K.S.D.P 13
LOCENG sekolah dah bunyi maknanya sesi aku di neraka ciptaan manusia dah habis.
Kesemua buku aku kemaskan termasuk alat tulis aku sendiri. Jelingan,ejekan dan tawaan sinis dari pelajar kelas aku yang lain aku abaikan.
Yelah kau sape duh nak jeling aku? Nama pun baru pelajar sekolah kan menggedik nak jeling orang :)
Lainlah kau dah ada PhD dalam tangan then aku benarkan kau jeling aku.
Amacam ? Baru nampak sikit kan yang pangkat kau atas aku ? Ni tak -
Sama-sama bergelar pelajar then nak jeling-jeling aku.
Pang kang !
Beg galas aku sangkutkan di kedua bahu aku dan diperkemaskan lagi. Terus aku berjalan ke hadapan untuk keluar dari kelas dan ye telinga aku kembali dijamah dengan kata-kata sinis dari pelajar kelas aku sendiri.
Tch. Dasar manusia. Hati selalu tak tenang heh.
"Aku rasa kan sebab nasib malang dia lah tangan Felix jadi macam tu"
"Psst beb aku dengar parents si Felix tu nak saman dia lah sebab Felix cakap sebelum dia kena macam tu dia ada kacau si Teressa tu sikit"
"Eww budak bawa malang ! Entah sape yang malang sangat nak berkawan dengan dia nanti HAHAHA"
Sambil berjalan keluar kelas sambil tulah aku tergelak kosong. Bebola mataku memanas dan aku sedaya upaya menahan diri dari tidak menangis.
Apa salah aku hah sebab dilahirkan sampai macam ni sekali ? Hanya kerana kisah perceraian tragis mak bapak aku then aku pilih untuk tinggal dengan bapak aku dan ni yang jadi ?
Ni balasan yang aku dapat setelah berhari-hari diseksa oleh dia yang bergelar ayah?
Dipalaukan sendiri oleh dia yang bergelar abang?
Ended up dipandang seakan-akan kau ni SAMPAH masyarakat dekat mata kaum sendiri :)
Nice lah.
Jalan cerita hidup aku memang macam ni kot.
Dipandang hina sentiasa heh.
Emo lah kau Teressa.
Macam tak beshe tch.
Anak tangga terakhir aku pijak dan ye pagar sekolah ada beberapa tapak jauh lagi kat depan tapi yelah dari tangga tu lah aku dah nampak dia terbuka luas. Seakan-akan menyambut kedatangan aku untuk melepasi dia acewah !
Hampir je kaki aku nak jejak kat sana kedengaran bunyi dentuman yang agak kuat diselangi dengan beberapa jeritan nyaring perempuan.
Para pelajar semuanya berlari-lari anak ke luar sekolah. Ibu bapa yang mengambil anak masing-masing turut ke arah kanan di mana kejadian itu terjadi.
Kakiku digerakkan untuk ke sana. Entah apa yang pukau aku supaya lihat dengan lebih rapat lagi kemenjadian yang terjadi ahaks.
Bebola mataku terbuntang. Mulutku ternganga luas dan aku tekup dengan pantas. Tak sangka dengan apa yang aku tengok depan mata ! "I-itu bukan kereta pengetua ke ?!"
Dengan jelas aku nampak kereta lelaki itu terperosok masuk ke bawah lori treller yang agak besar. Banyak cairan merah yang memenuhi jalan tar masa itu.
Tangan yang dia syak adalah tangan pengetua turut terjulur keluar dari bawah situ. Orang ramai mula mengerumuni kawasan kemalangan dan aku yakin benda ni akan masuk dalam berita tak lama lagi.
Aku hanya statik berdiri di situ. Nak mendekat lagi takut digelar bawa malang dengan semua yang ada kat sana.
"CALL AMBULANS DIA HIDUP LAGI NI !"
Lol.
Hidup lagi ek orang tua tu?
Kenapa tak mampus je terus?
Lmao jahatnya kau Teressa haha.
Aku berpusing ke arah kiri dan terus bergerak ke sana tanpa menoleh lagi. Entahlah sebab aku lapar sekarang ni.
So aku nak balik.
Nak makan.
Nak mandi.
Nak study dan nak tidur.
Di satu bumbung rumah yang ada berdekatan situ berdiri tegak satu susuk tubuh lelaki berpakaian putih dari atas ke bawah dengan wajahnya yang dihiasi senyuman senget yang agak sinis.
Kemalangan tragis yang berada di hadapannya dipandang dengan penuh tertarik.
"Aku dengar kata hati bidadariku --- wajarkah aku menarik nyawamu tika ini?"
Anak matanya berubah merah darah dan tajam merenung tepat ke tubuh badan pengetua sekolah itu yang sedang dikeluarkan dari bawah treller.
"Bidadariku meminta agar nyawamu ditarik keluar dari jasadmu. Mahukah dikau jejakkan kaki ke neraka milikku?"
Seketika ada satu suara merintih sakit dan menjawab soalannya. Bergendang-gendang di dalam halwa telinganya.
"Tidak ! Tolonglah aku taknak ! Bagi aku hidup lagi tolonglah ! Siapapun kau tolonglah jangan matikan aku lagi ! Ark ssa-sakit !"
"Itu baru sakit seksaan kau di dunia belum tiba saat kau masuk di dalam neraka aku lagi. Berganda sakitnya apabila api yang panas dicurahkan dari atas kepalamu"
"Permintaan kau ditolak sama sekali dan kau akan mendapat pakej untuk masuk ke neraka aku. VIP service. Is it okay to you?"
Dengan sekali petikan jari maka terlucutlah roh pengetua sekolah itu dari jasad. Kelihatan paramedik yang berusaha mengeluarkan tubuh lelaki tua itu terhenti kaku.
Kepala mereka tergeleng perlahan sebelum salah seorang dari mereka mengeluarkan telephone untuk mendail nombor seseorang.
Anak mata Taehyung berubah tajam setajam mata helang saat siren kereta polis kedengaran di halwa telinganya.
Lutut kakinya direndahkan dan dia mencangkung. Sayapnya yang layu di belakang tubuh bergerak sedikit kerana dia bakal lesap tidak lama lagi.
Beg mayat sudah diisi dengan mayat pengetua sombong itu. Bibirnya tersungging senyuman sinis sesinis sinisnya.
"Bidadariku --- permintaanmu telah aku makbulkan"
Satu tiupan dibuat lagi dan kali ini asap berwarna hitam kekelabuan meluncur keluar dari mulutnya diiringi dengan satu arahan.
"Perhatikan Min Yoongi hingga tiba saatnya aku memberi arahan untuk menghacurkan dia dengan pasti. Jangan sekali-kali kecewakan aku wahai anak buahku kalau tidak mahu aku campak kau ke nerakaku yang paling dalam"
Terus asap hitam kekelabuan itu bergerak laju ke segenap arah dan memasuki ke celah-celah kereta Min Yoongi yang masih berada di parking lot sekolah.
Kim Taehyung tersenyum puas. Kakinya ditegakkan semula dan sayapnya dibuka lebar.
Megah dia berdiri di sana tanpa ada sesiapa yang melihatnya.
Bangga dia akan hasil kerjanya kerana hari itu sahaja satu nyawa manusia melayang kerna dirinya.
"Bawaku kepada bidadariku. Ingin aku tatap wajah manisya tanpa sebarang gangguan lain"
Dia kembali lesap sekali lagi dengan angin.
Turut hilang tanpa jejak.
Desah nafasnya turut tidak dapat dikesan.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top