K.S.D.P 19





TUBUH Lucas Lim yang basah kuyup diheret dengan sebelah tangan oleh Taehyung. Menjerit-jerit Lucas Lim kerana belakang badannya terseret di atas bara api yang panas. "ARGHH SAKIT ! AHHH PANAS SIAL ARGHHH SST ARK !"


Taehyung mendengus kasar. Langkahnya dihentikan lalu kepala ditoleh ke belakang memandang ke arah Lucas Lim yang wajahnya memucat serta berpeluh sakan.


"Kau ingat ni syurga ke nak sejuk bagai ? Sedarlah kau kat dalam neraka. Dah tentu-tentulah panas berbahang ! Senyap boleh tak ?! Menyalak mengalahkan anjing aku !" Terus Taehyung menyambung langkahnya semula tetapi Lucas Lim masih menyambung jeritannya yang nyaring.


Sakitnya tidak dapat ditafsirkan dengan kata-kata ! Terasa seakan belakang badannya melecur habis !


Bajunya turut lencun dengan peluh sungguh kalau sahajalah dia tahu begini seksaannya di neraka sudah pasti dia tidak akan memperlakukan Teressa sebegitu rupa.


"ARGHH SAKIT ARGHH TOLONGLAH AKU JANJI TAKKAN SAKITKAN DIA SST ARGHH PEDIH BODOH ARGHH" Jeritan demi jeritan Lucas Lim diabaikan. Rayuan demi rayuan Lucas Lim dia endahkan.


Pintu neraka yang tertera nombor 2 yang dibuat dengan api berbahang tetapi sedikit malap itu ditolak perlahan sehingga mengeluarkan satu bunyi yang agak menyeramkan.

Anak mata Taehyung dijamah dengan susuk tubuh manusia yang sedang diseksa. Hanya seksaan yang sedikit ringan memandangkan ini adalah tahap kedua yang mana beberapa orang dari mereka ada yang digantung rambutnya dan ada yang disula alat sulit mereka.


Tubuh kekar anak buahnya yang 100% dibuat daripada api disentuh di bahagian bahu. "Ye Tuanku VTae's ? Ada apa yang saya boleh bantu?"

Kelihatan mata anak buahnya yang hanya gelap tanpa sebarang bebola mata dan diisi dengan ketulan batu berapi memandang ke arah satu susuk tubuh di belakang rajanya.

"Seksa dia sepertimana kau seksa yang lain. Berikan dia rasa menyesal yang teramat agar dia sedar akan dosa-dosanya selama ini"


Kaki kiri Lucas Lim diberikan kepada anak buahnya dan disambut dengan anggukkan akur.

Terpekik-terlolong Lucas Lim sambil memegang kaki kirinya kerana rasa seperti kakinya sedang dibakar walhal kakinya sedang dipegang oleh penjaga neraka.


"ARGHH SAKIT SIAL ! ARGHHH PANASSSS ! PANAS !" Taehyung menggulingkan bebola matanya dan berdecit sinis.


Naik gila dia dibuatnya dengan perangai Lucas Lim yang tak habis-habis menjerit panas.


Dah tentulah tempat taklukan dia panas dah kalau ini namanya neraka ?

Bukannya SYURGA !

Nak kata bodoh kang terasa. Pening Taehyung dibuatnya. Wajah anak buahnya dipandang semula. "Lepas je kau dah seksa dia dengan seksaan berganda teruskan makan dia bersama dengan yang lain. Oh yeah macam mana dengan manusia yang bernama Seokjin?"


Kelihatan anak buahnya menarik perlahan kaki kiri Lucas Lim untuk mendekat padanya.


"Manusia yang bernama Seokjin telah kami letakkan dia di aras  empat. Atau Tuanku mahu kami ubah tempatnya di aras lain ?" Suara garau bercampur gemaan yang menyeramkan menyapa halwa telinga Lucas Lim.


Dia dari tadi berdiam diri dan berdesis kesakitan dengan air matanya yang mengalir lebat. Tak tahan bahang dan tak tahan pedih belakang badannya yang melecur habis !


"Ubahkan dia ke aras enam. Tempatnya lagi sesuai di situ kerana dosanya tidak terbanding dari dosa orang lain" Terus Taehyung berpaling sebaik sahaja dia memberi isyarat kepada anak buahnya untuk menyambung kerjanya yang tergendala.


Kakinya yang hanya berkaki ayam melangkah selamba di atas lantai yang dibuat dari bara api.


Tidak langsung dia berasa sakit kerana dirinya juga diperbuat dari api cuma bezanya dia berpewatakkan seperti bidadara syurga walhal dirinya adalah penakluk di neraka.


Ada sebab dia menjadi sebegitu dan sebabnya ada di dalam diri Teressa Lim.

Bukan niatnya suka-suka untuk melindungi gadis itu.
Untuk menjadikan gadis itu bidadarinya.

Dia ada sebab.
Dia ada alasan.

Tujuannya hanya satu.
Matlamatnya jitu.

Jikalau Teressa Lim jatuh pada tangan yang salah makanya dia dan segala taklukannya turut sama terpaksa mengaku kalah.

Berlawan?
Ye. Dia sedang berlawan dengan seseorang.

Seseorang yang sama sepertinya cuma bezanya si 'dia' lebih berani menyamar menjadi manusia dan terlalu dekat dengan Teressa Lim. Manakala dia hanya mampu memerhatikan Teressa Lim dalam diam. Dari jauh dan dari sudut kegelapan.


"Sial punya manusia. Disebabkan kau lah aku tak dapat menyamar jadi manusia !"

















Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top