Bab 20 : Soalan
Antara matrik,asasi,diploma dan juga tingkatan enam,dan IPG manakah yang menjadi pilihan hati saya?
Jawapan aku,matrik.Eceh...padahal dulu masa result keluar aku memang dapat UPU dengan matrik je.Kihkih.
Haha,bukan nak bercerita,tapi disebabkan 'adik-adik' kita ni sedang menghadapi krisis terbesar dalam hidup mereka,marilah kita bantu.
Geng-geng yang membaca,sila komen di sini jika ingin membantu.Promote sikit matrik kita yang terchenta tu.Hahaha
Adik-adik,sila lah kemukan soalan juga,jika adalah.
Soalan yang lazim aku dapat,
1.Matrik susah gila eh?
Hahahahaha.Aku gelak dulu.Kepada sesiapa yang berani cakap macam soalan kat atas tu,biar aku cakap dan declare yang dia seorang yang PEMALAS!
Hanya orang malas je cakap matrik susah gila.Faham?Kenapa?
Sebab matrik tak lah susah mana,kau belajar subjek sama je macam sekolah,seriously.Sama.
Cuma bezanya matrik silibus dia banyak dan masanya adalah pendek.Kalau korang rajin,takdelah susah mana pun.
Seriously cakap,kalau lah susah gila,lama dah matrik seluruh Malaysia ni lingkup,tutup.
Bersepah je yang dapat four flat.
Dan juga yang dapat 3.0 ke atas lagi bersepah.
So adik-adik,sila buang saka yang diturunkan oleh mulut-mulut puaka di luar sana yang mengatakan matrik ni susah gila.
Dah kalau fikir susah,ingat belajar dekat asasi tu level 'kesusahan' tu akan berkurang ke?
Tak ada maknanya math masuk asasi jadi sesenang darjah satu kalau masuk matrik math jadi sesusah kalkulus alberto.
Tak ada..penipuan semuanya!
2.Matrik belajar laju gila eh?
Yang ini,aku tak dapat nafi.Kalau korang dapat PST,memang laju gila babi.Maaf,itu bukan mencarut,peribahasa.
Laju tu memang laju.Sebab korang nak kena habiskan silibus.Biar aku briefing,satu semester,untuk PST,korang akan ambil empat subjek mengikut modul.Di matrik pula,kita ada tiga modul,M1,M2,dan M3.
Untuk modul 1,korang akan belajar subjek fizik,kimia,bio,dan math.
Modul 2,kimia,fizik,math,sain computer.
Modul 3,kimia,bio,math dan sain computer.
Persamaan untuk setiap modul adalah mengambil dua subjek yang sama,kimia dan math.
So,contoh subjek math,satu semester yakni bersamaan dengan lima bulan,korang kena habiskan 10 topik .Dan dalam masa itu juga korang kena habiskan juga topic-topik lain bagi subjek yang lain.
Makanya nak tak nak korang kena lah juga kejar kereta api.
Tapi jangan risau,bila dah habis dekat semester 1,korang takkan jumpa dah tajuk tu dekat semester dua.Jaminan seratus-peratus!
So,habis dekat semester satu,habis dekat situ je lah.Tak adanya carry forward macam dekat SPM.Tu benefit dia.
Dan lagi satu,pernah tak dengar cerita yang lecturer matrik ni macam cikgu sekolah?
Ha,betul sangat lah tu.
Lecturer matrik sangat caring...eceh...cikgu-cikgu,saya puji cikgu ni!
Insya-allah korang takkan lost in your own world sebab pensyarah akan guide korang from A to Z,Cuma tu lah aku cakap,antara kau rajin dengan malas je lah.
Kalau cubik pun tak pernah jejak,kalau tutorial tak pernah buat,pensyarah panggil kau tak datang,tu yang keluar ayat
MATRIK SUSAH GILA
So,laju memang laju,tapi dengan kerajinan,maka,semuanya dalam genggaman.
Hahaha,jangan tanya aku rajin ke tak,maaf,orang menulis ni bukannnya rajin sangat,ni ikut pengalaman.
3.Belanja mahal tak kat matrik?
Wahai adik-adik yang dikasihi,sesungguhnya,belanja hidup dekat matrik adalah yang terendah berbanding dengan segala institusi yang lain.Sungguh aku cakap.
Korang,Cuma perlu hidup dalam penjara tu dan jaga perut sendiri.Itu sahaja.
Kau pandai-pandailah bajet berapa ringgit kau nak guna sehari,tapi aku jamin,takkan mati kebulur punya kalau kau ada sepuuh ringgit dalam tangan.Paling-paling kalau kau tak banyak songeh,tiga hari boleh makan.
Sebab kafe-kafe dalam matrik seluruh Malaysia dikawal harganya menjadi harga standard student.
So memang murah lah cerita dia.
Nasi sepinggan,sayur,ayam seketul dan juga air,baru lima ringgit.Kadang-kadang 4.50.
Mee goreng kau ambik la banyak mana,paling mahal dia cas 1.50 atau singgit.(Tapi mak cik kafe tu jahat dengan aku,asal aku ambik je,sikit je pun mesti dia cas lebih,ingat aku kaya gamaknya).
Cuma duit kau akan mengalir dekat nota-nota jelah,print itu,print ini,buku latihan sikit,buku past year lah apa lah.Ha,mengalir kat situ jelah.Tapi takdelah setiap hari pensyarah kau suruh beli buku,print nota.Mampus kalau gitu.
Sewa?Tak ada,duduk;ah dekat bilik kau tu sampai habis matrik,mereput!Tak payah bayar bil api dan air,korang dapat elaun lagi adalah.
Elaun tak banyak,RM250 sebulan.
Tapi cukuplah sikit-sikit buat joli keluar bandar kan?Hahaha
4.Belajar dekat matrik style dia macam dekat sekolah ke u?
In this situation,aku cakap,maybe both.Sebab korang akan duduk dalam dewan kuliah,belajar by chapter together-gether berkelas-kelas,and then korang ada tutorial,tutorial korang akan duduk by class and belajar sama-sama.
Dari segi belajar,both concept will be use.
Tapi dari segi style hidup,yes macam uni sikit.Boleh bawak phone.boleh bawak laptop,kamera,segala gadjet canggih nak mampus korang tu,ha bawaklah.Tak ada sapa nak rampas.
Bebas!
5.Matrik ada uniform ke?
Matrik tak ada uniform dik.Tak ada.Korang bebas nak pakai baju apa,dengar cerita start sesi ni bebas boleh pakai baju apa-apa pun.I mean boleh pakai kemeja,pakai slack,skirt pegi kelas.
Sebab masa aku,baju kurung je yang dibenarkan.
Rezeki korang lah tu.
6.Matrik ada koko?
Yep,matrik ada koko.Tapi korang akan ambik koko hanya untuk satu semester sahaja dan jadual koko termasuk bawah jadual akademik.
Itupun selama dua jam sahaja seminggu.Tak lama,tapi kalau dua jam kau tu kena waktu tengah hari,hahahaha,sila burn dengan berjaya ya?
Lupakan kulit putih,ayuh kita tan!
Lagi satu,kalau korang ni atlet,segala suka korang main,jangan risau,bakat korang takkan terendam begitu sahaja.Kerana di matrik ada KAKOM,Karnival Kokurikulum Matrikulasi.
Ala-ala sukan antara matrikulasi seluruh Malaysia..
TIPS :Antara cara yang paling cepat nak popular,jadilah atlet KAKOM atau pun berkwanlah dengan mana-mana atlet KAKOM,pasti anda akan menjadi hot dalam seklip mata.
Saya dah observe selama dua tahun di matrik di dua batch yang berbeza,ternyata hasil nya sangat memberansangkan.
J
7.Saya tak pandai addmath,macam mana nak survive dekat matrik?Kan matrik wajib ambik math,dengar cerita math dekat matrik sama dengan addmath SPM?
Adik!Kerisauan anda adalah kerisauan yang bagus,tapi jangan risau,matrik dengan SPM adalah dua benda yang berbeza.
Aku pun tak tahu kenapa,tapi masa SPM dulu,aku lah manusia paling bodoh addmath.
Buku log tu sampai enam buku aku buat latihan,addmath D jugak.Tapi!
Masuk matrik,dengan kegigihan yang dipamerkan oleh Puan Aini,dan juga kerajinan aku yang sekejap surut sekejap pasang ni,math adalah subjek yang paling kurang kegusarannya setiap kali PSPM tiba.
Senang je math kat matrik,pensyarah akan ajar semula,one by one,sampai kau faham.Tak faham jugak?Pergilah jumpa dia dekat meja dia,tanya dari hati ke hati,confirm kau faham.
Palaing-apaling kalau kau tak faham,dia maki je kau,aku selalu dah kena,hahahaha.Lepas tu dia ajar balik.
Tapi kena maki nil ah satu cara yang efektif untuk belajar,sebab kau akan tercabar dan balik tu mesti kau buat latihan.Lepas tu pandai lah.
Series,aku banyak kali kena,especially math.
Maklumlah,bila dah naik semester empat,malas tu bukan main lagi.Kena maki lah cerita dia!
8.Kalau lost kena buang ke?
Adik ku yang tersayang...
Mana-mana tempt pun,kalau kurang dari requirement dia,kau akan kena buang,MANA-MANA TEMPAT PUN!
Tapi jangan lah fikir tak boleh buat je.Dah kalau kau fikir dekat matrik kau tak boleh buat,kau fikir duduk dekat tempat lain tu ku boleh buat ke?
Kan?
Kenapa lost?
Sebab kau tak focus dalam kuliah.Main!Eceh...yang bercakap ni pun main jugak.
Serious talk,aku memang tak dengar dalam kuliah,pensyarah bebel apa kat depan tu semua aku tak dengar,apa yang aku buat?Berangan,tengok youtube,cerita Korea,termenung...
Tapi aku catch up dekat bilik,catch up dalam tuto.Bukan dekat matrik je boleh apply ni,mana-mana semua sama je.
Korang kalau nak main boleh,tapi pandai-pandai la sendiri tanggung rasa bodoh yang datang bila kau baca balik dank au tak faham.
Rasa nak mencarut,nak maki tu memang selalu bila baca dan habuk pun kau tak tahu.
Itu risiko dia kalau kau nak main.
Lagi soalan apa lagi?Sila tanya ya?Tapi kalau korang tanya aku,antara diploma dan matrik,aku pilih matrik sebab diploma tiga tahun,matrik setahun.
Kalau dari segi kos hidup,matrik lagi murah sebab diploma makan duit berbelas ribu,korang kena pinjam PTPTN pulak,yelah kalau kaya takde masalah,ni yang tak berapa nak kaya?
Diploma je dah keluar duit,nanti degree?Pinjam lagi entah berapa puluh ribu pulak.
Aku anak orang biasa-biasa je,so aku akan fikir duit lah.Mana yang lebih jimat.
Alah,belajar mana sama je,korang tu yang sebenarnya nak dengan tak nak.
So,chill je.Jangan gelabah.Have fun masa belajar.
Aku bengang apasal lah banyak sangat tawaran mesti bagi dekat satu student?Tak boleh ke satu student satu offer je?Kan mereng budak nak pilih.YE TAK?
~
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top