K.S.D.P 22
KELAS demi kelas menjadi destinasi perjalanan dia sebagai seorang pengetua di sekolah Teressa Lim.
Satu-satunya bidadari miliknya.
Nasib lah sewaktu si setan Yoongi tu sebut nama sebenar dia Mrs. Taeyeon sempat menyampuk dan cakap nama sebenar dia atau lebih tepatnya lagi -
Nama empunya badan yang sedang dia tumpang.
"Yoongi bodoh. Mulut jenis celupar kalau tak sebab ada kesayangan aku dekat situ dah lama badan kau aku cincang sampai lumat"
"Bodoh Yoongi bodoh"
Omelannya terhenti tatkala dia ternampak bayangan bidadarinya sedang fokus mendengar apa yang sedang diajar oleh guru di hadapan.
Kakinya dibuka lebar untuk bergerak mendekati penghadang balkoni di sebelah kelas Teressa Lim.
Senyuman sengetnya terukir. Rambut depannya yang sedikit terjuntai di dahi diselak ke belakang dengan riak wajah yang seakan ingin menggoda.
Belakang badannya disandarkan di palang balkoni koridor dan matanya tajam melihat seorang guru perempuan sedang mengajar pelajarnya.
"Eh Tuan Pengetua. Kenapa ye Tuan ada dekat sini?" berkerut dahi guru perempuan itu tatkala susuk tubuh pengetua sekolah itu sedang bersandar sambil memerhati tajam dia yang sedang mengajar.
"Nothing. Just want to make sure if you do your work or not so please continue. Don't mind about me being here" jelasnya mendatar. Sambil-sambil itu anak matanya bergerak melihat para pelajar yang terjengah-jengah di tingkap untuk melihat dirinya.
Anak matanya berubah merah gelap tatkala bersabung pandang dengan anak mata milik Teressa Lim.
Ahhh gadis itu benar-benar membuatkan dirinya gila sementara waktu.
Dia kembali mengalihkan pandangan ke arah lain agar gadis itu tidak perasan bahawa tujuan dia ke situ untuk memerhati dirinya.
Teressa Lim di dalam kelas sudah tertelan air liur. Entahlah kenapa tapi perasaan dia lain macam sejak dia nampak pengetua baru tu depan mata.
Rasa macam ada bahaya yang akan menimpa dirinya . Pen di tangan diputar perlahan sambil anak matanya fokus ke arah Ma'am Stacy yang sedang mengajar di depan.
"Kenapa --- hati aku tak sedap bila nampak pengetua baru tu haih" aku mengomel perlahan sambil mataku sedaya upaya cuba untuk tetap fokus pada Ma'am Stacy tapi naluri aku kuat mengatakan pengetua baru tu tengah pandang aku.
Err kenapa aku rasa takut semacam sksksksk. I hate this feeling so much!
Taehyung di luar tersenyum senget kemudian riak wajahnya kembali dibekukan semula tatkala dia perasan kelibat Yoongi yang baru sahaja keluar dari kelas sebelah dan menuju ke arahnya.
Tajam anak matanya melihat Yoongi yang kian menghampiri kedudukan dia.
"Well well tak sangka pulak kau boleh masuk badan manusia or should I call you Goh Ryu Jian ? Eh macam tak sesuai pulak dengan personaliti kau...right Kim Taehyung?"
Wajah pucat Yoongi kini dihiasi dengan senyuman sinis lelaki itu. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar dan dia tergelak besar di dalam hati apabila riak wajah Taehyung berubah.
"Just mind your own fucking damn business Min Yoongi. Tak cukup kau buat aku kena tendang dari Syurga sampai nak kacau semua hal aku dekat dunia manusia ni?" Ketat wajah Taehyung memandang wajah Yoongi yang jelas sedang memandang rendah akan dirinya.
"Well selagi kau tak digelar murka selagi tu aku akan kacau segala urusan kau. Jangan ingat aku tak tahu pasal your so called bidadari,Kim Taehyung haha" bahu kekar Taehyung ditepuk perlahan sebelum dia mengatur langkah ke kelas lain.
Taehyung tanpa sedar mengetap kuat bibirnya dan anak matanya berubah merah darah sebelum dia tersedar akan perbuatannya.
"Min Yoongi kau memang nak mati!"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top