Aktiviti wattpad Ramadhan.

Hai semua. Apa macam puasa ke-3 ok tak? Atau korang dah join geng plastik hitam? Hihihi... Jangan begitu kita cuba semampu kita untuk bertahan.

Saja je nak update dengan semua antara aktiviti yang diadakan oleh komuniti yang ada di wattpad ni sepanjang bulan Ramadhan ni.

Antaranya :

Diari Ramadhan G2C 2018 oleh DiamondG2C

Dalam bulan Ramadhan ni mereka ada publish beberapa buku berkenaan Ramadhan.

1) Diari Ramadhan bagi mereka yang ingin menyertai prompt penulisan mereka yang berbentuk diari. Dan ini semestinya lain dari yang lain yang pernah anda sertai sebelum ini.

2) Buku waktu imsak dan berbuka - ini bagus untuk mereka yang sedang musafir.

3) Buku tazkirah di mana terdapat beberapa info dan hadis dan penerangan tentang agama dan bulan puasa. Boleh la sambil-sambil tu kita belajar agama di bulan mulia ini.

Selain dari G2C, ada lagi beberapa komuniti lain yang mengadakan aktiviti mereka. Mereka ialah :

I) 1NKFINITY

Boleh sertai writing prompt mereka yang dah publish semalam.

ii) ThePaperMint

Untuk yang ini saya tak pasti terbuka kepada ahli atau semua warga wattpad. Tapi mereka adakan penulisan cerpen bulan Ramadhan.

Baiklah, itu saja nak update. Selamat berpuasa semua.

Assalamualaikum...

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top