Lima
Pintu kedua dalam bilik 7. Aku tak suka bilik 7 ni. Sejuk. Macam hospital. Pintu bilik tu dibuka.
"Pintu lagi. Berapa banyak pintu dalam bilik ni?"
"Bilik 10 lagi banyak pintu."
"Ada singki lak. Bilik apa ni?"
"Preperation room."
"Preparation untuk apa?"
"Sabar lah."
Aku membuka pintu kedua.
"Katil pulak. Katil besi lak tu. Ni bilik apa lak??"
"Bilik mayat."
"Kepala hotak kau! Tak nak aku masuk lagi."
"Hahahahaha. Ni bilik bedah lah. Bukannya bilik mayat."
"Kau yang kata ni bilik mayat tadi."
"Bergurau pun tak boleh. Kau ni sensitif sangat sejak dulu lagi."
Aku hanya berdiri di hujung katil besi yang berada di tengah-tengah bilik tu. Bilik 7 ni hampir tiada tempat untuk menyorok. Aku yakin orang kelima tu takkan menyorok dalam bilik ni. Tapi keadaan bilik 7 yang terlalu bersih membuat aku rasa curiga.
"Jom lah. This room is giving me goosebumps," Zoey menarik-narik hujung baju ku. Macam budak kecil.
Kami beredar dari bilik 7. Sebelum menutup pintu, aku menoleh sekali lagi ke dalam bilik 7 tu. Aku masih tak pasti kenapa bilik ni diperlukan dalam tempat ni.
Bilik 8. Pintu bilik ni diperbuat daripada besi. Krom tanpa sebarang cat. Tapi tak cukup berkilat sampai boleh jadi cermin. Ada tingkap kecil di pintu bilik 8. Aku menjenguk ke dalam; gelap.
"Ni bilik apa lak dengan pintu besi bagai."
"Masuk jelah dulu."
Pintu dibuka. Sebaik sahaja kami melangkah masuk, lampu menyala. Tapi berkelip.
"Ni...."
"Ni baru bilik mayat yang betul."
Di tengah bilik 8, ada satu lorong panjang bagaikan tiada penghujung. Di kiri dan kanan bilik ni ada banyak 'almari' yang sepatutnya digunakan untuk meletak mayat. Pelik. Walaupun dengan keadaan lampu berkelip, aku masih boleh nampak yang bilik ni bersih. Terlalu bersih. Aku melangkah untuk pergi ke hujung bilik 8.
"Whoa... kejap! Kejap! Ni bilik mayat kot!"
"Tapi tak ada mayat pun."
"Macam mana kau tau??"
"Siapa yang pernah masuk bilik ni?
"Kau..."
"Jadi aku tau lah kalau dekat dalam bilik ni ada mayat ke tak."
Aku berdiri di hadapan almari bernombor 1. Aku cuba untuk membuka almari tersebut.
"Hoi gila!" Zoey berbisik dalam tona marah.
"Apa dia? Kan aku dah kata, there are no bodies here."
"Yelah, tapi kalau orang tu ada dekat dalam tu macam mana?"
"Kau kan ada, dua lawan satu kot. Ke kau yang nak buka?"
"Ehhhhh... tak nak aku. Kau je yang buka."
"Standby."
Sebaik sahaja aku membuka almari tu, bilik 8 tiba-tiba menjadi terang. Terlampau terang sehingga aku terpaksa menutup mata.
-------------
"Buatlah kerja kau!"
Suara perempuan tu membuat aku terjaga. Aku terbaring atas katil. Nebuliser di mulut ku. Suhu di dalam bilik tu sangat sejuk. Tapi dengan baju hospital tu, satu-satunya pelindung yang aku ada daripada suhu yang rendah itu cuma selimut yang tak berapa nak tebal. Hospital? Nebuliser??
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top