Kenangan Zaman Kanak-Kanak.
Hai semua. Terima kasih sebab korang semua sudi kongsikan cerita kenangan zaman kanak-kanak korang pada mami ya. Bukan senang nak minta orang bercerita tentang hidup mereka pada orang luar jadi terima sekali lagi ya. Sebagai balasan mamip pun akan bercerita tentang kenangan masa silam mami. Pasti cerita ni rare dari korang. Hihi...
Come... let's start.
*****
2 - 3 tahun.
Ada yang ingat lagi cerita masa dia umur seawal ini, mesti tidak kan? Sama lah kita, mami pun tak berapa ingat tapi mak yang cerita dekat mami tentang perangai pelik mami ketika itu. Masa kecil dulu mami ni jadi penghibur kepada arwah atuk nenek dan mak cik pak cik sedara mami sebab mulut becok sikit. Pastu mami ni aktiv tak retu duduk diam.
Mak cerita dulu atuk bagi mami pakai gelang loceng besar. Loceng tu bunyi kuat sangat. Loceng tu dipakai bukan untuk perhiasan semata-mata tapi bersebab. Dulu masa mami kecil memang mak hantar duduk kampung dengan arwah atuk. Dia pula ada bela ayam, kambing dan lembu. Mami pula sejenis budak kecil yang sangat sukakan binatang. Paling suka sekali dengan anak ayam. Bapak comel!
Dari kecil lagi mami tak pernah rasa takut dengan apa pun. Selalu mami kena kejar dengan ibu ayam masa nak tangkap anak ayam. Mami sanggup kejar anak ayam sampai masuk dalam hutan dalam semak, tak boleh mami kena dapatkan juga binatang yang comel ni. Mami suka sangat anak ayam. Loceng?
Kaching! Kaching! Kaching!
Dengar saja bunyi loceng kaki tu confirm arwah atuk, mak dan yang lain akan kelam kabut keluar rumah sebab tahu mesti akan ada anak ayam yang jadi mangsa keganasan mami. Ada satu masa tu mak cerita...
"Kau gang kat ini We, aku gang kat ini" mami bagi arahan pada adik dengan anak ayam tergenggam erat di tangan.
Walaupun pelat lagi masa tu tapi nakal tak menahan. Kesian anak ayam tu, mami pegang kepala adik pegang kat kaki. Apa malang nasib anak ayam jadi mangsa seksaan mami. Pisau gillete untuk cukur misai mami keluarkan,jangan tanya dari mana dapat sumpah mami tak ingat.
"Ila-irraman-aim" selamat sudah ayam itu disembelih oleh mami.
Nampak? Nampak tak bakat terpendam mami jadi doktor seawal umur 2 tahun lagi. Ceritanya masa tu hari raya. Jadi, suasana kampung nak raya memang best sebab pak cik mak cik saudara semua ada sana nak masak untuk raya. Nak jadi cerita lagi, pagi tu dorang sembelih ayam untuk masak apa mami tak tahu. Jadi budak akal panjang yang comel ni pun tengok, macam best je kan jadi kita pun praktis la sembelih ayam sendiri. Bijaknya!
Dari kecil lagi mami dah jadi pembunuh bermain dengan darah. Tak perlu tunggu form 4 masuk kelas aliran sains untuk bedah katak, tikus apa bagai. kecil-kecil dah main darah. Bukan sekor ntah berapa ekor mami tak tahu. Mana nak ingat kecil lagi masa tu.
*****
7 - 12 tahun.
Hurm.... sepanjang umur ni banyak sangat kenalan mami sampai ada yang tak ingat. Nakal teruk betul mami ni.
Mak abah mami ni garang orangnya maklumlah arwah abah tentera. Masa tu tinggal dekat dalam kem. Rumah kem dulu ada beranda besi macam penjara tapi mami duduk tingkat paling bawah sekali. Masa kecil mami suka main luar tak kira masa, asal ada kawan mesti nak join tapi abah selalu tak bagi. Bila usaha untuk keluar ikut pintu depan tidak berjaya maka penyelesaiannya adalah panjat beranda besi. And yes! this is mami ok tak pernah gagal dalam misi jahat seperti itu.
Bukan setakat panjat beranda. Mami panjat pokok tinggi-tinggi untuk menyorok dari abah kalau terkantoi sebab keluar rumah ikut beranda. Panjat sampai puncak supaya abah tak jumpa, panjat pula pokok mangga. Sambil panjat sambil makan, memang syok. Buah yang baru putik pun mami tibai. Peduli apa masa tu, asalkan perut syok. Tapi lepas balik rumah siaplah kena tibai dengan abah. Itupun tak serik lagi, esok lusa buat lagi.
****
Masa sekolah dajah satu masa tu mami ni ada baran sikit. Masa kami tengah main lompat getah ada sorang budak lelaki ni memang perangai macam harem sikit suka kacau orang. Dia asyik la kacau geng kitorang main. Masa tu main dekat padang. Abang-abang dia main rounders kat tengah padang, mami and the geng main lompat getah. Dia kacau bila orang nak lompat dia tahan, dia halang eh kau budak aku dah bagi amaran banyak kali kot tapi tak faham bahasa budak ni. Ntah setan mana menghasut agaknya masa tu...
PANG!
Sebiji pelempang padu hinggap kat pipi dia. Sumpah mami tak sedar pun masa tu. Sedar-sedar je semua orang dah menjerit je...
"Ayok tak tahu kau tampar dia"
"Ayok tak tahu abang dia datang"
Kuang asam punya kawan, tadi main sama-sama bila jadi macam ni korang ayok ayokkan aku pula. Mami sebenarnya dah warning banyak kali tapi dia degil, tapi betul mami tak sedar bila masa tangan ni membelai pipi mulus dia sampai tertinggal bekas 5 jari aku di situ. Cantik karya mami di pipi budak tu.
Mami tengok budak tu muka dah macam ayam yang nak kena sembelih dah. Bibir terketar nak tahan nangis tapi dia tak nangis mungkin sebab dia malu kot maklumlah geng mami semua perempuan.
Tapi... tapi... tapi...
Jeng... jeng... jeng... abang dia nampak da... Abang dia dua orang yang tengah main rounders tu terus berhenti bila tengok adik dia kena tampar. Abang dia datang kat kitorang, berdegup jantung aku. Abang dia dah la besar dari mami tapi abang dia hensem-hensem jujur ni.
"Kau apa hal tampar adik aku. Sampai berbekas pipi adik aku ni"
EH, cilanat punya budak. Tadi tak nangis, elok abang dia sampai dia nangis pulak. Aku tampar lagi sebelah nak?
"Nasib la, siapa suruh kacau aku tengah main"
Fuh! berani aku melawan. Tak, sebenarnya buat-buat berani. Mami cuak juga sebenarnya buatnya abang dia belasah mami beramai-ramai naya jer. Geng mami nak tolong? Memang tak la dorang tu, dorang jadi penonton je.
Tapi tu la mami tak ingat ending dia macam mana yang pasti mami tidak dibelasah pada masa tu.
Dekat sekolah pun mami jadi gangster juga. Darjah satu ke dua masa tu. Tak ingatlah pergaduhan apa ntah antara lelaki dan perempuan masa tu. So, mami pun kumpul budak-budak perempuan yang mana nak join mami bawak gi padang sekolah. Masa kat padang tu mami isytihar diri sendiri sebagai ketua kumpulan dorang tak cakap banyak setuju saja. Ramai juga pengikut mami masa tu.
Mami pun ajarlah dorang seni pertahankan diri pada hal mami pun tak pernah belajar apa-apa ilmu tu. Amik kayu,lari pergi tiang gol sambil menjerit lepas tu pukul tiang gol tu dengan kayu tadi.
Yah! Yah! Yah! siap ada bunyi lagi.
Ntah macam mana tiba-tiba ada kumpulan lelaki datang. Dorang cabar kitorang dan perang mulut berlaku. Malas nak banyak cakap pertempuran pun berlaku tapi takda kecederaan pun cumanya.... mami tak ingat endingnya macam mana. Hihihi...
Ada satu peristiwa masa kat sekolah, ni pun mami tak ingat tapi mak yang cakap. Ada sorang pekerja part time dekat tempat kerja mak mami ni rupanya dia dulu satu sekolah dengan mami masa sekolah rendah. Mami tak ingat dia, tapi dia ingat mami. Yelah sebab mami yang buat pasal dengan dia macam mana dia tak ingatkan?
Mak cakap budak tu cerita yang mami nyorokkan beg sekolah dia kat dalam tandas dari awal sampai habis sesi persekolahan. Aik! yeke? Sumpah mami tak ingat. Tapi kalau betul,teruk juga perangai mami ni. Nakal ke jahat sebenarnya aku ni?
Sekolah rendah mami ada dua sesi. Sekolah kebangsaan pagi dan sekolah agama petang. Sekolah kebangsaan takde masalah sangat tapi sekolah petang ni besar masalahnya. Time petang tu time tidur tau. Punyalah ngantuk waktu tu pastu nak kena pula pergi kelas petang.
Gamaknya selalu la mami terbabas tidur dan tak pergi sekolah. Lebih sadis lagi mami pernah direct ponteng 3 months in the row. Giler wey 3 bulan berturut-turut tu. Akhirnya kantoi sebab mak mami datang sekolah tanya cikgu pasal apa ntah. Lepas tu ustaz cakap yang mami dah lama tak datang sekolah, dorang ingat mami dah berenti sekolah.
Hurm... nak cakap apa. Balik rumah mendapat la penampar di iringi rotan hadiah dari si ibu. Tapi mami tak nangis pun sebab memang mami salah kan, terima sajalah apa sahaja hadiah yang ada.
Well, sebenarnya banyak cerita zaman kanak-kanak mami ni nak cerita tak sempat nak abis satu chapter je. So, sampai sini dulu lah. Agak-agak nak sambung part 2 tak? Hihihi....
kukilkufiq - aku baik kan?
LeezJoon - aku pun main darah dari kecil lagi tau.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top