GP & TASK
Hai semua warga Wattpad. Macam mana dengan cerpen tema Pungguk Rindukan Bulan tu? Dah buat ke? Good luck pada yang mengambil bahagian ya.
Berdirinya saya di sini hari ini adalah untuk mewar-war kan... Apa da macam ceramah politik pulak hahaha...
Meh nak berkenalan, nama ku Indah tapi takde la seindah mana orangnya. Harap muka je cantik manis comel tapi garangnya mak oi... Bukan aku cakap tapi orang ramai cakap haha...
Tak caya tanya dengan anak-anak mami yang ada dalam gp CivilWattOfficial. Bukan group saya pun, just eksen macam saya punya. Dorang panggil saya 'mami' nampak macam mak mak je kan? Ah, memang pun mak tiri yang selalu marah-marah dorang dalam tu bila buat perangai tak semenggah, dan selalu dok paksa-paksa dorang untuk buat task itu task ini.
Mami rasa mesti ada yang terasa muak atau menyampah dengan mami yang kepala angin ni. Bila mami kata je
"Malam ni ada class ye tajuk kita tentang plot" pastu siap blast lagi kat semua budak-budak tu.
Ha...mula lah dorang buat drama
"Wahhhh bestnyer mami"
"tajuk apa mami"
"tak sabarnya"
Lebih kurang gitulah ayatnya, tapi entah kat belakang korang menyampah agaknya. Maklumlah mami ni mana bijak sangat.
Masa mula-mula class tu citer pasal plot. Alamak ai... lemaunya la mami rasa sambutannya. Mami dok citer pasal plot tu apa, camne nak buat plot tapi rasa macam ais beku je. Kurang connection orang jawa cakap. So, buat sampai bab pengenalan sajalah.
Esoknya mami cuba lagi sambung cerita plot itu tapi kali ni mami ubah method. Mami cuba bagi gambar dan contoh sekali macam dalam gambar dekat bawah ni.
Terima kasih pak cik google memudahkan kerja mami. Bila mami buat macam ni mami tengok dorang mudah faham dan dorang lebih tertarik cara macam ni. Sebab kebanyakkannya budak-budak lagi, so cara mengajar tu lain la sikit.
Dah lepas tu mami sambung esoknya pasal Alur cerita pulak. Still guna method yang sama juga gambar rajah dan sedikit penerangan dari pemahaman sendiri. Alhamdulillah mereka ni faham (tak tahulah betul-betul faham ke atau buat-buat faham).
Hari seterusnya mami sentuh bab Plot twist pula. Kali ni mami tukar method lagi dengan bawa masuk guest dalam gp tu. Bukan apa nak bagi sentuhan baru dan idea fresh dari orang baru. Riuh rendah juga gp malam tu bila ada guest masuk sekali. Terlajak sampai lewat malam dorang sembang tanya tips la apa bagai. Thank akyelrahim sebab jadi guest pada haritu ya.
Lepas saja class habis, esoknya mami masuk group balik dan minta dorang buat task pula. Ini task kedua merek. First task mami minta review story pair masing-masing. Alhamdulillah dorang ni dengar cakap dan buat juga dalam terpaksa. Ye la kalau tak mak tiri membebel nanti.
Task kedua adalah semalam. Mami minta mereka update apa-apa tentang gp ni. Apa-apa saja puas hati ke tak, apa yang dorang belajar selama ni mami minta dorang update. Tujuannya supaya warga wattpad tahu yang komuniti kecil ni hidup kat wattpad.
Alhamdulillah dorang buat juga 'paksa rela'. Mostly, yang buat ni kebanyakkan promot gp ni. 'Jom la join gp ni,gp ni best boleh blaja pasal penulisan' lebih kurang gitu la ayat dorang. Watch out sapa yang cakap macam tu mami nak check penulisan korang nanti. Kata dah belajar macam-macam kan?
Sebenarnya task ni untuk update je. Mami nak tengok korang nak tulis apa pasal gp ni bukan suruh promot pun. Tapi dorang terajin pulak promot kan, takpa yang peting komitmen korang best. Dan task ni dengan mami pun buat sekali. Aku bagi aku buat, so takda alasan pada sesiapa yang tak nak buat tu.
Walaupun nampak ada yang update macam cerpen panjangnya, ada juga pendek macam melepas batuk di tangga, ada juga yang buat dalam keadaan tak puas hati agaknya kot. Come on, miski pun mami bukanlah writer terbaik tapi mami boleh rasa penulisan korang tau. Itulah namanya pengalaman. Mami nak terima kasih pada korang semua okay.
Jauh di sudut hati mami nak minta maaf kalau mami ada berkasar dengan korang sepanjang bersama. Mami kan garang macam mak tiri, bertabahlah korang. Korangkan tahu ada reward untuk korangkan dan yang sponsornya mami so suka hati mami la betul dak? hahaha....
Gurau-gurau gak, korang yang tak amik serius pada apa yang mami ajarkan (tahulah ilmu sengkek je yang mami bagikan), yang buat sambil lewa tu satu je mami nak cakap.
Korang ada nampak mami senyum ke? Kalau mami tak serius takde la sampai mami google cari gambar rajah bagai, siap dok pujuk guest lagi masuk group, korang rasa semua tu lawak ek? Itu namanya effort mami nak support korang tau. Tapi effort korang mana?
Eh...eh ter'emo pula macam mas idayu. Maaf ler yer. Terbawa-bawa karektor mak tiri tu. Apa-apa jela korang. Macam yang mami selalu cakap, korang tak buat korang rugi.
Korang tak nak ke ada smart watch kat tangan? Tak nak power bank ke? tak duit RM100 ke? Kalau tak nak bagus juga. Jimat duit mami. Hahaha.....
Akhir kata, korang kekal la dalam gp tu ya dan buat sehabis baik. Mami tak boleh nak support banyak sikit pun jadi ler. Okay cukup sampai tu je.
Nah lanje gambar smart watch untuk kamu orang!
Terima Cinta!
CivilWattOfficial , aliazahrin , CikCherryBlossom , Leeyn_ , theAryan_ , ThiyaAhmad , ZuweenAflee , aishzy , nazreenalias , mistersweettalker , TWG_NESSA , syafasuha , mia_syaza7 , Ezzuwan_
#donetask2
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top