KU INGIN CINTAMU 15
"Lagi sekali Encik Arman mengaku saya isteri saya letak jawatan serta merta. Tak kisahlah Datin ke Dato ke atau Encik Arman rayu saya tak mungkin saya pertimbangkan. Encik Arman ni macam sengaja nak humban saya ke lembah penderitaan."
Kali ini Safiah betul-betul mengamuk. Arman pun cuak melihat wajah marah Safiah. Salah ke kalau dia nak menolong Safiah. Lelaki bernama Syafiq tu macam tak akan melepaskan Safiah dengan mudah. Dia menolong atas dasar simpati.
"Niat saya nak tolong je"
"Nak tolong boleh tak jangan mengaku dah kahwin. Mengaku saya ni isteri Encik Arman. Siap peluk-peluk lepas tu panggil sayang. Encik Arman tak fikir ke apa akan jadi kalau Cik Liyana tau. Atau parents Encik Arman tahu. Mati saya tau."
Arman terkedu. Dia betul-betul lupa pasal Liyana. Kalau papa dengan mama dia boleh slow talk aje tapi kalau Liyana memang perang besar nanti. Tapi dia memang sakit hati bila lihat Syafiq selamba pegang-pegang tangan Safiah. Tapi bagus juga kalau Liyana cemburu mungkin nanti dia akan setuju untuk bernikah. Arman senyum sendiri. Safiah tambah naik angin melihat Arman senyum. Sakit hatinya tengok Arman okey je.
"Ni apa hal senyum-senyum ni!"
Safiah rasa sukar untuk meneruskan pemanduan dalam keadaan marah. Dia memberhentikan kereta di sebelah bus stop. Hatinya tak tenang sekarang. Melihat senyuman Arman lagilah dia sakit hati. Dia keluar dari kereta dan duduk di bus stop. Arman yang tadi duduk di dalam kereta keluar mendapatkan Safiah. Rasa bersalah pula kerana senyum tadi. Niatnya untuk menolong Safiah itu betul tapi cara yang salah.
"Saya minta maaf. Dia boy friend awak kan sebab tu awak marah saya mengaku awak isteri awak. Awak takut dia marah."
"Saya tak takut dia marah... saya lebih takut kalau ditudung perampas. Encik Arman kan tunang orang. Tunang Encik Arman pun bukan calang-calang orang. Satu Malaysia kenal dia."
"Kalau saya tak ada tunang awak tak kisah lah kan kalau saya mengaku isteri." Arman mula mengusik Safiah. Tak seronok melihat Safiah muka marah macam tu. Dia lebih suka Safiah yang tersenyum dan nakal.
Safiah pandang Arman tajam. Mamat ni dah hilang akal waras dia ke. Boleh pulak kalau-kalau. Mana ada kalau-kalau, dah sah Liyana tu tunang dia. Dah bertahun pun bertunang bukan sehari dua. Bercinta sejak dari sekolah lagi. Takkan tiba-tiba kalau-kalau pulak. Entah-entah Arman sengaja buat macam tu sebab nak buat tunang dia cemburu.
"Encik Arman buat semua ni sebab nak buat Cik Liyana cemburu ke? Jawab soalan saya dengan jujur dan ikhlas kalau tak kita stay sini sampai saya puas hati. Sampai malam pun takpe"
Arman serba salah sama ada mahu berterus terang atau tidak. Sebenarnya dia pun tak pasti kenapa mulutnya ringan sangat mengaku Safiah isterinya. Nak kata dia jatuh hati pada Safiah memang tak mungkin sebab dihatinya ada Liyana. Kasihan mungkin hanya sepuluh peratus. Mempergunakan Safiah juga mungkin sepuluh peratus. Dia pun tak tahu kenapa pertama kali melihat Syafiq merenung Safiah dia jadi kurang senang.
"Memang saya nak buat Liyana sakit hati dan cemburu. Saya sayangkan dia. Saya nak cepat-cepat kahwin dengan dia."
Pernyataan Arman yang memang dijangka oleh Safiah. Kalau ikut hatinya memang dia nak luku je anak teruna Datin Khyra ni. Biar tahu rasa macam mana sakit hati orang dipergunakan. Manalah dia layak nak bergandingan dengan Arman yang super duper hebat ni. Kalau dengan Liayana memang ngamlah. Dua-dua sama cantik dan sama hebat. Boleh jadi couple of the year.
"Kalau nak buat tunang Encik Arman cemburu pun janganlah pilih saya jadi mangsa. Carilah orang lain yang sama hebat macam Cik Liyana. Atau yang sama ada harta macam Encik Arman. Saya ni cuma driver lepas tu tak ada sesiapa lagi kat dunia ni. Kalau jadi apa-apa mana saya nak lari. Lagipun saya sayang kerja saya ni."
Timbul rasa bersalah dalam diri Arman. Kali pertama memang dia berniat mahu menolong tapi kali kedua dan ketiga dia rasa seronok pula jadi suami Safiah. Seronok pula tengok muka terkulat-kulat Syafiq bila dia mengaku suami Safiah. Cemburu barangkali. Tapi betul kata Safiah ini semua bakal menimbulkan masalah terutamanya buat Safiah.
"Okey saya janji lepas ni saya tak buat macam ni lagi. Kalau awak nak kita pergi jumpa anak Tan Sri Maaruf tu bagitau hal sebenar."
"Tak perlu kot. Saya boleh bagitau dia sendiri."
Dia tak perlu risau pasal Syafiq. Syafiq tahu dia tak mungkin akan kahwin lari atau Kahwin dekat siam. Lagipun keluarga Arman bukan keluarga biasa. Agak terkenal juga di Malaysia. Tak mungkin Syafiq tak kenal keluarga Arman. Apa yang merisaukan dia hanya Liyana. Dia tak mahu jadi perempuan perampas atau orang ketiga.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top