s p e c i a l c h a p t e r

Sebenarnya.. ada tau beberapa scene yg aku skip kalau korang perasan. Hehhe sorry.

• la pareja •
Special Chapter
Fall in Love Under The Star

Enjoy!






"Won."

"Hmm?"

Jimin tersengih segan dan menggosok-gosok belakang lehernya.
"Tutup mata kejap." Hyewon memgerutkan dahi.

Hesy, dia ni memang suka dahi berkerut ke apa?

"Buat apa?" Jimin menghentak-hentak kaki apabila permintaannya dipersoalkan. "Tutup jelah, pweaseeee"

Hyewon ketawa kecil. "Yelah yelah." Matanya dipejamkan.

"I love you, Park Hyewon~"

Seutas rantai dikalung ke lehernya. "Jimin!" Mata terus dibuka, leher Jimin dirangkul erat. "Thank you!" Suaminya ketawa bahagia dan membalas pelukannya.

"You're welcome, Won."

Mata Hyewon yang bercahaya itu ditatap dalam-dalam. "Bila kau beli rantai secantik ni?"

Belakang leher digosok-gosok perlahan. Alahai, malu-malu pulak dia.

"Sebenarnya.. aku beli dah lama dah. Aku beli ni kononnya sebab nak 'pujuk' kau balik. Tapikan lepastu gaduh teruk, tak ketersampaian nak bagi.."

Bibirnya sengaja dimuncung-muncung ke depan, memohon simpati. "Alaaa, kesian kesian. Cantik.. aku suka." Hyewon tersenyum manis.

"Chim, Won."

"Ya, ma?"

Puan Im yang sudah pulih dari kanser tulang itu tersenyum dan berjalan ke arah mereka. "Mama nak cakap sikit boleh kan?" Mereka mengangguk dan duduk di sebuah meja bulat di halaman belakang.

"Dah confirm dah honeymoon dekat mana?"

Jimin mengangguk laju. "Eh? Kau dah pilih dah?" Dia tersengih dan mengangguk lagi. "Surprise, ma." Mata dikenyitkan. Puan Im tertawa dan mengusapkan kepala Jimin.

"Oh, kau. Pilih tak bincang dengan aku pun, eh?" Hyewon bercekak pinggang. "Don't worry, sayang. Aku pasti kau mesti suka punya."

"Yelah tu, Jeman."

Puan Im ketawa dan menggeleng. "Haih la anak-anak oii. Dah lah. Pergi main jauh-jauh."

"Maa, Won taknak duduk dengan tenuk ni-"

"APA KAU PANGGIL AKU TADI? TENUK? SINI KAU!" Dan sekali lagi, momen berkejaran seperti budak darjah satu berputar semula. Puan Im hanya ketawa dan menggeleng. Pelik-pelik betul dua budak bertuah ni.

•••

"Kau nak beli apa-apa tak? Keropok ke, roti ke. Mana tau nanti dalam flight lapar." Hyewon yang sedang khusyuk meneliti tiket penerbangannya itu menggeleng.

"Jimin."

"Apo?"

"Ulaanbaatar ni.. cantik ke?" Jimin tersenyum nipis dan menarik Hyewon mendekatinya. "Cantik. Tapi aku haramkan kau pergi google. Tak surprise lah nanti. Ada faham, adik manis?"

"Hmm." Gadis itu melarikan anak mata ke sebuah kedai duty free. "Weh, jeman." Jimin mencebik dan mengangkat kening.

"Nak tu." Jari telunjuk Hyewon melunjur ke arah sebuah meja yang penuh dengan coklat. "Aip, no no no. Kau dah makan berapa peket semalam?" Isterinya memuncungkan bibir.

"Alaa tadi kau tanya aku kan nak beli apa.."

"Tapi aku tak cakap coklat, kan sayang? Dah, jom. Nanti lewat masuk balai pelepasan." Tangan Hyewon ditarik ke arah balai pelepasan yang menanti kehadiran para penumpang ke Mongolia.

"Bye, chocolate.." dengan sayunya Hyewon bersuara dan mengikuti langkah Jimin. Aduh, ini anak. Setelah selesai semua urusan mereka berdua bergerak ke pintu B4.

"Lagi berapa minit nak masuk kapal terbang, Chim?" Tiket dipandang sebentar lalu jam Rolex Cosmograph Daytona di tangan dilirik. "Dalam 20 minit. Kau mengantuk ke? Tidurlah dulu."

Gadis itu mengangguk perlahan sebelum mencapai bantal travel berbentuk U dan meletakkannya di leher. Mata dipejamkan.

"Won, aku- ah.. tidur pulak dia." Bibirnya menyinggung sebuah senyuman melihat si dia sudah hanyut diulit mimpi. Niatnya yang ingin ke tandas membasuh muka dibantutkan. Kepala Hyewon yang terlentok itu ditarik rapat ke dadanya.

Jimin mengusap perlahan rambut Hyewon. "Aku sayang kau sangat-sangat.." Bau harum rambut si gadis dicium lama.

"Perhatian. Perhatian kepada penumpang pesawat MG4098 ke Ulaanbaatar, Mongolia, pesawat MG4098 ke Ulaanbaatar, Mongolia, anda dikehendaki untuk masuk ke balai perlepasan untuk penerbangan segera. Terima kasih."

"Hyewon-ah.. bangun. Kita dah kena masuk kapal terbang. Kau sambung tidur kat dalam, eo?" Matanya dicelik dan digosok-gosok. Beg Python Leather Prada Embléme miliknya digalas dan dia mula berdiri.

Jimin menarik tangannya dan mereka berjalan beriringan ke dalam pesawat. "Bila last kau naik flight, Won?"

"Erm.. dua tiga tahun lepas ah.."

Suaminya mengangguk faham. Mereka terus meluru ke seat business class. "Masuk dulu. Aku nak letak beg jap." Hyewon duduk ditempatnya dan cuba mencari posisi yang sesuai untuk menyambung aktiviti yang tergendala tadi.

"Won, pakai seat belt dulu kalau ya pun mengantuk.." Jimin duduk disebelahnya dan memakai tali pinggang keselamatan. Hyewon sekadar menghmm sahaja dan mengabaikan pesanan Jimin tadi.

"Haih, budak ni.." tali pinggang Hyewon dipasangkan. "Okey?" Hyewon mengangguk perlahan. Jejaka itu mengoyakkan senyuman.

"Wei, Jeman."

"Hmm?"

"Aku sayang kau."

Jimin ketawa. Okey, Hyewon ni tengah bercakap dalam tidur ke acaner ni? "Apa kau ni-"

Hah kau.

Hyewon memandangnya dari sisi dengan mata tercelik. "Aku sayang kau. Sangat-sangat. Jugak." Dia melakar senyum nipis dan memeluk lengan Jimin lalu tidur semula.

"Okey. I love you most, beautiful."

Dalam diam Hyewon tersenyum bahagia.

•••

A/N
Jangan risau!
Ada part two, hokey!
Stay tune para pembaca
LA PAREJA kesayangan
sekalian!





Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top