K.S.D.P 11
SATU suara menerjah halwa telingaku.
"Sampaikan utusan aku kepada Tuanku VTae's. Katakan padanya bahawa bidadarinya berada dalam keadaan yang bahaya"
Senyumanku melebar. Nampaknya anak buahku tidak akan pernah mengecewakan hasrat rajanya.
Namun kata-kata anak buahku yang mengatakan bidadariku di dalam bahaya perlu aku selitkan di dalam minda. Mangsa seterusnya sudah aku tahu gerangannya.
Tingkap rumah yang terbuka dimasuki oleh aku dengan hanya sekali gerakan. Ibarat angin berdesup aku telah berdiri tegak di atas lantai marmar rumah bidadariku.
Kini,
Suara dari anak buahku yang kedua menjelma pula. Sengihan sinisku makin melebar.
"Tugas aku telahpun selesai wahai Tuanku VTae's. Tangannya sudah aku kudungkan. Bidadarimu tidak akan diganggu lagi"
Nampaknya bidadariku telah dijaga rapi dan nampaknya lelaki yang tegar memperlakukan bidadariku hingga dia mengubah riak wajahnya kepada muram telah ditimpa balasan yang setimpal.
Dia membaling gumpalan kertas pada bidadariku jadi aku kudungkan tangannya.
Adil bukan ?
Susuk tubuh seorang lelaki tua menyapa pandangannya. Anak matanya bertukar putih. Mukanya kembali pucat hingga menampakkan urat-urat hijau di seluruh wajahnya.
Sayapnya kembali layu semula. Kedua kakinya melangkah ke arah susuk lelaki tua yang sedang tersengguk-sengguk di meja di tengah-tengah ruang tamu rumah gadisnya. Bidadarinya.
"Di dunia manusia mereka gelar kau bapa mertua tapi bagiku akan aku gelarkanmu sebagai anjing peliharaanku"
Jarinya dipetik sekali dan wajah orang tua lelaki itu berubah kepada wajah seekor anjing.
Terkejut orang tua itu kerana merasakan kelainan pada wajahnya malahan dia sendiri tidak dapat meneguk lagi arak yang masih berada di pegangan.
"Ap-apa jadi dengan muka aku ?! Kenapa aku tak boleh minum ?! Yaish ! Sape yang buat muka aku macam ni HAH ?!"
Pekikan demi pekikan orang tua itu terhenti apabila dia merasakan ada orang yang sedang memerhatikannya.
Matanya yang berubah kepada mata seekor anjing menatap tajam gerangan di hadapannya. Susuk tubuh tinggi nan lampai dan berpakain serba putih.
Muka yang terlalu pucat serta kuku tangannya panjang berwarna hitam yang amat. Satu benda yang dia perasan.
Mata susuk tubuh lelaki itu putih.
Macam takde anak mata !
Lidahnya terjelir-jelir keluar. Air liurnya menitis membasahi lantai marmar. "Kau sape hah ? Kau ke yang buat aku macam ni ?! HAH ?!"
Dia Kim Taehyung tersenyum senget. Kuku tangan kanannya dimain-mainkan di pipi kanannya.
Kakinya melangkah perlahan ke arah susuk tubuh orang tua yang dah berubah wajah kepada seekor anjing.
"Kau --- orang tua durjana. Beraninya kau menyeksa bidadariku sebegitu rupa ?"
"Ap-apa ARK SAKIT LAH ! ARGHHH SAKIT ! SAKIT !"
ZZAP !
ZZAP !
ZZAP !
Cakaran demi cakaran dia lakukan. Kedua belah pipi orang tua itu terbelah dan darah mula menitis laju.
Belakang badan lelaki tua itu turut terbelah sama hinggakan bajunya koyak rabak dan menampakkan dagingnya yang sedikit kemerahan.
Taehyung menjilat bibir bawahnya. Susuk tubuh tua yang sedang mengerekot kesakitan dengan wajahnya persis seekor binatang dipandang dengan rasa puas di dalam hati.
Satu tiupan dikeluarkan dari mulutnya diiringi dengan satu seruan yang keluar dari mulutnya.
"Ratahlah dia semahu-mahumu. Hari ini adalah harimu. Akan aku hidangkan santapan petang yang menyelerakan khas untuk anak buahku"
Kepulan asap berwarna putih meluncur keluar dari mulutnya dan mula mengelilingi satu badan lelaki tua itu.
Raungan dan jeritan nyaring manusia berwajah binatang itu tidak diambil kesah oleh dia si Kim Taehyung.
Wajahnya beriak datar apabila melihat satu keadaan yang agak mengerikan di mana kepulan asap berwarna putih itu membaham rakus tubuh tua yang bergelar ayah kepada bidadarinya.
Darah merah yang membasahi marmar dipandang lama oleh Taehyung sebelum jarinya dipetik sekali.
"Hilangkan darah jijik ini. Bersihkan satu rumah ini. Jadikan ia indah sepertimana kamar seorang permaisuri"
Satu rumah itu berubah bersih sebersih-bersihnya. Tiada lagi sofa yang buruk. Tiada lagi TV yang rosak. Segala-galanya berubah baru dan kelihatan mewah.
Dia raja segala syaitan kini tanpa sedar berubah sedikit demi sedikit hanya kerana namanya telah diseru kembali setelah berjuta tahun lamanya dia dikurung di dalam sangkar sumpahan seorang manusia.
Dia Teressa Lim adalah bidadari terakhir Kim Taehyung.
Raja Syaitan di segala jenis neraka yang ada.
Berwajah tampan namun berhati gelap-segelap malam tanpa cahaya.
Berketinggian tinggi namun sikap kejamnya melebihi paras angka ketinggiannya.
Berbadan tegap serta kuat tenaganya namun kata-katanya lebih kuat menghamburkan bisa di hati mereka yang bergelar manusia.
Sayapnya kembali dibuka lebar. Anak matanya berubah merah gelap seakan warna darah. Wajahnya tidak memucat dan kukunya berubah putih.
"Bawakan aku kepada bidadariku wahai hamba suruhanku"
Dia lesap semula dengan iringan angin sepoi-sepoi bahasa.
Tiada jejak yang ditinggalkan.
Tiada pesanan yang diukirkan.
Susuk tubuh ayah Teressa Lim turut sama menghilang.
Menghilang bagaikan debu.
Tiada rangka.
Tiada darah.
Hanya rumah yang telah diubah suai oleh dia si raja syaitan.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top