KU INGIN CINTAMU 16
Arman terkejut bila selimutnya ditarik dengan kasar. Dia lihat jam di tepi katil. Sudah pukul empat petang rupanya. Dia bangun dari tidur. Dia menguap sekali. Siapa pula yang suka-suka kejutkan dia dari tidur. Memang kebiasaanya dia akan tidur di tengah hari dan menjelang ke petang kalau tak ada aktiviti.
"Bila nak mula kerja ni. Dah dua bulan Arman lepak-lepak kat rumah."
"Man belum hilang penat lagi. Biarlah Man rehat sikit lagi."
"Tolong teman mama pergi jumpa client. Bangun cepat."
"Mana mama punya driver merangkap bodyguard tu." patutlah dia boleh terlajak tidur sampai petang. Jam loceng dia tak ada. Biasanya Safiah tak akan pernah membiarkan dia tidur sampai ke petang.
"Dia cuti. Ada hal kata dia."
"Kenapa dia cuti tak bagitau Man. Suka-suka je cuti." Arman tiba-tiba berang. Dia baru rancang nak pergi tengok wayang petang ni. Safiah cuti pulak.
"Yang Man nak mengamuk ni kenapa, dia driver mama bukan driver kamu. Mama berhak bagi dia cuti bila-bila masa pun tanpa keizinan Man. Yang Man tu kan dah pandai jalan kat KL ni takkan tak boleh drive sendiri nak pergi mana-mana." Datin Khyra bercekak pinggang. Pelik pulak tiba-tiba Arman mengamuk mendengar Safiah cuti. Ada apa-apa yang dia tak tahu ke.
"Malas nak drive jalan kat KL ni asyik jem je. Mama cari driver lain biar Safiah jadi driver Man."
"Banyak cantik. Dah cepat siap. Mama ada urgent meeting dengan client ni."
Datin Khyra enggan berfikir bukan-bukan. Gaya Arman berang dah lebih kepada seorang pakwe yang marah kekasih dia. Memang tak dinafikan yang dalam dua bulan ni Arman ke mana-mana banyak ditemani Safiah.Tak mustahil kalau Arman menaruh hati pada Safiah. Tapi Arman sudah punya tunang. Kalau Arman solo dia tak kisah menerima Safiah sebagai menantu. Safiah cukup pakej untuk jadi menantu keluarganya walaupun berperangai sedikit nakal dan gila-gila.
Arman termenung seketika. Tak ada tanda-tanda dia nak mandi atau bersiap. Kenapa dia tiba-tiba marah bila Safiah cuti. Rasa tak seronok bila tak berjumpa atau mengusik Safiah. Terasa hidupnya kosong dan tak sempurna. Satu rasa yang sudah lama dia lupa. Suatu ketika rasa ini pernah muncul bila dia tak dapat berjumpa Liyana.Liyana pun satu sibuk suruh dia balik Malaysia, tapi bila dia balik Liyana tak habis-habis dengan sibuk. Sudah hampir sebulan lebih dia tak bertemu Liyana.
*******
"Pelik pulak bila kau kata kau cuti. Selama ni tak pernah fikir pasal cuti pun. Kalau boleh sabtu ahad pun kau nak datang kerja."
"Aku nak rehat dari jumpa Arman."
Qaseh pelik. Bukan ke Arman satu-satunya jejaka yang dapat banyak bintang. Kenapa tak nak jumpa pulak. Sudah kurang kah bintang Arman atau sudah hilang terus. Mesti ada sesuatu yang berlaku antara mereka berdua.
"Kenapa?"
"Aku tengah marah kat dia."
Safiah menarik nafas dalam-dalam. Sekali-sekala beriadah memang menyeronokkan. Dapat melihat kehijauan alam sekitar dan juga menghirup udara segar. Matanya melihat tasik yang terbentang luas. Pengunjung mula membanjiri Taman Tasik Titiwangsa. Ada yang berjogging dan ada yang hanya bejalan dengan keluarga.
"Kenapa."
"Semalam aku jumpa Syafiq masa temankan Arman pergi futsal. Dia nampak je Syafiq terus muncul Arman versi suami penyayang. Siap panggil aku sayang lagi. Geli tengkuk aku." meremang bulu roma Safiah bila teringat panggilan 'Sayang' Arman. Seumur hidup dia tak pernah bercinta, memang macam pelik rasanya bila panggil ala-ala romantik macam tu.
"Bukan sepatutnya kau rasa seronok ke sebab mamat berbintang-bintang kau tu panggil 'Sayang'. Kenapa nak geli pulak."
"Kalau dia tak ada tunang aku okey, aku tak kisah. Aku lagi seronok kot macam kau cakap tadi."Safiah sengih. Siapa nak tolak kalau pakwe cukup pakej macam Arman minat. Kecik tapak tangan Stadium Bukit Jalil dia tadahkan.
"Gatal betul. Syafiq tu mana nak campak."
"Bukan ke aku dah campak Syafiq kat kau. Kau ambik ajelah." soal Syafiq lagi. Memang dah sah Syafiq cinta hati Qaseh. Dia kena buat sesuatu untuk menyatukan dua hati ni. Tapi ini bermakna dia terpaksa membongkar segalanya. Safiah buntu. Kenapa hatinya keras sangat tak mahu mengakui segalanya.
Dia berharap agar hatinya dilembutkan secepat mungkin. Dia anak kandung Tan Sri Maaruf dan berdosa jika dia terus tak menerima kehadiran anaknya. Tambahan pula dia harus menjauhkan diri dari Arman. Walaupun kata tak suka sering bermain di mulut tapi hatinya terasa lain. Sebelum hatinya terjatuh cinta lebih mendalam dia kena pergi jauh. Arman milik Liyana. Dia tak mahu jadi orang ketiga.
"Jom sambung jogging..."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top