K.S.D.P 20





TAJAM matanya melihat susuk tubuh Teressa Lim yang sedang berjalan masuk ke kawasan sekolah.


Sudut bibirnya ternaik sedikit tatkala dia perasan ada satu keychain putih berbentuk kunci dan pen putih yang terselit kemas dalam poket sebelah beg galas gadis itu.



"Nampaknya 'dia' dah mula jadikan kau sebagai bidadarinya. Tak salah rasanya kalau aku usik sikit hak 'dia' heh"


Bebola matanya bertukar hitam sehitam arang dan wajahnya mulai dipenuhi dengan urat kehitaman. Cukup menunjukkan wajah sebenarnya yang agak menyeramkan.



"Teressa Lim --- aku datangkan nasib malang kepadamu untuk hari ini"



Dengan sekali arahan keluarlah kepulan asap berwarna kelabu hitam meluru laju ke arah Teressa Lim namun belum sempat asap itu ingin memasuki beg Teressa Lim,Keychain putih yang tersangkut kemas itu laju menepisnya.



Bergerak-gerak keychain itu kerana sedar ada bahaya yang ingin hinggap di tubuh bidadari milik rajanya.



"Damn ! Taehyung kau memang nak mati kali ni !"



Sayapnya yang berwarna hitam pekat dibuka lebar dan dia menghilang dengan seribu satu amarah di dada. Pintu bilik pejabat persendiriannya yang sebaris dengan bilik pengetua sekolah dibuka kasar dan dihempas kuat.



"Kembalikan aku pada wujud asal manusia" Dengan sekelip mata arahannya ditunaikan. Rambutnya yang sedikit serabai diperbetulkan.



Ketukan di pintu biliknya membuatkan dia berdecit kasar. "Nak apa ?!"



Terkejut orang di luar sana kerana dijerkah tiba-tiba. "Err Sir Yoongi ok ke ? Saya nak hantar report card yang Sir Yoongi suruh letak atas meja Sir haritu"



Yoongi mengeluh kasar. Pintu biliknya dibuka secara kasar dan wajah pelajar perempuan di depannya ditenung dalam dengan wajahnya yang menegang.


"Letak sana lepastu blah" Terus Yoongi bergerak keluar dengan wajahnya yang memerah. Kedua tangannya turut sama dikepal kuat.



"Babi kau Taehyung. Tak cukup dah kena sumpah sekarang kau nak tunjuk otai heh? Kita tengok sape yang akan menang" susuk tubuh Teressa Lim yang sedang menaiki tangga dengan wajah tertunduk dipandangan sinis.




"Sama ada aku --- atau kau"



•••





TERESSA Lim memasuki kelasnya dengan wajah tertunduk. Bisikan demi bisikan halus menyapa halwa telinganya.


Hatinya mendongkol geram dan ingin saja dia berteriak kuat tetapi mengingatkan statusnya yang agak rendah menjadikan dia 'bisu' di mata mereka semua.



Maklumlah budak miskin macam dia mana mampu nak bersuara ")


"Harini kan parents Felix nak datang?"


"Haah habislah betina tu kena tibai pftt"


"Harap dia berdoa lah supaya selamat HAHAHA"

"HAHAHAHA"



Teressa Lim mengeluh. Pensil box dikeluarkan dari beg galas. Aku tunduk menekur meja sambil mencarut dalam hati.


"Aku harap --- parents Felix takkan saman atau buat benda buruk dekat aku huh"


Tanpa dia sedari permintaannya bakal dipenuhi tak lama lagi.



Taehyung yang masih berada di dalam nerakanya terhenti terus perbuatannya.



Sudut bibirnya ternaik sedikit. "Heh kau nak saman bidadari aku ? Dalam mimpi"



Jarinya dipetik sekali dengan satu arahan berbaur ugutan kepada anak buahnya yang bersama dengan Teressa Lim.



"Lindungi bidadariku dan ketatkan pengawasan terhadapnya. Jangan biarkan 'dia' sentuh bidadariku walau hanya dengan hujung jarinya yang hodoh. Jika kau berdua gagal akan aku lenyapkan kau dari nerakaku"



Serentak itu keychain dan pen itu bergerak perlahan. Bermakna mereka memahami akan arahan raja mereka.



"Arahanmu diterima wahai Tuanku VTae's"



"Akan aku lunaskan arahanmu itu wahai Tuanku VTae's"












Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top