Nilai RM50
Berapa agaknya anda meletak nilai RM50 dalam sesebuah karya?
Baru-baru ini LeezJoon mula edarkan karyanya berjudul TUNDUK. Buku tu tak mahal pun harganya hanya RM20 termasuk postage. Isinya mami tak pasti sebab bukunya takda dalam tangan lagi tapi kalau ikutkan reputasi Leez sebelum ni, mami boleh cakap buku ini tak kan mengecewakan.
Mami tak teragak-agak untuk beli 3 buah terus, satu untuk mami dan dua lagi untuk sesiapa yang bertuah.
Baik, bercerita tentang reputasi Leez, manusia paling banyak kontrolversi dalam dunia wattpad yang pernah mami jumpa. Tapi penulisan di tak pernah mengecewakan.
Kalau siapa pernah baca buku dia tajuk SINIS akan tahu macam mana dia menjaga penggunaan kata dan tanda baca dalam buku dia. Malah dia juga lantang bila kritik tentang kesalahan yang ada pada buku-buku penulis lain.
Siapa setuju Leez menulis dengan baik? Sila tampar pipi kiri sekarang.
Korang dah baca RUMAH PUSAKA ? ~Merinding bulu romaku~ boleh tahan seram gak la baca. Dia describe cerita tu dengan amat baik. Bukan mami je puji orang lain pun puji penulisan dia.
Kenapa ye mami dok cerita pasal Leez dari tadi? Puji Leez dari tadi?
Dengan kualiti penulisan yang ada pada Leez mami tak teragak-agak nak beli dan surprise jugalah buku dia harga RM20 je.
Ok, balik pada nilai RM50 pula.
Sejujurnya mami kurang berpuas hati dengan cerpen dari Cabaran RM50. Banyak sangat kesalahan tatabahasa, kesalahan ejaan, kesalahan dalam letak tanda baca, kesalahan penggunaan huruf besar dan beberapa lagi kesalahan lain. Tak termasuk yang langgar syarat lagi.
Come on guys! Mami nak beli karya korang, cerpen korang 3 muka surat SAHAJA dengan harga RM50. Bagilah mami puas hati baca. Mungkin nampak macam remeh je la mami ni, challenge bodoh-bodoh je nak demand macam-macam. Tapi fikirlah sayang-sayangku sekalian, mami nak bagi DUIT bukan bagi STICKER.
Mami sebenarnya harap sangat challenge ni tak jadi challenge lepas batuk di tangga main tangkap muat je pemenang. Pilih pemenang pakai undi je. Tak nak la begitu.
Mami pun nak berangan juga adakan challenge yang berprestij macam watty's macam AJL...eh2 sesat mana Juara Lagu pulak. Sebab tu ada beberapa orang juri yang berkaliber untuk juri hasil kerja korang semua dalam Cabaran Karya RM50 haritu.
PENYELESAIAN.
Baik, penyelesaian daripada ketidakpuasan hati mami ni (teruk betul kena pujuk diri sendiri), mami akan open balik challenge tu pada peserta untuk perbetulkan kesalahan yang telah ditegur.
Mami akan repeat balik Cabaran tu dengan beri kelonggaran pada syarat. Nanti mami akan publishkan syarat baru. Mami harap sangat yang korang akan revised balik penulisan korang tu supaya jadi lebih baik.
MAMI CABAR SEMUA UNTUK MASUK BALIK CABARAN KARYA RM50 BY TUNINDAH.
Jangan marah mami nah. Mami cuma nak yang terbaik saja dari semua. Semuanya ada bakat dan ada idea. Bagus-bagus idea korang mami suka.
Please join sebab memang duit ni nak bagi korang ni. Serius tak tipu!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top