K.S.D.P 17




TALI yang digunakan untuk menggangtung Lucas Lim ditarik olehnya secara perlahan dan tubuh lelaki itu semakin lama semakin menaik ke atas.

"Bukakan lantai ini dan serlahkan kepanasanmu yang berganda"

Seiring dengan arahan itu dia memetik jarinya dan lantai berapi di bawah kedudukan Lucas Lim terbuka luas menampakkan lava-lava merah menyala dan berasap nipis.


Cukup bahang hinggakan tubuh Lucas Lim berpeluh sakan. Basah lencun satu badannya kerana bahangnya terlalu panas !


Kening Taehyung terangkat tatkala Lucas Lim mula bergerak sedikit. Agak lelaki itu masih tidur ye tadi ?


Tali yang dia pegang dilonggarkan sedikit demi sedikit membuatkan tubuh Lucas Lim yang tergantung tinggi mulai merendah.


"Bangunlah wahai abang iparku. Bakal suami adikmu sedang menanti dirimu untuk sedar semula"


Lucas Lim membuka perlahan matanya. Penglihatannya terlalu kabur hinggakan dia tergeleng perlahan.

Mungkin tidak selesa dengan dirinya yang sedang digantung secara terbalik. Rasa hidungnya mulai sakit dek mula berair.


"Ap-apa dah jadi ? Kenapa panas sangat ni ? Ark" Badannya cuba digerakkan namun dirinya terikat ketat dengan seutas tali seakan tali kapal tebalnya.


Kim Taehyung tergelak kosong. Seronok melihat manusia yang sedang meronta kecil di hadapannya.


Tidakkah dia tahu walau seribu kali percubaan dilakukan untuk melepaskan diri ianya akan berakhir dengan satu kegagalan yang pasti ?


Heh. Manusia bodoh.
Sengkek sesengkek otak siput.


"Aku di sini. Usahlah kau meronta kerana kau tidak akan terlepas walau untuk seketika" ujarnya tanpa nada dan kepala Lucas Lim tertoleh ke hadapan.




Kelihatan seorang lelaki berpakaian putih dari atas sampai bawah,berkaki ayam dan bersayap putih di belakang badannya sedang memegang erat tali yang dia rasa dihubungkan dengan tali yang sedang mengikatnya itu.



"Kk-kau sape hah ?! Lepaskan aku lah setan ! Aku takde kaitan dengan semua ni ! Aku tak buat salah pun dekat kau !" Tersembur-sembur air liur Lucas Lim hingga menitik jatuh terkena lava-lava berapi di bawahnya dan menimbulkan asap-asap nipis.



Menunjukkan betapa panasnya lava itu sekarang ni.



Taehyung mengangkat kening. Tubuh Lucas Lim yang dah lencun dengan peluh ditenung dalam. Nampak sangat lelaki itu sedang mengelitis kerana terlalu panas.



Telinganya sudah tuli dengan rungutan lelaki itu yang tidak habis-habis mengeluh kerana kepanasan yang berganda.



"Untuk soalan kau yang pertama tadi --- kau sedang berada di neraka aku. Neraka paling bawah yang seksaannya berganda jauh dahsyatnya tanpa kau sendiri mampu untuk menelan hakikat sebenarnya"


Terbuntang luas mata Lucas Lim dibuatnya. Air liur diteguk kasar.


Matanya turun ke bawah di mana dia sedang melihat satu lautan api berlava merah menyala dan berwarna sedikit kehitaman menjengah kornea matanya. Jadi ---


Inilah dia neraka ?
Yang sering diperkatakan dunia bahawa azabnya berkali-ganda ?



"Ta-tak ! Ak-aku tak buat salah sampaikan aku kena ke sini ! Le-lepaskan aku lah setan ! Sial ! Tak guna kau bodoh !"




Makin kuat rontaan Lucas Lim apabila kepalanya hampir terkena dengan api lava di bawah sana. Dapat dia rasakan rambutnya yang terjuntai terkena cairan panas itu terbakar sedikit lalu terpadam semula.




Air mata Lucas Lim menitis lebat. Dia takut ! Dia gerun ! Cairan lava di bawahnya cukup membuatkan dia mahu meraung dan melalak serta menjerit betapa dia mahu bertaubat.




Taehyung mengigit tepi pipinya. Tali yang dia pegang ditarik perlahan sekali gerak sahaja. Lucas Lim yang sedang merintih pilu berjaya membuatkan perbuatannya terhenti. "Kau pasti --- kau menyesal ?"




Lucas Lim mengangguk laju. Wajahnya ditolehkan semula ke arah susuk Taehyung yang berdiri di hujung sudut. "Ak-aku sumpah aku menyesal ! Aku jan-janji takkan buat lagi dah benda terkutuk tu ! Aku janji !"



Bersungguh-sungguh Lucas Lim menabur janji agar hukumannya tidak dilakukan dan dia diberi kesempatan untuk berubah namun melihat dari riak kosong Taehyung membuatkan dia tertelan air liur sekali lagi.



"Janji? Mudahnya manusia macam kau menabur janji. No wonder lah --- ramai manusia yang jadi bodoh hanya kerana janji" nadanya mendatar.



Langsung tiada irama teruja,terkejut atau sebagainya. Riak wajahnya berubah tegang apabila dia sedar akan janji yang ditabur oleh Lucas Lim.



Manusia yang tiada kuasa sepertinya.
Dia berasal daripada api dan manusia di hadapannya sudah tentulah berganda rendah martabatnya di mata dia,Kim Taehyung.



"Ak-aku bersumpah ! Aku takkan buat dah ! Betul ! Aku janji ! Tolonglah !"



Taehyung mengangguk beberapa kali. "Na-ah... Aku terima janji kau" riak wajah Lucas Lim berubah gembira. Senyumannya melebar apabila dia pasti dan yakin dirinya akan dilepaskan.


Cairan peluhnya yang termasuk dalam lubang hidung dan mulutnya diendahkan.


Apa yang pasti dia gembira kerana bakal dibebaskan namun Kim Taehyung adalah seorang Kim Taehyung.



Hatinya keras sekeras batu.
Mindanya kosong sekosong kertas A4.
Jika sekali dia membuat keputusan maka dia akan tetap dengan keputusannya dan tangannya yang memegang tali sedari tadi dilepaskan begitu sahaja.




Bibirnya mengukirkan senyuman sinis saat dia perasan muka Lucas Lim berubah pucat dan terkedu sebelum satu tubuh lelaki itu terjunam masuk ke dalam cairan lava miliknya.




Raungan demi raungan dia dengari.

Rintihan demi rintihan dia dapati.


Pekikan demi pekikan memasuki kalbu sanubarinya.




Namun dia abaikan.
Seketika tali yang semakin bergerak menjauhinya dipandang dan ditangkap dengan cekap.



Dia menunduk ke bawah melihat cairan lava merah menyala itu masih lagi berasap malah asapnya menebal.



Cukup menunjukkan betapa dalamnya tubuh Lucas Lim terperosok jauh di dalam sana.




Taehyung mengundur beberapa tapak ke belakang dengan tangannya menarik tali tersebut hingga matanya menjamah kaki Lucas Lim yang hanya tinggal rangka.



Apabila satu susuk tubuh lengkap Lucas Lim yang telah kosong tanpa sebarang daging berada di tinggi di atas sana kerana dia telah menarik tali yang mengikat lelaki itu satu lagi arahan dia keluarkan.



"Kembalikan semula dia kepada wujudnya yang asal"



Petikan jari di tangan kirinya dibuat sekali lagi. Wajahnya datar memandang rangka Lucas Lim yang sedang dibaluti dengan daging lelaki itu hinggalah lelaki itu berubah kepada wujud asalnya semula.



"Seronok dapat lihat sedalam mana lava buatanku?"




Sudut bibirnya ternaik apabila dia perasan Lucas Lim menangis dengan teresak-esak. Nampak sangat lelaki itu trauma.



Tapi sayangnya itu baru seksaan yang pertama. Ada banyak lagi yang bakal Taehyung lakukan.











Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top