Bab 4 : Mereka Lupa

"Mak .... " Aku yang tengah baring-baring melingkar atas katil sambil main telefon tengok dekat muka pintu.

Ada sorang budak pendek tengah buat muka macam orang tak makan setahun, berdiri dengan muka monyok.

"Ha kenapa pulak kau ni?" Aku macam biasa lah, menyoal macam gangster.

Dia mula merengek. Kejap je dah rasa tenggelam tilam aku ni, tanda ada penghuni tambahan. Dia tepuk-tepuk lengan aku manja-manja, mintak perhatian.

"Dengar lah ni mak adik nak cerita .... "

Aku sengih je tengok dia, siapa lagi kalau bukan Wawa, si adik Wad Dahlia.

"Cerita apa adik?" Aku matikan telefon, sedia untuk beri perhatian, lepas tu pandang muka dia yang dah sebek semacam. Ni memang nak kena bagi kasih sayang lah gayanya kalau dah buat muka macam ni.

"Tadikan adik kena marah ...." Wawa macam nak menangis. Aku tahu mungkin agak pelik untuk kau orang yang baca, tapi memang Wawa bahasakan diri dia sebagai adik dan panggil aku Mak, walaupun kami sebaya.

"Siapa berani marah kau? Siapa? Meh sini aku marah dia balik." Aku sinsing lengan baju lepas tu terjun katil. Berdiri sambil mencekak pinggang. Acah je lebih.

Wawa dah gelak-gelak.

"Mak ni, lebih lah tapi alang-alang, marahkan dia balik untuk adik Mak ...." Bibir dia dah tercemik-cemik. Macam ikan emas.

Aku duduk semula. "Siapa marah kau? Asal pulak dia nak marah kau?" Fokus aku seratus peratus pada dia.

"Goblin. Dia marah adik, dia ingat adik tak pakai kad matrik, padahal adik pakai je. Dia yang buta tak nampak."

"Goblin tu?" Suara aku dah tinggi, emo sekejap.

"Yela, siapa lagi?"

"Aku pun selalu kena marah dengan dia. Entah apa-apa lah dia tu." Aku cebikkan bibir.

Baru je aku nak bukak mulut nak bercerita dengan lebih lanjut, pintu yang Wawa tutup tadi tu kena ketuk dari luar.

Tok, tok, tok

Aku pandang Wawa, Wawa pandang aku.

"Masuk." Memandangkan ini bilik aku, Wawa cuit aku supaya beri arahan. Aku laung dari katil. Siapa pulak yang main ketuk-ketuk ni? Budak-budak ni mana pernah ketuk pintu, main sedap dia je nak keluar masuk.

Tok, tok, tok

"Masuk lah, pintu tak kunci." Aku cakap lagi sekali. Mana tahu dia tak dengar kan.

Tok, tok, tok

Ini mendatangkan kemarahan!

Hesy, bengang pulak aku. Tak faham bahasa ke pekak? Sakit dah tekak jerit suruh masuk.

Tok, tok, tok.

Sekali lagi pintu kena ketuk. "Keluar!" Aku jerit. Wawa dah guling-guling gelak.

Aku bukak pintu. Si Peah dengan Wani K tengah tergelak-gelak dekat luar tu.

"Marah ke mak? Garangnya .... "

"Takutnya!" Wani K menganjing.

"Eh,suka ... kau duduk luar, orang suruh masuk tak nak."

Dum!

Aku hempas pintu kuat lepas tu aku kunci. Padan muka, suruh masuk tak nak masuk.

Tok, tok, tok, tok.

Bertubi-tubi pintu kena ketuk.

"Mak ... bukak lah Mak, kami mintak maaf. Aku janji Mak, tak buat lagi ...." Wani K merayu-rayu dekat luar tu.

"Mak! Bukak Mak, kau lah Mak kita orang yang paling cantik!" Sofea pulak mengampu dekat luar tu sambil mengetuk pintu.

"Tak nak, sibuk sangat nak ketuk kan, kau ketuk la sampai lebam tangan."

Wawa dah gelak-gelak atas katil tengok drama aku, Peah dengan Wani K.

Pintu macam nak roboh diorang balun, bising.

Aku buat macam ni sebab aku pun selalu kena kunci dekat luar dengan dia orang. Asal balik dari bilik air je mesti pintu berkunci, sengaja dengki! Dah jadi kerja pulak aku kena merayu, meratap dekat luar pintu sebelum dapat masuk bilik.

"Woi, dah la ketuk pintu." Aku jerit lawan bising.

"Bukak pintu ni kalau tak kita orang ketuk sampai roboh."

Bang, bang!

Aku rasa minah dua orang ni tendang pintu pulak. Bising, habis satu blok dengar. Tak pasal nanti felo naik atas.

"Mak, bukak je lah, bising lah Mak, nanti orang marah." Wawa cuit bahu aku.

"Alah, cepat sangat, aku baru nak ajar diorang sikit."

"Suka hati mak lah ...." Wawa tergeleng-geleng gelak.

"Kalau nak masuk, cepat, password!" Aku jerit, senyap sekejap dekat sebelah sana. Jam sekarang dah pukul 5, waktu rasmi budak habis kelas.

Selalunya aku lah yang paling awal sampai bilik. Dia orang tak tahulah selalu lambat ke mana, kadang-kadang ke cubic, kadang-kadang pensyarah buat extra kelas nak habiskan silibus.

"Password? Mak gila!" Sofea jawab.

"Salah, itu hina bukan password!"

"Mak tembam!" Wani K pulak cuba nasib.

"Mak suka membebel." Sofea cuba buatkan aku juling mata ke atas.

Malas nak layan, aku buka je kunci pintu. Diorang pun masuk.

"Eh, password dia Mak suka membebel?"

Aku tunjal siap-siap kepala diorang berdua, geram.

"Eh, budak ni pun ada dekat sini?" Diorang pelik tengok Wawa dekat atas katil aku tengah elok bersila.

"Adalah, minah ni sedang meluah perasaan." Aku duduk semula sebelah Wawa.

"Luah perasaan kenapa pulak ni dik?" Sofea dengan Wani dah mula datang dekat katil aku lepas siap cabut apa yang patut.

"Tadi ... adik kena marah dengan Goblin."

"Apasal?" Wani K naik suara. Sensitif tau kalau adik kena marah. Adik kita orang ni ....

"Dia kata adik tak pakai kad matrik padahal adik pakai je."

"Alah, peduli lah dia. Aku selalu kena. Dia tu memang macam tu, asik nak cari salah orang." Sofea bercerita.

"Kan, aku pun selalu kena. Tak habis-habis marah aku pakai kad matrik kat dalam tudung." Wani K buat muka menyampah.

"Uisy, buat mesyuarat apa ni?"

Sorang lagi muncul depan pintu. TZ baru balik kelas dengan buku dekat tangan menjenguk kita orang yang dah duduk macam buat mesyuarat.

"Pasal Goblin. Adik kena marah dengan Goblin. Meh la sini TZ, join." Ajak aku.

"Jap, aku nak letak buku dengan tanggal tudung." TZ angkat tangan suruh tunggu.

TZ masuk bilik dia, depan bilik aku je, letak buku lepas tu masuk balik. Makin besar bulatan 'usrah' kita orang.

Tak sempat lagi nak mula cerita ... ada satu suara mencelah lagi.

"Korang ... tadi kan kena marah dengan Sir ...." Ciroh masuk sambil merengek.

Aku hanya mampu pandang bila semua tu duduk atas katil aku dengan Wani B. Memang katil aku ni jadi lubuk dia orang nak melepak pun. Asal masuk sini mesti ada masalah. Bilik aku ni jadi macam bilik kaunseling.

Aku bilang, berapa orang dah ni? Sofea, Wani K, Ciroh, Wawa, TZ, aku ...

Lagi tiga orang tak cukup. Maziah, Qilah, dengan Wani B. Takpe, yang tak ada kita cerita kemudian, mana yang ada kita dengar.

Dia orang mula lah bercerita pasal, Goblin : The legend of Library.

Hahahaha.

Mesti korang tertanya-tanya siapa Goblin tu kan?

Goblin tu bukan nama sebenar, cuma panggilan, gelaran kita orang untuk dia. Entah lah dari mana Goblin tu datang, tapi kita orang memang panggil dia Goblin. Goblin tu kerja dia sebagai guard, yang jaga kawasan perpustakaan.

Dia macam polis lah duduk depan library tu untuk pastikan siapa yang tak pakai kad matrik, memang kena tahan, macam kastam. Selain dari tu, nak masuk library, dia ada dress code, kena pakai baju formal sahaja kalau waktu kuliah. Kaki kena sarung kasut bertutup, sandal pun tak boleh.

Barang tak boleh bawak masuk. Beg semua kena letak luar.

Yang masalah dia, orang atasan library dah bagi hak istimewa dekat dia nak tahan siapa-siapa saja. Tu yang menyampah tu.

Aku lah antara yang selalu kena tahan, sebab pakai kad matrik dalam tudung.

Apa lah masalah, pakai kad matrik kat dalam pun kena marah. Bukan aku tak pakai?

2 + 2 = 4, 1 + 3 = 4

Kan sama tu?

Bila dah lalu depan dia mesti kena tahan.

"Kad matrik mana?" Aku dengan bengangnya tunjuk kad matrik aku dalam tudung.

"Kalau tau tudung tu labuh, pakai lah kat luar."

Tu ayat biasa dia. Geram je aku nak jawab, suka hati lah nak pakai kad matrik ni kat mana pun!

Tapi selalunya aku diam je, malas cari gaduh.

Tak tahu ke pakai kad matrik luar tudung ni rimas? Semak? Orang lelaki tahu apa? Tudung rosak! Dia orang sedap lah sangkut je dekat leher, orang perempuan ada tudung.

"Aku pun dia marah hari tu." Aku cerita. "Tapi bukan pasal kad matrik lah." Selamba.

"Habis tu pasal apa?"

"Ha Mak?"

Aku pandang muka sorang-sorang dengan muka yang curious habis nak tahu.

"Aku pijak bunga dia."

Dush!

Pap!

"Bongok lah Mak!"

Sorang-sorang pukul aku dengan bantal, pukul aku dekat bahu sambil gelak macam orang gila.

"Bunga dia dekat mana?"

"Yang tepi kiosk tu?"

Selamba aku angguk. "Alah aku bukan pijak pun, aku langkah je. Dia jerit dari jauh tengok aku langkah bunga dia, jauh sangat lah nak pusing, langkah je lah benda tu, aku ingat tak ada orang, sekali dia ada dekat belakang, mencicit aku lari. Mungkin sejak dari tu dia dendam aku." Aku cerita sambil sengih-sengih.

Memang pun, aku rasa dia memang dendam aku la sebab pijak bunga dia.

Hari tu masa aku pergi tasik, dia ada sekali. Aku cari tempat duduk jauh dari orang. Sekali da ada datang jugak, bawak segala macam makanan, nak bagi ikan makan.

Aku dah duduk dekat seberang sana dah, kira terpencil gila dari orang ramai, konon nak berangan cari ilham nak menulis.

Sekali dia datang, tapi tak pergi dekat tempat aku.

Korang tahu dia buat apa?

Dia pergi campak donut sebijik betul-betul depan aku!

Ikan apa lagi, macam tak makan setahun melompat-lompat depan aku tu sambar donut sampai habis terpercik air dekat muka aku. Ikan besar tau tak, bukan anak-anak ikan saiz ibu jari, ikan besar kaki!

Lepas tu dengan selambanya dia gelak tengok air tersimbah dekat aku.

"Rembat! Rembat lagi, rembat sampai habis!" Dia jerit dari seberang sana sambil gelak-gelak.

Rembat otak dia!

Geram je aku tau dengan dia tu!

* * *

"Mak ... can you help me?" Ciroh masuk bila aku tengah tersadai atas katil menyembang dengan Wani B.

"What?"

"Help me choose the colour. Aku confuse ni nak bagi member aku hadiah." Muka dia berkerut-kerut.

"Baju apa kau nak bagi tu?"

"Baju t-shirt, tapi aku tak tahu nak pilih colour. Aku tak tahu dia suka warna apa." Ciroh dah bertenggek dekat hujung katil.

"Dah tu? Aku nak buat apa?"

"Kalau kau, kau suka warna apa Mak?"

Aku fikir ... kalau aku, aku suka warna apa ek?

"Biru?"

"Biru ke?" Sofea tanya dari katil dia. "Bukan baju kau semua warna ungu ke Mak?"

"Memang la, tu baju kurung. Ni t-shirt kan, kalau aku, better warna biru, sebab t-shirt lawa kalau biru."

"Eh?" Ciroh mintak kepastian.

"Ha, aku prefer biru lah kalau kau nak opinion aku."

"Okay Mak, thank you." Dia mencicit balik bilik depan tinggalkan aku.

Aku sambung sembang dengan Wani B. Pasal adik kita orang. Kebetulan adik aku, Ijah satu sekolah dengan Wani B. Kebetulan lagi, siap satu dorm lagi dulu, dan sekarang adik dia dengan adik aku pulak sekelas. What a small world?

"Wani ... siap tuto eko tak?" Ciroh masuk bilik aku sekali lagi lepas tu pergi dekat Wani K. Kan aku kata, bilik aku ni sesuka hati dia orang je nak masuk ke keluar. Pintu mana pernah tutup, terlopong dari pagi sampai malam. Tutup bila? Pukul 12 kejap lagi nak tidur.

Aku pandang je. Rasanya UPS baru je lepas, kerja tak lah banyak sangat.

Sejak dua tiga hari ni, banyak pulak kerja budak-budak akaun ni.

Ada je kerja dia orang, kejap business, kejap eko, kejap nanti PP, sebabnya Si Ciroh ni hari-hari masuk bilik tanya Wani K.

Aku selaku budak sains hanya mampu pandang dia orang membongak pasal jargon akaun.

"Kau tak ada kerja ke Wani?" Aku angkat kening pada Wani B.

"Ada, tapi tak lah banyak sangat." Wani B jawab sambil main phone.

"Asal dia orang kalut sangat. Serabut pulak aku tengok budak akaun ni."

"Assignment dia orang la kot ...."

"Mungkin .... "

* * *

Aku bangun pagi. Tengok jam, baru pukul lima. Mandi lah. Nanti bilik air penuh. Aku duduk tingkat dua, air memang tak ada kalau kena waktu puncak, kena tarik dengan orang bawah. Tengah syok-syok mandi, boleh pulak shower kering. Memang berapi, makanya baik aku bangun awal.

Baldi aku cebek.

Sebelum pergi bilik air, aku check telefon. Kosong.

Sedih.

Hari ni birthday aku, tapi ... macam tak ada orang ingat pun.

Tak apalah, dah biasa dah.

Aku diam je pagi tu depan Wad Dahlia. Malas lah nak bising kata yang hari ni aku punya hari lahir. Malu lah, kalau dia orang tak ingat, tak kan aku nak jerit marah pulak kan?

Adalah, mesej dari Ijah, Kak Long dengan Akak,wish birthday aku.Tu pun cukup buat aku happy, sebab ... tahun lepas, duduk serumah enam beradik, pukul 10 malam diaorang wish itupun sebab aku jerit tak puas hati.

"Kurang ajar gila, korang memang tak nak wish aku ke?!!!"

"Ya Allah ... birthday kau ke? Aah la, 9 hari ni kan?" Semua pulak tu bagi reaksi yang sama! Sebab semalam nya kita orang dah celebrate birthday Kak Long yang sehari je awal dari aku. Bila birthday aku, semua dah lupa. Hampeh!

Aku pergi kelas macam biasa, sedikit hampa, sikit je lah.

No one seems remember my birthday, it's kinda ... disappointed?

Kalau Wad Dahlia pun lupa apatah lagi D3?

Memang pun, sorang pun tak tahu birthday aku. Makanya aku diam sahaja. Dah biasa. Dulu dekat sekolah, setiap kali birthday, mesti tengah cuti, bulan 12 kan?

Another year.

Balik bilik, tengah hari tu, semua ahli Wad Dahlia ada dalam bilik aku. Makan bungkus. Aku tunggu jugak, mana tahu dia orang teringat ke, tak weh.

I wanna cry!

And my birthday went away just like that.

Hambaruddin!

* * *

Tiga hari kemudian,

"Wani, tadi kan, aku kena denda ...." Aku mula bercerita apa yang jadi dekat aku.

"Denda asal? Kelas apa?"

"Bio. Cikgu aku buat grouping, and then siapa tak bawak tuto dalam group tu semua kena berdiri." Aku sengih.

"Lepas tu? Kau kena berdiri?"

"Ha lah." Aku peluk bantal sambil pandang siling.

"Siapa tak bawak tuto?"

"Aku lah .... "

Wani B tolak bahu aku sambil gelak.

"Padan muka kau. Siapa suruh tak bawak?"

"Bukan tak bawak, aku tak ada pun tuto tu, tak fotostat lagi. Lupa lah."

"Mak ... Mak ... malu tak?"

"Gila tak malu, semua dekat luar tu lalu sengih-sengih tengok kita orang kena denda, tapi takde lah malu sangat sebab semua kena berdiri, ada je manusia tak bawak dalam setiap group."

"Macam sekolah ... tolonglah." Wani B bagi komen.

Tau takpe! Tapi itu realiti.

Aku termenung panjang tengok kipas berputar. Bila aku pandang tepi, Wani B dah hilang.

Loh, mana pergi pulak dia orang ni? Aku tinggal sorang je dalam bilik. Mana entah Peah dengan Wani K pergi, padahal diorang balik awal dah.

Aku jenguk muka dekat luar bilik, kosong.

Pintu depan yang tak pernah hayat bertutup, hari ni terkatup rapat. Aku pulas tombol, berkunci.

The heck?

Tok, tok, tok!

"Oi, bukak lah, korang buat apa ha?" Aku laung.

"Kejap, Qilah tengah menyapu ni." Suara Maziah halus menyahut dari dalam.

Aku tunggu, lama baru diorang bukak pintu.

Siot gila, semua ada dekat dalam, dia orang buat apa doo?

"Pergh, gini lah member, borak lepak tak ajak!" Wani B pun ada dekat situ.

"Lah, tadi aku nak ajak, tapi kau tengah syok sangat berangan Mak." Wani B bela diri.

"Yeke?"

"Yelah .... "

Mungkin betul ... sebab aku pun tak sedar bila dia keluar.

"Dah la Mak, jom masuk bilik. Aku ada cerita baru ni, tadi baru aku ambik."

Sofea tarik tangan aku masuk bilik kita orang semula.

"Cerita apa? Best ke?"

Dan aku pun ter-distracted semudah itu.

Haha!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top