K.S.D.P 16
REMOTE control dicapai dan button merah ditekan automatik TV dihadapanku terpadam. Aku mengeliat kecil.
Mulutku terbuka sedikit tanda aku menguap dan mataku terkebil-kebil menahan kantuk yang mula menghinggap di dalam diriku.
Penutup balang keropok dicapai dan ditutup olehku. Keluhan perlahan dilepaskan. Sebenarnya aku bersyukur rumah aku dah berubah mewah macam ni sekali tapi tulah -
Aku sunyi :)
Tapi -
ARGHH WHAT EVER AH ! Asalkan rumah aku dah jadi mewah dan tak sesengkek dulu itu dah memadai ! Lonely-lonely tu belakang kira lah beb hmm.
Tangga dinaiki oleh aku satu persatu dan sebenarnya sejak kebelakang ni aku perasan yang diri aku diperhati.
Setiap kali aku mandi mesti aku perasan ada sepasang mata yang tenung aku tapi bila aku toleh takde pulak.
Lepastu kau tahu tak bila aku nak masak je kat dapur kerusi meja makan aku tu selalu bergerak macam ada orang duduk kat situ tapi bila aku check takde langsung.
Nak kata ada orang -
Dalam rumah ni aku sorang jelah.
Yelah sape je nak dekat aku yang kentang ni?
Badan pun serupa kerepek pisang ?
Muka pun sebijik macam kentang?
Tak masuk lengan macam timun lagi.
Acah lah kau Teressa padahal muka kau tu peloles mengalahkan Song Jihyo hak alah 凸(-_-)凸
Pintu bilik aku bukak perlahan dan wajahku disapa dengan angin yang berhembus sedikit kuat.
Benda ni yang paling aku benci sebab benda ni lah segala jenis bulu dekat badan aku menegak habis :)
Apa best lah buat bulu orang menegak ?!
Katil aku yang dah berubah jadi katil King dituju dan badanku dibaringkan dengan tangan aku depakan selebar yang aku mahu.
Katil aku suka hati aku lah kan haha.
"Agaknya --- apa yang Sir Seokjin buat sekarang hah ? Jantan tu hilang kemana je ? Kalau letak tepi jalan pun belum tentu jantan tu laku pftt"
Teressa tergelak kecil. Dia cukup anti dengan guru muda itu kerana terlalu memandang jelek ke arahnya.
Setiap kali dia terlewat ke kelas lelaki itu pasti guru muda itu akan menengking-nengking dia seakan tiada hari esok.
Walhal ada juga pelajar yang lagi lambat darinya tapi tidak pulak ditengking siap dicakap lembut-lembut lagi ha.
Tanpa sedar dia perlahan-lahan memasuki alam mimpi. Bermimpi akan sesuatu yang tak akan pernah dia kecapi dalam alam realiti.
Manakala di satu tempat yang suram. Tiada langsung walau secebis cahaya terang hanya diterangi dengan kegelapan yang tidak berpenghujung.
Pintu yang agak tinggi serta luas dan menyeramkan itu ditolak perlahan dari luar. Kesemua anak buahnya diperhati tajam.
Masing-masing menundukkan separuh badan mereka tanda hormat.
"Selamat kembali Tuanku VTae's. Tetamu yang dikatakan istimewa itu sedang menunggu hukumannya di pintu paling akhir"
Taehyung hanya berdiam diri. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluarnya yang putih.
Tapak kakinya langsung tidak berkasut itu menapak perlahan di atas lantai neraka yang berbara dengan api yang memerah di bawahnya.
Ye. Mereka sekarang berada di dalam neraka.
Neraka pertama yang seksaannya hanya sedikit sahaja dan tidak menyakitkan.
Bahu anak buahnya yang merekah serta menampakkan lava bahang yang mengalir di seluruh tubuhnya yang kehitaman ditepuk sekali.
"Terima kasih. Selesai sahaja tugasku di sana aku amanahkan kau dan kawan-kawan kau untuk meratahnya. Jangan sesekali meninggalkan sisa di tanah taklukanku"
Anak buahnya mengangguk akur. Masing-masing mula beredar dan meninggalkan dia sendirian di situ.
Kakinya diorak melalui satu laluan panjang yang kiri dan kanannya hanya dihiasi dengan pintu-pintu yang menyeramkan.
Kesemua bilangan pintu itu adalah tujuh. Bermakna dia menakluk tujuh jenis neraka.
Pintu ketujuh dibuka perlahan hingga menghasilkan satu bunyi yang agak menyeramkan. Anak matanya dijamah dengan susuk tubuh seorang lelaki yang sedang tergantung dengan cara terbalik. Kaki diatas dan kepala di bawah.
Sepatutnya lelaki itu harus diletakkan di neraka kedua namun seleranya sedikit lain hari ini jadi dia arahkan lelaki itu untuk ditukarkan ke neraka paling bawah.
Paling dahsyat azabnya.
Menitis-nitis air liur jejaka itu menyentuh lantai nerakanya hingga menimbulkan asap nipis yang akan terkeluar setiap kali air liur jejaka itu menitis jatuh.
"Lucas Lim --- selamat datang ke dunia baharu yang aku jamin kau akan sukakannya tak lama lagi"
Sudut bibirnya ternaik sedikit. Cukup sinis. Cukup mengejek. Melihat lelaki yang sedang tergantung itu membuatkan nafsu untuk menyeksa manusia durjana dalam hatinya meluap-luap.
"Bidadariku terseksa kerana dirimu. Akan aku kenalkan dikau dengan seksaan ciptaan aku wahai abang iparku"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top