K.S.D.P 3





CERMIN  tandas menjadi tatapan aku sekali lagi.
Untuk kali yang entah ke berapa pun aku tak tahulah.



Tak pasti dan tak mahu kira langsung.
Tak penting untuk dikira atau diingati jika hanya akan memberikan aku luka sahaja.


Zip beg galasku yang diletakkan di atas singki dibuka dan satu plaster dikeluarkan. Hujung bibirku ditampalkan dengan plaster. Rambutku dibetulkan ala-kadar.


Pili air aku buka dan wajahku dibasahkan agar aku berasa sedikit lega. Dengan wajah segar aku memandang semula cermin di hadapanku dan seketika aku mengerutkan dahi.


"Seru namanya dan dia akan membantumu dalam segenap perkara"


Tulisan yang ditulis dengan warna merah itu dibaca olehku berulang kali. Seru siapa? Hantu ? Ini bulan puasa mana ada hantu. Celah mana nak menyeru kalau nama tak disertakan sekali?


Bahuku dinaikkan sedikit ke atas dan aku menutup kembali zip beg aku yang terbuka.


Sekali lagi aku menoleh ke arah cermin tandas dan kali ini aku tergamam.

Terkaku.

Terkedu.


Tulisan tadi kini telah digantikan dengan tulisan yang baru. Turut serta nama seseorang yang aku pasti ianya manusia di pintu tandas di belakangku kerana terpapar di biasan cermin yang aku lihat.


Bulu roma aku meremang. Kau meremang tak ? Pastinya ye bukan ?


"Serulah dia si Kim Taehyung. Akan dia bantu kau untuk semua perkara"


Hatiku berasa tidak enak. Aku perasan sewaktu aku menyebut nama Kim Taehyung itu seakan ada angin sepoi-sepoi bahasa melanggar belakang badanku.


Jujur aku meremang.
Kakiku juga sudah bergetar perlahan. Tanpa melengahkan masa terus beg galasku disambar dan aku melangkah keluar dari tandas wanita.


Tak nak aku tunggu lama-lama ! Entah-entah nanti jin,jembalang segala jenis hantu muncul depan mata !


Disebabkan itulah aku tak sedar yang ada mata sedang memerhatikan aku di sudut tandas. Di tandas yang paling hujung. Yang paling suram cahayanya.



Mata si dia tajam memerhatikan gadis yang terkocoh-kocoh keluar dari tandas perempuan yang sedang dia duduk. Sudut bibirnya terangkat sedikit.



Kukunya yang panjang dan berwarna putih berkilat itu didekatkan ke dinding tandas yang dia gunakan dan diseret hingga menghasilkan satu bunyi cakaran yang nyaring. Mengilukan sesiapa sahaja yang mendengarnya.



"Finally ---- selepas 1253 juta tahun aku menunggu seruan dari seseorang dan akhirnya kau datang menyeru aku semula"


"Akan aku kunci kau dalam duniaku tak lama lagi wahai manusia"


"Walaupun kau bukan yang pertama akan aku jadikan kau yang terakhir untuk menyeru aku HAHAHAHA"


Gelak tawanya yang nyaring dan menyeramkan kembali berlagu di dalam tandas perempuan itu. Kembali menghantui sesiapa sahaja yang mendengarnya.






Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top