KU INGIN CINTAMU 20
Safiah terjaga bila mendengar jeritan Datin Khyra. Kenapa pulak Datin Khyra boleh interframe dalam mimpi dia. Payah betul kalau terlalu rapat dengan majikan sampai dalam mimpi pun dia boleh datang. Safiah tak menghiraukan jeritan yang dia dengar. Mimpi je biarkan ajelah Datin itu menjerit keseorangan. Safiah memeluk bantal peluknya erat. Tapi kenapa bantal peluk dia da telinga. Dia raba lagi ada mata, hidung dan mulut. Mana ada bantal peluk muka orang. Safiah buka mata.
"Ya Allah..." wajah Arman hanya beberapa inci dari mukanya. Dan posisi mereka sangat memalukan. Bantal peluk yang dia peluk tadi adalah Arman. Arman tak memakai baju. Safiah angkat selimut. Ke mana pergi baju dia.
"Datin... Dato..." Safiah menarik selimut dan terjun dari katil. Dia bingung tika ini. Mana pergi pakaian dia . Macammana dia dan Arman boleh tidur sekatil. Setahunya kali terakhir tadi dia lelap di sofa.
"Apa ni mama bising-bising ni..." Arman mengeliat.
"Bising kata kamu... Apa kamu berdua ni buat. Tak sangka kamu berdua boleh terlanjur sejauh ni!" Datin Khyra cuba menahan sabarnya melihat Arman dan Safiah. Hati ibu mana tak hancur melihat anak sendiri berbuat onar depan mata.
"Terlanjur apa pulak..." Arman pelik. Dia menggosok matanya. Bila pulak dia pindah tidur bilik tamu. bukan tadi dia landing kat bilik rehat ke. Dia menoleh ke kiri da terlihat wajah pucat Safiah yang sedang berselimut. Arman lihat pakaian dia dan Safiah bersepah di lantai.
"Ma Arman tak buat apa-apa ma... perempuan ni yang cuba perangkap Arman. Dia yang buat semua ni. Man tadi tidur kat bilik rehat..." Arman membela dirinya. Dia yakin ini mesti kerja Safiah. Dia tahu Safiah menaruh perasaan pada dia. Tak mustahil Safiah mengambil jalan singkat.
"Saya tak buat apa pun Dato... Datin. Saya pun tak tau macam mana saya boleh ada kat sini." Ujar Safiah sambil terketar-ketar. Tuduhan Arman langsung tak berasas. Kalau Arman tidur kat bilik rehat dan dia pun tidur di bilik rehat siapa pula yang membawa mereka ke mari.
"Astagafirullahalazim...apa jadi ni you. You ada hubungan dengan dia ke? Sampai hati you curang dengan I " Liyana yang muncul di pintu terkejut melihat tunangnya tidak berbaju manakala Safiah pula yang dalam keadaan tak terurus sedang berselimut di tepi katil.
"Liya... Liya. I tak buat apa-apa pun." Arman cuba bangun namun dia sedar yang dia langsung tak berpakaian. Badannya hanya ditutupi bantal sahaja selepas Safiah menarik selimut tadi.
"Arman dengan Safiah pakai baju kamu balik. Mama dengan papa tunggu kat luar. Kita kena selesaikan hal ni malam ini jugak." Dato' Zahari kelihatan sangat serius. Tak pernah Safiah lihat wajah serius itu. Tanpa di sedari sesiapa Safiah menangis teresak-esak. Datin Khyra dan Dato Zahari keluar dari bilik.
"Aku tak tahu apa kau cuba buat. Tapi jangan kau ingat dapat jalan pintas nak jadi kaya. Aku tak akan jadi mangsa kau. Sekarang tutup mata aku nak pakai baju."
Safiah menutup matanya. Kenapa semua ini terjadi. Siapa yang dengki pada dia dan Arman. Dan dia tak mampu menangkis segala tohmahan Arman kerana dia tak mampu dan tak berdaya. Dia dalam keadaan terkejut sekarang. Safiah mendengar pintu di tutup dengan kasar. Dia buka mata. Arman telah keluar dari bilik.
Safiah bangun dan mengutip pakaiannya satu persatu. Dia membelek tubuhnya di cermin. Tak ada yang pelik atau yang lain pada badannya. Kalau betul dia sudah terlanjur dengan Arman pasti ada tanda atau dia terasa sesuatu. Dia pernah mendengar cerita malam pertama kawan-kawannya. Sakit dan pedih. Tapi dia tak terasa apa pun. Dari cerita Arman memang dia mengagak ada orang yang menganiaya mereka. Dia mesti sampaikan ini semua pada Arman.
"Mama dan papa nak Arman dengan Safiah menikah!"
Safiah terkejut dengan kenyataan yang dia dengar sebaik sahaja keluar dari bilik. Menikah dengan Arman bukan satu pilihan. Tapi dia sedar apa yang berlaku sebentar tadi bukan perkara kecil yang boleh dilupakan dengan mudah. Wajar kalau Datin Khyra dan Dato Zahari marah.
"Ma... Arman tak akan menikah dengan perempuan tu! Ini yang dia nak! Ini helah dia nak kahwin dengan Man dan jadi kaya sekelip mata." jari telunjuk Arman lurus ke arah Safiah.
Tohmahan arman membuatkan Safiah naik angin. Gila apa nak kahwin sebab harta. Arman ingat dia ni gila sangat ke sampai kemaruk nak harta dia. Tapi Safiah diam. Dia faham perasaan Arman. Malu pada ibu bapa dan pada tunang juga. Safiah lihat Liyana menangis teresak-esak. Tapi kenapa tangisan Liyana macam di buat-buat.
"Liyana... percayalah I tak buat apa-apa pun." Arman cuba meyakinkan tunangnya. Datin Khyra dan Dato Zahari diam sahaja. Membiarkan Arman mempertahankan diri. Seakan ada yang tak kena dalam hal ni.
"Kau saja kan nak perangkap aku! Perempuan gila harta! Kau tak layak jadi isteri aku!" Arman tak dapat menahan emosinya. lantas dia menarik kolar baju Safiah sampai Safiah rasa tercekik. Safiah cuba menolak Arman tapi gagal. Arman yang hilang pertimbangan telah berubah menjadi orang lain.
"Arman lepaskan dia!!" jerit Datin Khyra.
"Encik Arman yang terhormat saya tak kemaruk dengan harta yang seciput ni. Harta dan kekayaan saya lebih banyak dari kepunyaan keluarga Encik Arman. Kalau setakat nak beli syarikat keluarga Encik Arman ni sekelip mata je boleh beli. Saya tak pernah tetapkan syarat harta dalam mencari teman hidup. Apa yang saya nak teman hidup saya kaya dengan budi bahasa dan juga adab sopan. Saya belum gila nak memalukan diri saya sendiri. Lagipun kalau saya gila harta baik saya pilih Syafiq yang harta dia lebih banyak... maaf Dato' Datin...saya rasa saya dianiaya. Saya pun tak nak kahwin dengan lelaki mulut longkang macam ni."
Tanpa menunggu sesaat pun Safiah angkat kaki dari situ. Selamat tinggal Arman....
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top