K. S. D. P 24
KERUSI yang dikhaskan untuk pengetua itu diduduki olehnya. Perlahan kepalanya dilabuhkan ke penyandar kerusi dan matanya dipejam.
"Kembalikan rohnya ke badan semula dan katakan terima kasih dariku untuknya" dengan sekali ungkapan roh Taehyung terus lesap dari badan lelaki separuh abad itu dan roh lelaki itu kembali mendapatkan tubuhnya semula.
Terkebil-kebil lelaki itu sambil meraba-raba badannya. "Aku tertidur ke?" Tepi kepalanya digaru perlahan dan matanya menangkap satu kepingan ketas kecil yang bertulis sesuatu dengan warna merah.
Laju tangannya mencapai kertas tersebut dan dibelek. "Terima kasih kerana bagi aku meminjam tubuhmu. Jagakan bidadariku yang bernama Teressa Lim nescaya akan aku pastikan tempat tinggalmu kelak di syurgaku"
"What the? Serius ke ni?" Seketika dia terdiam. Macam meremang pulak segala bulu pada badannya. Laci meja kerja ditarik dan kertas tadi disimpan ke dalam laci.
Keluhan halus terlepas dari bibirnya dan notebook kecil yang terdampar di hujung meja dicapai.
Pen hitam diambil dan nama Teressa ditulis dalam senarai pelajar yang perlu diperhatikan dan dijaga rapi.
"Teressa Lim. Cantik nama" sengihan kecil terukir dari bibirnya. Biarpun dia sudah berusia namun wajahnya masih lagi tampan tidak dimamah usia lagipun dia teringin nak jadikan salah seorang pelajar di sekolah itu sebagai anak angkatnya. Well dia duda tiada anak so why not right?
Hujung mata pen diketuk perlahan di permukaan meja hingga menghasilkan satu bunyi yang perlahan.
"Erm...kejap lagi boleh kot panggil dia" kepala dianggukkan beberapa kali dan fail yang bertaburan di atas meja dicapai dan diselak.
Manakala Taehyung di satu sudut yang agak tersembunyi dan gelap suasananya tersenyum nipis melihat gelagat pengetua tadi.
Nampaknya tidak salah lagi kenapa dia memilih manusia itu untuk menjawat jawatan pengetua di sekolah bidadarinya.
"Hatimu bersih sebersih kapas"
"Jiwamu kental sekental batu"
"Tidak salah lagi mengapa aku memilihmu"
"Untuk menjadi pelindung bagi bidadariku"
Matanya berubah redup dan wajahnya mulai berubah riak kepada wajah yang agak manis dipandang.
Tubuhnya juga perlahan-lahan menjadi halimunan. "Jagakan sekali manusia itu untukku. Sudah aku janjikan dia satu perkara" satu hembusan asap putih dikeluarkan dari mulutnya dan terus meluru laju ke arah pengetua tadi dan mengelilingi satu badan pengetua lelaki itu tanpa lelaki itu sedari.
Sayapnya dibuka lebar menandakan dia ingin pergi ke suatu tempat. "Bawakan aku ke rumah Kim Namjoon. Ingin aku selesaikan lagi satu urusanku"
Zzush !
Tubuhnya menghilang begitu sahaja. Tiada jejak mahupun kesan. Tiada nota mahupun pesan.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top