Bab 7 : Budak Baru

"Peah, kau tengok budak tu Peah." Aku cuit Sofea yang tengah main telefon dia.

"Kenapa? Budak mana?" Sofea angkat muka, berpusing-pusing kepala dia mencari mana satu budak yang aku maksudkan.

"Tu ... belakang kau tu." Aku tunjuk budak lelaki yang pakai baju biru duduk belakang Sofea.

"Ha, kenapa dengan budak tu?" Sofea angkat kening. Masa ni kita orang turun berdua je makan dekat kafe. Wani K membuta, Wani B ada kelas. Jadi aku dating berdua je dengan Si Peah ni.

"Kau tak perasan ke?" Aku sedut air sambil perhati belakang.

"Perasan apa Mak? Aku datang kafe nak makan, bukannya spy orang macam kau!" Sedebik Sofea sembur aku.

Cis!

"Aku tak spy la. Dah depan mata, tak kan aku nak tutup mata pulak?"

"Ha yelah. Kenapa dengan budak tu?"

"Setiap minggu aku perhati. Mesti mak bapak dia datang, tak pun abang kakak dia. Mesti anak manja ni." Aku buat konklusi sendiri tanpa usul periksa.

Iya weh, cemburu gila tahu tak bila setiap hujung minggu turun makan dekat kafe tengok budak lelaki tu ada je keluarga sedara mara duduk sekali dengan dia.

Lelaki pulak tu. Kalau perempuan macam boleh terima.

"Aah la Mak, aku pun perasan. Untung la kan ... tak apa Mak, aku ada kau. Kau mak aku, 24 kau dengan aku. Aku dah bersyukur dah ...."

"Takpe Peah, aku ada untuk kau ...." Aku cakap sambil pandang belakang lagi.

Macam mana kalau budak manja ni tiba-tiba sekelas dengan aku?

Make sense tak?

Tak kan lah.

* * *

"Penat lah weh ... sampai bila kita nak buat semua ni?" Aku merungut sambil berjalan pandang langit. Kalau boleh masa ni jugak aku nak guling-guling atas tar. Penat!

"Bila nak habis matrik ni?" Hajar pulak sambung merungut.

"Entah la wei. Macam dah tak sanggup dah nak hadapi semua ni lagi, ulang benda yang sama je setiap hari. Hidup macam tak ada kesudahan."

Bila Tirah dah mula bukak mulut dan bercakap baku seperti perintis A.Samad Said, aku hanya mampu sengih je.

"Dia dah mula dah ...." Aku dengan Hajar cakap serentak sambil jeling-jeling antara satu sama lain.

Tirah berhenti berjalan dan hentak kaki buatkan aku dengan Hajar gelak mengekek.

Ini lah kerja kami setiap petang, pergi cubic hantar QOTD. Kelas habis 4.15 petang, lepas tu pergi cubic buat QOTD, sangkut kejap kena lecture dengan cikgu, sampai bilik pukul lima. Bilik aku dengan cubic jauh..

"Sabar lah kawan-kawan. Kita ada lagi 3 sem dekat sini."

"Bapak lama 3 sem tu!"

"Dah? Kau nak buat apa lagi? Pergi lah pinjam kuasa Doraemon lompat masa." Hajar sound sedas.

"Kan best balik bilik ni tiba-tiba mak aku call, helo Zulaika, ni tadi ada orang datang. Dia kata dia berkenan dengan kau. Pergh! Time ni jugak aku berhenti belajar!" Aku tepis daun pokok kelapa yang menghalang jalan aku.

Tapi pelepah tu kena dekat dua manusia tu, dah menjerit pulak ... kesian ... dekat pelepah tu pulak ada pakej kerengga, hahaha!

"Dah la kau. Tak habis-habis berangan. Berpijak di bumi yang nyata please." Tirah bagi ayat sentap.

"Cepat la Tirah, carikan aku sorang." Aku sengih sambil buat muka comel dekat Tirah.

"Hello! Kalau ada baik aku carikan untuk aku, untuk kau buat apa?"

Aku dengan Hajar dah gelak. Betul jugak kan? Baik Tirah cari untuk dia dari cari untuk aku.

"Macam mana lah orang boleh belajar sampai PhD tu kan? Aku nak habiskan matrik ni pun rasa macam dah nak mampus. Nak buat degree pun nanti aku dah weng. Tak gila ke belajar?"

Aku masih tak puas hati, maka terkeluarlah soalan-soalan bodoh di petang hari macam ni.

"Entah la wei. Gila kot dia orang tu.."

"Kan ... tak betul."

"Tengok tu." Aku tunjuk padang tepi blok kediaman lelaki. Ada geng budak india tengah main bola dekat situ.

"Budak india, kenapa? Kau ada jatuh cinta ke dengan indian?" Tirah tanya.

"Choi mulut, no bercinta-cinta okay? Aku tunjuk je. Racist betul budak-budak ni. Area ni budak india, tu court volley tu budak PDT 3, budak cina dekat court basket, budak melayu dekat padang."

"Dah, kau lah pergi Leyka." Tirah tolak aku.

"Pergi mana?"

"Pergi satukan dia orang. Tu lah, dulu aku suruh bertanding jadi JPP kau tak nak."

Bila aku sedar Tirah tengah cakap pasal apa terus aku cuit hidung aku.

"Tu lah ... apa lah dia orang ni? Kata 1Malaysia, tengok riadah pun tahu racist. Kalau aku lah jadi JPP, semua ni tak kan terjadi. Semua kaum ni akan bersatu dalam satu padang!"

"Hurm ... dah kenapa tak bertanding dulu?"

"Hisy aku malas je."

"Apasal?"

"Kalau aku jadi JPP, takut je kolej ni aman sangat. Makmur damai bawah pimpinan aku, tak best lah macam tu nanti, takde kes gempak, baik-baik belaka semua orang, dah apa yang tinggal untuk cerita dekat anak cucu?"

Pap, pap, pap.

Aku rasa bahu aku kebas kena pukul.

Hahahahaha.

"Weh, tengok tu." Aku tunjuk dua mamat yang baru turun dari blok pegang kasut bola.

"Kenapa?" Dia orang berdua jongket kening tengok aku.

"Kau tak perasan ke kita selalu terserempak dengan dia berdua petang-petang. PST tu." Semua benda aku perasan, tapi nak buat macam mana, aku ni kategori observer.

Semua benda aku perhati.

"Entah lah Leyka, tak pandang lah pulak aku."

"Aah, betul,s elalu kita serempak dengan dia. Yang tinggi-tinggi putih tu kan nampak macam baik je ...."

"Ye-ye je kau."

"Weh, cuba bayangkan dia orang tiba-tiba jadi classmate kita?"

"Macamlah dia modul 1 ... mana tahu dia modul 2? Modul 3 ke?" Hajar neutralkan balik kepala aku yang mula fikir macam-macam.

"Entah la wei. Aku rasa macam dia orang akan masuk kelas kita."

"Ikut lah Leyka."

* * *

Aku masuk kelas waktu pertama, tapi dalam kelas tu ada tiga manusia yang baru aku jumpa. Aku salah kelas ke? Rasa macam betul dah tengok jadual.

Siapakah?

Tak sempat letak beg, aku berdiri depan meja dia orang. "Student baru eh?" Aku tanya.

Dia orang angguk sambil senyum malu-malu. Nampak macam baik.

"Nama apa?" Aku tunjuk perempuan yang duduk tepi sekali.

"Mira." Lembutnya dia jawab, aku berkerut kening, pekak sebenarnya tak dengar.

"Apa?"

"Mira." Mira laung kuat sikit suara dia.

"Ooo Mira ... yang tu?" Aku tunjuk pulak minah tepi dia.

"Nani."

"Nani?"

"Aah." Okay, aku dapat dua nama dah.

"Nama?" Aku tanya pulak budak depan aku.

"Panggil Anum je." Okay, dia ni nampak sombong. Aku tanya punya mesra, dia jawab dengan muka serius. First impression, dia ni jenis serius. Scary.

"Mira, Nani ... Anum?" Dia orang semua angguk.Aku sengih-sengih lepas tu cari tempat kosong. Ada, dekat belakang, tempat favourite tu!

Aku duduk sebelah Hajar.

"Dah siap interview?" Dia sengih sambil tanya aku.

"Dah, tu yang kurus tu nama dia Mira, yang sebelah dia tu Nani, yang depan tu ... menda eh, Anum kot."

"Untunglah, aku yang dari tadi masuk pun tak tahu nama, kau masuk terus tanya ...." Meleret je suara Hajar. Itu nak menganjing aku la tu jadi wartawan tak berbayar.

Aku apa lagi, biarkan je Hajar, aku nak keluarkan nota-nota sebelum pensyarah masuk.

Baru je sekeping nota keluar ,aku dah tercengang tengok ada sorang budak berddiri depan muka pintu.

"Asalammualaikum, ni 2M1D3 ke?"

"Aah."

Budak tu masuk. Nak tahu dia siapa? Budak manja dekat kafe tu! Pergh! Masin nya mulut aku!

Tak berkelip mata aku pandang dia, bibir aku pegang. Tutup dari ternganga.

Baru je terkejut aku nak hilang, lagi dua orang masuk. Lagi membuntang mata aku. Budak bola!

Weh masin nya mulut!

Lepas tu aku pandang dekat belah kiri, budak-budak lelaki tengah bertanya khabar dengan budak-budak baru. Baru aku perasan ada lagi sorang lelaki. Badan dia gempal-gempal sikit, ada janggut dan jambang.

Matured nya muka.

Selalu nampak jugak budak ni.

Jadi setakat ni ada tujuh budak baru? Ramainya.

Habislah, mesti lepas ni datang kelas kena berebut kerusi meja!

Paling teruk, berebut tempat duduk dekat belakang!

Habislah!

* * *

Aku mengah-mengah panjat tangga. Bapak la tinggi BT ni! Tahu tak aku dah lambat!

Ni semua gara-gara aku makan lama sangat dekat kafe tadi.

Aku berpusing-pusing cari BT27. BT27 dekat tingkat dua ke tiga? Aku rasa nak menangis. Jam dah pukul 2.20 dah ni. Lima minit lambat.

Hisy!

Aku jumpa BT27, tapi ... dekat dalam tu bukan budak kelas aku. Budak PST. Ah sudah.

Aku salah salin jadual ke apa ni?

Aku bukak telefon buat kesekian kalinya. Betul dah 27. Aku pusing-pusing kepala mana tahu nampak kawan-kawan aku ke. Tak ada.

Mati la nak ... masa ini lah nak salah jadualnya. Aku bukak group Whatsapp.

Aku : Weh, kelas kat BT berapa?

Takde siapa reply.

Aku tunggu dua tiga minat dalam gelisah.

Shiha : 37

Cis!

37! Tak guna punya jadual! Kena naik satu tingkat pulak.

Aku pun masuk kelas. Masuk je cikgu dah start mengajar. Nasib baik tak kena denda. Terus aku ambik tempat. Dekat depan ... sekali. Tempat yang paling dibenci.

Cepat-cepat keluarkan soalan tutor.

Tiba-tiba aku nampak dua manusia, perempuan terjenguk-jenguk dari luar. Siapa pulak tu?

"Asalammualaikum. Ni 2M1D3?"

Aku dah cari Auni. Auni pun cari aku. Kita orang berdua pandang antara satu sama lain. Budak dua orang ni lah yang cari pasal dengan kita orang dekat kafe tadi.

Apasal masin sangat mulut aku?Auni bising-bising dekat kafe tadi marah dekat dia orang, tapi aku cakap jangan marah sangat, buatnya dia masuk kelas kita.

Sekali masuk sungguh. Anti betul aku!

Dia orang pun masuk, sorang nama Zara, lagi sorang tu nama Mira.

Mira lagi?

Mira tu duduk sebelah aku. Aku pandang dia, senyum tak ikhlas, tapi dia buat-buat tak nampak je dekat aku.

Eh eh dia ni.

Last-last aku pedulikan je budak kecik tu, buat kerja aku.

Dalam lima belas minit lepas tu, tiba-tiba pintu macam kena rempuh dari luar.

Kita orang semua berkerut kening.

Berdirilah seorang lelaki yang ... pelik? Dengan mengahnya, berpeluh-peluh lagi.

Aku pandang dia dari atas, rambut dia ... macam ... sarang burung?

Turun bawah sikit, baju kotak-kotak, seluar warna coklat, beg selimpang tepi, dekat tepi beg tu tersangkut cap warna pink strike. Topi? Pergi kelas? Waktu rasmi? Budak mana ni?

Dia pakai kasut, tapi kasut bukan kasut kulit, sneakers warna cerah.

Fashion terrorist betul mamat ni. Seteruk-teruk aku, teruk lagi dia.

Dia dah berdiri dekat depan pintu tu macam tercengang tengok kita orang semua pandang dia.

"Awak siapa?" Cik Fazrina pensyarah bio aku tanya. Dia pun pandang manusia tu dengan pandangan sinis.

"Er, saya dari KMKt, betul la kan ni 2M1D3?" Dia dah tergaru-garu kepala.

"Ha betul lah. Pelajar baru ye?"

"Aah."

"Ha, masuk,masuk, pergi lah duduk."

Mamat tu tersengih-sengih. Dia jalan ke tengah kelas, tapi kaki dia berhenti.

Tak ada meja! Semua dah penuh.

"Tolong cari meja untuk kawan awak ni." Cik Fazrina suruh.

Kita orang semua pandang mamat tu lagi. Pelik wei ....

"Siapa nama awak?" Cik Fazrina tanya bila dia baru nak duduk.

Terus mamat tu berdiri tegak sampai meja tertolak ke depan, begitu bersemangatnya dia.

"Nama saya Mohd Nuruddin B Zahid." Penuh yakin dia jawab.

"Panggil?"

"Din!" Dia cakap sambil gelak-gelak buatkan kita orang pelik? Pehal dia ni?

"Din." Cik Fazrina sebut. Din duduk semula.

"Awak orang mana?"

Terus dia berdiri tegak lagi sekali sampai kerusi terpelanting ke belakang. Aku dah tekup bibir siap-siap. Tahan gelak.

"Saya orang Sabah."

Wuyo! Budak Sabah!

"Sabah dekat mana?"

"Lahad Datu." Dia jawab sambil gelak-gelak. Celah mana yang lawak pun aku tak pasti.

Kita orang semua dah gelak, Lahad Datu? Nampak dah Lahad Datu dia tu ....

"Lahad Datu? Memang orang Lahad Datu? Lahir dekat sana?"

"Aah."

"Dah tu awak dapat dekat KMKt tu, balik cuti balik Sabah la?" Cik Fazrina seperti berminat dengan lokasi rumah Din.

"Eh tak, rumah saya dekat Balok, Kuantan."

"Dah yang dekat sana tu?"

"Saya pernah tinggal dekat Sabah, sekarang duduk dekat Balok."

"Maksudnya awak baru pindah lah dari Sabah ke sini?"

"Tak, lama dah duduk sini."

"Berapa tahun dah pindah sini?"

"Lama ... saya duduk dekat Sabah tiga empat tahun je lepas tu pindah sini."

Kita orang semua dah bantai gelak tepuk-tepuk meja. Apa masalah Din ni?

"Kejap je lah duduk Sabah nya? Bukan orang Sabah la kiranya ...." Cik Fazrina pun tak tahan nak gelak.

"Orang Sabah." Din masih nak pertahankan kerakyatan Sabah dia.

"Tak maksudnya awak bukanlah duduk sana."

"Tapi saya lahir dekat sana."

"Ha yelah,yelah. Ikut lah."

Sibuk sangat nak jadi orang Sabah kenapa? Sabah ke menda nya duduk dua tiga tahun? Cakap jelah kau orang Kuantan.

Dan untuk setiap kali kelas bila pensyarah tanya nama dan asal usul Si Din ni, aku tak faham sungguh, memang dia akan cerita benda yang sama.

"Saya Din, asal Lahad Datu Sabah."

Membongak lah kau Din!

Inilah classmate aku yang baru?

Harapnya ... bahagialah hingga ke tua bersama mereka.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top