Chapter 2 : Kebangkitan Tidur 1000 Tahun
Mereka semua berpindah ke ruangan lain di rumah bawah tanah itu supaya tidak menganggu tidur Tok Aba.
Lebih kepada koma adalah-//plak!!//
Tuan rumah tidak mengikuti mereka kerana perlu menguruskan Tok Aba.
Buku itu diletakkan oleh Boboiboy di atas tanah di rumah botani rumah itu.
Macam mana boleh ada rumah botani di bawah tanah?
Senang je, tuan rumah menggunakan sihir bebola cahaya untuk memastikan kesemua tumbuhan di sana mendapat cahaya matahari yang cukup.
Mereka semua mengelilingi buku itu.
"Jadi, dari apa yang kau cerita, kau jumpa buku ni terlindung di dalam pelindung sihir semasa rumah kau terbakar?"
Boboiboy sudah menceritakan semua yang berlaku, dan Kaizo cuma mahu kepastiannya.
Boboiboy mengangguk, dengan wajah serius, bertanda dia tidak bergurau.
"Jadi betul lah buku ni ada kuasa! Jadi perasaan kita yang rasakan mana dari buku ni betul lah!" Ying teruja, bahawa tekaan mereka betul.
"Tapi-macam mana sebuah buku biasa boleh simpan tenaga mana di dalam nya? Buku ni bukan benda hidup!" Gopal masih sangsi, masih sukar mahu percaya yang benda tidak hidup boleh ada kuasa.
"Ya, memang kedengaran mustahil, tapi kalau pun aku tak nampak ada pelindung tu sama sekali, hanya buku ini sahaja yang tidak dijilat api di dalam bilik aku" Boboiboy turut berkeras bahawa dia tidak menipu.
"Bukan aku tak nak percayakan kau, cuma susah sikit nak terima kalau aku tak nampaknya depan mata aku sendiri"
Gopal maksudkannya, kerana dia takut Boboiboy berhalusinasi kerana terlalu bimbangkan datuknya, dan buku itu secara kebetulan tidak dijilat api dan selamat dalam kebakaran tu.
"Kalau macam tu, nak cuba bakarnya lagi ke?"
Fang tiba tiba muncul di sebelah Gopal dengan obor di tangannya, yang membuatkan kedua dua Gopal dan Boboiboy terkejut. Sampai termelompat dua budak tu.
"Woi! Mana kau dapat obor ni?!" Boboiboy berundur sedikit kebelakang, takut dirinya terkena api dari obor tu.
"Tu~" Fang menunjuk ke arah tempat yang dia ambil obor itu dengan bibirnya.
Fang menunjuk ke arah tempat gantungan obor di dinding rumah itu, yang digunakan lelaki itu sebagai sumber cahaya dalam rumah itu.
Bukan dia tak boleh guna elektrik, tapi sedikit susah nak bawa sumber elektrik ke bawah tanah, jadi ada beberapa ruangan dalam rumah itu je yang memiliki elektrik.
Jadi sebahagian lagi dicerahkan dengan obor.
Dan juga sebagai hiasan dinding juga.
"Er....kau pasti ke nak bakar buku ni Fang? Kalau pelindung tu tak muncul kali ni macam mana?" Yaya mahu mengambil langkah berjaga jaga, jadi dia hentikan Fang terlebih dahulu.
"Ya loh! Nanti habis hangus terbakar nanti macam mana? Dah lah ada satu buku ni ja yang kita tahu!" Ying turut menyebelahi Yaya.
"Kalau tak cuba, kita tak akan tahu. Kalau betul, buku ni boleh jadi petunjuk untuk kita selamatkan negara kita" Fang tetap dengan pendiriannya.
Bukan apa, mereka tidak boleh menunggu terlalu lama. Kalau tak, keadaan hanya akan bertambah buruk, dan lebih teruk, negara di banjaran Terbawangsa lain juga akan turut dijajah sama.
Tanpa menunggu penerimaan daripada kawan kawannya, Fang terus menjatuhkan obor itu ke atas buku itu.
Mereka semua terkejut, dan dalam slow motion, mereka mencuba untuk menangkap obor itu.
Tetapi, mereka tidak cukup pantas.
Sesaat sebelum obor itu menyentuh buku itu, buku itu bercahaya berwarna kuning.
WHAMMMMMMM!!!
"Ergh?!"
Sebuah tekanan tiba tiba sahaja muncul, membuatkan kesemua orang yang berada di sana tercampak beberapa kaki kebelakang.
Obor itu turut terbang, dan jatuh di sebelah. Apinya sudah padam.
Mereka semua terkejut, apabila muncul spera pelindung yang melindungi buku itu.
Boboiboy juga terpaku, kerana pelindung itu lebih besar daripada pelindung yang mengelilingi buku itu ketika di rumah.
Ianya hampir setingginya.
"B-betullah buku tu keluarkan pelindung!" Gopal menyentuh nyentuh pelindung itu.
Ianya kuat, seperti mengguna banyak mana.
Apabila pelindung itu disentuh, ianya menggelombang, seperti air.
Yaya merasakan benda yang pelik apabila melihat riaksi pelindung itu.
"Kejap. Kenapa...."
Yaya juga turut menyentuh pelindung itu, dan ianya menunjukkan riaksi yang sama.
Kening Yaya semakin berkerut dengan rasa ingin tahu, dan perlahan lahan mengambil obor yang berada disebelahnya.
Dia pun melompat beberapa kaki kebelakang.
Apa yang dibuat Yaya membuatkan yang lain sedikit keliru.
Tanpa amaran, dengan kuat, Yaya membaling obor itu ke arah pelindung itu dengan kekuatan duyungnya.
Dan sebelum sempat obor itu mengenai pelindung itu, sebuah tekanan muncul lagi, membuat sebuah ombak tekanan yang kuat, dan menerbangkan semula obor itu ke arah Yaya.
ZAPPPPP-
"AHHH!!!"
Dengan cepat Yaya menunduk, mengelak obor itu.
Akibat kecepatan yang tinggi, obor itu tercacak pada batang pokok di belakang Yaya.
Kesemua orang yang ada di sana tersentak dengan apa yang baru berlaku.
Yaya melihat ke arah kayu obor yang masih tercacak itu, sebelum berdiri dan berjalan mendekati pelindung itu semula.
"Aku dah agak dah!"
Ying mendekati Yaya, masih keliru dengan apa yang Yaya cuba lakukan.
"Apa benda yang lu agak ni, Yaya?" Ying memegang bahu Yaya.
Yaya menyentuh pelindung itu lagi, dan seperti tadinya, ianya berombak.
"Ini bukan sihir pelindung biasa. Ini sihir kuno"
Semua yang berada di sana tersentak, melihat ke arah pelindung itu dalam waktu bersamaan.
"Aku pernah baca mengenainya. Sihir pelindung kuno berbeza dengan yang sekarang. Sihir pelindung kuno dulu mampu memantulkan kesemua serangan yang dihantar kepadanya. Dan ianya kerana mereka dulu hidup dalam peperangan. Tetapi, selepas dunia mulai aman sekitar 500 tahun yang lalu, sihir ini sudah mula dilupakan dan digantikan dengan sihir pelindung biasa yang mudah dipelajari anak muda, kerana kita sudah tidak hidup dalam bahaya lagi"
Kaizo melihat ke arah Yaya, kagum mendengar maklumat yang disampaikannya. Bahkan dia, seorang polis kerajaan juga tidak mengetahui mengenai sihir sihir kuno ini.
"Kebanyakkan sihir sihir kuno jauh lebih merbahaya daripada apa yang kita ada sekarang, bahkan sihir hydrokinesis juga mampu digunakan untuk tumbangkan kerajaan satu ketika dulu"
Yaya sedikit menggenggam tangannya, sedar seberapa lemah umat dunia sudah jadi sekarang ini.
Boboiboy, melihat ke arah pelindung itu, dan perlahan lahan berjalan mendekatinya.
Dia mengangkat tangannya, untuk menyentuh pelindung itu.
Entah mengapa, dia merasakan seperti pelindung itu memanggilnya.
Atau lebih tepatnya, buku yang menghasilkan pelindung itu.
Tangannya bersentuhan dengan pelindung itu.
"Huh?"
Sekilas, dia melihat sesosok lelaki di hadapannya.
Dia tidak mampu mengenali spesies apa lelaki itu, kerana sebuah kabut yang menutupi penglihatannya, tetapi apa yang dia mampu pastikan adalah....
Dia tersenyum ke arahnya.
Apabila dia kembali sedar semula, pelindung itu mulai menghilang, bermula daripada tempat yang disentuh tangannya.
"A-apa?"
Bukan dia sahaja yang terkejut, yang lain juga sama.
Pelindung itu perlahan lahan menghilang, seperti membenarkan penyihir muda itu mendekatinya.
"A-apa yang jadi?! Kenapa pelindung tu menghilang?" Fang yang pertama melaungkan kekeliruannya.
Boboiboy, yang terkedu, baru sedar.
Kejadian ini sama seperti ketika di rumah.
Apabila dia mahu menyentuh buku itu pertama kali, pelindung yang menutupinya turut menghilang juga.
Tetapi sekarang dia pasti, yang pelindung itu hanya menghilang apabila dia yang menyentuhnya.
Seperti berada di dunianya sendiri, Boboiboy berjalan ke arah buku itu, tidak menghiraukan suara kawan kawannya yang masih melaung kekeliruan pada sesama mereka.
Boboiboy mengangkat buku itu, dan perasan yang pada bucu atas kanan kulit buku itu, kesan terbakar mulai menjadi debu, menampakkan sesuatu di sebalik kulit itu.
Tanpa berfikir dua kali, dia terus menarik dan merobek kulit buku itu, yang membuatkan kawan kawannya terkejut.
Skrrrrsss!!!
Skrrrrsss!!!
Skrrrrsss!!!
"Woi woi woi woi!!! Apa kau buat tu?!" Fang mulai gelabah, menarik tangan kawannya itu, mencuba menghentikannya.
Ying dan Gopal juga membantu menarik tangan Fang yang memegang tangan Boboiboy untuk memberhentikannya.
Tetapi sudah terlambat, kerana Boboiboy sudah mengoyak keseluruhan kulit buku itu.
Kecemasan mereka berubah menjadi terkedu, apabila melihat isi disebalik kulit buku itu.
Kulitnya yang tadi merah bermotifkan naga, kini dipenuhi dengan gear dan jarung jam tanpa nombor, seperti sebuah mesin.
Kesemua gear itu kelihatan berkarat, menunjukkan usia buku itu.
Di sudut katulistiwa buku itu, terlihat seperti sebuah lubang kunci.
(Bayangkan macam yang atas ni, dengan lubang kunci di sisi 👆 :>)
Mereka semua terpaku, kerana tidak pernah melihat objek sebegitu rupa sebelum ini.
Melihat mereka semua tak terkata, Kaizo bertindak mengambil buku itu daripada tangan Boboiboy, untuk melihatnya.
"Eh-" mereka tersedar daripada terpakuan mereka.
"Hm.....ini...memang bukan barang biasa biasa. Bukan sahaja barang kuno, tetapi memiliki kuasa. Kau kata yang buku ni kemungkinan besar berusia 1000 tahun, kan?" Kaizo melihat ke arah anak manusia itu.
Boboiboy tersentak kecil, sebelum mengangguk.
"Jadi kau mungkin ada benarnya. Buku ini mungkin mampu menjadi jawapan kita untuk masalah ini. Kerana ianya berhubungan dengan zaman kegemilangan naga elemental"
Kelima lima budak itu mulai disinari dengan senyuman harapan.
Langkah pertama sudah mereka jumpai, untuk selamatkan negara mereka.
"Tapiii...macam mana buku ni ada kuasa? Segala isi yang ada di dalamnya semua biasa saja, seperti buku cerita" Ying bertanya.
Kaizo membelai perlahan permukaan kulit buku itu dengan jarinya, dan melihat ada lubang kunci pada kulit buku itu.
"Rasanya buku ni menggunakan sejenis sihir, yang membahagikan buku ini kepada dua"
"Hah? Apa maksud kau?" Gopal tidak memahami apa yang Kaizo katakan.
"Sini. Di sini ada lubang kunci. Memang tidak kena dengan tempatnya, menjadikannya menyerlah. Nampaknya kita perlukan sebuah kunci khas"
Mereka berlima melihat ke arah buku itu, memang ada lubang kunci di sana.
"Kunci? Tapi kunci apa? Mana kita nak dapat kunci yang berusia lebih dari 1000 tahun?" Gopal berdecih kesal.
Mereka setuju dengan Gopal, kerana tak mungkin buku itu menerima kunci pada zaman mereka itu.
Kalau pun pengarang buku itu ada sediakan kunci, dimana kunci itu sekarang?
Tiba tiba, Kaizo mendapat idea.
"Boboiboy, dekat mana kau jumpa buku ni?"
Boboiboy, yang tiba tiba ditanya, meneleng ke sisi, keliru.
"Er....bulan lepas, aku, Yaya dan Ying pergi ke perpustakaan lama dekat tengah desa sana, sebab waktu tu Ying dan Yaya nak cari buku mengenai sihir sihir lama. Sebab bosan menunggu, aku pun pusing pusing lah sekeliling perpustakaan tu"
Boboiboy mencuba mengingati apa yang berlaku bulan lalu itu.
"Masa tu, aku memang tak berminat dengan mana mana buku dekat sana, sebab aku ni bukan ulat buku macam diorang berdua, jadi aku belek belek je semua buku tu. Sampailah, aku jumpa buku tu. Sebab Tok Aba selalu ceritakan kisah naga naga tu masa aku kecil, tu sebab aku pilih untuk pinjam buku tu selama 2 bulan"
Kaizo mencuba menapis kisah yang diceritakan oleh Boboiboy itu.
"Hmmmm....ada tak buku tu datang dengan benda lain?"
Bila Kaizo bertanya bergitu, terus mereka semua melihat ke arah Boboiboy.
Boboiboy pula, termenung, mencuba mengingatnya.
"Ah!"
Boboiboy terus membuka poket dimensi miliknya itu, dan menyelup tangan ke dalamnya, mencari sesuatu.
Setelah menjumpainya, dia pun menarik keluar benda itu.
Ianya merupakan rantai yang mempunyai loket yang berupa kunci berwarna perak.
Tapi, hanya kepalanya sahajalah. Badannya hilang, seperti dipatahkan.
Di kepala kunci itu, terdapat batu permata berwarna biru cerah, seperti langit.
Mereka semua terkedu melihat rantai itu.
"Dey! Macam mana nak bukak buku tu kalau ada kepala je?!" Gopal dah naik bengang. Semua benda ni memang betul betul buat darahnya naik.
"Sabar. Ikut kata akak perpustakaan tu, buku tu datang sekali dengan rantai ni bila baru diberi kepada mereka. Pemilik asalnya kata, "berikan rantai ini kepada sesiapa yang mahu meminjam buku tu"
Boboiboy mengangkat rantai itu, sehingga kepala kunci itu separas dengan kepalanya.
"Nama rantai ni, Azure. Masa aku mula mula dapat rantai ni pun, aku pelik untuk apa. Sebab kepala kunci je kan. Tambah lagi aku pinjam buku, bukannya pintu"
Kunci itu berputar putar pada tempatnya. Cahaya juga turut dipantulkan daripada permata biru itu.
"Akak perpustakaan itu juga kata, dia tak tahu kenapa buku itu dihantarkan ke sana, kerana dia tidak pernah menempah buku itu"
Semakin lama, buku yang dimiliki itu semakin lama hanya terasa semakin asing, apabila tuan buku itu sendiri tidak tahu memgenai buku itu.
"Hmmm....." Kaizo mencuba menapis apa yang Boboiboy ceritakan.
Kai mengambil kunci itu daripada budak itu untuk melihatnya dengan lebih dekat.
Kaizo membelek beleknya, sambil mengaitkannya dengan cerita yang diceritakan budak itu.
"Nampaknya buku ni dah banyak kali bertukar tangan. Bukan itu sahaja, setiap pemilik sebelumnya meminta untuk memberikan kepala kunci ini kepada pemilik seterusnya, walaupun kemungkinan besar yang ianya tiada fungsi"
Cerita itu memang kedengaran sukar untuk dipercayai dan buang masa, kerana kunci yang tiada fungsi diberikan kepada orang lain pula.
"Tapi mesti ada sebab kenapa kunci ini ada di sini, itu sudah pasti"
Kaizo memandang ke arah Boboiboy semula.
"Kau kata tadi yang kau membelek semua buku di sana sebelum menjumpai buku ni, kan?"
Boboiboy mengangguk.
"Ada tak kau rasa apa apa waktu kau tengok buku tu?"
Boboiboy terteleng ke kiri, tidak memahami apa yang Kaizo cuba tanyakan.
"Apa maksud kau?"
"Selain daripada sebab Tok Aba ceritakan kisah naga naga tu kepada kau, ada tak sebab lain kenapa kau pilih untuk pinjam buku tu?"
Soalan Kaizo itu membuatkan Boboiboy sedikit tersentak.
Dia cuba untuk mengingati balik saat itu.
"Sebab...lain..."
Perlahan lahan, visulasi kejadian itu mula kembali kepada ingatannya.
Setiap satu langkah, setiap satu buku yang disentuh oleh jarinya, dia mampu merasainya.
Sehinggalah, Boboiboy teringat akhirnya.
"Ahah!" Boboiboy menepuk kedua dua tangannya bersama.
Ianya membuatkan kawannya teruja.
"Apa yang kau ingat, Boboiboy?!" Gopal sudah tidak sabar mahu mendengarnya.
"Kalau aku tak salah, betul betul saat mata aku melihat buku tu, aku merasakan seperti aku dipanggil oleh buku tu"
Boboiboy menunjuk ke arah buku itu.
"Hah? Kena panggil dengan buku tu?" Ying tidak memahami maksud Boboiboy.
"Ya, aku tak tipu. Ianya seperti.... aku lihat ada seperti satu gelombang biru yang keluar daripada buku tu sembari ada suara memanggil nama aku"
Pada ingatannya, dirinya seperti dipukau.
"Boboiboy....Boboiboy....Boboiboy...."
Tanpa dia sedar, tangannya sudah pun memegang buku itu.
Apabila dirinya sedar daripada pukauan itu, Boboiboy terkejut dirinya memegang buku itu.
Tetapi kekeliruannya hilang apabila dia melihat ke arah tajuk buku tu.
"Aku macam mena pukau, tau tau tangan aku dah ambil buku tu. Aku memang awal awalnya keliru, tapi lepas aku tengok tajuk buku tu, aku mula tertarik, sebab tu satu satunya buku pasal kisah 7 naga tu yang aku pernah jumpa sepanjang hidup aku. Jadi aku pun pilih untuk pinjam buku tu"
Entah mengapa, Boboiboy merasa sangat rapat dnegan buku itu, sehingga dia tidak mahu berpisah dengan buku tu. Tetapi dia terpaksa juga kerana kerja.
Mendengar kisah Boboiboy, Kaizo akhirnya mendapat kesimpulannya.
"Sah, buku ni ada sesuatu yang tersembunyi di dalamnya. Kalau buku ni sampaikan mampu untuk memukau mahluk hidup yang lain, bermaksud ianya bukan hanya sekadar buku biasa yang ada mana"
Kata kata terakhir Kaizo membuatkan yang lain sedikit keliru.
"Apa maksud abang?" Fang bertanya kepadanya.
Kaizo melihat semula ke arah buku yang berada di dalam tangannya itu dengan tatapan yang tajam.
"Ada seseorang, atau sesuatu yang bersembunyi di dalam buku ni"
Mata Boboiboy membulat, tidak mempercayai apa yang Kaizo baru katakan.
Bukan dia sahaja, kawan kawannya juga turut terkejut juga.
"S-sesuatu?! Hantu ke?!" Gopal mencuba bersembunyi di sebalik Boboiboy akibat takut.
"Lebih daripada tu. Ianya boleh menjadi apa apa speasis yang ada di muka bumi ni, bersembunyi di dalam buku ini, menunggu seseorang untuk membebaskannya"
Kaizo membaling buku dan kepala kunci itu kembali kepada Boboiboy, dan ditangkap olehnya.
"Mungkin ada sebab kenapa hanya ada kepala kunci sahaja. Cuba kau paksa buku tu untuk terbuka dengan kepala kunci tu" arah Kaizo.
"H-hah?! Macam mana tu?!" Boboiboy masih keliru dengan semua ni.
Ianya berlaku terlalu cepat, sampai dirinya masih tidak mampu memproses yang yang Kaizo katakan.
Seseorang? Sesuatu? Bersembunyi di dalam buku kuno ni? Dia tidak memahaminya!
"Cuba kau masukkan kepala kunci tu ke dalam lubang kunci tu seperti biasa" sambung Kaizo.
"O-ok ok! Aku cuba!"
Walaupun masih keliru, tetapi ianya tetap arahan daripada seorang polis kerajaan.
Boboiboy mengangkat kepala kunci itu dengan satu tangannya, dan perlahan lahan mengarahkannya ke arah lubang kunci itu.
Dahinya sudah berpeluh, tidak tahu jika ianya akan berjaya ataupun tidak.
Kepala kunci itu pun dimasukkan ke dalam lubang kunci itu.
Tetapi, tiada apa apa yang terjadi.
"Ok, sekarang, putar kunci tu"
Boboiboy mengangguk.
Kepala kunci itu pun diputarkan ke kanan, dan kemudian ke kiri beberapa kali.
Tetapi, ianya masih tidak terbuka.
Melihat tiada hasil, Boboiboy menarik nafas dalam dalam, mencuba untuk bertenang, dan berfikir rasional.
'Ini buku sihir, kan?' Fikirnya.
'Maksudnya, aku juga kena gunakan sihir'
Sihir melawan sihir, itu satu satunya apa yang dia mampu fikirkan.
Boboiboy pun mula memfokuskan aliran mana ke arah tangannya, mengisi kepala kunci itu dengan kuasa.
Pada pandangan luar, Boboiboy hanya diam sahaja, tidak melakukan apa apa.
"Boboiboy?" Gopal memegang bahu Boboiboy.
Tetapi, belum sempat dia menanyakan apa apa, tiba tiba, berlaku sesuatu.
Satu demi satu butiran cahaya mula muncul mengelilingi Boboiboy.
"A-apa jadi?!" Gopal yang terkejut, melepaskan bahu kawannya itu, dan mengundur kebelakang.
Kawan kawannya dan Kaizo turut terkejut dengan apa yang berlaku.
Tetapi, Boboiboy malah terlihat kagum.
Satu persatu butiran cahaya itu mula terbang ke arah lubang kunci itu.
Pada tangan Boboiboy, dia merasakan seperti bahagian badan kunci itu yang hilang mulai dipenuhi oleh butiran cahaya itu, memenuhi ruangan kosong di dalam lubang kunci itu.
Sehinggalah, kunci itu akhirnya lengkap.
Sekali putaran, Boboiboy mendengar bunyi 'ktak!' datang daripada buku itu, bermakna ianya berjaya dibuka.
Tiba tiba, padan Boboiboy berubah lagi.
"H-huh?"
Boboiboy kembali melihat sosok lelaki yang dia lihat tadi.
Wajahnya masih tertutup oleh kabut.
Tetapi, kali ini, dia bersuara.
"Jadi ianya kamu"
Sosok itu berjalan ke arahnya, dan memeluknya erat.
Boboiboy terkaku, tidak mampu berbuat apa melainkan membiarkan mahluk itu memeluknya.
Dan, dirinya kembali ke dunia nyata.
"Wo wo wo, apa jadi ni?!" Fang berteriak.
Buku yang berjaya dibuka Boboiboy tadi, kini melayang dengan sendirinya, sambil bercahaya dengan terang.
Ianya membuatkan mereka silau, sehingga terpaksa menutup mata mereka.
"Ergh?!"
Satu demi satu muka surat mulai terselak, sehingga cahaya yang terang membutakan satu ruangan itu.
Apabila cahaya itu reda, muncul sesosok lelaki, tinggi lampai, kelihatam berumur sekitar di antara budak budak itu dan Kaizo.
Mahluk itu jatuh ke atas tanah, membuat bunyi yang bising, yang memaksa mereka semua untuk membuka mata semula.
Mereka semua terkejut melihat sosok itu.
"S-siapa ni woi?!" teriak Gopal.
Lelaki itu akhirnya me gangkat kepalanya, yang akhirnya mampu dilihat dengan jelas oleh Boboiboy.
Mata Boboiboy membesar.
Ianya adalah lelaki yang sama dia lihat tadi.
2947 perkataan
Dah lama tak up buku ni, uhuk-
Ok, bye-*ballet masuk gaung*
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top