Tujuh
Macam mana aku boleh terlepas bilik 9 ni? Kalau aku terus lagi, aku cuma akan ke bilik 10 atau 11. Lagipun kali terakhir aku dekat tempat ni, bilik 9 ada pintu warna merah. Bilik 9 je ada pintu warna merah. Tak mungkin aku dengan Zoey tak perasan pintu warna merah.
"Weh, kau okay tak? Berkerut dahi..."
"Haaa... okay. Aku okay."
"Ni kita nak amik kiri ke kanan?"
"Zoey... aku rasa..." aku tak pasti sama ada mahu beritahu Zoey atau tidak. Aku tak tau macam mana dia akan respon.
"Kau rasa apa?"
"Aku rasa kita kena patah balik. Mengikut peta ni, kita dah terlepas bilik 9."
"Oh, macam tu jom lah kita patah balik."
"Ehhh... errr... jom."
Aku masih lagi memikirkan bagaimana aku dan Zoey boleh terlepas bilik 9. Dari bilik 1 sampai bilik 9, cuma ada satu lorong panjang tanpa pembahagi atau simpang. Takkan lah ni kerja orang kelima tu...
"Jap, kenapa kita patah balik dekat bilik 8 ni?"
"Haa? Bilik 8?"
Aku mengelamun lagi ke? Tapi kenapa Zoey pun tak perasan bilik 9? Tapi yang lebih penting; kenapa lampu bilik 8 menyala?
"Zoey."
"Ye."
"Kau tunggu dekat luar."
"Kenapa aku kena tunggu dekat luar lak?"
"Kau tunggu je. Jaga pintu ni untuk aku. Aku akan keluar balik dan sebut foxtrot uniform charlie kilo. Ingat kata kunci ni. Kalau bukan aku yang keluar, atau aku keluar tanpa sebut password tadi, kau pukul je."
"Pukul?? Okay..."
Aku membuka pintu bilik 8. Sememangnya lampu bilik 8 sudah menyala. Kali ni lampu tu tak berkelip. Di hujung bilik 8, ada seseorang sedang menyangkung. Bilik ni cuma ada satu pintu masuk dan keluar. Tiada apa di dalam bilik ni yang boleh aku gunapakai sebagai senjata untuk mempertahankan diri aku. Langkah kecilku membuat aku rasa hujung bilik 8 ni terlalu jauh. Semakin aku mendekati orang dihujung bilik 8 tu, aku perasan sesuatu yang membuat aku terhenti. Orang tu adalah Duan.
"Duan..." panggilku sambil menggosok mata memastikan aku tak tersalah nampak.
"Eh! Macam mana kau boleh ada dekat bilik 10 ni?"
"Ni bilik 8 lah. Mana Huzie?"
"Bilik 8?? Aku dengan Huzie berpecah masa kitorang siasat bilik 10. Tengah kitorang siasat tu, tiba-tiba lampu bilik tu tertutup. Huzie suruh aku duduk diam-diam je. Bila lampu terbuka, aku dah ada dekat sini. Aku ingatkan aku ada dalam bilik 10 lagi, jadi aku tunggu jelah."
"Jadi mungkin dia..."
"Dia apa? Siapa dia?
"Aku pun tak pasti lagi. Tapi kalau dia lah orangnya, kita kena tolong Huzie."
"Jap, mana Zoey?"
"Aku suruh dia tunggu dekat luar."
"Dia tunggu dekat luar? Sorang?"
"Yelah, kenapa?
"Dia tu nak pergi tandas pun selalu minta aku temankan."
"Apa dia??"
"Zoey tu mana berani tinggal sorang. Tapi sebab dengan kau, dia jadi berani lah kot."
"Tadi dia lari pergi tandas sorang tinggalkan aku dekat bilik ni."
"Fuckk..." Duan pandang ke arah pintu.
"Terima kasih Duan sebab buat aku rasa tak sedap hati."
"What if itu bukan Zoey? Kita tak boleh nak tolak possibility tu."
"Jadi aku pun boleh kata kau bukan Duan. Tak macam tu?"
"Dan aku pun boleh kata kau bukan diri kau. Tapi macam aku kata, Zoey tak akan berani tinggal sorang."
Ada betul kata Duan tu. Kalau temankan Zoey ke tandas, dia nak orang tu terus bersembang dengan dia. Sangat menganggu tapi bagi Zoey, itu je cara dia tahu ada orang masih menemani dia.
"Duan, aku ada plan."
"Apa plan kau?"
"Aku akan keluar dulu sebab aku dah bagitau dekat Zoey,atau sesiapa pun yang sekarang ni dekat luar tu untuk serang sesiapa yang keluar dari bilik ni selain daripada aku. Lepas tu, kau tunggu je belakang aku. Bila je Zoey tu membelakangkan pintu, kau tangkap dia."
"Tangkap?? No way, too risky. Aku pukul dia bagi pengsan."
"Asalkan kau tak terlalu cederakan dia, I am fine with it."
Aku berjalan kembali ke pintu bilik 8 dengan Duan dibelakang aku. Aku memegang tombol pintu, dengan penuh berdebar aku pulas dan buka pintu.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top