Enam
"Hoi gila!" Zoey berbisik dalam tona marah.
"Apa dia? Kan aku dah kata, there are no bodies here."
"Kau tak takut ke kalau orang tu ada dekat dalam tu?"
Aku tidak mengendahkan Zoey dan terus membuka almari tu. Aku tenung. Zoey tenung. Tiada apa. Deja vu... aku melihat ke almari kiri, lampu yang berkelip-kelip menyukarkan aku untuk fokus. Nombor 4. Aku melihat pula almari yang baru sahaja aku buka; nombor 2.
"Weh, berapa banyak lagi kita nak kena buka ni??"
"Kita baru buka dua kot, relax lah. Kau ni laju-laju nak pergi mana?"
"Dua?"
"Yelah, dah dua lah kan kita buka. Ni nombor 2."
"Kita baru buka satu lah."
"Oh, baru satu eh. My bad. Aku nampak nombor 2, tu aku ingatkan dah buka dua almari tadi. Apa kata kau buka almari sebelah aku. Cepat sikit kita settle kan bilik ni."
"Tak nak aku...."
"Kalau kau tak nak, lambat kan ceritanya..."
"Yelah! Yelah! Kau ni lagi jahat dari Duan lah."
Aku rasa seperti ada sesuatu tidak kena. Satu per satu almari aku dan Zoey buka. Kosong. Semuanya kosong. Suhu bilik 8 menjadi sejuk. Mungkin dah terlalu lama kami di dalam bilik ni. Setibanya aku di pintu bilik 8, aku memegang tombol pintu, tiba-tiba lampu terpadam. Aku tarik pintu tersebut dan menoleh kebelakang. Zoey tiada dibelakang ku.
"Shit! Shit! Shit!"
Aku menahan pintu daripada tertutup. Lampu dari luar cuma cukup untuk menerangi separuh daripada panjang bilik 8 itu.
"Zoey! Woi! Zoey!"
Satu saat...
Dua saat...
Tiga saat...
Empat saat...
Lima saat...
Zoey termasuk dalam salah satu almari tu masa aku tak perasan ke? Kalau dia termasuk pun, dia masih boleh dengar aku panggil dia. Dia sepatutnya masih boleh memberi respon.
"Zoey! Kau dekat mana?!"
Satu saat...
Dua saat...
Tiga saat...
Empat saat...
Aku berlari keluar dari bilik 8. Aku panik. Adakah patut aku berlari ke arah Huzie dan Duan? Atau patutkah aku masuk semula ke dalam bilik 8 dan mencari Zoey? Atau aku patut tunggu Zoey depan bilik 8 ni je? Otak aku bekerja keras untuk mendapatkan jalan penyelesaian. Kaki aku seperti sudah bertukar menjadi tiang; aku berdiri kaku, lima langkah daripada pintu bilik 8.
Aku terdengar sesuatu. Seperti ada orang sedang berjalan tapi laju... berlari. Orang tu sedang berlari. Tapi dari mana datangnya bunyi tersebut? Kiri? Kanan? Bilik 8? Otak aku sudah bersedia untuk situasi fight or flight, tapi tubuhku mengkhianati mindaku. Tubuhku mengeras, tidak mampu untuk memberi sebarang respon. Mulutku juga seperti sudah dikunci.
Bunyi itu semakin mendekati aku. Tak pernah sebelum ni lorong menghubungkan bilik-bilik ni bergema...
"Weh! Sorry aku pergi toilet tadi," kata Zoey tercungap-cungap. Aku tidak berkata apa-apa, cuma melepaskan nafas lega.
"Aku kecemasan sangat tadi, dah bagitau dekat kau tapi kau senyap je tadi. So aku pun keluar lah dulu."
Macam mana aku boleh tak perasan langsung Zoey keluar dulu sebelum aku? Mungkin sebab tu aku tak perasan kewujudan kerusi kelima dalam bilik 1 semalam. Masih terlalu banyak persoalan yang tak terjawab.
"Tak apa, jom kita pergi bilik 9 lak. Cepat kita buat, lagi cepat kita boleh jumpa dengan Huzie dan Duan."
"Okay..." kata Zoey dengan nada pelik.
Aku dan Zoey berjalan ke bilik 9. Kami tiba di pembahagi lorong. Aku melihat peta untuk memastikan arah mana yang patut kami ambil. Muka aku berkerut untuk mendapatkan posisi kami berdasarkan peta yang dibuat oleh Huzie ni. Mengikut peta ini, kami dah terlepas bilik 9....
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top