ProLog K.S.D.P ♡
Teressa Lim. Orangnya cantik secantik namanya. Kisah hidupnya biasa sahaja sepertimana hidup kita semua tetapi ianya berubah 100% apabila ayahnya bertindak memilih untuk bercerai dengan ibunya.
Ayahnya memilih haluan kanan manakala ibunya memilih haluan kiri dan dia serta abangnya ? Terpaku di tengah jalan tidak tahu mana satu yang harus dituju.
Tanpa berfikir dua tiga kali, Teressa mengikuti jejak langkah si abang mengikuti haluan ayahnya. Sempat dia berpaling melihat wajah ibunya yang tersenyum sayu di kejauhan.
Berbulan peristiwa pahit itu sudah berlalu dan satu perkataan yang cukup menggambarkan perasaan Teressa tika ini ialah MENYESAL.
Dia menyesal mengikut ayahnya kalau sajelah dia tahu hidupnya akan jadi bertambah porak-peranda kerana lelaki itu.
Ayah yang dulunya dia anggap sebagai hero kini bertukar watak menjadi seakan penjenayah.
Tubuh badannya tak lekang dari dipukul,disepak dan diterajang dan mujur sahaja dia tidak pernah disentuh dan diusik secara sexual oleh si ayah.
Abang yang dia anggap sebagai penyelamat hanya dusta semata-mata. Tinggal serumah malah sebumbung pula tu tapi tak pernah bersua muka.
Bercakap sesama sendiri ? Jauh sekali benda tu nak terjadi. Rasanya kalau Teressa bercakap dengan abangnya kiamat terus dunia.
Hidupnya tak lekang dengan derita.
Di sekolah dia dibuli.
Di rumah dia seakan kuli.
Bila dia nak bahagia ek? Entahlah. Dia pun tak tahu. Hinggalah suatu hari segalanya berubah.
Hanya kerana tersebut satu nama kini dia telah menempah satu dunia baru. Dunia yang dia pasti tidak akan gemari.
Dunia yang penuh dengan kegelapan. Yang mana tiada langsung sumber cahaya sinar mentari.
" Mampukah aku berundur walau untuk seketika? Aku rela memilih jalan kematian daripada tersangkut di rantai si 'dia'. Selamatkan aku ! Aku menyesal ! Untuk kali ini aku merayu --- jauhkan aku daripada'nya' ! "
- Teressa Lim -
[xxx]
Kim Taehyung. Sebut sahaja nama sudah pasti dia akan muncul. Bukan di depan mata tetapi di sebalik satu sudut yang gelap-gelita.
Selama 1253 juta tahun dia dikurung lama di dalam neraka taklukannya sendiri hanya kerana dia disumpah oleh seorang manusia yang padanya rendah harga diri di matanya kini dia kembali bangkit apabila namanya kembali diseru semula.
Bersayap putih,berpakaian serba putih dan berwajah tampan. Sekali tengok atau berkali-kali tengok akan dikatakan dia adalah bidadara syurga tapi sayangnya dia adalah ketua segala syaitan di neraka yang dia takluki.
Berkuku panjang,ber-anak mata merah darah dan berwajah sedikit pucat adalah imbasan dirinya yang sebenar tatkala dia berada di dalam 'dunianya'.
Dirinya yang telah lama terkubur sepi kini kembali bangkit dengan satu niat di hati.
Dia si Kim Taehyung. Raja segala syaitan kini menjejakkan kaki semula di alam manusia untuk melunaskan satu perkara.
Dia perlu melunaskan hajat si gadis yang telah menyeru namanya tapi dia juga perlu membawa si gadis kembali ke dunia dia yang sebenarnya.
Setiap hajat sudah tentu ada bayarannya.
Setiap seruan sudah tentu ada maksud di sebaliknya.
" Putih bukan sahaja berlambangkan kesucian. Kadang yang berwarna putih itulah yang menyimpan seribu satu kisah hitam di sebaliknya. Kau lihat aku berpakaian serba putih,bersayap putih dan berwajah tampan tapi tahukah dikau bahawa aku adalah raja segala syaitan di dalam kegelapan? "
- Kim Taehyung -
__________________________
Mempersembahkan karya short story saya yang PERTAMA ♡
Kalau cerita ni tak macam SHORT STORY tolong maafkan saiya kerana saiya sendiri belum cuba bagaimana rasa atau bentuk jalan cerita SHORT STORY yitu hiks (╯_╰)
Story ni based on my own idea so yeah seratus percen cintaku eh -
100% dari otak saya yang tak reti duk diam - (√)
Inspirasi ? Entahlah - dapat idea masa tangan gatal edit gambar padahal tak lah cantiks mana cover tu an tapi tulah bangga jap an ? An ? Ahaks emm (√)
Kalau bosan maaflah
Kalau best terima kasihlah
Sumbangan vote dan komen sayang eh sayang pulak saya alukan dan hargai.
Kalau jelah saya boleh bank in duit dah lama dah saya bagi kamu semua duit raya haaa 〒_〒
Raya kalini main bank tak main dah hulur-hulur huhu
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top