Bab 6 : Math
"Weh, kita ada kerja apa esok?" Soalan wajib di setiap penghujung kelas dan hari, itu dari Hajar bila kitorang tengah berjalan mendaki tangga DKK
"Tak ada kerja kan?"Aku rasa lah. Macam tak ada ...
"Tanya kau memang tak ada selalu Leyka. Bapak banyak kerja cikgu bagi kau boleh cakap tak ada kerja?" Tirah dah sembur aku kaw-kaw.
"Kerja apa?" Berkerut-kerut kening aku fikir kerja apa yang aku kena buat. Rasanya habis dah aku buat semua semalam. Pulun dari petang balik kelas sampai ke tengah malam aku menghadap entah apa-apa kertas duniawi ni.
"Lab bio dah siap? Tuto kimia chapter 3? Fizik dalam lecture note?" Satu persatu Hajar sebut senarai kerja rumah yang tak pernah aku tahu kewujudan dia buatkan aku melopong.
Mak ai!
"Lab nak kena hantar bila? Jumaat kan?"
Hajar dan Tirah buat muka. Terus diorang berhenti berjalan dan menghadap aku.
"Memang la Jumaat, tapi hari ni dah hari apa? Discussion dia banyak tau!" Kedua-dua manusia tu dah bercekak pinggang.
Aku terdiam, hari ni hari ... Khamis?
"Gila, esok lah ni?"
Angguk.
"Lab je kan?" Aku meminta kepastian.
"Math siap?"
"Math kerja apa pulak? Serabut betul aku dengan math. Kerja apa cikgu bagi?" Aku nak marah. Tak habis-habis kerja math, duduk matrik ni kerjanya buat math je lah. Kau tak payah lah nak hadap kerja lain.
"Bapak banyak math, QOTD kau dah siap? STS minggu ni? Worksheet cikgu bagi?"
Aku pegang kepala. Langit yang biru dah berbalam-balam. Pening. Rasa macam nak pengsan.
Ini realiti kami pelajar PDT.
Kerja matematik memang berlambak. Tak payah lah nak buat benda lain masa semester 1. Kerja aku buat matematik je lah.
Teringat masa mula-mula masuk dulu, hari pertama kelas matematik berlangsung.
* * *
"Asalammualaikum.Nama saya,tu ... macam dekat depan tu."
Aku baca.
Nor Aini.
Owh, ni nama pensyarah matematik aku.
"Awak boleh panggil saya Madam ,Puan, Cikgu pun saya tak kisah. Terserah pada awak, mana awak selesa." Tegas nada pensyarah aku ni.
Kalau dia dah bagi option macam tu, aku pilih cikgu lah. Lagi mesra. Kan?
"Awak tahu kenapa awak boleh masuk PDT?"
Kitorang semua yang dalam kelas tu menunduk. Tahu ...
Senang cerita, PDT adalah singkatan kepada Program Dua Tahun. Dekat matrik, dia ada dua program, PST(Program Satu Tahun) dan PDT.
PST ni untuk budak bijak, eh, salah, nanti orang ingat PDT tu budak dungu pulak, salah, PST adalah untuk budak rajin.
Meh sini aku cerita sikit. Kalau kau teringin nak masuk matrik, dan kau dapat pulak PST, aku kata RIP siap-siap kalau kau pemalas.
Sebab PST belajar macam kereta api bullet! Laju nak mampus.
Satu semester, jangan berangan la kalau kau nak slow-slow, main-main sebab serious talk, isi borang biru siap-siap kalau kau teringin nak buat semua tu dekat PST. (Borang biru adalah borang keluar matrik).
Aku ambik contoh subjek Fizik, satu semester, budak PST akan belajar 15 bab secara keseluruhan kurang dari lima bulan.
Kau tak gila? 15 bab?
Dia orang tahap laju belajar, kalau kau skip kelas dua jam sahaja, ibarat macam kau dah skip satu chapter.
Sila-sila lah bersemadi dengan aman ya untuk catch up balik.
Naik sem je, tak ada masa pensyarah nak cakap
"Hari ni hari first, saya tak tahu nak ajar apa."
"Kita slow jelah dulu hari ni,hari first kan?"
No way Josh!
No way ....
Daripada semua yang di atas tu, mereka akan cakap ayat macam ni :
"Awak ni banyak cuti sem ni tau tak? Kita kena laju, UPS (ujian pertengahan semester) bulan sekian-sekian ...."
Baran je aku kalau dengar ayat macam ni pada hari pertama. Potong mood betul!
Homesick tak habis lagi dah sibuk tunjuk RPS (rancangan pengajaran semester).
Eh, dah aku promote PST kenapa?
Okay sambung balik, PDT. Sebab kenapa kami-kami ni boleh masuk PDT.
"Bangun semua." Cikgu Aini dengan tegasnya suruh kitorang bangun.
Dalam kelas ni ada lebih kurang 8 orang. Aku, Hajar, Tirah, Alif, Helmi, Tilah, Izat, Syu. Sebab untuk kelas math, kelas asal aku dibahagi lagi dua pulak, untuk pengajaran yang lebih efektif katanya.
"Awak dapat apa masa SPM addmath?" Cikgu Aini tuju dekat Alif.
Bila dengar soalan maut tu, kita orang semua menunduk. Malu.
"Erm." Alif macam serba-salah nak bukak mulut.
"Tak payah malu sangat lah. Entah-entah result dia orang ni lebih kurang je dengan awak, entah-entah teruk lagi." Aku tak tahu lah itu kata perangsang ke apa. Tapi memang masa tu aku tercabar gila-gila.
"D." Jawab Alif.
Aku telan liur,sama dengan aku lah.
"Awak?"
"D." Helmi jawab.
"Awak?"
"D." Izat jawab.
Lepas sorang-sorang Cikgu Aini siasat keputusan SPM dia orang, jawapan dia semua nya sama. D!
Kecuali sorang, Athilah. Dia sorang je C, tapi entah kenapa dia boleh sesat dekat PDT ni.
"See, tahu dah kenapa awak-awak semua masuk PDT?"
Angguk ... aiseh cikgu, masakan tak tahu. Sudah terang lagi kan bersuluh. Suluh pulak guna spotlight, tak tahu jugak, suruh masuk sekolah rendah balik lah jawab dia.
"Sedih,kecewa? Dah terlambat." Mukadimah Cikgu Aini.
Deep!
"Apa yang awak boleh buat?"
Tak tahu.
"Belajar. Matrik ni lah tempat awak nak ubah semua result SPM awak tu. Kalau dekat sekolah tak pernah merasa A addmath, dekat matrik ni awak rasa lah semua tu, tapi dengan syarat, rajin. Kalau malas, nak main-main ,bagi kerja tak buat, pergi isi borang biru. Tak tahu mana satu, biar saya yang mintak kan."
Aku dalam hati,dah menyeringai.
Garangnya cikgu ni.
"Saya nak awak ingat result SPM awak ni supaya awak boleh bandingkan dengan result awak nanti. Meningkat ke lagi turun?"
Angguk ... kami masih berdiri.
"Kita akan kerja sama-sama, saya buat kerja saya as lecturer, awak buat kerja awak as student. Bila saya bagi kerja, buat. Saya paling pantang orang meniru, biarlah buat sikit dari siap semua latihan tapi meniru!" Dengan penuh semangat Cikgu Aini sampaikan ucapan dia, dah macam YB dah aku tengok.
Makanya, disebabkan result addmath kami yang sangat lah teruk di kala SPM, kami haruslah memberikan komitmen yang sepenuhnya kepada subjek matematik.
* * *
"Weh ... binatang apa pulak ni?" Aku campak pen sampai terpelanting jauh. Aku melunjur kaki sambil benam muka dekat kertas. Nak menangis, nak mengamuk, semua sekali lah aku rasa nak buat.
Una gelak je tengok aku.
"Kenapa Leyka?"
"Ni apa benda ni? Ada ke soalan macam ni? Differentiate apa nya nombor pun takde!" Aku dah nak menangis tengok soalan QOTD.
QOTD adalah soalan yang Cikgu Aini akan bagi setiap hari melalui Whatsapp, dan wajib hantar dekat dia setiap hari. Aku ulangi, WAJIB!
But, being me and myself yang tersangat malas nak jejakkan kaki ke cubic (nama lain bagi bilik pnsyarah), aku tangguh, menjadi QOTW-question of the week.
"Mana? Meh koi tengok." Una ambik kertas aku dengan niat murni ingin membantu.
Mata dia bergerak ke atas ke bawah. Lepas tu dia bagi semula kertas dekat aku.
"Maaf lah. Koi kurang sikit bab differentiate trigo (trigonometri)."
Aku ambik balik kertas aku. Pen aku ambik semula. Aku rasa mata aku dah ada api, semangat aku dah jadi macam 100% punya battery level.
"Hajar, Tirah. Kalau aku buat ikut cara aku boleh?" Aku tak pandang dia orang tapi keazaman aku tengah mencanak tinggi.
"Suk hati kau lah Leyka." Dia orang berdua jawab sambil sengih, Una pulak menggeleng perlahan tengok aku yang dah lain macam.
Baiklah ... kita mulakan operasi sekarang.
* * *
"Weh Leyka,macam mana kau buat QOTD 35? Kau dapat prove kan ke?" Hajar dah jenguk kan muka dia dekat kertas aku.
"Tak pun ...." Selamba aku jawab. Mata dekat skrin telefon.
"Dah tu kau buat macam mana?" Hajar ambik kertas aku.
Lima saat lepas tu gelak dia pecah tengok jawapan aku.
"Kenapa, kenapa?" Tirah dah tengok kita orang.
Aku buat muka stoic.
"Kau tengok la minah ni punya kertas." Hajar campak kertas tu pada Tirah.
Sama macam Hajar, Tirah pun gelak.
"Sengal la Leyka. Serious kau nak hantar macam ni?"
Aku angguk. Aku tak peduli.
"Dah tiga kali aku padam tahu tak? Kau tengok kertas aku, dah tak rupa kertas dah. Siapa suruh buat soalan susah sangat." Aku peluk tubuh.
"Kau ... soalan memang la susah. Senang, baik cikgu tak payah bagi." Hajar membebel.
"Senang hidup kau kan. Tak dapat prove, kau tulis not proven?"
Aku angguk. Itu je jalan penyelesaiannya. Aku tak nampak dah jalan lain untuk soalan yang kena prove ni.
Dia ingat aku tahu nak prove macam mana kalau satu nombor pun aku tak nampak! Ingat aku detektif nak kena buktikan apa semua tu?
"Ini kalau aku tunjuk dekat cikgu ni ...." Tirah cakap dengan suara meleret.
"Mati kau kena bertapa dekat cubic!" Hajar tolong sambung ayat Tirah.
Dalam hati aku iyakan cakap dia orang, kalau lah cikgu nampak ....
* * *
"Ha Leyka, mana kau punya worksheet?" Cikgu Aini dah berdiri sebelah aku sambil berpeluk tubuh, macam mandur.
Aku tergaru-garu kening. "Ni cikgu." Aku tunjuk buku kerja aku.
"Apasal sikit? Ni siap ke tak siap?"
Aduh, cikgu perlu ke lagi tanya? Dah sah-sah aku tak siap. Tapi aku jawabkan juga, tak baik biadap dengan guru. "Tak siap."
"Kenapa tak siap?"
Sebab banyak sangat! Dua puluh soalan nak buat dalam satu malam? Kau tak rasa gila? "Tak sempat." Aku jawab sambil tersengih.
"Tak sempat? Keluar, kau buat dekat depan." Cikgu Aini dah letak marker pen atas meja aku. Aku rasa nak menangis je tengok marker pen tu. Apa lah dosa aku sampai kena buat dekat white board. Kalau lah soalan yang bakal diberi tu sesenang satu tambah dua jawapan dia tiga, setiap kali kelas aku rela ke depan.
Tapi kalau namanya buat soalan dekat white board, aku berani jamin, mesti soalan tu, bawah sikit je dari ABC. Tak ada nombor!
"Saya kena buat soalan mana?" Dengan hati yang tak rela, aku bangun juga. Berjalan pergi ke depan kelas.
"Kau keluar je dulu, bawak kertas soalan dengan kalkulator sahaja, kejap lagi saya bagi soalan." Itu arahan semasa dari Cikgu Aini. Ini lah yang paling aku takutkan kalau buat dekat depan ni.
Ibarat kau bertarung dengan harimau, tapi kau tak ada senjata pun nak bunuh harimau tu. Itu namanya, menyerah diri untuk dibaham.
"Go Leyka!" Hajar, Tirah dan Syu memberi kata-kata semangat kepada aku. Kecik je mata aku pandang dia orang. Cikgu selalu macam tu, sikit-sikit aku kena pergi ke depan. Padahal dia orang pun tak siap jugak. Bila aku merungut dekat cikgu tanya kenapa hanya aku yang selalu terpilih, jawab cikgu mudah saja, sebab dia sayang aku lebih.
Kalau macam gini lah bentuk kasih-sayangnya, aku rela dipinggirkan. Haha.
"Korang tolong aku eh, aku tak tahu apa-apa ni." Aku rayu dia orang.
"Iya, kita orang tolong."
Lega aku dengar. "Cikgu, mana soalannya?" Aku laung panggil Cikgu Aini yang tengah periksa kerja budak lelaki pulak.
"Buat soalan nombor 15."
Aku tengok kertas dekat tangan aku, cari nombor 15. Aku nak telan air liur, tapi tak lepas. Kesat.
Subhanallah ....
"Cikgu." Aku teriak lagi panggil Cikgu Aini.
"Ha, apa lagi?"
"Tak ada yang lagi susah dari ni ke?" Aku perli cikgu.
"Ada, nak?"
"Tak nak." Tak mahu cakap banyak, aku pun mula berfikir. Sains kata, otak manusia lagi power dari komputer. Jadi aku cuba berfikir cara komputer. Apa trick yang ada dekat soalan ni?
Lima minit aku termenung, tangan tak bergerak-gerak lagi.
"Leyka, apasal tak buat-buat lagi tu?" Cikgu Aini tanya dari belakang kelas.
Aku pura-pura senyum. "Kejap cikgu, soalan ni nampak senang sangat, saya nak tulis dia bagi nampak susah, baru macam budak bijak sikit."
Satu kelas dah gelak. Cikgu Aini jeling aku tajam, mungkin dia terfikir nak hempuk aku dengan kerusi? Aku sambung tenung soalan. Aku jeling jiran-jiran sebelah white board, Alif dengan Helmi. Haha, lagi hebat, dia orang siap bawak kerusi untuk duduk, memang nak berumah tangga betul ni.
"Weh, tolong aku." Alif di sebelah meminta. Aku cebir bibir dekat dia. Aku? Tolong dia?
"Kau tengok aku punya muka ada gaya macam Einstein tak?" Sarkastik aku tanya Alif.
Alif berdecit. "Tolonglah aku."
Aku tunjuk ruang jawapan aku yang masih kosong. "Ni, kau tengoklah aku punya, soalan kita lebih kurang je Lip, kalau aku tahu, aku tak duduk dekat sini."
"Tu mesyuarat tingkap apa lagi tu?" Cikgu Aini jerit dari belakang.
"Kejap lah cikgu ...."
Dan aku mula keluarkan idea aku. Merapu-rapu yang pastinya. Bila dah siap aku panggil Cikgu Aini.
"Cikgu, dah siap."
Cikgu Aini datang ke depan, tengok hasil kerja aku. "Kau ni kan, sejak bila aku ajar ln integrate dapat macam ni? Sesat ke barat." Sebesar-besar alam dia pangkah jawapan aku dengan pen merah. "Buat baik semula."
Aku dah rasa separuh hati terbang ke luar pintu. Penat aku kerah otak aku, cikgu dengan senang hati kata jawapan aku salah?
Dengan hati yang sayu, aku cuba teknik lain. Tapi, baru rasa semangat tu datang, Cikgu Aini bersuara.
"Ha, sudah lah tu, tahun depan je lah kau selesaikan soalan tu. Dah, dah, masuk. Habis dah masa."
And I was like, yahoo! Sejam tutor aku duduk dekat depan kelas.
Kesimpulannya, aku tak belajar apa-apa hari tu.
Haha.
* * *
"Tak ada ke anak raja nak pinang aku ni?" Kinah cakap kuat sambil pandang tak puas hati dekat soalan atas meja. Kalau soalan tu hidup, lama dah agaknya dia ajak bertumbuk.
Kami si kawan-kawan perempuan ni sengih je tengok dia.
Itu soalan biasa keluar kalau tak dapat buat soalan susah.
"Tak payah tunggu anak raja Kinah, sapa-sapa je lah kabo (kata) dia nak kat aku, time ni jugak aku berhenti matrik." Aku gigit hujung pen.
"Susahnya lah soalan ...."
"Kan ...." Kami ramai-ramai menyambut.
Malam ni malam Isnin, setiap malam Isnin ada program PALM (peer assistance learning mathematic-mentor mentee) dekat perpustakaan.
Jadi, setiap malam Isnin, kita orang kena hadap soalan math yang susah tahap dewa, dari pagi sampai malam memandangkan Isnin adalah CH (consulting hour) untuk math.
"Tak, cerita dia sekarang, dekat mana kita nak guna binatang ni? Cuba cakap, dekat mana aku nak differentiate benda ni?" Aku ketuk-ketuk kertas guna pen.
Memang tak puas hati. Aku pernah sampai bergaduh-gaduh dengan Cikgu Aini persoalkan kenapa aku kena belajar Integration, Differentiation, Trigonometri dan sebagainya.
Aku tak kisah bila disuruh belajar, tapi aku kena tahu dekat mana aku nak guna. Buat apa belajar susah-susah, dapat A bagai, tapi tak tahu nak guna dekat mana. Faham tak apa yang aku maksudkan?
"Entah, mana aku nak guna? Bukan aku nak jadi engineer pun!" Kinah tambah.
Kan!
"Siapa entah buat haiwan ni pun aku tak tahu. Siapa yang cipta differentiation ni? Meh sini aku nak marah dia, gatal sangat cipta semua benda ni, menyusahkan orang, kan aku kena buat soalan susah gini." Aku cakap dengan penuh emosi.
"Kan, aku nak pergi jumpa dia kalau dia hidup lagi. Geram aku!"
"Astaghfirullah ... apa lah nak jadi dengan manusia macam korang ni?" Aku pandang Hajar tajam.
"Kau merungut pun, takde makna siap soalan tu. Buat sekarang, tengok jam tu, esok dah nak kena hantar dah." Tirah tambah.
Aku dengan Kinah mengeluh.
Ambik pen semula, sambung pecah kepala pegang kalkulator.
"Ni math ke ABC? Dalam panjang-panjang equation ni, baru ada dua nombor?"
"Leyka!"
"Yelah ...."
Aku diam.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top