K. S. D. P 23
KIM TAEHYUNG dirinya bukanlah penakluk neraka yang sebenar. Hanya kerana satu kesalahan yang jelas lagi nyata bukan dilakukan olehnya tanpa sebarang pesan dia ditendang ke neraka oleh DEWA AGUNG.
Dia yang sebenarnya adalah penakluk syurga digantikan dengan seseorang yang asalnya dari dulu memegang jawatan sebagai penakluk sah di neraka.
Kerana satu fitnah dia ditendang.
Digantikan dengan si dia yang bermuka dua.
Min Yoongi musuh abadinya. Satu-satunya makhluk yang menggantikan tugasnya di syurga dan dia pula diberi tugasan untuk menggantikan Min Yoongi sebagai penakluk di neraka.
Benci tak benci kerana arahan dari DEWA AGUNG dia terpaksa akur.
Terpaksa menahan amarah di dada kerana dia yakin satu ketika nanti kebenaran yang sebenar pasti akan terbongkar.
Cuma apa yang dia bencikan ialah the truth always take time and he hate it so much. Ianya terlalu lama bagi dia dan dia TIDAK SUKA MENUNGGU.
•••
MIN YOONGI si raja segala Syaitan yang sebenar. Dari dulu sampai sekarang dia terlalu bencikan Kim Taehyung hingga sanggup mereka cipta satu fitnah dan disampaikan ke pendengaran DEWA AGUNG hingga menyebabkan Kim Taehyung kehilangan kuasa dalam memegang pimpinan syurga.
Kerana hasrat dengkinya yang terlalu tinggi membuatkan dirinya digantikan serta-merta untuk menjadi pemimpin syurga yang baru bagi menggantikan tempat Kim Taehyung.
Beribu tahun berlalu tetapi hatinya masih disapa dendam kesumat yang mendalam terhadap Taehyung.
Baginya jejaka itu harus dihapuskan dan digelar murka oleh DEWA AGUNG dan dengan itu dia dapat menggapai perasaan puas yang sebenar-benarnya.
Selagi Taehyung masih bermaharajalela dalam neraka miliknya selagi itulah dia tidak tenang.
Hadirnya seorang manusia yang telah ditakdirkan untuk bersama Taehyung membuatkan amarahnya memuncak naik.
Jika dengan menghapuskan manusia tersebut dan kemenangan akan berpihak padanya maka dia akan lakukan.
By hook or by crook Kim Taehyung must be dead in his own fucking hands.
•••
Kerana itulah sebabnya Kim Taehyung berpakaian putih dari atas hingga ke bawah.
Kerana dia sememangnya pemimpin di syurga. Menjaga roh orang-orang yang sentiasa melakukan kebaikan semasa hayat mereka masih ada.
Tapi kerana satu peristiwa dia ditendang jauh.
Jauhnya pula di neraka sana.
Yang dipisahkan oleh satu jurang besar seakan gaung antara dua gunung.
Manakala Min Yoongi yang wujud asalnya sememangnya berpakaian hitam dari atas ke bawah.
Sayapnya juga hitam legam selegam hatinya yang hanya dipenuhi dendam.
Manakala Kim Taehyung sayapnya putih menandakan dia berasal dari Syurga berbeza dengan Min Yoongi yang memang dari Neraka.
Kerana satu fitnah mereka bertukar taklukan.
Yang dari Neraka memimpin Syurga dan yang dari Syurga memimpin Neraka.
Akankah takdir mereka berubah?
Mampukah Taehyung mengubah rentak takdir?
Mampukah kebenaran terbongkar untuk jangka waktu sependek ini?
Dan paling penting...
Mampukah Teressa membantu Taehyung dalam melunaskan hasratnya yang satu itu?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top