ke bawah, dan ekor duyungnya berubah menjadi kaki sebelum dia mencecah tanah.
"Baiklah! Itulah dia persembahan menakjubkan daripada duyung kita, Yaya!!!"
Muncul seekor pari pari dari sebalik pelangi itu, bercakap seperti pengacara.
"Itu sahaja persambahan dari kami untuk minggu ini. Sila datang lagi untuk minggu depan ya?!"
Pari pari itu mengeluarkan dua biji benih dan menggenggamnya, sebelum berjalan ke arah salah satu penonton kanak kanak di barisan paling hadapan.
Apabila dia membuka tangannya, muncul dua kuntum bunga lily dan diberikannya kepada budak itu.
"Jangan lupa ajak rakan dan ahli keluarga yang lain ya?"
Budak itu dengan gembira mengambil bunga lily daripada pari pari itu dan mengangguk laju.
Perlahan lahan, semua penonton pun berlalu pergi, meninggalkan dua beg yang dipenuhi dengan syiling yang diberikan oleh penonton sebentar tadi.
Mereka berdua pun berlari ke arah beg itu untuk melihat hasil kutipan mereka pada hari itu.
"Banyak nya kita dapat hari ni!" kata pari pari itu.
"Cukuplah untuk dua minggu! Boleh lah kita beli baju baru!" kata duyung bernama Yaya itu.
Setelah melihat sudah tiada penonton lagi, Boboiboy dan Gopal pun turun ke tanah semula, dan berlari ke arah kedua dua gadis itu.
"Yaya! Ying!" panggil mereka berdua serentak.
"Eh? Korang!" balas kedua dua gadis itu serentak juga.
"Apa korang buat dekat sini?" tanya sang pari pari yang bergelar Ying itu.
"Tok Aba suruh aku dengan Boboiboy beli barang dapur" jawap Gopal.
"Kitorang dah habis beli dah. Sekarang ingat nak jalan jalan kejap sebelum balik rumah. Korang pulak, dapat banyak ke hari ni?" sambung Boboiboy pula.
Kedua dua gadis itu mengangguk.
"Korang tak ada shift hari ni kan?" Yaya bertanya, dan dibalas dengan ganggukan daripada kedua dua jejaka itu.
Sama seperti Yaya dan Ying yang bekerja sebagai penghibur, Gopal dan Boboiboy bekerja sebagai pekebun separuh masa di sebuah kebun di desa itu.
Tugas mereka pun hanya untuk memetik sayur dan buah yang telah masak, dan bukan untuk menanamnya, jadi mereka hanya bekerja sebagai pekerja separuh masa.
"Oh ya, mana Fang?" Boboiboy tiba tiba bertanya.
"Dia tengah bekerja sekarang ni. Selalunya shift dia mula petang, tapi sebab hari ni ada rakan sekerja dia yang sakit, jadi shift dia mula awal hari ni" jelas Yaya.
Di sebuah kedai, kelihatan seekor harpy bernama Fang yang sedang menghantar makanan dan minuman dari meja ke meja dengan wajah tertekan, masih tak terima shiftnya mula awal hari itu.
Berbalik kepada mereka berempat semula, kerana persembahan Yaya dan Ying dah tamat, mereka berempat pun memutuskan untuk bersiar siar bersama sama, dan beli ais krim seperti yang dijanjikan dalam perjalanan.
"Oh ya, lu masih baca lagi ke buku tu?" Ying bertanya pada Boboiboy.
Yang Ying maksudkan adalah buku lagenda 7 naga yang dijumpai Boboiboy bulan lepas.
"Mestilah! Aku tak sangka aku akan jumpa buku selama tu dekat perpustakaan desa ni! Kata pengurus dekat sana, buku tu dah berusia lebih 500 tahun! Bahkan tiada sesiapa tahu sejak bila buku itu diciptakan! Buku tu boleh jadi berusia lebih dari 1000 tahun!!!" jelas Boboiboy dengan bersemangat.
Kawan kawannya itu tersweatdrop melihat seberapa semangatnya kawan mereka itu menjelaskan benda yang dia suka.
"Baca buku tu memang bagus, tapi jangan terlalu taksub tau" nasihat Yaya.
"Ehehehe...." Boboiboy mengangguk.
"Oh ya! Cakap pasal 1000 tahun, tu tarikh dimana kesemua naga naga itu disegel, kan? Lu pernah kata dulu"
Ketiga tiga kawannya itu terkedu apabila mendengar apa yang Ying katakan itu.
Ya, memang benar Boboiboy katakan itu, kerana Tok Aba selalu menceritakan kisah mengenai naga naga itu, dan setiap kali dicerita, Tok Aba kata yang naga naga itu disegel 1000 tahun dahulu oleh rakyat negara mereka sendiri.
"Jadi...apa yang kau cuba katakan, yang buku ini ditulis tepat selepas naga naga itu disegel?" Boboiboy mencuba memastikannya.
"Boleh jadi. Macam kau kata, tiada sesiapa yang tahu bila buku itu dicipta. Buku itu pun sudah kelihatan lama dan bahkan tiada nama pengarang"
Bila Ying berkata begitu, ada betulnya juga. Mereka pun mampu merasakan ada sebuah tenaga mana dari dalam buku itu, walaupun tidak beberapa jelas, seperti ada orang yang menggunakan sihir untuk mencipta buku itu.
Boboiboy terus mendapat idea.
"Kita kena kaji buku tu balik ni-"
BOOOOOOMMMMMM!!!!
Belum sempat Boboiboy menghabiskan ayatnya, terdengar sebuah letupan berlaku tidak jauh dari mereka, yang membuatkan penduduk lari bertempiaran.
Naik seketul asap hitam ke langit, menunjukan kawasan di mana berlakunya letupan itu.
"A-apa dah jadi?!?!"
2254 perkataan
Continue on next episode~ 🧚♀️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top