Ku ingin cintamu 25

"Safiah..."

Langkah Safiah terhenti. Dia mencari suara yang memanggilnya tadi. Tiada siapa di belakangnya atau berhampiran dengannya. Siapa pula yang menyeru namanya.

"Kalau awak bukan Safiah kenapa awak mencari siapa yang memanggil."

Suara yang memanggil bukan di belakang atau di tepi, sebaliknya di hadapannya. Pemilik suara itu bersembunyi di sebalik tiang rupanya. Safiah pamerkan riak bersahaja. Dia teruskan langkah menuju ke arah pintu masuk shopping mall. Namun terhalang oleh kelibat Arman yang tiba-tiba berdiri di hadapannya.

Safiah bergerak ke kiri untuk mengelak namun Arman turut bergerak ke arah yang sama. Setelah berkali-kali mencuba Safiah putus asa. Dia berdiri sambil berpeluk tubuh. Sengaja memberi peluang kepada Arman untuk berbicara.

"Cik Nur Najah."

"Ye saya..." barulah Safiah menyahut.

"Safiah Nur Najah binti Tan Sri Maaruf..." Arman menyebut nama penuh gadis yang berdiri di depannya. Dia tahu yang hatinya pasti akan mengenal gadis itu walaupun berbeza penampilan. Enam bulan telah merubah seseorang yang dia kenal secara drastik.

"Safiah... Safiah... Safi." Arman mengulang nama Safiah malah dengan nada yang lebih keras.

"Saya tak kenal siapa Safiah. Nama saya Nur Najah... Safiah Nur Najah." Safiah masih dengan riak muka bekunya. Mengelak untuk memandang Arman. Macam mana Arman boleh mengekori dia sehingga ke sini. Dan sejak bila Arman mengekori dia.

"Saya tak tanya pun Cik Nur Najah kenal atau tidak Safiah ni. Saya cuma sebut je nama dia..." Arman senyum sinis. Perangkap sudah mengena. Beberapa bulan berkenalan dengan Safiah, dia kenal perangai gadis itu. Apa kesukaannya dan kebenciannya. Dia pasti saat ini Safiah membencinya. Sebab itu Safiah memilih untuk buat-buat tak kenal.

"Tak ada kena mengena dengan saya kan... jadi tolong izinkan saya lalu."

"Tak ada kena mengena dengan Safiah... Hmmm... kalau macam tu boleh saya berkenalan dengan Cik Nur Najah ni..."

"No... saya tak hingin berkenalan dengan awak. Tolong ketepi." Safiah mencuba sekali lagi untuk melepasi Arman. Tapi masih juga seperti tadi Arman masih gigih menghalangnya.

"Lebih baik awak sudi-sudikan diri berkenalan dengan saya. Saya ni spesis degil. Saya tak akan beranjak selagi Cik Nur Najah mahu berkenalan dengan saya."

"Jawapan saya tetap no... carilah perempuan lain yang lebih baik dari saya." Safiah pamerkan senyuman palsu.

"Gosh! Semasa awak gangster dulu saya dah jatuh cinta... sekarang tengok awak versi muslimah saya jadi gila bayang. Rasa nak suruh je mama dan papa saya masuk meminang malam ni jugak." 

Senyuman palsu Safiah tetap nampak manis di mata Arman. Setelah kehilangan Safiah baru dia sedar yang hatinya telah dicuri gadis itu. Sekarang Safiah sudah ada di depan matanya. Dia tak akan lepaskan peluang untuk mencuri hati Safiah.

"Encik Arman stop! Jangan nak mengarut kat sini. Saya nak lalu... saya lapar ni." Safiah geram. 

"See... saya dah agak dah awak Safiah. Buktinya awak kenal saya. Tau nama saya... Nur Najah tak kenal saya." Arman ketawa sinis. Safiah memang tak boleh menyamar. Bukan mudah untuk manusia berubah perangai dalam sekelip mata. Jiwa Safiah yang acah-acah ganas masih ada dalam diri gadis itu.

"Sebelum saya marah dan karate Encik Arman... baik encik ketepi. Saya serius ni!"

Arman angkat kedua belah tangan separas dada dan bergerak sedikit. Takut kena pukulan Safiah lagi. Bab karate ni Safiah tak pernah tak serius.

Melihat Arman memberi laluan, Safiah cepat-cepat beredar dari situ. Dia perlu ke tandas saat ini. Arman buat hasratnya terbantut tadi. 

Masuk sahaja ke pusat membeli belah Safiah terus mencari tandas. Selepas membuang apa yang sepatutnya dia terus keluar dari tandas. Dia hampir melompat bila melihat Arman berdiri sambil menyandar di dinding. Sungguh dia tak perasan kalau Arman menunggu dia.

"Dah sudah ke? Jom makan. Saya dah lapar ni." 

Safiah pandang Arman pelik. Setahunya dia tak ajak pun mamat ni makan sekali. Dia lebih selesa makan seorang diri.

"Saya tak ajak awak pun." Safiah melangkah laju-laju. 

"Saya memang nak menyibuk."

"Saya nak jumpa bakal suami saya. So silalah hilangkan diri." Safiah berhenti dan menoleh ke arah Arman. Dia memberi isyarat tangan agar Arman berlalu.

"Seingat saya Syafiq Tan Sri Maaruf kenal siapa suami Safiah. Mesti dia dah fikir yang bukan-bukan kan pasal kita. Entah-entah dia dah syak awak kahwin lari kat Thailand. Yalah tiba-tiba ada suami." Arman tersengih.

Berubah riak muka Safiah mendengar kata-kata Arman. Mana mungkin dia lupa detik-detik Arman mengaku mereka adalah suami isteri. Di hadapan abang kandungnya sendiri pula tu. Sekarang itu semua jadi gurauan Syafiq. 

"Masa lalu adalah sejarah." Safiah enggan mengikut permainan Arman. Dia teruskan langkahnya menuju ke Chicken Rice Shop. Perutnya sudah lama berbunyi.

"Masa lalu adalah diri kita yang sebenar." Arman masih setia mengekori Safiah.

Safiah langsung tak bersuara. Dia biarkan Arman mengekor. Kalau ditegah pun bukannya Arman mahu dengar. Silap-silap Arman buat gila kat sini.

"Kita kahwin jom..."

Chicken Rice Shop hanya beberapa langkah di hadapan. Safiah hentikan langkah. Telinganya tak salah dengar malah jelas apa yang Arman katakan.

"Awak dengan saya tak akan ada apa-apa ikatan. Kita hanya kenal sebagai bekas pekerja dan anak majikan." 

"Salah tu... kita dah buat zina mata. Awak dah tengok saya punya dan saya pun dah tengok awak punya. Kita dah ehem-ehem kot. So kita kena kahwin. Opps... wajib kahwin."

Safiah menganga. Punyalah payah dia nak lupakan peristiwa hitam tu. Sampai dia kena jumpa pakar kaunseling setiap minggu. Sekarang Arman suka-suka ungkit. 

"Jahat... saya memang tak naklah kahwin dengan awak."

"Buat pengetahuan awak Cik Safiah Nur Najah. Detik ini, saat ini keluarga saya berada di rumah Syafiq Tan Sri Maaruf untuk merisik Cik Safiah Nur Najah. Dan saya pastikan mama dan papa saya sebut peristiwa enam bulan lepas. Pasti awak kena paksa kahwin dengan saya." Kening Arman terangkat ala-ala Ziana Zain.

"Arman! Awak tipu kan... cakap kat saya awak tipu." Safiah halakan jari telunjuknya lurus ke arah Arman. Hatinya sakit bila Arman hanya ketawa.

"Syafiq tak akan percayakan awak. Dia tahu saya macam mana."

"Dia terpaksa percaya bila saya bagi tau ada tahi lalat kat atas pusat awak tu. By the way... pusat awak comellah." Arman menolak jari Safiah dan berbisik di telinga gadis itu. Sebenarnya dia hanya nampak sekilas waktu malam durjana tu. Dia tak pasti fakta itu betul atau pun tidak.

Sebaik sahaja pertemuan mereka minggu lepas dia terus menyelidiki keluarga Tan Sri Maaruf. Berita mengenai anak perempuan Tan Sri Maaruf yang baru muncul selepas kematian tokoh itu menarik perhatiannya. Safiah Nur Najah diakatakan anak kepada isteri kedua Tak Sri Maaruf yang selama ini berada di luar negara. 

Arman tak berminat dengan hal keluarga Tan Sri Maaruf. Dia hanya berminat dengan Safiah. Dia sedar silapnya kerana menuduh Safiah tanpa usul periksa. Selepas perkahwinan Liyana dengan kerabat diraja Brunei baru jelas semuanya. Dia tahu itu semua angkara Liyana. Memang benar Liyana memutuskan pertunangan mereka atas alasan dia curang.

"Awak kejam kan."

"Saya tak kejam... saya cuma nak hak saya balik."

"Hak apa?" Safiah tak faham. Arman ni mengarut apa. Kalau dah Arman nampak tahi lalat atas pusat dia, mesti lebih lagi lelaki tu nampak. Ya Allah memang wajib kahwin ni.

"Awak dah curi hak isteri saya... awak orang pertama tengok saya gitu-gitu. Itu hak isteri saya tau. So awak kenalah jadi isteri saya... Boleh kan."

"Apa-apa ajelah... tepi sikit. Mati kebulur saya kalau asyik bergaduh kat sini. Mamat bengong sepuluh tingkat."

Arman membiarkan Safiah lalu. Dia puas hati mendengar jawapan dari bibir gadis itu. Cepat-cepat dia keluarkan Handphone dari kocek seluar. Dia menghubungi mamanya.

"Mama... dia dah setuju."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top