Chapter 1 : Serangan 4 Benua
Keadaan menjadi betul betul huru hara apabila sebuah letupan tiba tiba berlaku, meninggalkan sebuah ketulan asap di mana mana.
Udara dipenuhi dengan suara jeritan penduduk yang berlari mencuba menyelamatkan diri sendiri.
Boboiboy dan kawan kawannya masih tercegat di tempat mereka, keliru dengan apa yang sebenarnya sudah berlaku.
Mereka melilau ke kiri dan kekanan melihat penduduk berlari melepasi mereka sementara mereka masih berdiri di tempat yang sama.
"K-kenapa ni?!" Yaya mulai merasa cemas.
Sebuah letupan berlaku lagi, meletopkan sebuah rumah tidak jauh daripada mereka.
BOOOMMMMMM!!!!
Letulan itu menerbangkan sepihan sepihan rumah itu, dan beberapanya terbang ke arah mereka.
Melihat keadaan bahaya itu, mata Boboiboy membulat.
Dengan cepat dia mengeluarkan kembali tongkat kayunya, dan menghentak tongkat itu ke atas tanah, menyebabkan sebuah lingkaran cahaya mengelilingi mereka.
Dengan pantas muncul sebuah spera pelindung yang melindungi mereka sebelum sepihan sepihan rumah itu sempat menghempas mereka berempat.
Kerana ketakutan, Boboiboy mencuba mengekalkan pelindung itu, tetapi jelas terlihat yang dia kesusahan kerana sihir pelindung itu memerlukan banyak mana.
Apabila mereka berempat melihat kehadapan, muncul beberapa orang misterius memakai baju besi daripada sebalik asap letupan.
Mengetahui yang orang orang itu adalah bukan penduduk di sana, Boboiboy dengan segera menghilangkan pelindung itu, dan mereka pun berlari menyelamatkan diri.
◇♡◇♡◇♡
Mereka semua menyorok di sebalik sebuah banggunan, mencuba melarikan diri daripada tentera tentera itu.
Mereka semua kehabisan nafas.
"Huh...huh...huh...kita...kita dah selamat ke?" Gopal yang pertama bersuara.
Boboiboy mencuba menyintip dari sebalik banggunan itu, dan tidak melihat apa apa tentera dari sana.
"Nampaknya macam tulah. Tapi kita tak boleh di sini selamanya. Kita kena pergi ke tempat yang selamat!" Boboiboy makin merasa cemas.
"Haiya! Kenapa tentera tentera tu serang desa ni?!" Ying menarik kedua dua pony rambutnya, mencuba untuk kekal tenang, tetapi gagal.
"Kita tak tahu. Tapi yang penting kita kena pergi ke tempat yang selamat sebelum tentera tentera tu jumpa kita!" Yaya mencuba berfikiran realistis dalam keadaan cemas itu.
Tiba tiba, mereka mendengar suara kepakkan sayap dari atas mereka.
Apabila mereka melihat ke atas, mereka melihat Fang sedang terbang ke arah mereka, dan mendarat di sebelah mereka.
"Korang! Korang tak apa apa ke?!" Fang mencuba memeriksa keadaan kawan kawannya itu.
"Kami tak apa apa. Kami sempat larikan diri sebelum diserang askar askar tu!" balas Ying, dengan nada separuh panik.
"Syukurlah. Aku dah dengar letupan tu dari kedai aku tadi. Semua pelanggan lari lintang pukang keluar kedai, jadi aku pun lari keluar jugak" Fang menghembuskan nafas lega.
"Aku dah periksa masa terbang tadi. Satu desa ni dah kena kepung dengan tentera tentera tu" sambung Fang lagi.
Mendengar apa yang kawan harpy nya itu katakan, Boboiboy menjadi semakin cemas.
"Kejap! Satu desa? Maksud kau...."
Ketakutan mula menyelubungi hati Boboiboy.
"Tok Aba?!"
Boboiboy terus naik ke atas tongkatnya, dan terbang menuju ke kawasan hutan.
"Boboiboy?! Tunggu dulu!!!" Gopal mencuba memanggil kawannya itu, tetapi dia sudah terlalu jauh.
"Tapi dia betul! Tok Aba mesti dalam bahaya juga sekarang ni!" kata Yaya.
"Kita kena ikut dia cepat! Ying, kau angkat Yaya! Aku angkat Gopal!"
Dengan cepat, Fang mencengkam bahu Gopal dengan kakinya, dan bawanya terbang.
"ADOI ADOI ADOI SAKIT SAKIT SAKIT!!!" rintis Gopal, akibat bahunya yang dicengkam kuku burung Fang itu.
Melihat kawan kawan mereka sudah pergi, Ying menuju ke arah Yaya pula.
"Yaya! Kau boleh guna sihir gravitasi tu pada diri kau lagi kan?"
Yaya mengangguk, memahami yang kawannya itu tidak akan larat mengangkatnya sendirian.
Kedua dua tangan Yaya pun mula bercahaya, dan dia pun memegang tubuhnya, membuatkan satu badannya mula diseliputi oleh cahaya itu.
.
.
.
.
♧♤♧♤♧♤♧♤
KAMUS MAKLUMAT TERBAWANGSA
SPESIES : DUYUNG
●Setiap spesies duyung mampu mengubahkan ekor mereka kepada kaki apabila di darat untuk memudahkan pergerakkan mereka di daratan.
●Untuk membezakan duyung dan manusia ketika di darat adalah dengan anak mata mereka. Anak mata duyung berbentuk seperti titisan air dan berwarna biru.
●Sihir yang dikuasai kesemua spesies duyung adalah hydrokinesis, yang membolehkan mereka untuk mengawal air kepada apa apa sahaja yang mereka mahukan.
●Duyung juga memiliki kekuatan yang luar biasa kerana diri mereka yang hidup di dalam laut yang bertekanan tinggi, membuatkan gravitasi daratan terasa sangat ringan bagi mereka.
Side note :
-Sihir gravitasi dan terbang adalah dua sihir yang berlainan, tetapi masih berada di dalam kelompok sihir yang sama.
-Sihir gravitasi digunakan untuk mengubah pusat gravitasi sezuatu benda itu, dan membuatnya ringan mahupun berat.
-Walaupun memang boleh digunakan untuk terbang, tetapi ianya susah untuk dikawal, terutamanya kerana Yaya, seekor duyung, adalah mahluk air, dan bukan mahluk udara seperti Fang dan Ying.
-Sebab itulah kenapa Yaya hanya gunakannya untuk meringankan tubuh badannya, seperti ketika waktu persembahan tadi, untuk memperlahankan dirinya jatuh ke tanah, dan untuk meringan dirinya supaya mudah untuk dibawa Ying.
♧♤♧♤♧♤♧♤
.
.
.
Setelah sihir itu diletakkan pada badannya, Ying pun mula mengangkat Yaya, dan terbang mengikuti kawan kawan mereka yang lain.
♡◇♡◇♡◇
Tidak lama kemudian, Boboiboy sudah mampu melihat kawasan rumah atoknya itu.
Tetapi, sebaik sahaja matanya tertumpu ke arah rumah lama itu, hatinya bagaikan mahu gugur.
Dengan paksa, dia memaksa tongkat kayunya itu untuk terbang dengan lebih laju, dan mendarat di hadapan rumahnya itu dnegan wajah ketakutan.
Rumah Tok Aba, rumah yang dia tinggali sejak kecil bersama atoknya itu, sedang terbakar.
KREKKKKKKK...
Beberapa kayu di rumah itu sudah mulai runtuh akibat terbakar.
Tanpa berfikir panjang, dirinya terus meluru masuk ke dalam rumah itu.
Kawan kawannya, yang tidak jauh di belakangnya, turut terkejut melihat keadaan rumah itu.
Tetapi, mereka lebih terkejut melihat kawan mereka itu meluru masuk ke dalam rumah yang masih terbakar itu.
Dengan cepat, Yaya mengaktifkan sihir hydrokinesisnya, dan mencuba mencari sumber air yang dekat untuk dia gunakan.
Dia menjumpai sebuah tasik tidak jauh dari sana.
"Ying!!! Bawa aku ke sana!!!" Yaya menunjuk ke arah tasik itu.
Ying, melihat ke arah Yaya tunjukkan, memahami apa yang Yaya cuba lakukan. Tanpa berkata apa apa, dia terbang ke arah tasik itu.
Sementara itu, Gopal dan Fang mendarat dengan tergesa gesa di depan rumah Tok Aba itu, mencuba untuk memangil kawan mereka itu.
"Boboiboy!!! Kau dengar tak-uhuk! Uhuk!"
Asap mulai menebal, membuatkan mereka sukar untuk bernafas.
Di dalam rumah, Boboiboy menggunakan sihir pelindung di keliling dirinya, supaya dirinya tidak disambar api.
"Tok Aba!!! Tok Aba!!! Atok mana?!?!" dia berusaha mencari datuknya itu.
Dia memasuki bilik datuknya, dan melihat datuknya menggunakan sihir pelindung juga, tetapi dirinya ditimbusi dengan kayu kayu daripada atap bilik itu yang runtuh.
"Erhhhh...." jelas kelihatan Tok Aba penat kerana mempertahankan sihir itu terlalu lama.
"Tok Aba!!!"
Dengan cepat, Boboiboy menghilangkan pelindungnya, dan menembak kesemua kayu kayu yang menimbusi datuknya itu, dan sebaik itu juga, sihir pelindung datuknya hilang, dan Tok Aba pun rebah ke tanah.
"Tok Aba! Tok Aba ok tak?!" Boboiboy menggoyangkan tubuh Tok Aba, tetapi datuknya itu tidak sedarkan dirinya.
Melihat yang datuknya itu pingsan, Boboiboy mengangkat Tok Aba dengan meletakkan tangan Tok Aba di atas bahunya, dan memasang sihir pelindung semula.
Menggunakan sihir yang menggunakan banyak mana itu tiga kali dalam masa yang dekat memang membuatnya keletihan, tetapi dia kena pastikan datuknya itu selamat dahulu.
♡◇♡◇♡◇
Di luar, Yaya membawa sebuah bebola air yang besar di atas dirinya dan Ying.
Dengan perlahan lahan, dia menggunakan air itu sedikit demi sedikit untuk padamkan api yang berada di bahagian luar rumah.
"Erh-ah! Boboiboy!"
Gopal terus berlari ke arah kawannya itu selepas melihatnya keluar dari rumah itu.
Sebaik sahaja dia keluar dari rumah itu, sihir pelindung itu akhirnya menghilang, dan dirinya terjatuh ke tanah, dan melutut kepenatan.
Memang dia tidak biasa menggunakan kuasa sebanyak ini dalam sehari kerana selama ini desa mereka aman sahaja tanpa apa apa ancaman.
"Huh... huh... huh..."
"Tok Aba?! Tok Aba ok tak?!" Gopal yang panik melihat Tok Aba yang tidak sedarkan diri itu, menggongcang badannya.
"A...atok pengsan masa dekat dalam tadi....aku rasa...lebih baik kita bawa dia ke tempat selamat"
Boboiboy memegang tangan datuknya itu erat, masih tidak percaya yang dia hampir kehilangan datuk kesayangannya itu.
Fang turut berjalan mendekati mereka berdua.
"Aku setuju. Aku tahu satu tempat yang kita boleh pergi"
"Maksud kau..."
Fang memgangguk sebelum sempat Gopal habiskan ayatnya.
"Baiklah, kalau macam tu, kau dengan Ying bawa Tok Aba ke sana. Aku, Gopal dan Yaya akan cuba padamkan api di sini dulu"
Fang mengangguk lagi, menerima arahan itu.
Dengan itu, Fang dna Ying pun mula terbang sambil membawa Tok Aba bersama mereka.
◇♡◇♡◇♡
Yaya bertugas untuk memadamkan api di bahagian luar, sementara Boboiboy dan Gopal masuk ke dalam rumah untuk padamkan api di bahagian dalam pula.
Selamatlah mereka berdua ada belajar sihir gravitasi itu dengan Yaya dulu, walaupun masih tidak mampu menggunakannya sebaik Yaya.
Mereka cuma mampu membawa bebola api yang kecil sahaja, tetapi cukup untuk padamkan api di dalam rumah.
Sambil sambil padamkan api, Boboiboy mencuba mencari apa apa barangan yang dia masih boleh selamatkan dan tidak disambar api.
Tetapi, malangnya hampir 90% barangan di dalam rumah itu sudah rentung terbakar.
Yang dia mampu jumpa hanyalah duit simpanan Tok Aba yang Tok Aba simpan di tempat yang selamat, dan syukurlah yang ianya tidak sempat di sambar api.
Dia kemudian masuk ke dalam biliknya.
Ianya juga rentung, dan kesemua barangnya sudah hangus.
Tetapi, sesuatu membuat dirinya terkejut.
Buku lagenda Terbawangsa yang dia tinggalkan di atas katil semasa keluar dengan Gopal tadi, dilindungi oleh sebuah spera magic.
"Apakah...."
Perlahan lahan dirinya mendekati buku itu, dan menyentuh spera itu.
Tetapi, sebaik sahaja dia melakukannya, spera itu hilang.
Buku itu masih kelihatan elok, dan tidak disambar api sama sekali.
"Macam mana..."
"Boboiboy?!"
Kekeliruannya terhenti apabila dirinya dipanggil oleh Gopal.
"Kejap!"
Sekali lagi Boboiboy melihat ke arah buku itu, dan memutuskan untuk mengambilnya dan meletakkannya di dalam begnya, bersama dengan duit tadi.
Dia pun berlari keluar dari dalam bilik itu dan berjumpa dengan Gopal.
♡◇♡◇♡◇
Setelah selesai memeriksa kawasan rumah, dan memastikan sudah tiada apa apa api yang tertinggal lagi, mereka bertiga pun mula berlalu pergi, mahu pergi ke tempat yang Fang maksudkan tadi.
Mereka menggunakan jalan hutan yang mereka yakin tidak akan ada tentera di sana, dan meninggalkan rumah tempat mereka membesar bersama itu di belakang.
.
.
.
Setengah jam kemudian, mereka tiba di depan sebatang pokok besar yang memiliki pintu di batangnya.
Mereka bertiga melilau, melihat keadaan sekitar pokok itu.
"Tempat ni... dah banyak berubah" kata Boboiboy.
"Yelah, kita last ke sini pun masa kau umur 11 tahun, dan aku 12 tahun" balas Gopal.
"Tak sangka dah lama masa berlalu" sambung Yaya pula.
Mereka bertiga berjalan mendekati pintu pada batang pokok itu.
Boboiboy mengetuk pintu itu, dan mereka menunggu.
Sedikit merasa nostalgia, kerana sudah lama tidak datang ke sana.
Selang beberapa saat, pintu itu pun terbuka, memperlihatkan seorang lelaki dewasa yang memakai topeng pada mukanya berdiri di muka pintu itu.
"Ah! Oboi! Yaya! Gopal! Masuk masuk!" tetapi, mengikut nadanya, dia kedengaran gembira melihat kedatangan mereka bertiga.
Setelah dipelawa masuk, mereka pun mengikuti lelaki itu masuk ke dalam pokok itu.
"Terima kasih sebab terima kami" kata mereka bertiga serentak.
"Eh, tak ada hal lah. Lagi pun...Uncle dah lihat keadaan Tok Aba"
Mendengar intonasi nada suara lelaki itu berubah, membuatkan mereka bertiga makin tidak sedap hati.
Di sebalik pintu itu, terdapat tangga berputar yang menuju ke area bawah tanah.
Mereka berempat pun berjalan menuruni tangga itu, satu persatu anak tangga.
Semakin ke bawah, semakin dinding yang awalnya kayu, bertukar menjadi dinding batu.
Apabila mereka tiba di anak tangga terakhir, ketiga tiga budak itu dikejutkan apabila melihat ianya adalah jalan mati.
"K-kenapa ada dinding je ni, Uncle?" Gopal sudah mulai gelabah.
"Ahahaha! Jangan risau lah. Ini cuma sihir ilusi je"
Lelaki itu mengangkat tangannya ke udara, dan tangannya mulai bersinar berwarna hijau.
Dia pun perlahan lahan menggerakkan tangannya ke sisi, dan dinding yang dilihat di hadapan mata mereka itu mulai hilang sedikit demi sedikit, sehingga hilang sepenuhnya.
Di sebalik dinding itu, memperlihatkan sebuah ruang yang tersangatlah luas dan kelihatan mewah. Yang membuatkan ketiga tiga budak itu terpana.
"Wahhhhh!!!"
Lelaki itu terketawa kecil melihat riaksi budak budak itu. Memang dia ada renovasi rumahnya itu sejak terakhir kali mereka ke sana, empat tahun yang lalu.
"Dinding tu dibuat dengan sihir ilusi untuk menipu musuh, seperti ianya adalah jalan mati" jelas lelaki itu.
Ketiga tiga mereka mengangguk, sebelum mengikut lelaki itu daripada belakang.
Mereka berempat menuju ke sebuah bilik dengan pintu berwarna hitam.
Apabila dibuka, terlihat Tok Aba sedang terbaring di atas sebuah katil, masih tidak sedarkan diri, dengan beberapa orang lain lagi yang berdiri di sekeliling katil itu.
Fang dan Ying turut berada di sana.
Perhatian mereka tertumpu kepada pintu yang dibuka itu, dan kelihatan gembira dan lega melihat kehadiran ketiga tiga kawan mereka itu.
"Korang!!!" mereka berdua berlari ke arah mereka bertiga.
"Selamatlah lu orang selamat sampai! Aku risau kalau lu orang kena tangkap dengan askar askar tu!" Ying memeluk Yaya, yang turut dibalas oleh duyung itu.
"Kami sempat bawa Tok Aba ke sini, tapi...." Fang, tidak menghabiskan ayatnya, dan melihat ke arah orang tua itu.
Di sana, berdiri seorang lagi lelaki, yang bertubuh sedikit dewasa daripada mereka, dan turut merupakan seekor harpy juga, seperti Fang.
Melihat Fang melihat ke arah Tok Aba, dan kemudian kepada dirinya, lelaki itu faham apa yang Fang cuba katakan.
Lelaki itu merupakan Kaizo, abang kepada Fang.
"Nampaknya Tok Aba ada kesan seperti diserang, jadi mungkin Tok Aba diserang oleh tentera tentera tu, dan melarikan diri ke dalam rumah untuk melindungi dirinya, tetapi rumahnya dibakar oleh mereka. Ianya tidak semakin baik bila Tok Aba terpaksa menggunakan banyak mana untuk lindungi dirinya daripada dihempap bumbung yang runtuh"
Mendengar penjelasan Kaizo, membuatkan Boboiboy menjadi semakin gelisah.
"J-jadi-" Boboiboy mahukan jawapan.
Kaizo mengangguk, memahami apa yang budak itu rasakan.
"Jangan risau, dia stabil. Tetapi dia masih memerlukan rawatan. Menggunakan mana sebanyak itu pada usia sebegini memang merbahaya"
Riak wajah Boboiboy mulai bertenang, dan memegang dadanya dengan rasa syukur.
"Syukurlah..."
Mendengar Kaizo mengatakan pasal "rawatan", membuatkan Ying mendapat idea.
"Tunggu! Kita kan ada Gopal! Jadi kita boleh minta dia sembuhkan Tok Aba!" Ying berpaling ke arah Gopal.
Gopal, yang terkejut dengan kata kata tiba tiba Ying itu, melompat menyorok di belakang Boboiboy, sambil menggeleng laju.
"Tak nak! Aku takut!"
Kaizo turut membantah juga.
"Tak boleh. Walaupun dia elf, dia masih terlalu muda untuk menggunakan sihir penyembuh tu. Sihir itu memakan banyak mana, mengikut seberapa parah pesakit mereka, dan boleh memudaratkan diri"
Mendengar penjelasan Kaizo, Ying menunduk minta maaf.
"S-sorry! Saya tak tahu!"
"Tak apa. Lagi pun, aku dah hantar seseorang untuk pergi meminta bantuan" sambung Kaizo lagi.
Berpindah situasi, terlihat seekor harpy sedang terbang di langit biru, menuju ke sesuatu tempat.
Rupanya mirip dengan Kaizo.
Itu kerana dia adalah kembar Kaizo, yang bernama Kassim.
Melihat dirinya sudah tiba di langit desa, cepat cepat dia memakai sihir halimunan supaya tentera tentera itu tidak melihatnya.
◇♡◇♡◇♡
Kembali ke yang lain semula, Boboiboy membantu meletakkan tuala basah di atas dahi datuknya.
"...... siapa sebenarnya semua tentera tentera tu?"
Boboiboy berpaling pada lelaki dewasa itu, mengharapkan jawapan daripadanya.
Lelaki itu mengeluh berat, sebelum menjawap.
"Mereka adalah tentera tentera milik seorang raja jahat bernama Borara. Ini sebenarnya bukan serangan pertama daripadanya. Selama 15 tahun ini, dia sudah bertindak menguasai benua tenggara dunia, dan perlahan lahan memperluaskan jajahannya. Dan nampaknya, dia sudah tiba di Terbawangsa"
Kesemua orang yang berada di sana mampu merasakan suasana menjadi tegang dan berat.
Dada mereka merasa sesak, sedar dengan keadaan apa mereka berada sekarang.
Mereka faham apa yang lelaki itu cuba maksudkan. Negara mereka, kini sedang dijajah.
Kaizo turut menyambung apa yang dikatakan lelaki itu.
"Bukan hanya wilayah tenggara sahaja. Wilayah barat, wilayah selatan, dan wilayah utara juga turut dijajah oleh kuasa kuasa jahat tersendiri. Dan perlahan lahan, akhirnya mereka telah menghampiri wilayah tengah"
Apa yang dikatakan Kaizo hanya menambahkan ketegangan yang dirasai mereka.
Jantung mereka seperti mahu meletup, tidak menerima segala yang sedang berlaku.
Dunia sudah aman daripada peperangan selama 500 tahun lamanya, jadi kenapa sekarang berlaku lagi?
"A-apa kita nak buat ni?!" Gopal menggoncang tubuh badan Fang dengan panik.
"Mana aku tahu!" Fang menolak Gopal daripadanya.
"Habislah! Kita kena hidup bersembunyi seluruh hayat kita ke?!" Ying sudah berlari ke sana ke mari.
"Tapi tak kan kita nak biar je diorang jajah negara kita?!" Yaya mencuba untuk membantah, kerana dia tak terima negara mereka akan dijajah.
Keadaan memang sangat huru hara ketika itu.
Lelaki itu dan Kaizo juga tidak memarahi mereka kerana bising, sebab ianya normal untuk mereka beriaksi seperti itu.
"Tapi... macam mana kau boleh tahu pasal penjajahan 15 tahun tu?"
Boboiboy tiba tiba sahaja berjalan ke arah Kaizo dan menujukan soalan itu kepadanya.
Peringatan, dunia mereka ketika itu masih tiada alat komunikasi seperti television, mahu pun media seperti televisyen untuk mereka mengetahui berita semasa.
Kaizo tersenyum kecil sebelum menjawap.
"Aku kan polis. Angkatan kami memang diminta untuk mempelajari beberapa sihir yang tidak biasa penduduk jumpa untuk kegunaan kami. Contohnya, seperti yang ini"
Kaizo tiba tiba mengangkat tangannya ke udara, dan tangannya bersinar.
Secara cepat, muncul sebuah bola spera di atas tangannya, yang sebesar bola keranjang.
Bola itu kelihatan seperti mutiara yang besar dan bersinar.
"Ini adalah bola komunikasi, yang digunakan oleh polis dan angkatan keselamatan seluruh dunia untuk memberitahu apa yang telah berlaku di sana dan juga untuk meminta bantuan sekidanya ada masalah berlaku"
Kaizo menyimpan semula bola spera itu.
"Kami mendapat berita negara negara lain dijajah perlahan lahan dari tahun ke tahun. Memang kami ada hantar beberapa anggota untuk menghantar bantuan ke sana, secara senyap senyap kerana tidak mahu penduduk cemas, tapi sehingga kini, semua anggota yang dihantar tidak pernah kembali ke sini. Hubungi mereka juga kami tidak mampu. Kami syak, mereka semua menjadi mangsa tahanan"
Nada suara Kaizo menjadi sayu sesaat, seperti dia memang betul betul terkesan dengan kehilangan anggota anggota polis itu semua.
Walaupun dia baru menjadi polis selama 7 tahun, tetapi dia dah kenal ramai antara mereka, dan ramai yang sudah seperti keluarga baginya.
"Tapi diorang dah sampai ke sini! Macam mana kita nak selamatkan negara kita?!" Yaya masih lagi dengan perbicaraan yang sama.
Betul apa yang Yaya kata, tak kan mereka nak biarkan sahaja parasit parasit itu jajah negara mereka.
"Kalau lah kita ada seseorang yang mampu menggunakan kuasa yang kuat...." lelaki itu memegang kepalanya, sama pening dan sakit hati dengan anak anak muda itu.
Seketika, Boboiboy tersentak mendengar apa yang lelaki itu katakan.
"......kuasa yang kuat?...." Boboiboy berbisik kepada dirinya sendiri.
Dia kemudian berjalan mendekati lelaki itu.
"Uncle"
"Hm?" lelaki itu memandang ke arahnya.
"Saya tak tahu lah ini akan membantu kita, tapi, saya rasa saya ada jawapannya"
Boboiboy membuka pintu poket dimensinya, dan mengeluarkan sesuatu.
Ianya adalah buku lagenda 7 naga Terbawangsa miliknya.
3026 perkataan
PeranggggGGGGGGGG- //plak!!//
Bye bye, tata titi tutu- *lombat masuk perigi*
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top