Bab 19 : Mak,menantu dan anak-anak 2
"Huisy,ramainya dalam bilik dia ni."Dari jauh aku dah nampak selipar yang berlonggok depan bilik Tirah.
"Tulah mak,kau tak tahu bilik Tiranh sekarang dah jadi markas rahsia dah."Hajar dekat belakag bagi tahu aku.
"Panas wei,tahan diorang duduk dalam ni ek?"Seriously cakap,bilik Tirah sangat panas.Satu bilik ada dua kipas,tapi satu kipas dia rosak.Bukan lah rosak tu tak boleh hidup,tapi kalau kau on suis,gamaknya stu blok ni dengar.Bising!
Satu lagi kipas?Hidup segan mati tak mahu.Aku masuk je dalam bilik dia,mesti kejap,tak boleh lama-lama,keluar je berpeluh.Macam duduk dalam oven!
"Asalamualaikum!"Aku ketuk dulu sebelum masuk.
Ada Kinah,Mimi,Nani,Dodi dan semestinya Tirah yang tengah bersandar dekat kepala jatil dia sambil pegang phone dan earphone bersumbat di telinga.
Aku bercekak pinggang.
"Korang tengok,korang tengok.phone selalu dekat tangan!"
"Eh,Syu!!!"Tirah terus tegak duduk dia bila nampak Syu dekat belakang aku.
"Apa Syu,Syu?"Aku berdiri depan Syu,halang daripada Tirah nampak.
Tirah dah terjun katil dia.
"Apasal kau tak naik?Kau tak kesian ke dekat Syu?Sampai dia pulak yang kena cari kau?"Aku pura-pura marah.
"Apa ni mummy?"Tirah dah merengek.
"Dah,jom Syu,jom Hajar.Biar minah ni main phone dia."Aku tarik diorang keluar.
Kitorang bertiga dah keluar bilik,siap pakai selipar.Tirah berdiri depan pintu.
"Korang dari mana ni?"
"Dari bilik Hanum lah,pujuk Syu.Kau macam tulah,time orang mesyuarat tak pernah nak datang,lepas tu mulalah ketinggalan."
"Mesyuarat apa?Korang selalu tinggal aku!"Tirah dah membentak-bentak.Tirah dah tunjuk aku dengan jari telunjuk dia.
Aku pandang Tirah tajam.
"Tinggal apa benda?Kan dah whatsapp,phone kat tangan selalu,kau buat apa?Layan Fattah Amin?Ada hati kata tinggal kau."Aku cebir jelir lidah dekat Tirah.
Sabar je lah dengan dia ni.Setiap kali aku masuk bilik dia,phone mesti dekat tangan.Curious aku benda apa yang dia tengok.Sekali-sekala kalau mengintai,mesti Tirah suruk.Phone is my privacy katanya.
Kadang aku dengan Hajar syak minah ni ada pakwe tahu tak.Tapi...rasanya macam tak.Kalau ada pun pakwe dia tak lain tak bukan Fattah Amin.
Oh my god...Tirah dan Fattah Amin,berpisah tiada.Aku pun tak faham apa yang dia pandang dekat Fattah Amin tu.Tahap suka dia dekat si Fattah Amin tu macam pakwe sungguh-sungguh lah.
Memang lah mamat tu handsome,tak nafi,tapi tak adalah handsome tahap dewa.Tirah ni punyalah suka,kalau tengah borak dengan kitorang,sanggup dia balik bilik dia.Bila selidik-selidik,rupanya nak tengok Fattah Amin live dekat Instagram.
Sanggup datang bilik aku cari line semata-mata nak tengok live.
Tu belum lagi dia stalk mamat tu dekat Instagram.Belum lagi dia dengar lagu mamat tu siang malam.
Subhanallah....
Kes buku Fattah Amin tu,bergaduh tahu dengan budak perempuan kelas aku yang mengutuk,Bad mood dia satu hari sebab orang kutuk pakwe dia tu.Nampak tak bagaimana sayangnya Syariffah Nurathirah kepada Fattah Amin?
Terhibur lah aku dengan Tirah ni.
"Ya Allah!Syu....kenapa Syu boleh jadi macam tu?"Terus nada suara dia bertukar.Tangan Syu dia paut.
"Jom,jom kita ke tangga ya?"Aku tarik diorang duduk dekat tangga tepi bilik aku.
Mula-mula semua orang berdiri,Tirah sorang je yang duduk.Kitorang kepung dia.
"Eh,ni kenapa kepung aku ni?Macam kena buli lah pulak."Tirah tolak kitorang supaya ada ruang sikit.
Dia dah la kecik,sebijik macam kena buli.
Aku duduk dekat tangga bawah,diorang duduk dekat tangga atas.
"Ha,cepatlah cerita Syu,kenapa?Kenapa boleh putus?Bukan haritu dah elok ke?"Soalan yang sama dari kami bertiga.
"Tulah kau,Syu dah jawab dah dekat atas tu.Siapa suruh tak datang?Aku siap baca lagi telegram Syu dengan Alip.Hahahaha."Aku sengaja nak sakitkan hati Tirah.
Tirah jeling aku sambil tangan dia lurus tunjuk aku.
"Apa?Ingat aku takut?"Aku jongket kening.
"Malas layan kau.Cepatlah Syu....cerita."Tirah dah merengek dekat Syu.
"Tak ada apa pun.Syu yang mintak putus."
"Ha?"Melengking suara Tirah satu aras.
"Hoi,diamlah sikit.Kau nak satu aras ke dengar?"Sekali lagi Tirah jeling aku.Ek alah budak kecik ni!
"Kenapa Syu mintak putus?Ya Allah Syu,tak tahu ke Alif tu baik?"
Syu dah tergeleng-geleng menunduk.
"Macam ni lah Tirah,Syu mintak putus sebab dia mak dia tak bagi dia couple,tapi Syu ni couple jugak,lepas tu dia rasa dia belajar tak berkat,so dia mitak putus lah.The end.Lain kali tolong baca Whatsapp ya,letih nak ulang."Aku tolong ringkas kan cerita.
"Tapi lagi dua hari je matrik nak habis?"Tirah dah gelak-gelak.
"Tulah,hidayah Allah tu datang lambat sikit."Aku pun gelak sekali.Macam lawak kot,lusa dah habis matrik,hari ni putus.
"Lah..."Tirah macam kecewa. "Alif tu baik..sayang lah Syu."
Ya aku memang tak nafi Alif tu baik,sumpah!Memang kalau tanya aku,Alif tu husband material sungguh.Memang tak segan silu aku panggil dia menantu.Alif pun panggil aku mak tahu even diorang start panggil aku mak lepas dia dah keluar?See?My son iin law!
"Yang kau pulak lebih ni kenapa?"
"Mana ada...kesian dekat Alif."Tirah kata perlahan. "Eh,kesian dekat Syu..."
Aku dengan Hajar dah gelak-gelak.Cover konon!
"Takpelah Syu,kumbang bukan seekor,bunga bukan sekuntum."Dia dah mula dah,dia dah mula dah.
The reborn of Athirah the philosopher.
Ayat dia biasa je,tapi cara dia cakap tu,bersahaja.Tak reti nak terang,tapi kalau korang kenal Tirah ni,korang tahu lah kelakar dia macam mana.
"Kenapa korang gelak?"
"Kau tulah,kumbang bukan seekor konon!"
"Apa,betul lah?Kumbang bukan seekor,Syu cari lah kumbang lain.Alah tak lama lagi Syu masuk u,jumpa kumbang lain pulak."
Hahahahaha,aku dah guling-guling gelak atas tangga dengan Hajar dengan Syu.
Sukati kau lah Tirah.
"So,Syu nak buat apa ni?"
"Tak ada apa-apa.Study."Syu senyum,cool gitu.
"Takpelah Syu,Syu move forward je lah."
Ha?Move forward?
"Sukati kau je.Kau tengok Hajar,new phrase,move forward."Aku sengih-sengih dekat Hajar.
"Yelah,dalam kes Syu ni,dah tak boleh nak pakai move on dah,dia dah jadi move forward."
"Bukan sama je ke?"Aku berkerut kening.
"Lain!Mana sama."Tirah dengan muka-muka sekali cuba nak menangkan 'move forward' dia tu.
"Apa,cuba cakap dekat aku benda beza dia move on dengan move forward?Cepat,aku nak dengar."
"okay,move on tu macam kau nak berubah hati,tak nak dah dengan benda tu,move forward tu pulak macam...."Tirah leretkan ayat dia,mencari kata.
"Apa?Apa?Apa?"
Dia gelak.Tak jumpa kosa kata.
Aku,Hajar dengan Syu dah bantai gelak dah beramai-ramai.Suka-suki dia je.
"Move forward pun move forward la Tirah..."Aku menyandar dekat dinding sambil bersila atas lantai,mendongak memandang diorang bertiga.Hari tu dia berdebat dengan aku,antara tajuknya ialah ;
1.I love you vs saya cinta awak
2.Maaf vs sorry
3.Potato vs cheesy wedges
Hahahaha,dan pemenangnya adalah...tiada.Dua-dua tak nak kalah.Aku pro omputih,Tirah pro melayu.
Padahal maksudnya sama je,asal kau ikhlas.Ye dok?
"Syu okay?"Aku tanya Syu semula.
"Okay,biasa-biasa je,tak rasa sedih dah sebab korang."
Aww...tersentuh rasa.
"Tu,terima kasih dekat Tirah buat lawak bodoh malam-malam buta gini."Aku pandang luar,gelap.
"Dah study?"Hajar tanya,ayat paling famous dalam study week.Pergilah mana-mana,jumpalah sesiapa,hatta member satu bilik pun,mesti tanya,
"Dah study?"
Kitorang semua mengeluh.
"Belum,aku satu hari mengemas.Bila bukak buku,mengantuk."Syu kata.
"Aku ingat aku sorang je."Hajar masuk korum.
"Aku pun."Aku cakap.
"Eleh,mak tipu,tadi aku masuk bilik kau,kau study kan?"Lurus jari dia tunjuk aku.
"Ya Allah,studi apa?Main phone."
"At least kau study jugak kan?"
"Sikit lah,tadi,dekat sini."
"Mana?"Diorang tanya aku.
"Sinilah,aku study bio.Duduk dalam bilik Si zara dengan Dinie sembang apa entah,aku keluar,duduk dekat tangga,lepas tu aku tahan Si Aisya Humaira ajar aku coordination."
"Fuh!Terror lah mak.Boleh lah ajar aku!"Hajar tersengih-sengih.
Terror menda?Si Aisyah tu ajar,aku nganga.Minah tu ye terror,dia ajar aku tak tengok nota pun,full review.
"Boleh,tapi bagi aku baca dulu.."Jawab aku.Lepas tu kitorang diam.
"Lagi dua hari nak habis matrik.Kejap je rasanya,aku rasa macam baru semalam kaki aku melangkah masuk..."
Dia dah buat dah,dia buat dah...
"Melangkah sangat Tirah..."
"Korang ni!"
Hahaha.Aku gelak.
"Lagi Dua hari guys.."
"Nanti mesti rindu."
"Tahu,takde dah korang nak jumpa aku."Tirah sengih-sengih penuh bangga. "Takde dah nak dengar falsafah aku."
Aku buat gaya nak muntah.Saja,padahal dalam hati aku iyakan apa yang Tirah cakap.
Mesti rindu.
Tak ada dah nak jumpa Tirah si duta Verns!Kenapa duta Verns?Sebab dia setiap kali keluar mesti beli kasut,mesti!Pantang sungguh lah dia kalau tengok kasut.Kasut dekat Verns kan semua lawa-lawa,harga dia pun boleh tahan murah.
Apa lagi ?Menggelupur lah dia nak beli.Puas aku bebel,tak payah beli kasut Verns,tak tahan,pakaidua tiga bulan rosak,beli kasut mahal,boleh pakai lama.Harga sama je,erm...buang air liur je.Semedang dia beli jugak.
Ada sekali tu,dia teringin nak beli kasut putih.
Aku dengan Hajar dah penat.Kitorang biarkan je dia cari kasut.Dia ada tunjuk dekat aku dengan Hajar,aku iyakan jelah..
Dia pun beli.Pakai sekali je pergi kelas,lepas tu terus jadi harta muzium.Sebab?
Semua orang tegur kasut dia putih sangat.Terus tak nak pakai!Hahahaha.
Lepas tu letak lah dekat luar bilik.Tup tup...esok pagi,selambak taik kucing dalam tu.
Baru pakai sekali!Mengamuk lah minah tu,apa lagi?Sampai sekarang kitorang masih tercari-cari suspek utama.
Samada Si Bella?Ataupun Si Siti?Ataupun Si Lola?Tak mungkin kucing putih kecik tu sebab saiz taik kucing ni menunjukkan dewasa.Since that,setiap kali jumpa kucing,Tirah akan lemparkan pandangan yang membunuh,kerana semua kucing adalah suspek!
Aku pun sama!Benci kucing matrik ni!Sebab kucing putih kecik tu,pernah berak atas baju favourite aku!Tiga helai!Dah la baju tu baju kurung,berak atas baju,kain tak kena.Dah tak lengkap baju aku tu.
Nak basuh?Memang tak lah.Aku tak rasa bau tu hilang.Aku pun geli nak pakai.
Sampai sekrang aku dendam dekat kucing tu.Tapi tulah,makin dendam,makin selalu kucing tu berkampung depan bilik aku.Benda yang aku tak suka tu lah yang makin nak dekat.
Cerita dekat Hanum pasal kasut Tirah,Hanum gelak beriya-riya.Tahu dia cakap apa?
"Kucing tu ingat kasut Tirah tu mangkuk jamban kot?Putih sangat!"Hahahahaha.
Dengan aku sekali gelak mengekek.Logik,logik.
Okay,okay,jauh dah kita ni.
"Ni lah last kita berkumpul ya?"Syu tanya.
"Yelah,entah lah bila lagi.Nak jumpa dah payah dah."Aku jawab.
"Mak,bila nak bagi wasiat?"Hajar tanya.
Aku cemikkan bibir.
"Wasiat,wasiat!Aku ni hidup lagi dah tanya wasiat."Aku buat muka.
"Yelah,kena bagi wasiat.Password ATM apa?"
Aku tunjuk penumbuk.
"Nanti hari last aku bagi,sorang dua nombor,sebab Syu baru putus cinta,aku bagi lebih sikit,tiga nombor,lepas tu kau selesaikan sendiri.Ada sepuluh ribu dalam tu."
Hahaha.diorang gelak.Tak sudah password ATM,tak reti langsung nak jaga hati aku ni.
"Yelah mak.."
"Nanti jangan rindu aku ya?"Aku cakap siang-siang.
Semua buat muka.Macam tu lah kami.Mana pernah nak ungkap,ego.Tapi takpe,asal tahu dalam hati sudah.
Aku tak tahulah mana nak jumpa lagi diorang ni nanti.Clingy,ikut je aku cakap apa,gelak je aku buat lawak bodoh pun,datang je bilik aku even aku tak layan diorang,bagi je aku tiru homework math,kongsi makan sama-sama,share duit beli makanan...
Prinsip kitorang sama,nak outing,kalau takde duit,buat cara takde duit.Kedai dua ringgit pun kedai dua ringgit.Kualiti bukan yang utama,yang penting kualiti!
Malam dinner,tak payah beriya nak cari baju baru,tak payah beriya nak melawa,janji pakai apa yang ada,jangan ikut orang,semua berjaya aku hasut dengan ayat ;
"Tak payah beriya sangat melawa,bukan ada orang tengok kau pun,kalau dia nak kat kau,waktu kau buruk pun dia tengok,kalau waktu lawa baru nampak kau,sila berambus jantan macam tu."
Waktu exam juga jika mereka kecewa,aku berjaya aku racuni otak mereka dengan ayat ;
"Tak payah sedih sangat?Kau tak nak jadi doktor kan?Buat apa nak four flat?Jangan curi rezeki orang,biar yang nak jadi doktor je dapat four flat,hidup je Bill Gate tu tak dapat four flat."
Dan malangnya,mereka ikut kata aku.Hahahaha
Sebab tu kot kitorang boleh click.Sebab prinsip hidup kami sama,sempoi sahaja.Just be yourself.Orang kenal jugak.
Kan?
*Aku rindu korang oiii Tirah,Hajar,Syu!
pz
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top