K.S.D.P 5
SEOKJIN melangkah laju ke arah keretanya yang berada di parking lot sekolah. Hanya kereta dia yang tinggal manakala kereta guru-guru lain sudah beredar lama dari tadi.
"Yaish ! Ni semua sebab report card tak guna tu lah aku lambat balik ! Shit lah mana pergi kunci aku !" Kedua poket seluarnya diraba. Takde ! Wajahnya sudah berubah cemas. Kakinya terlompat-lompat kecil kerana dia sekarang rasa nak menangis pun ada.
Mana taknya dah kalau hari dah senja lepastu kau sorang je dekat parking lot sekolah yang sunyi dia macam dekat kubur. Tak meremang ke semua bulu-bulu kat badan kau tu ?! "Mana pergi kunci aku ni ya tuhan ! Aku ka - "
"Encik ?" Seokjin terkaku. Badannya mengeras. Liur ditelan berkali-kali. Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang dan hembusan lega dilepaskan apabila kelibat pengawal sekolah menjengah mata. Dada bidangnya diusap perlahan.
"Kau rupanya ! Aku ingat sape tadi. Ha kenapa ?" Pengawal sekolah yang wajahnya tersorok sedikit di sebalik topi hitam yang menutup separuh wajahnya menghulurkan satu kunci kereta kepada Seokjin. Teragak-agak Seokjin nak menyambutnya. "Err dari mana kau jumpa?"
"Dekat depan pejabat guru" Seokjin berdehem perlahan. Matanya bergerak cuba mencari name tag pengawal itu tapi tiada. "Kalau takde apa-apa saya pergi dulu"
Seokjin tersentak. "Ahh ye-ye" Anak matanya bergerak melihat langkah pengawal itu yang mula menghilang di sebalik dinding sekolah. Terus dia berdesup masuk ke dalam kereta dan memecut keluar dari perkarangan sekolah.
Manusia yang disangkakan pengawal tadi tersenyum senget. Perlahan-lahan belakang bajunya terkoyak habis apabila sayap putihnya mula keluar memunculkan diri.
Kuku-kuku di jarinya mulai memanjang. Anak matanya bertukar putih seputih kapas. Dengan sekali gerakan dia sudah berada di atas rooftop sekolah di mana Teressa Lim belajar. Matanya tajam memerhati kereta Seokjin yang meluncur laju membelah jalan raya.
"Bawa dia kepadaku. Lucutkan rohnya dari jasad dan bawa dia menghadapku"
Dengan sekali hembusan nafas terkeluarlah satu angin putih meluru laju mengikuti pergerakan kereta Seokjin.
Jika kereta lelaki itu membelok maka angin putih itu turut sama akan membelok.
"Wahai gadisku --- sudah aku hilangkan dia dari hidupmu. Bahagiakah dikau saat mendengar khabar duka akan dirinya?"
Perlahan-lahan wajahnya berubah kepada mimik muka yang menyeramkan. Kedua belah gegendang telinganya diisi dengan suara jeritan nyaring dan raungan serta rintihan kesakitan milik Seokjin.
Tahulah dia bahawa angin suruhannya sudahpun melakukan kerja dengan baik. Dia bangkit dan melebarkan sayapnya dengan luas.
Hanya dengan sekali gerakan dia lesap bersama angin senja yang mula menghembus perlahan.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top