K.S.D.P 1
NAMA aku Teressa Lim. Aku berdarah campuran cina dan korea. Hidup aku terumbang-ambing bilamana ibu dan bapaku berpisah dengan haluan masing-masing.
Aku hanya ada seorang abang.
Tidak pernah bersemuka walaupun kami duduk serumah.
Aku sendiri menyesal akan pilihanku kerana memilih untuk duduk dengan ayahku.
Jelas ---
Aku terlalu rindu akan ibuku.
Ayahku sering tiada.
Lesap jika malam berlabuh.
Membuta jika siang berhinggap.
Abang yang aku sentiasa harapkan hanyalah seorang lelaki yang berstatus 'abang' sahaja. Hakikatnya ---
Dia lebih teruk dari seekor binatang.
Benci ? Sudah tentu !
Aku bencikan dia.
Untuk seumur hidupku.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top