TAZKIRAH

Bila Allah sayangkan kita.

Maka Allah akan memanggil Jibril a.s dah berkata kepada Jibril a.s :

"Wahai Jibril, ada satu makhluk di bawah sana. Seorang manusia dibumi sana dan Aku sangat sayang kepada dia. Maka engkau juga Jibril harus menyayangi dia seperti mana Aku sayang kepadanya".

Selepas itu Jibril a.s pun menyayangi manusia tersebut seperti mana Allah menyayanginya.

Jibril a.s kemudiannya akan memanggil kesemua ahli dan makhluk di langit dan memerintahkan mereka untuk menyayangi manusia tersebut. Maka seluruh makhluk di langit akan menyayangi manusia itu.

Bukan hanya makhluk di langit malah Allah akan menjadikan seluruh makhluk dan kehidupan dibumi juga menyanyangi manusia kesayangan-Nya.

Bahagialah manusia itu hidup dengan penuh kasih sayang di langit dan di bumi.

xxx

Namun begitu jika Allah membencikan seorang manusia itu, maka Jibril a.s akan di panggil.

"Wahai Jibril sesungguh Aku bencikan seorang manusia di bumi sana,"

Maka Jibril akan membenci manusia itu dan memanggil seluruh makhluk di langit dan memaklumkan tentang apa yang didengarnya tadi. Dan seluruh makhluk langit juga akan turut membenci manusia tersebut.

Allah swt kemudiannya akan membuatkan seluruh makhluk dan seisi bumi membenci manusia itu.

Maka hiduplah manusia itu dengan tidak pernah rasa bahagia dan senang di bumi. Dia tak kan pernah rasa cinta dan sayang. Hanya kebencian menghantui hidupnya.

xxxxxxxxxxxxx

Bila terdengar ceramah ni buat mami terfikir.

Adakah aku di sayangi semua orang?

Atau...

Adakah aku di benci ramai orang?

B

ila di simpulkan apa yang ustazah ni ceritakan. Simple, kalau orang ramai sayangkan kita maknanya Allah juga sayangkan kita.

Tapi...

Jika sebaliknya, hidup kita tak pernah tenang dan rasa orang di sekeliling semua bencikan kita tak sukakan kita maknanya mungkin Allah juga tidak sukakan kita.

Lantas....

Kita carilah jalan supaya Allah menyayangi kita semula.

Seperti semasa kita masih kecil dan bayi semua orang sayangkan kita, semua orang ingin memeluk dan mencium kita.

Kenyataan ini jangan di salah erti. Allah swt tidak kejam untuk membenci hamba-Nya. Dia Maha Pengasih, Maha Penyayang masakan Dia membenci hamba-Nya.

Tapi...

Buatlah nukilan ini sebagai sebuah lembaran untuk kita menginsafi diri dan memburu kasih sayang-Nya.

Sungguh mami pun tersentuh dengar ceramah ni. Sayangkah Allah pada aku? Apakah aku benar-benar menunjukkan sayangku pada Allah? Cukupkah kasih sayangku itu?

Renung-renungkan dan selamat beramal.

Salam zohor semuanya.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top