K.S.D.P 15




ANAK matanya tajam melihat gerak-geri si gadis di dalam rumah yang telah dia ubah tadi. Tanpa sedar dia mengukirkan senyuman nipis di bibirnya. Tidak lama hanya sekejap saat dia menyedari bahawa dia telah tersenyum.


Riak wajahnya berubah tegang apabila anak matanya dijamah dengan susuk tubuh seorang lelaki tinggi lampai hampir sahaja ingin sampai ke pintu rumah gadisnya.

"Kuncikan pintu agar dia tidak mampu untuk masuk"

Jarinya dipetik sekali dan pintu rumah gadisnya terkunci rapat. Ketat.

"Pekakkan telinga bidadariku untuk jangka waktu sementara"

Sekali dia memetik jarinya dan Teressa Lim yang sedang menonton TV dengan gembira mulai pekak buat sementara tanpa gadis itu sedar.

Susuk tubuh lelaki yang dia pasti adalah abang kepada bidadarinya mulai sampai di pintu rumah. Jejaka itu berulang kali memulas tombol pintu namun tidak berjaya untuk dibuka. Angin lelaki itu mulai berubah.


Tidak cukup dia mengetuk pintu berkali-kali kini pintu itu ditendang kasar. Jeritan demi jeritan serta makian dia lemparkan kepada Teressa Lim kerana tidak mahu membuka pintu untuknya masuk ke rumah.


Oho kerana Teressa Lim sudah diarahkan pekak daripada mendengar suara si abang. Gadis itu hanya diberi keupayaan untuk mendengar suara lain tapi tidak suara abangnya.

"WOI BETINA BUKAK LAH PINTU NI ! AKU NAK MASUK LAH SIAL ! TAK GUNA !"

"WOI KAU PEKAK KE ?!"

"SIAL PUNYA ADIK ! PEMBAWA MALANG PALING SIAL AKU PERNAH JUMPA !"


Kim Taehyung berdesis sinis. Sudut bibirnya ternaik sedikit. Moodnya berubah barai dalam sekelip mata. Anak matanya bertukar putih seputih-putihnya.

Kukunya yang panjang berwarna putih berubah kehitaman. Wajahnya mulai memucat daripada asal.


"Jadikan dia tahanan aku di neraka kedua. Ingin aku perkenalkan dia bagaimana sakitnya rasa bila dimasukkan ke dalam lohong api neraka yang paling dalam"


Satu kepulan asap berwarna biru kehitaman dihembus keluar dari mulutnya. Dengan satu arahan kepulan asap itu meluru laju ke arah susuk tubuh tinggi lelaki tadi.


"Letakkan dia dengan yang lain. Katakan juga pada anak buahku yang lain bahawa mereka mempunyai tetamu yang sungguh istimewa"


Kepulan asap itu mulai mengelilingi satu badan lelaki tadi. Menjerit-jerit lelaki itu kerana merasakan tubuh badannya panas membahang !

Pandangannya turut kabur kerana diselaputi oleh kepulan asap yang tebal.


Taehyung tergelak sinis apabila raungan dan jeritan lelaki itu beransur-ansur hilang. Tahulah dia bahawa lelaki itu sudah berada di dalam neraka taklukannya.

Menunggu masa untuk direndamkan tak lama lagi.

Anak matanya berubah kepada warna asal. Kukunya berubah putih dan wajahnya tidak sepucat tadi.

Dia yang sedari tadi mencangkung di atas dahan pokok rendang di sebelah rumah gadisnya mula berdiri tegak.


"Pulihkan semula pendengarannya. Hilangkan kesemua ingatannya berkaitan dengan ayah dan abangnya"

Jari dipetik lagi dan pendengaran Teressa Lim mulai pulih seperti asal. Gadis itu juga seakan tidak ingat tentang perihal ayah dan abangnya.


Fokus sahaja si gadis menonton siaran kegemarannya tanpa sebarang gangguan.


Sayapnya mula dibuka lebar. Gadisnya yang leka menonton TV dikerling buat kali terakhir sebelum dia lesap bersama angin malam.


"Akan aku tunggu waktunya saat kau menjadi bidadariku yang sah"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top