Lapan
"Zoey. Foxtrot uniform charlie kilo."
Zoey cuma memandang dengan tanpa emosi. Tiada sebarang tindak balas. Zoey kelihatan tenang, terlalu tenang.
"So there's no one in there."
"Jadi kenapa lampu tu terbuka?"
"Rosak kot. Lagi-lagi dah lama tak guna kan. Jom kita cari bilik 9."
Dua masih menunggu dibelakang pintu bilik 8. Sebaik sahaja aku dan Zoey membelakangkan bilik 8, Duan dengan pantas menerkam Zoey. Zoey cuba untuk bergelut untuk melepaskan diri. Pergelutan yang sepatutnya berpihak pada Duan kerana saiz fizikalnya lebih besar daripada Zoey, tapi Zoey berjaya beberapa kali hampir melepaskan diri. Hampir....
"Siapa kau sebenarnya?!" tengking Duan telah berjaya mengunci Zoey dari melepaskan diri.
"Aku Zoey lah!"
"Aku tak percaya! Zoey yang aku kenal penakut. Dia takkan memberanikan diri dia untuk tunggu seorang diri macam tadi!"
Zoey senyap. Tiba-tiba dia senyum dan gelak.
"Korang dah jumpa aku akhirnya."
"Siapa kau? Kenapa kau bawa aku ke tempat ni semula?"
"Bawa kau? Kau pernah ajak aku, aku cuma menunaikan janji kau dulu."
"Ajak kau? Tak mungkin. Kenapa aku tak ingat apa-apa?"
Duan memukul Zoey sehingga pengsan.
"Kenapa kau pukul dia?"
"Penat kau tau tak nak tahan dia macam tu. Time tu juga lah kau nak tanya macam-macam dekat dia ni. Kau ingat aku batu? Ni kita nak campak dia dekat mana?"
"Kita bawa dia ke bilik 7. Kita boleh soal siasat dia dekat sana."
Duan mengangkat Zoey tiruan tu dan bawa dia ke bilik 7. Di bilik 7, kami ikat Zoey tiruan itu dengan cadar katil. Aku cuba untuk mengejut Zoey tu dengan merenjis air ke muka dia. Zoey tiruan tersedar.
"So, are we doing this the hard way or the easy way?" kata Duan sambil membelek-belek beberapa alat bedah yang sempat dia ambil.
"Whoa... chill. Aku bukannya nak harm korang. Lagipun, korang dah ikat aku macam ni, macam mana aku nak apa-apa kan korang."
Aku menarik Duan keluar dari bilik 7.
"Kau tak rasa kita kena tunggu Huzie dengan Zoey untuk benda ni?"
"Huzie will be fine. Aku cuma tau kalau dia tau mana Zoey yang sebenar. Dia mungkin dalam bahaya."
"Okay, aku setuju."
Masuk sahaja ke bilik 7 semula, Duan terus menampar Zoey tiruan tersebut.
"Siapa kau? Mana kawan aku?"
"Aduh! Sakit lah sial! One question at a time. So, mana yang korang nak tau dulu? Siapa aku atau mana kawan korang?"
Duan mengangkat tangan untuk menampar lagi sekali, tapi aku tahan tangan Duan sambil menggeleng.
"Baiklah. Soalan pertama, mana Zoey?"
"Zoey? Ni yang korang ikat ni lah."
Aku pandang ke arah Duan, Duan menampar Zoey tiruan tanpa belas kasihan.
"Okay. We can play with your game, but on our term."
"Pantek! Term korang ni sakit lah!
"Lagi sekali aku tanya, mana Zoey?"
"Dia selamat lah. Aku pengsankan dia dan letak dia dekat bilik 2."
"Bagus, kerjasama tu yang kita perlukan sekarang. Soalan seterusnya, siapa kau?"
"Siapa aku? Kau serius tak ingat siapa aku?"
Duan menampar lagi Zoey tiruan.
"Dengan rupa kau sekarang ni, kau ingat aku tau siapa kau."
"Hahahaha. Okay. My bad. Apa kata korang lepaskan aku dulu?"
Duan memandang ke arah aku dengan muka yang risau. Aku cuma senyum dan mengangguk.
"Kitorang akan lepaskan kau, tapi kalau kau mengambil keputusan untuk melawan, aku tak teragak-agak untuk menggunakan skapel ni."
Sebaik sahaja Zoey tiruan dilepas kan, dia menarik rambut palsu yang dipakainya dan menanggalkan satu per satu getah yang telah dilekapkan di mukanya.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top