K. S. D. P 31
ROOFTOP sekolah Teressa menjadi pilihan dua susuk tubuh lelaki yang masing-making mempunyai kuasa yang mampu menghancurkan dunia.
Taehyung berdiri tegak sambil berpeluk tubuh melihat Yoongi yang berdiri sambil tersenyum sinis di depannya.
"Nampak macam...kau dah tahu siapa pilihan hati aku untuk kali ni"
Yoongi tergelak sinis. Rahangnya diusap perlahan dan isi dalam pipinya digigit lembut. Taehyung di depan dia dipandang jelek.
"Manusia lembap macam tu...terlalu mudah untuk aku bau lah heh" Tangannya naik memeluk tubuh dan Taehyung dihadapan dipandang atas bawah. 'Jijik' getus hatinya.
Taehyung menolak lidahnya mengena dinding pipinya hingga menampakkan benjolan di tepi pipi. Jelas amarah dia menaik. Wajah bongkak Yoongi dipandang tajam. Tangannya sudah dikepal kuat hinggakan urat hijaunya timbul di serata lengan. Nampaknya Taehyung benar-benar berangin kali ini.
"Apa lagi yang tak cukup dekat mata kau Min fucking Yoongi? Kau nak aku mampus dulu ke baru nak puas? Hmm?" lembut Taehyung menyoal tetapi di penghujung katanya senyuman sinis dihadiahkan kepada Yoongi.
Bengang. Itu yang Yoongi rasakan. Baginya kewujudan mahkluk seperti Taehyung tidak layak untuk tersenyum sinis padanya. Rambut yang jatuh di dahi dikuak kebelakang dan kepalanya ditolehkan ke kanan untuk melihat pemandangan kota Seoul dari atas rooftop sekolah itu.
"Ye. Aku memang nak kau mati...MACAM SEKARANG!" pantas tangan kanannya naik dan mengeluarkan satu asap hitam yang berkepul-kepul meluru laju ke arah Taehyung namun jejaka itu hanya tergelak kosong dan mula menghilangkan diri.
Yoongi terpinga-pinga. Taehyung ada kuasa halimunan? Menghaibkan diri dari pandangan mata dia? Kenapa dia tak tahu tentang hal ni? Bukan ke kesemua kuasa Taehyung sudah diketahui olehnya tapi apa semua ni?
Kenapa dia tak tahu tentang kuasa Taehyung yang satu itu?
Dalam Yoongi tidak sedar,Taehyung sudah lama berdiri tegak di belakangnya dengan wajah kosong. Beku. Tiada senyuman manis mahupun sinis. Tapak tangan kirinya dibuka lebar dan satu cahaya terang mulai muncul. Kini tangan kirinya kelihatan sedang mengenggam sesuatu dan ianya adalah pedang.
Pedang Cahaya yang dibuat dari cahaya Syurga. Taehyung bernasib baik kerana sempat mengambilnya sebelum dirinya ditendang jauh ke neraka. Dan kewujudan pedang itu langsung tidak diketahui oleh Yoongi.
"Not so fast ugly boy HAHA"
Zap !
Pedang dihayun tinggi dan tepat mengena badan Yoongi hingga terbelah dua dan hilang bagaikan asap. Dapat Taehyung lihat badan Yoongi mulai hancur menjadi debu. Dia berdiri tegak semula dan pedang tadi automatik ghaib entah ke mana.
Kepala digeleng perlahan dan tangannya naik mengurut dahi. "Kenapa aku bodoh sangat...percaya yang tu kau? Tch"
"Kenapa kau bodoh sangat...percaya yang aku dah terpedaya dengan helah kau?"
"Min Yoongi...kau masih lagi mentah"
Kepala diangkat memandang satu bangunan yang tidak jauh dari sekolah itu. Tajam matanya melihat satu daripada berpuluh tingkap yang ada dan dia nampak sepasang mata merah milik Yoongi bercahaya dalam gelap.
"Bodoh"
"Lain kali belajar bagi pandai"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top