Chapter 3 : Spesies Yang Telah Punah

"Jadi ianya kamu"

Suara sosok itu masih terngiang ngiang di kepala Boboiboy, walaupun kini dia benar benar di hadapan matanya.

Keadaan suasana masih lagi tegang dengan muncul nya mahluk yang tidak pernah mereka lihat sebelum ini.

Tiada sesiapa yang berani melakukan apa apa, kerana takut mahluk itu akan melakukan sesuatu yang bahaya.

Dia memiliki antena kupu kupu di kepalanya, bulu di lehernya seperti lebah, dan sayap menyerupai pepatung.

Kalau bukan sebab antenanya, mungkin orang akan salah anggap yang dia adalah spesies pari pari seperti Ying.

Rambutnya juga mempunyai dua warna yang berbeza, iaitu hitam dan kuning.

Bulu matanya lebat dan berwarna kuning, berserta matanya yang berwarna biru cerah, bagaikan langit.

Dia berbadan tinggi, dan mempunyai jari yang tajam.

Pakaiannya juga terlihat lama dan antik, tidak kena dengan zaman mereka itu. Semuanya berwarna putih, seperti badannya dibalut dengan sehelai kain sahaja.

Apabila dia mengangkat kepalanya, masing masing dari mereka tersentak.

Memang Boboiboy dapat mengesahkan, dan mahluk di depan mereka sekarang ini adalah mahluk yang sama dia lihat semasa dia membuka buku itu tadi.

Dan apa yang dia mampu pastikan lagi, ialah mahluk dia sedang melihat ke arahnya sambil tersenyum lebar.

Mahluk itu pun akhirnya berdiri, dan melakukan benda yang sama dia buat di dalam hayalan Boboiboy tadi. Dia memeluknya dengan erat.

Boboiboy yang masih keliru, tersentak dengan tindakkan tiba tiba itu, tidak tahu mahu membalas pelukkan itu ataupun tidak.

"Errr..." Boboiboy hanya memandang mahluk itu dari ekor matanya, menunggu tindakkan selanjutnya.

Kaizo juga, bersiap sedia dengan mana pada tangannya, bersedia untuk menyerang sekiranya ada apa apa berlaku.

"Erm....maaf-"

Tak sempat Boboiboy menghabiskan ayatnya, mahluk itu membuka suara.

"Aku tak sangka yang ianya berjaya"

"Huh?" Boboiboy tidak memahami apa yang mahluk itu cuba katakan.

"Akhirnya ada yang berjaya bawa aku keluar!" mahluk itu melepaskan pelukkannya, dan memegang kedua dua bahu Boboiboy.

Mahluk itu sedar yang Boboiboy kelihatan keliru, dan dia memahaminya, kerana kejadian yang berlaku sekarang memang di luar akal biasa.

"Erm...." Boboiboy tidak tahu apa yang patut dibalasnya.

"Tak apa, aku tahu yang kamu tak faham"

Boboiboy melihatnya, dengan wajahnya sedikit bertenang.

Dia melepaskan bahu manusia itu, dan melangkah sedikit ke belakang, memberikan ruang peribadi kepada anak muda itu.

Tetapi, sebelum sempat dirinya membuka mulut, Kaizo datang ke arahnya dengan menghunuskan sebilah pedang ke arah lehernya. Hanya ada jarak seinci daripada huju pedang itu dan lehernya.

Pedang itu dibuat oleh kuasa Kaizo, dengan menyalurkan mana dan tenaganya, juga turut imajinasinya, ke arah tangannya untuk mencipta sebuah pedang tenaga.

Budak budak itu terkejut dngan tindakkan tiba tiba Kaizo itu.

"A-abang! Apa abang buat ni?!" Sang adik yang pertama bersuara.

"Ianya cuma untuk langkah berjaga jaga. Kita masih tidak mampu percayakan dia"

Walaupun terkejut, Fang tidak mampu membantahnya, kerana abangnya betul.

Mahluk yang muncul di depan mereka ini, mereka masih tidak tahu asal usulnya.

Adakah betul dia daripada 1000 tahun yang lalu? Atau hanya penyamar yang memeranhkapkan dirinya di dalam buku itu untuk menipu mangsanya?

Si dia, walaupun terkejut, hanya tersenyum sahaja, tidak salahkan sang Harpy itu bertindak demikian.

Kaizo melebarkan sayapnya, sambil tangannya memegang pedang itu dengan lebih ketat.

Species Harpy melakukan perkara ini untuk menampakkan diri mereka lebih besar dan menakutkan. Tambah lagi yang Kaizo itu adalah seorang polis, membuatkan indera bertahannya lebih ketat.

Mahluk itu pun mengangkat tangannya ke udara, menunjukkan dia tidak bermaksud apa apa ancaman ke atas mereka.

"Hei, hei, tak perlu ketat macam tu sekali. Aku tak bermaksud apa apa bahaya"

Dari nada suara mahluk itu, Kaizo dapat merasakan yang dirinya tidak menipu.

Insting perdengaran Harpy sangatlah tinggi, sehinggakan mereka dapat membezakan sekiranya orang itu menipu ataupun tidak.

Walaupun begitu, mereka masih perlu berwaspada.

Tiba tiba, Yaya mencelah.

"Ermm...maafkan saya"

Semua yang ada di situ melihat ke arah Yaya.

"Spesies apa abang ni sebenarnya?"

Soalan hangat akhirnya diberi.

Mahluk itu kelihatan gembira soalan itu diberikan kepadanya.

"Aku adalah Metamorph"

Mendengar jawapan mahluk itu, hanya membuatkan mereka semakin keliru.

"Metamorph? Apa tu?" Ying pula bertanya.

"Kami tak pernah dengar ada spesies nama begitu" sambung Yaya.

Mendengar balasan dua gadis muda itu, membuatkan mahluk itu tersenyum sayu, seperti ada sesuatu yang mengganggu hatinya.

"Kelebihan kami adalah bertukar rupa" tetapi dirinya masih menjawap persoalan anak anak muda itu dengan senyuman di wajahnya.

"Bertukar rupa?" Boboiboy melihat ke arah Yaya, kerana dia tidak pernah mendengar ada sihir yang boleh membuat perkara itu.

Yaya, yang diharapkan tahu jawapannya, juga sebenarnya tidak tahu akan kewujudan sihir itu.

Mahluk itu mengangguk. "Nak aku tunjukkannya ke?"

"Uuuuu, nak nak!" Gopal kelihatan teruja.

Mahluk itu memetik jarinya. Kelihatan ada aliran mana yang bercahaya pada jarinya itu.

Badan sang dia mula dilingkari oleh lingkaran cahaya berwarna kuning, dan akhirnya dirinya bercahaya sepenuhnya. Akhirnya, dirinya tiba tiba berubah menjadi seekor rubah.

"Eepp!" bunyinya.

"Wahhhh!!! Comelnya!!!" kedua dua Ying dan Yaya kelihatan suka dengan perubahan dirinya itu.

Dia memanjat ke atas bahu Boboiboy.

"Wow! Hebatnya sihir ni!" Boboiboy kelihatan kagum.

Sang dia tersenyum bangga, melihat budak itu suka dengan kuasanya.

Gopal dan Fang juga kagum dan tertarik dengan sihir itu.

"Jadi sihir ni boleh buat kau bertukar jadi apa apa sahaja?" Fang bertanya sambil menyentuh bulu pada ekor sang dia.

"Semestinya!"

Sang dia melompat ke udara daripada bahu Boboiboy, dan keseluruhan badannya bercahaya.

Dia pun mendarat ke atas bahu Kaizo, dengan dirinya sudah bertukar menjadi burung nuri.

Wajah Kaizo kelihatan seperti dirinya tersinggung dengan dirinya, seperti tidak suka sang dia menyentuh badannya.

"Burung ke"

Dirinya bercahaya lagi, dan bertukar kepada sesumpah, dan bergerak ke arah bahu Kaizo sebelah lagi.

"Sesumpah"

Sekali lagi badannya bercahaya, dan dirinya bertukar menjadi ular, dan mula melilit badannya keliling badan Kaizo.

"Ular, namakan sahaja!"

Semakin sang dia bergerak pada badan Kaizo, semakin teruk reaksi Kaizo ke arahnya.

◇♡◇♡◇♡

Sang dia kini terikat dengan tali ajaib yang dibuat oleh Kaizo.

Dirinya hanya tersenyum sahaja, kerana dirinya terikat memang atas salahnya sendiri, sebab bermain dengan amarah Kaizo.

Budak budak tu hanya mampu ter sweatdrop sahaja melihat sang dia diikat.

Kaizo menepuk nepuk tangannya, seperti baru lepas melakukan kerja yang kotor.

Sekali lagi Kaizo menghunus pedangnya ke arah sang dia.

"Aku tak nak bermain main di sini, jadi aku nak kau lakukannya juga"

Ochobot hanya diam, menerima arahan.

Kaizo akhirnya menanyakan soalan kepadanya.

"Macam mana kau boleh ada dalam buku tu?"

Ochobot hanya tersenyum, sudah agak soalan itu akan ditanyakan kepadanya.

Walaupun dunia itu dibanjiri dengan kuasa sakti, tak bermaksud mereka mampu lakukan apa apa sahaja.

Dalam sejarah, tidak pernah dicatatkan sihir yang mampu mengurung seseorang di dalam sebuah objek seperti buku.

Satu satunya sihir pengurung yang generasi terbaharu ketahui hanyalah sihir yang mengurung ketujuh tujuh naga lagenda di dalam kristal, tu pun kristal itu terhasil daripada sihir, dan bukannya objek sedia ada.

Tambahan lagi, bukan semua orang mengetahui mengenai sihir itu kerana ianya sudah seperti cerita dongeng bagi rakyat zaman itu.

Mengingatikan kejadian itu, membuatkan sang dia merasa nostalgia.

"Ianya berlaku, suatu masa dahulu"

◇♡◇♡◇♡

???'s POV

Era zaman pemerintahan 7 naga lagenda, aku hidup pada zaman itu.

Aku sudah tidak tahu berapa masa sudah berlalu sejak waktu itu, tetapi apabila melihat pakaian kamu semua, nampakanya ianya sudah lama.

Ketika itu, ketujuh tujuh negara bersatu di bawah pemerintahan 7 naga lagenda.

Aku membesar di sini. Ketika itu, kami para Metamorph, bergelimpangan di mana, seperti species yang lain.

Tetapi, sejarah hitam itu berlaku.

Sebuah peperangan berlaku, di negara ini, oleh rakyatnya sendiri, yang menyebabkan ramai rakyat terkorban.

Aku tidak tahu kenapa peperangan itu tercetus.

Kesemua Metamorph yang muda, terkorban di dalam peperangan itu, kerana terpaksa berperang tanpa pengalaman.

Kaum Metamorph memang bukan ahli di dalam perlawanan. Bilangan kami juga memang tidak banyak sejak awalnya lagi.

Aku, ketika itu, masih berusia 5 tahun.

Aku tidak tahu ibu bapa aku dimana.

Aku terluka parah, sehingga tidak mampu bangun lagi.

Aku mampu sahaja menjadi salah satu mangsa ketika itu, kalau bukan sebab Sang Naga Voltra datang untuk memberhentikan peperangan itu.

SHIRNNNNNGGGGG!!!!

Aku masih mampu ingat bagaimana pedang miliknya yang ditusukkan ke dalam tanah dan menyebabkan tanah terbelah, memberhentikan peperangan itu.

Semua rakyat yang terselamat ketika itu, berlutut ke arahnya, takut untuk bergerak sama sekali.

Tetapi, aku didukung lembut di dalam tangannya.

Aku tidak tahu kenapa daripada semua yang ada di sana, Sang Naga memilih untuk menolong aku.

Aku kehilangan kesedaran, sehinggalah ketika aku sedar, aku sudah pun berada di tempat yang aku tidak kenal.

Aku dibawa oleh Sang Naga Voltra, berjumpa dengan enam naga lagenda yang lain.

Aku tidak tahu kenapa aku yang dipilih, sehinggalah aku sedar yang aku satu satunya kanak kanak di medan perang itu yang terselamat.

Aku dirawat dengan bantuan kuasa Sang Naga Rimba.

Sang naga menjelaskan kepada aku, yang aku satu satunya daripada spesies aku yang tinggal ketika itu.

Setiap satu dari kami, tidak kira yang tua ataupun yang muda, terkorban di dalam peperangan itu.

Walaupun ada Metamorph dewasa yang masih hidup selepas peperangan itu tamat, mereka terluka parah sehingga meninggal sebelum sempat mendapat rawatan.

Sang Naga Rimba tidak sempat datang pada masanya untuk merawat mangsa yang terselamat kerana tidak mengetahui yang negara pemerintahan Sang Naga Voltra ketika itu sedang mengalami peperangan.

Aku, sejujurnya, seperti seluruh dunia aku runtuh ketika itu.

Aku sudah tiada tujuan hidup, dan tiada tempat untuk pulang.

Aku boleh sahaja akhiri riwayat hidup aku, dan tamatkan kewujudan kaum aku.

Sehinggalah, sang naga memberi aku tujuan hidup yang baharu.

Aku diangkat menjadi anak murid mereka bertujuh.

Aku sendiri tidak tahu mengapa.

Aku boleh sahaja diberikan kepada mana mana orang dewasa daripada spesies lain untuk dibesarkan.

Tetapi, aku gembira yang mereka lakukannya.

Disebab kaum Metamorph memang tidak ahli dalam berlawan, aku diajar macam macam sihir untuk pertahankan diri sendiri.

Mereka faham yang aku memang tidak akan mampu berlawan, jadi mereka mengajar sihir sihir pertahanan ini, supaya aku mampu bertahan hidup.

Mereka tidak mahu kaum aku pupus dengan sia sia, walaupun aku akan mati juga pada akhirnya.

Mereka mahu aku tumbuh besar, cari pasangan dan bina semula kaum aku.

Memang misi yang kedengaran mustahil untuk dilakukan oleh satu satunya dalam spesies aku yang masih hidup.

Tetapi, aku terima sahaja semua latihan mereka, kerana tidak mahu hancurkan harapan mereka.

Sekurang kurangnya, mereka tidak perlu melihat kegagalan aku selepas mereka semua mati.

Ianya adalah latihan yang tidak lama. Aku berada di bawah ajaran mereka selama 14 tahun sahaja.

Detik hitam itu pun tiba, dimana rakyat mula memberontak kepada mereka, dan mengsegel mereka di dalam kristal sihir itu.

Aku berjaya melarikan diri.

Aku tahu yang mereka akan menangkap aku juga, jika mereka tahu aku adalah anak murid mereka, kerana peratus kemungkinan aku akan cuba membebaskan mereka semua, walaupun memang jelas aku tak akan dapat lakukannya sendiri.

Jadi, aku gunakan salah satu sihir yang diajar oleh para naga kepada aku, untuk kurungkan diri aku ke dalam buku itu.

Sebelum mengurungkan diri, aku mencipta kepala kunci itu juga, supaya sesiapa yang jumpa buku ini akan dapat membebaskan aku semula.

Aku juga meminta bantuan kawan aku untuk membawa buku itu pergi, dan mencari sesiapa yang mampu menjadi jawapan untuk membantu aku membebaskan para naga naga itu.

Aku pun tertidur di dalam buku itu, menunggu sesiapa yang dapat membantu aku.

♡◇♡◇♡◇

Mereka semua terkedu.

Tiada sesiapa berani bersuara.

Mereka tidak sangka kisah lelaki di depan mereka itu akan sebegitu sekali.

Sang dia tersenyum sayu, mengenang semula kisah lama itu.

Kaizo juga tersentuh dengan kisah lelaki itu.

"Aku dah lama menunggu, untuk ada orang yang mampu keluarkan aku daripada buku tu. Kamu adalah salah satu daripada mereka"

Sang dia memandang ke arah Boboiboy.

"Kamu bukan yang pertama menjadi orang yang mendengar panggilan aku. Ada yang bertukar tangan akibat keturunan, dituran oleh sang ibu kepada anaknya, dan ada yang bertukar akibat mendengar panggilan aku"

Boboiboy menutup matanya.

Manusia itu akhirnya paham yang ianya bukan fenomena yang langka.

Dia bukan satu satunya yang mampu dengar suara itu. Jadi jelas yang dia tidak gila.

"Selepas bertukar dan bertukar tangan, tiada sesiapa yang dapat memecahkan cara untuk membuka buku ini, kecuali kamu. Kebanyakkan mereka memikirkan yang kunci itu adalah kunci rosak yang sudah tiada guna, dan lebih layak dibuang sahaja, tetapi tetap disimpan kerana sudah diamanahkan oleh orang sebelumnya"

Boboiboy mengetap bibirnya, memikirkan berapa lama sang dia menunggu untuk dilepaskan.

Ianya pasti sunyi, keseorangan selama itu.

"Erm...boleh saya tanya soalan lagi?" Yaya akhirnya membuka suara.

"Silakan" sang dia membenarkannya.

"Tadi abang kata yang abang tertidur sewaktu di dalam buku tu. Jadi, macam mana orang boleh dengar macam abang memanggil mereka?"

Ochobot tersenyum sekali lagi. Nampaknya Yaya memang peka akan ceritanya.

"Kamu memang tajam" sang dia memujinya.

"Ianya senang. Sebelum masuk ke dalam buku ni, aku jampi keseluruhan buku, yang membuatkan orang orang terpilih mampu mendengar seperti ada suara yang memanggil mereka. Sejujurnya, aku tidak kenal mahupun tahu nama setiap orang yang pernah memiliki buku ini"

"Jadi, macam mana kau tahu yang buku ni dah banyak kali bertukar tangan?"

Gopal tiba tiba bersuara, menanyakan kemuskilannya, setelah melihat kejanggalan di dalam cerita sang dia itu, sama seperti Yaya.

"Sebab walaupun tertidur, aku mampu mendengar setiap suara yang berada berdekatan dengan buku itu"

Ayat ringkas itu menjawap pertanyaan Gopal.

Sementara kawan kawannya cuba menampal kejanggalan di dalam cerita sang dia, Fang keliru dengan hal lain pula

"Tapi kan, kenapa perlu sampai perangkap diri sendiri dalam buku tu? Kenapa kau tak sembunyi je, dan selamatkan para naga selepas tiada orang yang dekat dengan kristal kristal tu?"

Mereka semua melihat ke arah Fang.

Soalan Fang itu ada masuk akalnya juga.

Tetapi, wajah sang dia masih sahaja tenang dengan soalan seperti itu.

Dia menutup matanya.

"Kenapa? Jawapannya senang sahaja"

Sang dia mengangkat kepala.

"Kerana aku tak abadi"

Fang tersentak mendengar jawapan sang dia itu.

"Tak ada satu pun mahluk di dalam dunia ni yang abadi. Bahkan sang naga lagenda pun akan mati sekiranya ajal menjemput"

Ianya jawapan yang ringkas, tetapi maksudnya berat.

"Aku sendiri tak tahu bila waktu yang tepat untuk selamatkan mereka. Aku boleh sahaja mati sebelum masa itu tiba. Ianya boleh jadi 50 tahun, 100 tahun, bah kan berabad rabad lamanya. Kalau kawan aku sampai memberikan buku ini kepada orang lain, bermaksud dia tahu dia akan mati dahulu sebelum sempat keluarkan aku"

Jawapan itu sudah cukup untuk menutup semua persoalan di kepala mereka.

Sudah jelas sebab tujuan mahluk fosil ini berada di sana ketika itu.

Sang dia bukanlah mahluk yang naif.

Kerana rakyat mereka sendirilah yang mengsegel naga naga itu, sebagai satu satunya mahluk dalam sejarah yang tercatat diambil sebagai murid mereka, ianya tidak mustahil sekiranya mereka akan melakukan perkara yang sama pada dirinya.

Terutamanya kerana semura orang ketika zaman itu tahu yang Metamorph tidak mampu berlawan.

Mahluk yang rapuh, dan tidak mampu berdiri sendiri.

Dia tahu dia perlukan bantuan untuk mencapai misinya.

Tetapi tiada sesiapa yang mampu membantunya ketika itu.

Bahkan kawannya, yang merupakan satu satunya mahluk di dalam dunia ketika itu yang tidak memusuhinya.

Jadi dia memberi misi seumur hidup kepada kawannya, untuk membantunya mencari bantuan itu.

Tetapi, cara sang dia menjawap, membuatkan Kaizo sedikit merasa pelik.

"Hey. Kau tahu tak dah berapa lama masa berlalu sejak kau masuk dalam buku tu?"

Kini tumpuan beralih kepada Kaizo.

Sang dia memandangnya, dengan wajah sedikit keliru, walaupun dirinya masih tersenyum.

"100 tahun? 200 tahun?"

Ah, akhirnya mereka sedar.

Sang dia mengira dirinya tidak tersangkut terlalu lama.

Kerana tertidur, dia tidak sedar akan peredaran masa.

Dia hanya mampu melihat yang masa sudah berlalu lama kerana pakaian mereka, tetapi dia tidak menjangka yang ianya selama itu.

Fang menggeleng, mengambil perhatian sang dia.

"Huh?"

"Ianya dah berlalu 1000 tahun, sejak para naga lagenda disegel"

.....

Sang dia mampu merasakan seperti ada yang pecah di dalam dirinya.

Akhirnya senyuman pada wajahnya terpatah.

Dia tahu yang masa sudah berlalu lama, tapi dia tidak sangka yang ianya selama itu.

Setiap apa yang dia kenal, kini sudah tiada.

Mereka mampu melihat perubahan daripada sang dia itu.

Mereka tahu yang sang dia terpukul dengan realiti yang dia alami.

Mereka mahu lakukan sesuatu untuk membantu, tetapi tidak tahu apa yang patut mereka lakukan.

Fang memberi isyarat mata kepada abangnya untuk melepaskan sang dia.

Kaizo mengangguk, dan membatalkan sihir pengikat itu.

Kini, sang dia hanya terduduk di sana, terdiam tidak berkata.

Yaya merasa simpati atas nasibnya.

"E-erm...jangan risau ya, bang?"

Yaya melutut di hadapan sang dia, mencuba menarik perhatiannya.

Dan ianya berjaya. Sang dia mengangkat kepalanya ke arah Yaya.

Tatapannya masih kelihatan terkejut, masih tidak mampu memproses apa yang terjadi kepada dirinya.

Yaya tahu sang dia tidak mampu membalasnya.

"Memang rancangan abang tak berjalan seperti apa yang abang harapkan, dan semua yang abang kenal pada kehidupan abang sebelum ini dah tak ada. Dunia sudah berubah, dan mungkin sudah tidak sama dengan zaman abang dulu"

Yaya mencuba mengawal kata katanya, mencuba untuk tidak tersalah kata dan memburukkan lagi suasana hati sang dia.

"Tapi, sekurang kurangnya abang masih hidup, kan?"

Mata sang dia membesar, apabila mendengar kata kata Yaya itu.

"Sekarang, di dalam dunia ini, hanya abang sahaja yang mengetahui kebenaran mengenai ketujuh tujuh naga lagenda, kerana sudah berlatih di bawah mereka"

Yaya menggunakan kuasa hydrokinesisnya, untuk mengawal embun air dari dalam rumah botani itu.

Yaya mula mengawalnya, menjadi sosok ibu membacakan cerita kepada anaknya di dalam telapak tangannya.

"Kerana para naga tersegel, tiada sesiapa mengetahui sejarah sebenar mengenai naga naga tersebut, membuatkan sembari berjalannya masa, kisah para naga lagenda mula menjadi sekadar kisah mitos sahaja"

Pertunjukkan di depan matanya, mula membuka sedikit pintu harapan di dalam hatinya.

"Tak ada sesiapa kisah mengenai para naga, dan mahu membebaskan mereka, kecuali abang"

Yaya menutup kedua dua tangannya, membuatkan embun embun air itu kebali membasahi bumi.

"Saya rasa sebab itu sudah cukup untuk teruskan misi abang tu"

Cahaya kembali kepada mata sang dia.

Ying dan Gopal menghulurkan tangan mereka ke arahnya, sambil tersenyum ke arahnya.

Sang dia mula merasa pulih kembali, dan menangkap tangan mereka berdua.

Mereka berdua pun membantu sang dia berdiri.

Melihat harapan sang dia kembali, Boboiboy merasakan sudah tepat masanya untuk memberitahu niat sebenar mereka kepada sang dia.

"E-erm...maafkan saya, Tuan. Sebenarnya, ada satu sebab kenapa kami cuba bebaskan Tuan daripada buku tu"

Perhatian kini beralih kepada Boboiboy pula.

Rakan rakannya hanya diam, kerana tahu kawan mereka itu mahu menjelaskan situasi mereka pula.

"Huh?" Sang dia melihat ke arahnya.

"Kami tahu satu satunya sebab Tuan ada disini adalah untuk bebaskan para naga lagenda, tetapi kami perlukan bantuan Tuan juga"

Boboiboy kini memegang kembali buku miliknya itu.

"Keadaan dunia sekarang ini, sudah tak seaman dulu. Ada 4 kuasa jahat daripada 4 penjuru dunia, yang mencuba menawan satu dunia. Desa ini juga sudah mula dimasuki oleh mereka semua. Kami tahu kami tak mampu nak selamatkan negara ini dengan sendiri. Jadi, kami perlukan bantuan naga naga lagenda, yang pernah memerintah Banjaran Terbawangsa suatu ketika dahulu "

Boboiboy berjalan mendekati sang dia.

Dia memegang tangan sang dia dengan erat.

"Dan memandangkan tujuan kita memang sama, kami perlukan bantuan Tuan untuk mencari di mana mereka, mmandangkan hanya Tuan sahaja yang mengenali mereka!"

Boboiboy, menanggalkan topinya, dan meletakkannya pada dadanya.

Topi ahli sihir itu, bagi manusia, adalah simbol kekuatan mereka.

Semakin besar topi itu, semakin kuat juga pangkat dan kuasa mereka.

Dengan menanggalkannya di depan orang lain, menunjukkan seberapa rendah mereka meletakkan diri mereka di hadapan mereka, menunjukkan rasa hormat mereka.

"Dengan ini, saya, Khairul Genzi Bin Amato, Boboiboy, seorang anak manusia, dan juga rakyat Banjaran Terbawangsa, ingin meminta bantuan Tuan, dengan seluruh raga dan jiwa saya"

Boboiboy melepaskan tangannya, dan menunduk hormat ke arah sang dia.

Melihat tindakan kawan mereka itu, mereka turut melakukan benda yang sama, memberikan tunduk hormat kepada sang Metamorph itu.

Berakhir dengan Kaizo, yang cuba mempertahankan egonya, tetapi terpaksa mengalah, kerana semua ini adalah untuk keselamatan dunia sejagat.

Kesemua yang berada di situ pun berakhir memberikan tunduk hormat itu kepada sang dia.

Sang dia terkedu, dengan tindakan tiba tiba mereka itu, tetapi perlahan lahan, tersenyum nipis.

◇♡◇♡◇♡

Akhirnya malam menjelma.

Mereka semua sudah bersiap sedia untuk perjalanan yang panjang yang akan mereka hadapi.

Mereka memikirkan yang ianya lebih selamat untuk berjalan pada waktu malam, kerana sukar untuk dilihati.

Sang dia pun sudah memakai baju baharu, yang ditenun oleh Yaya menggunakan sihir.

Kaizo tidak dapat ikut, kerana masih perlu jalankan tugasnya sebagai polis.

Lelaki sang tuan rumah juga sudah berada di sana.

Kewujudan sang dia di rumahnya itu sudah pun dijelaskan kepadanya.

"Kamu semua pasti nak lakukan semua ni?"

Bukannya sang tuan rumah tidak percayakan mereka, dia cuma takut, kerana mereka semua masih muda untuk lakukan sesuatu semerbahaya ini.

Tapi, walaupun dia mahu membangkang sekalipun, keadaan dunia sekarang ini sudah terlalu teruk untuk memikirkan apa apa jalan lain.

"Kita terpaksa, Uncle. Kita tak boleh berdiam diri terlalu lama. Keadaan hanya akan bertambah buruk kalau kita lambat lambatkan tindakan kita"

Boboiboy sudah tetap dengan penderiannya.

Ini akan menjadi perjalanan yang panjang, kerana mereka perlu melintasi 7 buah negara untuk melakukannya.

Ianya mungkin akan memakan 1 tahun, atau bahkan bertahun tahun.

Tetapi, jika ianya untuk menyelamatkan tanah airnya, dia sanggup melakukannya.

Sang tuan rumah mengeluh berat, mengerti apa yang Boboiboy katakan.

"Cuma...pastikan kamu semua pulang dengan selamat"

Dia memegang bahu Boboiboy, masih merasa berat mahu melepaskannya pergi.

"Tak apa, Uncle Pian, saya janji kami tak akan apa apa"

Boboiboy memegang tangan Pian itu.

Pian yang sudah bersamanya sejak kecil, sudah seperti ayah kedua padanya, menjaganya ketika ayah dan ibunya tiada di rumah.

Pian juga sudah melihat Boboiboy sebagai anaknya.

Dia belum pernah nerkahwin sama sekali, membuatkan anak kawannya itu kanak kanak pertama yang dia pernah jaga.

"Kami pergi dulu, Uncle"

Fang memecahkan suasana antara mereka berdua itu, menyedarkan mereka kembali kepada masa.

"Ah! Baik! Kami pergi dulu, Uncle!"

Boboiboy melambai ke arah Pian, sambil berlari untuk bergabung dengan yang lain bersama sama dengan Fang.

Pian melambai kembali ke arahnya.

"Dah bersedia?"

Sang dia bertanya kepada budak budak itu.

Kerana dia yang paling tua, 19 tahun, atau 1019 tahun secara tepatnya, dia terus dianggap sebagai ketua kumpulan itu.

"Bersedia!" Balas mereka semua serentak.

Mereka pun mula berjalan meninggalkan kawasan perumahan Pian itu.

Sambil berjalan, Ying tiba tiba menanyakan soalan kepada sang dia.

"Oh ya! Nama lu apa?"

Masing masing dari mereka mula melihat ke arah Ying, sebelum melihat ke arah sang dia pula.

Betul juga, mereka tidak menanyakan nama dia sedari tadi.

Sang dia melihat ke hadapan sejenak, sebelum tersenyum nipis.

Dia melihat kembali ke arah mereka.

"Ochobot. Itu apa para naga panggil aku"

Mendengar itu, mereka semua mengangguk.

.

Dengan munculnya mahluk yang sepatutnya sudah punah 1000 tahun yang lalu, daripada buku sang manusia itu, harapan untuk mereka semakin bersinar terang.

Bagaimana mahluk bergelar Ochobot ini akan dapat membantu mereka mencari dan membebaskan ketujuh tujuh naga elemental itu?

Dan di manakah tempat para naga bersemadi selepas 100 dekad lamanya?

Mampukah usaha mereka ini mengembalikan semua keamanan dunia, atau sebaliknya?


























3725 perkataan

Ohok- nah design Ochobot yang Author lukis :D

Jumpa di chapter berikutnya, uhuk- ok, bye- *terjun masuk kuali, jadi ikan keli*

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top