KU INGIN CINTAMU 3
"Datin... I miss u so much. Beseronok di negara orang tanpa Safi... Hadiah ada tak?" Tanpa Segan dia memeluk dan mencium pipi Datin Khyra yang sedang bersarapan. Datin Khyra agak tergamam namun dia sudah biasa dengan semua ini.
"Datin seronok sangat dapat shopping kat Korea tu. Shopping tak ingat Dunia.Sampaikan kena sewa kontena bawak barang-barang yang Datin beli. Kalau bawak naik flight kena sewa Satu kapal terbang... Hadiah kamu pun kena tunggu kontena tu sampai nanti.Kena sabar dulu..." Dato Zahari mengusik isterinya. Sengaja mahu mewujudkan susana ceria pagi itu.
"Sayang... Tengah sarapan ni jangan lupa jaga adab sopan tu... Duduklah Safi sarapan sekali." Datin Khyra jeling suaminya. Kalau dah ada geng memang galak mengusik.
Dato Zahari menarik kerusi di sebelahnya. Safiah duduk. Biasanya dia duduk di sebelah Datin Khyra tapi hari ini Dato Zahari lebih dulu mempelawanya duduk.
Safiah rasa bertuah dapat bekerja dengan pasangan yang baik hati. Hampir enam bulan dia bekerja sebagai pemandu Datin Khyra. Dia dilayan seperti keluarga sendiri. Dato Zahari seorang yang baik dan kelakar. Datin Khyra seorang yang lemah lembut dan penyayang.
"Mana pulak budak bertuah ni. Dahlah balik mengejut. Orang pergi bercuti dia sibuk nak balik pulak . Bila orang suruh balik dia sibuk nak kerja. Nak timba pengalaman katanya. Pening kepala saya dengan anak bujang sorang ni...." Bebel Datin Khyra. Sambil sibuk meninjau tangga. Tak ada tanda-tanda ada insan di situ.
"Tidur lewat semalam. Sampai ke pagi bergaduh dalam telefon dengan Liyana. Apa nak jadi dengan bakal menantu awak tu. Makin tak berkenan saya tengok. Dah start pakai tak cukup kain..."
" Entahlah bang... Saya pun tak suka tapi anak kita suka. Dulu taklah teruk macam ni. Lepas menang Dewi Impian tu lain pulak jadinya dia..."
Safiah diam sambil pasang telinga. Tak elok campur hal rumahtangga orang. Safiah menikamati bihun goreng hasil masakan Datin Khyra dengan penuh perasaan. Air tangan seorang ibu pastinya sedap. Datin Khyra memang akan memasak untuk keluarganya jika ada masa lapang.
" Mama... Papa..."
Safiah hampir tercekik. Dia kenal insan yang baru turun dari tangga itu. Dia tergamam. Hampir sahaja bihun dalam mulutnya keluar balik jika tak kerana disiku oleh Dato Zahari. Malunya dia. Mujur Datin Khyra tak nampak. Mana tak dia terkejut mungkin dah jodoh dia untuk bertemu dengan mamat sepuluh bintangnya. Gila. Mahu sahaja dia tumbang di situ. Berhadapan dengan satu-satunya lelaki yang dapat sepuluh bintang penuh darinya.
" Macam Yong Hwa atau lebih hensem...berapa bintang" Bisik Dato Zahari.
" Lebih hensem... Sepuluh bintang penuh...tambah satu bintang sebab chaebol.. pewaris harta juta-juta" Bisik Safiah kembali sambil menunjukkan angka sepuluh dengan jarinya.
" Tengoklah bapak dia hensem dua puluh bintang..."
" Iyalah tu hensem muka jawa. He got your eyes Dato. Tapi apasal dia putih cam cina. Dato ni gelap cam arang. Mana dia dapat mata biru dia. Pakai Lens ke?"Safiah gelak kecil sambil berbisik. Sengaja mengusik. Biasanya dia yang selalu kena usik.
Rentak jantungnya jadi tak menentu bila anak bujang Datin Khyra duduk berhadapan dengannya. Dia cuba sembunyikan gemuruhnya dengan menunduk sambil menikmati makanan. Dato Zahari sengih dan gelak. Dia tahu perihal bintang-bintang Safiah. Selalu bila ada masa terluang Safiah akan menonton online cerita Korea. Menumpang Wifi free di rumahnya.
" Datin tak pernah beritahu ke dia tu keturunan caampur belah mak dia. Banyak sangat darah campur sampai tak tau jadi darah apa. Sepupu datin semua putih-putih, mata warna warni. Datin je macam jawa sebab ayah dia jawa. Kamu tengok lah adik-adik Datin semua mcm cina sebab ikut mak. Datin ikut gen ayah dia Datin sebab tu dia karat jugak. Dapat anak putih melepak mata warna biru sampaikan orang ingat anak angkat. Nasib baik mata dia sama macam saya. Kecik2 saya jemur anak saya kat tengah panas tapi tak nak jugak hitam. "
"Hmmm...Apa yang abang bisik-bisik dengan si Safi tu. Sejarah mana pulak yang abang cerita kat Safi ni..." Datin Khyra berdehem. Pasti ada sesuatu yang lucu. Kalau tidak masakan Safiah dan suaminya ketawa. Sejak Safiah hadir mereka berdua rasa terhibur. Safiah di anggap seperti anak sendiri.
" Abang cerita macam mana abang jemur si Arman masa kecik-kecik nak bagi kulit dia gelap. Segan pulak kat orang anak putih melepak tapi mak bapak cam jawa..." Dato Zahari ketawa lagi. Safiah turut ketawa tapi dengan nada agak terkawal. Kontrol ayu.
"Papa ni tak habis-habis dengan cerita Man kena jemur. Malulah Arman."
" Itu kerja abang. Saya tak masuk campur. Oh ya... Ini anak tunggal kami Arman Shauqi. Arman ini driver mama Safi.."
" Hi Safi..." Arman senyum. Dia banyak mendengar cerita perihal Safi dari mamanya. Gadis manis yang agak ganas tapi baik hati. Gadis yang sentiasa jadi peneman mamanya ke mana sahaja selama enam bulan ni.
" Hi Encik Arman..." Safiah membalas senyuman Arman.
" Safi tengah hari ni boleh tolong saya tak masak untuk Dato. Dato cuti lagi hari ni. Saya ada meeting dengan pembekal balik petang. Mak Pah pun cuti lagi..."
Safiah angguk. Memang selalu Datin Khyra meminta pertolongannya memasak sejak dia tunjuk bakat dua bulan lepas. Di kala Mak Pah kena serangan darah tinggi tiba-tiba. Dan sejak itu Mak Pah dengan Senang hatinya boleh bercuti sebab adanya Safiah yang boleh memasak dan kena dengan selera Dato.
" Wah... Safi masak. Saya nak request Ikan Siakap Tiga Rasa... Dengan rendang kerang...."
" Abang ni janganlah dera si Safi ni. Nak rendang kerang pulak... Kalau macam tu abang makan je kat kedai..." Datin Khyra menegur suaminya. Banyak pulak ragam Dato Zahari.
Saja mengusik Safiah. Dia tahu suaminya memang mahukan anak perempuan. Namun apa daya mereka. Rezeki dari Allah hanya seorang. Nak tunggu Arman kahwin dan dapat menantu entah bila langsungnya.
" Boleh je Datin asalkan Dato sudi mencemar duli tolong kopek kerang. Kurang-kurang lima kilo kerang... " Safiah buat muka selamba. Dia tahu Dato Zahari memang sukar untuk ke dapur. Lebih baik tidur atau main golf. Safiah jeling sekilas. Berharap agar menu rendang kerang dibatalkan.
" Bab ke dapur ni susah sikitlah. Apa kata Safia buat sorang-sorang nanti saya bagi upah lebih. Pergi shopping novel ke... Sepuluh novel cukup tak?"
Safiah jeling lagi. Lebih tajam dari tadi. Dato Zahari pulak buat muka selamba. Boleh pulak buat muka tak bersalah. Dan selamba pula makan.
" Takpe biar Man tolong Safi. Papa jadi mandur je. Jadi orang ketiga...." Arman menawarkan bantuan. Safiah melonjak riang tapi dalam hati. Bagaikan dia terlihat senyum sengih Dato Zahari yang sedang bergembira tak perlu kopek kerang.
" Bukan kata tadi nak keluar dengan Liyana tadi. Kang merajuk pulak tunang kamu..." Datin Khyra mengingatkan. Tak mahu pula mereka bergaduh nanti.
" Tak jadi ma... Dia ada meeting dengan produser nak ambik dia berlakon filem. Tak boleh nak tolak katanya...."
" Pandai-pandailah kamu. Mama tak nak campur. Apa yang penting dia berenti dari dunia dia sekarang.... Safi jom nanti lambat pulak saya pergi meeting. Kamu kena pergi pasar pulak lepas ni..." Datin Khyra mengemaskan meja makan.
" Arman nak ikut Safi pergi pasar...."
Sufiah melonjak riang dalam hati
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top