Bab 18 : Mak,menantu,dan anak-anak 1


Aku bukak telefon.Rasa lama sangat tak bukak telefon sebab belajar.Eceh...ada riak di situ.Tak adalah lama mana,dalam dua jam.Buat soalan past year.Phone letak atas meja.Aku study dekat katil.

Bertubi-tubi Whatsapp masuk,sikit lagi hang la telefon aku ni.

Scroll.Group aras tak habis-habis bising dengan arahan felo,jual produk itu ini.So aku tutup.Asal hilang tanda tak baca sudah.

Lepas tu bukak group Four Flat Benzene.Haha,dengan kata nama lain group anak-anak mak.

Seperti yang korang tahu,aku digelar mak di Kolej Matrikulasi Pahang ini.Maka jika ada mak,mestilah ada anak bukan?

Anak-anak aku ramai,tak terbilang,mungkin separuh dari batch PDT Zealord?

Tapi,yang digelar 'anak-anak mak' itu Cuma tiga orang,tidak lain tidak bukan Tirah,Hajar dan Syu.

Kenapa?

Sebab dimana-mana sahaja aku pergi,pasti mereka juga ada,PASTI!Kecuali jamban dengan shower lah.Kalau ada jugak,kembar siam dah tu.Tapi kadang-kadang ada jugak jumpa dekat bilik air,mandi bilik air sebelah-menyebelah.Sweet tak?

Kalau aku jalan sorang-sorang,ada je yang bertanya,

"Mak,mana anak-anak kau?"

Hei,panas je hati aku.Bukan aku yang depan mata ni nak ditanya,anak-anak aku jugak yang sibuk dipikirkan.

Kalau dalam lecture tu,nak masuk dekat tempat duduk tengah,mesti diorang berderet beratur belakang aku.

Kalau budak kelas dua,Tik,Bella,Siti semuanya pakat-pakat gelak tengok diorang dekat belakang beratur belakang aku.See,how sweet we are?

Dalam kitorang berempat ni,istimewanya,mereka semua mulutnya senyap sahaja.Diam je,terutamanya dalam kelas.

Dan kontranya pula di situ,mulut aku sorang je yang bising dan banyak bunyi.Betul,sungguh-sungguh ni cakap.

Aku pun pelik macam mana aku boleh sesat duduk dengan diorang.Dari first sem kot.Dua tahun bersahabat baik dengan dioranng,dua-dua sem jugak lah air lir aku je banyak keluar.

Cuma sejak akhir-akhir ni mulut mereka ni makin lancang dan cabul.Selalu saja bikin hati aku berdarah.

Bila ditanya,jawab mereka senang.

"Kau lah ajar kitorang ni mak."

Pergh....dan rakan-rakan sekelas juga meletakkan salah itu di bahu aku kerana mengajar anak aku yang bukan-bukan.Tidak adil kan dunia?

Ah,sudah.Balik kepada topic asal.

Aku baca whatsapp dari Syu dalam group.

Syu : Mak,boleh peluk Syu tak?Lepas Isya' Syu turun.

Lah,dah kenapa pulak ni?Lain macam je Syu punya ayat.Aku baca Hajar punya pulak dekat bawah.

Hajar : Nak peluk gak.Tapi kena kemas bilik.

Dah Hajar pulak kenapa?Masa ni semua orang sibuk nak kemas bilik sebab lagi dua hari akan menamatkan pengajian kami di matrikulasi.Makanya,segala barang yang dah jadi harta karun dalam bilik tu pun haruslah dikemas.

Aku scroll lagi.

Syu : Takpelah mak,mak pun mesti tengah kemas bilik.Aku dah break dengan Alip.Leyka jangan tanya dia apa-apa pulak.Tu je.

Apa?Dah break dengan Alip?Lagi?Aduhai,pening kepala aku.

Aku baca Whatsapp tu Syu hantar pukul 8.04,sekarang dah pukul 9.06,sejam yang lalu.Alahai,serba salah pulak aku.

Aku : Ha?Eh turun la Syu,aku tak buat apa pun ni.Pehal pulak?Kan dah elok hari tu?

Syu :Ramai ke orang kat bilik Leyka?Syu duduk kat bilik Dayah ni.

Terus hilang selera makan aku.Memang lapar,tadi suruh Dinie dengan Zara belikan nasi goreng kampong,tapi perut boleh tunggu kot.

Aku terus bungkus makanan,letak bawah katil.Balik kang boleh makan balik.

"Mak nak pergi mana tu?"Dinie yang tengah lepak atas katil Zara tanya.

Aku terberhenti depan pintu.Nak jawab apa eh?

"Aku nak naik atas jap."

"Buat apa?"

"Nak jumpa Syu."

"Syu?"

"Aah,dia tengah ada problem tu.Ni nak tengok dia jap."Aku sengih dekat Dinie dengan Zara.

"Sayang sangat dekat anak dia tu."Komen diorang berdua.

Aku baru nak keluar,Hajar dah muncul depan pintu dengan tuala bersidai atas bahu.

"Ha mak,nak pergi mana?"Hajar tanya aku.

"Nak tengok Syu."Aku cakap.

"Aku baru balik tengok dia ni."Hajar cakap dengan sengih,tangan dia angkat tunjuk peace.

"Apa cerita dia?"Aku dah sarung selipar.

"Entah,aku masuk-masuk bilik dia,dia tengah pakai telekung sambil baca yasin,siap menangis lagi.Siapa meninggal weh?"Hajar ikut aku panjat tangga.

"Siapa apanya yang meninggal,kau tak baca Whatsapp eh?"Aku berhenti separuh tangga.

"Kenapa?Aku tinggal phone dekat bilik,tadi aku pergi bilik Tirah."

"Syu dah break dengan Alip.Tak ada siapa yang meninggal,diorang lah,relationship meninggal."

"Break?Lagi?"

Aku gelak kecil.

See?Hajar pun macam aku.

"Entah la.Hari tu dah okay,break pulak."Aku kata dekat Hajar.

"Kenapa?"Hajar macam tak percaya.

"Eh,manalah aku tahu,Ni nak tanya ni."

Sampai dekat pintu Syu,aku bagi salam,pintu aku bukak perlahan,Syu tengah baca yasin lagi,lengkap bertelekung.

"Nanti Syu pergi sebelah."Syu cakap dekat aku.Aku pun keluar lah semula.Hajar balik bilik dia,aku turun balik bilik aku.Sambung makan sementara dia sudah baca yasin.

Apa lagi lah ceritanya kali ni ya?

...

"Asalammualaikum!"Aku beri salam.

Ada Hajar,ada Syu,dengan ada Dayah.

"Syu!!!!"Aku jerit nama dia lepas tu duduk sebelah Syu.Terus aku depang tangan luas-luas,peluk Syu.

"Mak..."Syu macam nak nangis.

"Kenapa Syu?Bukan hari tu dah elok ke?"Aku tunduk,nak tengok muka dia.

"Tak tahulah mak..."

"Apa korang ni?Siapa yang buat hal kali ni?Siapa yang mintak putus?"

"Syu.."Syu jawab perlahan.

"Ha?Kenapa?"

Aku tak faham dengan diorang,sumpah tak faham.Syu dengan Alif,dua-dua member aku,Ingat tak yang aku cerita berlakon jadi pinokio masa awal-awal bab tu?Alif yang tu lah.

Tapi Alif tak belajar dekat matrik dah,dia keluar pergi SPA,nak jadi MA.Maka Syu lah tinggal di sini.

Aku pun tak tahu bagaimana relationship mereka boleh develop.Sebab entah,tahu-tahu je cakap Syu couple dengan Alip.

Aku bukan nak bangga,tapi mungkin aku ada masuk part sikit kot dalam kisah cinta mereka ni,sebab Syu jadi blue fairy,Alif jadi pinokio.Mungkin dari situ kot?Lepas tu aku ingat lagi,dalam seminggu sebelum Alif keluar..ahahahaha

Habis lab kimia,budak lelaki yang lain semuanya dah turun.Tinggal Alif sorang.

Alif macam nak naik lif makmal,lif yang terlarang sangat tu.Aku mana tahu masa tu dia ajak Syu naik berdua,nak dating dalam tu.

Aku bantai ajak satu kelas naik.Padan muka!

Sampai sekarang kalau ingat balik aku nak gelak.Lepas tu,yang tak boleh belah nya,diorang ni,macam air pasang surut.

Aku faham,dalam hubungan percintaan ini,memang ada pasang surut.

Tapi pasang surut budak dua orang ni,memang hebat.

Aku pun tak tahulah berapa kali dah diorang putus,lepas tu sambung semula.

Dan setiap kali hal itu terjadi,maka akulah penasihat cinta tidak berbayar.

Pung pang pung pang aku bagi nasihat.

Padahal...tuan diri ini sekali pun tak pernah bercinta.

Ada sekali tu,tiba-tiba Alif Whatsapp aku.

"Leyka,tolong jagakan Syu untuk aku,kalau Syu tak ada air,kau bagilah sikit air kau dekat dia,dia tu pemalas nak turun isi air,dia suka tidur senja,kejutkan dia solat maghrib,ajar lah dia kalau dia tak tahu something,kalau apa-apa tak cukup,kau cakap je dekat aku,nanti aku bagi dekat kau."

Ambik....

Bagi aku pakwe cenggini satu!

Selang dua tiga hari,dah baik semula.

Plaing tak boleh blah,kalau Alif mintak nasihat.

"Apa yang patut aku buat sekarang?"

Aku pun cakaplah..

"Alah,kau biarkan lah Syu dulu.Dia tengah mental tu,biar je dulu.Tak payah kacau dia,tak payah call,tak payah Whatsapp,bagi dia sejuk.Nanti aku slow talk dengan Syu."

Sebab masa tu gaduh sampai block habis semua social media.Aku lah jadi penghubung mereka.

"Okay mak,aku ikut cakap kau."

Takde makna..Menipu!Aku cakap tak payah contact,malam tu jugak dia pergi telegram Syu!

Geram je aku nak katuk!

Penat je aku fikir nasihat apa nak bagi.Cuba bayangkan aku ni tak pernah bercinta,lepas tu nak kena bagi nasihat?Mestilah aku kena fikirkan kedua-dua hati mereka kan?Dah la dua-dua tu member aku.

Sekali kita dah bagi dia tak dengar...sabar jelah.

Tapi nasib baik okay.Tak ada lah marah sangat aku.Hahaha

So kali ini,kenapa pula putus?

"Syu yang mntak putus sebab Syu fikir may ayah Syu tak bagi Syu couple,tapi Syu buat jugak.Mungkin sebab tu lah kot Syu belajar tak berkat,susah nak masuk.Syu pun mintak lah putus."Kata Syu.

Aku pandang Hajar.Hajar sengih angkat bahu.

"Allah...pulak dah.Syu,matrik dah nak habis Syu,lagi dua hari kot?"

"Tu lah,lambat sangat Syu sedar."

Aku telan liur.

"Dah Alif tak kata apa?"

"Alif okay je,sebab Syu bagi tahu reason dia,tapi entah lah,Syu mesej tak balas pun,tengah menangis kot."

Hahahahaha.Apa lah...

Aku tak tahu nak cakap apa.Aku baca diorang punya conversation.Punyalah rapat tu,kau ada baca member punya conversation dengan pakwe dia?Hahaha,sorry,riak kejap.

"Takpelah Syu,lambat pun lambatlah kau sedar,at least dapat jugak kesedaran tu.Dua hari ni,buat betul-betul.Tak lama dah matrik nak habis,kalau jodoh panjang,sambung semula.Jangan sedih-sedih."Aku tepuk-tepuk bahu Syu.

Syu lentokkan kepala atas bahu aku.

"Okay mak."

Macam mak-mak sangat kan?

"Nanti,dah habis matrik sambung balik ye Syu?"Hajar cakap sambil sengih.

"Tirah mana Tirah?Hei minah ni,tak baca Whatsapp la ni!Kang mula lah kata kita mesyuarat tak ajak dia!Dia nya ke mana?"Aku mula membebel.

"Yang peliknya,handset kat tangan selalu tu."

"Jom lawat Tirah nak?"

"Jom!"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top