K.S.D.P 10




"Kelas --- saya ada berita buruk untuk diberitahu kepada kamu semua" Kesemua pelajar di dalam kelas mula berbisik-bisik.

Keluarlah segala unsur membawang kejadah dia semua. Kalau telinga kau tajam mesti banyak genre yang kau dengar dari setiap mulut budak-budak kat kelas aku.

Aku mengangkat muka memandang ke hadapan. Muka Sir Yoongi nampak macam sugul. Tapi tulah muka dia tu ada riaksi ke ?

Kadang nak kata Sir Yoongi tu happy tapi muka dia kemain bekunya. Tapi harini muka dia ada riak lah wei.

Eksaited pulak aku tengok muka sedih dia tu :)

"Sir Seokjin kamu dilaporkan hilang semalaman"

Dan ye apa yang aku dengar adalah sorakan dari seisi kelas. Dorang tak dengar ke pekak yang Sir Yoongi cakap Sir Seokjin hilang ?

Ke dorang anggap Sir Seokjin hilang ke sekolah lain ni ?

"Jadi untuk taknak kamu semua ketinggalan proses pembelajaran akan ada guru baru yang menyusul"

Muka masing-masing aku tengok kelat namampus. Sedar lah sikit korang dah nak habis sekolah :) apa salahnya belajar untuk beberapa bulan ni.

"Teressa Lim boleh kamu jumpa saya sekejap?" Terkebil-kebil mata aku memandang muka Sir Yoongi yang dah mula beku.

Teragak-agak aku mengangguk. Tanpa aku sedar pen putih yang aku sendiri tak tahu kewujudannya tiba-tiba sahaja berada di dalam poket blazer aku.

"Err bb-boleh Sir" Sir Yoongi buat isyarat untuk aku keluar dari kelas dan ikut dia. Sepanjang aku berjalan nak ke depan sepanjang tulah ada bisikan busuk tentang aku.

"Eii budak miskin lalu"

"Yucks ! Busuk dia sampai ke sini yall !"

"Badan seksi muka cantik tapi sayangnya miskin ! HAHA"

Telinga aku pekakkan. Kesah apa aku kalau aku miskin?

Setidak-tidaknya aku miskin harta tapi bukan jiwa :)

Kelibat Sir Yoongi aku cari. Tadi suruh ikut dia ni yang dia hilang tanpa bayang ni dah kenapa ?

Rambutku yang tidak diikat dibetulkan semula apabila angin menderu kuat menghempas wajahku. Sampaikan rambut aku melayang-layang ikut angin tu ha.

"Teressa Lim" Terkejut aku bila Sir Yoongi tiba-tiba panggil dari belakang. Tadi menyepi ni dah muncul kembali ? Ko serius ah ?

"Ye Sir ? A-ada apa Sir nak jumpa saya?" Sir Yoongi berdehem perlahan. Kedua tangannya memeluk tubuh.

"Kamu --- ada cakap apa-apa ke dekat Sir Seokjin semalam ?"

Dahi aku berkerut. Aku ada cakap apa-apa yang menyinggung si diva tu ke ? "Rasanya takde Sir. Kenapa ye ?"

Keluhan berat dilepaskan oleh Sir Yoongi. "Lepas je awak dengan dia bertengkar --- awak sure awak tak cakap apa-apa lagi dekat dia ?" Aku memgangguk yakin. Rasanya memang takde.

"Saya sure saya takde cakap apa-apa. Lepas dia marah saya terus saya duduk diam kat seat saya" Lama Sir Yoongi terdiam sebelum dia mengarahkan aku untuk masuk semula ke kelas.


"Sampaikan utusan aku kepada Tuanku VTae's. Katakan padanya bahawa bidadarinya berada dalam keadaan yang bahaya"

Pen tersebut bersuara dalam nada halus. Kelihatan cahaya putihnya berkelip-kelip beberapa kali sebelum terpadam begitu sahaja.

Keychain berbentuk kunci di beg galas Teressa turut bergoyang perlahan. Kelihatan hujung sudut kunci itu mengeluarkan satu cahaya merah yang agak malap sedikit.

Serentak dengan itulah kedengaran jeritan nyaring dari Felix. Lelaki yang membaling gumpalan kertas kepada Teressa Lim sebentar tadi.

Satu kelas mulai panik apabila tangan kanan Felix seakan-akan sedang dimakan oleh sesuatu.

Lantai kelas mulai dibanjiri dengan darah dan Teressa berdiri kaku di depan mejanya.

Terkebil-kebil mata dia melihat Felix yang sedang menggelupur kesakitan dan beberapa orang pelajar menderu keluar dari kelas untuk memanggil guru bertugas.


Ada yang berlari keluar kelas untuk muntah.
Ada yang menangis.
Ada yang pengsan.

Dan Teressa Lim terkedu.
Dia terpaku.

"Apa yang aku tengah tengok ni?"

Cahaya merah pada Keychain itu mulai hilang perlahan-lahan dan tangan kanan Felix yang dimamah rakus tadi terhenti terus.

Felix meraung dan menangis apabila tangan kanannya sudah mula menampakkan tulang di dalamnya. Dia kudung !

Dia dah cacat !

"Tugas aku telahpun selesai wahai Tuanku VTae's. Tangannya sudah aku kudungkan. Bidadarimu tidak akan diganggu lagi"

Angin sepoi-sepoi bahasa menghempas belakang tubuh Teressa membuatkan dia berasa lain macam. Macam ada orang yang bercakap je belakang dia tadi.






Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top