Tiga campur satu

Aku terlelap lagi. Kesejukan di dalam tren ni membuatkan mata aku bertambah berat. Cuaca diluar hujan. Jam menunjukkan sekarang pukul 2.30 petang. Ada tujuh notifikasi dalam handphone ku. Kejap. Handphone?

-------------

Hari ni kami terpaksa juga ke kawasan bilik 7 hingga 12. Bilik 1 akan dikunci, kami tak mahu sesiapa yang masih ada dalam tempat ni pergi ke bilik itu.

"Okay, Huzie dengan Duan, Zoey dengan aku."

"Kejap, kenapa kita nak kena berpecah? Kita berempat gerak sekali kan boleh?"

"Kenapa Zoey? Takut dengan aku lagi ke? Atau kau sebenarnya nak dengan Duan?"

"Ehhh tolong lah. Kenapa tak boleh dengan Huzie?"

"Ikut jelah aku. Lagipun aku tak nak dengar Duan membebel. Huzie je boleh handle bebel Duan tu..."

"Sial kan kau kata aku kuat membebel," jeling Duan ke aku.

"Betul lah. Kau tu tension sikit membebel."

Huzie hanya tersenyum melihat gelagat kami. Aku tau dia rindu situasi ni. Tempat ni seakan lebih lengkap bagi dia bila ada aku.

"Kau dengam Zoey boleh tengok bilik 7 sampai 9. Bilik 10 sampai 12 aku dengan Duan," cadang Huzie.

"Kau dengan Duan okay ke handle bilik 11 dengan 12?"

"Kau nak pergi bilik tu dengan Zoey?"

Zoey menjeling ke arah Huzie. Banyak sangat menjeling....

"Okay, point taken."

Kami berpecah. Aku dan Zoey terlebih dahulu dah berdiri di hadapan pintu bilik 7. Bilik ni paling terdekat dengan pintu yang memisahkan dengan 6 bilik terawal. Aku tengok kembali peta yang diberikan oleh Huzie. Huzie buat peta tempat ni sepanjang ketiadaan aku. Tempat ni lebih besar daripada yang aku sangkakan....

Aku membuka pintu bilik 7.

"Hello!"

Aku memukul bahu Zoey, "kau dah kenapa?"

"Aku sebut hello lah. Kenapa?"

"Kau ingat orang tu akan sambut?"

"Yelah."

"Kau ingat dia nak menyahut balik? Hahahahaha. Bongok lah kau ni."

"Aku kena bongok lak...." Zoey mengosok-gosok bahu dia yang aku pukul tadi. Dia tertoleh-toleh mencari sesuatu.

"Takyah cari."

"Apa dia?"

Lampu bilik tu berbuka dengan sendirinya sebaik sahaja kami menutup pintu. Zoey tergamam melihat bilik tersebut. Ada 10 buah katil di kiri dan kanan bilik tu. Di hujung bilik tersebut ada dua lagi pintu.

"Bilik ni dulu bilik triage."

"Triage?"

"Emergency medical room."

"Tapi antara kita mana ada doktor."

"Belum lagi."

"Haaa? Belum lagi??"

Aku tunduk untuk melihat bawah katil. Bilik ni mudah, tunduk je dah boleh nampak bawah semua 10 katil. Zoey kelihatan gelisah melihat dua pintu dihujung bilik tu.

"Jom kita tengok bilik tu."

Aku terus berjalan tanpa menunggu jawapan daripada Zoey. Bilik pertama dalam bilik 7; farmasi. Aku buka pintu bilik tu. Bilik tu dipenuhi dengan laci besi yang setinggi 6 kaki. Laci yang dahulu dipenuhi dengan pelbagai jenis ubatan yang aku sendiri tak tau fungsinya. Mungkin Huzie dah alih semua ubat-ubatan ke tempat lain sejak tiada siapa akan guna lagi bilik 7.

"Gila scary weh..."

"Kau tak pernah sampai sini?"

"Tak pernah. Masa aku sampai tempat ni dulu, kau dengan Huzie dah tutup jalan ke bilik ni. Bila aku tanya korang, korang cuma kata kawasan ni terlalu besar untuk 4 orang."

"Kau tunggu kita pergi bilik satu lagi."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top