Bab 17 : Crush 3
Jantung aku dah berdegup macam apa dah lajunya.Berdebar gila aku dibuatnya.Over sungguh kan aku?
Makin dekat dengan BT,makin laju jantung aku berdegup.
"Mak,selawat banyak-banyak mak."Entah siapa cakap dekat aku pun aku tak peduli dah.
"Diam weh diam,bagi mak bertenang,mak nak jumpa bapak ni."Diorang dah mengusik lagi.
"Diam lah!"Aku marah diorang tapi tak makan saman,gelak lagi adalah.
Sampai dekat BT,aku tengok dalam.Fuh...lega.Budak modul dua tak sampai lagi.Aku nampka Dinie Murfiqah dah tunggu dekat meja dekat tepi tingkap.
Aku lambai-lambai dia.
"Awak dengan saya ya?"Dinie Murfiqah tanya.
"Aah."Aku senyum pada dia lebar-lebar.
"Panggil apa ni?"Dinie Murfiqah tanya aku.
Aku pandang Diba kat sebelah.Aku jongket kening tanya dia.Nak suruh panggil aku Leyka nanti,Diba pun orang panggil dia Leyka.
"Panggil dia Leyka."Diba suruh.
"Leyka?Eh,sama eh?"Dinie tunjuk Diba dengan aku.
"Aah,nama sama,tapi saya kurus sikit dari dia."Aku pukul lengan Diba.Perlu ke emntion saiz badan?
Lepas tu kitorang ambik tempat.Aku duduk tepi Dinie Murfiqah,Diba pulak duduk sebelah aku.Depan aku meja ada dua buah kosong.
"Mak!"Kinah melaung dari seberang kelas.
Aku angkat kepala. "Kenapa?"
"Okay tak?"Shiha,Kinah,Auni semua pandang aku sambil tersengih-sengih.
Aku ketap gigi. "Okay je,kenapa pulak?"
"Manalah tahu berdebar ke..."Terus semua dah gelak-gelak beriya.
Owh shit!
Aku seram je malam ni dengan diorang ni.Kalau lah rahsia aku bocor bukan sebab apa,sebab diorang!
Aku buat tak peduli.Lepas tu..aku nampak geng-geng modul dua masuk.
Tangan aku dah sejuk tanda aku betul-betul takut.Takut bukan apa sangat,sebab member-member tak guna nil ah ada dalam satu kelas.
Dah la ada Alana sekali dalam kelas ni.Nampak tak macam mana diorang tak membantu aku langsung?
Dan...si jejaka pujaan pun masuk.Cewah!
Sungguh kacak berbaju merah jambu.(Saja je bagi dramatic ya kawan-kawan.)
Dan semua mata-mata rakan-rakanku yang bertanduk tertumpu kepada aku.
"Mak!"
"Mak!"
"Mak!"
Diamlah!Diam!
Aku rasa nak hantuk je kepala dekat meja dengan diorang punya jahat ni.Afiq masuk.
Dup dap dup dap.
Meja ada dua,dia nak duduk dekat mana?Depan aku ke Diba?Aku harap dia duduk depan Diba.Aku harap...makbulkanlah doa aku Ya Allah..Aku tak sanggup nak menghadap dugaan yang berat ni.
Mata diorang langsung tak berkalih pandang aku.
Dan!
Afiq pun mengambil tempat di hadapan aku,seperti yang mereka harapkan.
Damn!
Diba pernah berkata semalam :
Aku akan pastikan kau akan duduk sebelah ataupun depan Afiq!By hook or by crook,biar kau tak boleh buat kerja,langsung tak angkat muka.Boleh lah kau tatap muka dia puas-puas.Baik tak aku?
Duduk je Si Afiq tu,member-member bertanduk dekat belakang dan tepi-tepi semuanya gelak-gelak sambil tepuk meja.Seronok sangat tengok aku gelabah.
Lepas tu panggil-panggil nama aku.
Aku rasa nak je baling kasut dekat sorang-sorang.
Aku pandang diorang,aku buat muka.Aku cakap tanpa suara...merayu tolong jangan lebih-lebih sangat.
Please...Alana ada dalam kelas ni tahu tak?Budak kelas Afiq tu pun ada dalam BT yang sama.Aku tak mahu cari pasal.
Diorang sengih-sengih sambil buat isyarat okay.Diba dekat tepi aku ni tiba-tiba je gelak sorang.Semua yang dekat meja tu pandang dia.AKu tahu kenapa dia gelak.
"Kau pehal doo?"Aku tanya sambil ketap bibir.Geram.
"Tak ada apa-apa.Nak gelak pun tak boleh?"Dia balas.Aku perasan Afiq dengan Faiz pandang je kitorang.
"Boleh tapi pelik."
"Pelik?Tak pelik lah sebab..."
Aku cubit dia dekat peha.Diam lah!
Diba sengih-sengih dekat aku.Aku pandang depan diorang tengah perhatikan kitorang.
Dia senyum dekat aku dengan Diba.Owh my..melting doo.Kahkah.Gatal kan?
Aku pun ambik kertas yang Dinie Murfiqah bagi.Tajuk Benzene,nomenclature dengan chemical reaction.
Pada aku senang,sebab aku suka nomenclature.Jadi aku pun buat terus.Tak angkat-angkat muka dah.
Takut pun iya jugak.
Tengah-tengah aku buat tu,aku rasa bunyi orang gelak-gelak.Lepas tu aku rasa diperhatikan.
Aku toleh kiri.Cis!!
Ada Nani,Din dengan Acap tengah pandang aku.Aku pandang je diorang terus diorang gelak sampai tepuk-tepuk meja.Muka masing-masing menganjing habis.
Goofy smile langsung tak hilang.
"Busy nampak mak?"Itu dari Nani.
"Busy la,kau takde kerja ke?"Aku balas bengang.
"Busy ke malu?"Din pulak buat pasal.
Korang!Dia depan aku je kot.Tolonglah...
"Malu pehal pulak?"Aku bajet cool,padahal rasa nak meletup je ni.Tak guna punya kawan.
"Eleleleh mak...terus focus tak angkat muka."Acap pulak yang kenakan aku.
Aku memang rasa nak hantuk sorang-sorang dekat dinding.Ingat Afiq tu taka da otak ke tak boleh cerna apa yang diorang tengah buat sekarang ni?
"Diam Acap,siap kau eh!"Aku tunjuk penumbuk dekat Acap.Acap gelak-gelak.
"Owh,kau sekelas dengan Acap?"
Oops.Aku kejung kejap.
Adakah dia sedang bercakap dengan aku?
Aku pandang depan. "Kau cakap dengan aku ke?"Aku tanya balik,mana lah tahu kan.Nanti perasan pulak.
"Ha,kau sekelas dengan Acap eh?"
"Aah,sekelas."Aku jawab.
"Mak!"
"Mak!"
Diorang panggil-panggil aku.Afiq pandang diorang pelik.Bencilah aku....
Tolonglah hilangkan aku dari BT ni.
"Kenapa tu?"Dia tanya.
"Entah,tak betul la tu."Aku jawab selamba sambil sambung semula buat soalan.
Dia pun sambung buat kerja.
"Dibo,aku dah siap!"Aku cakap dekat Dibo.
"Siap dah?"Diba tanya.
Aku angguk.Dia dekatkan bibir dia dekat telinga aku. "Ni nak tunjuk pandai lah ni depan dia?"
Aku pukul bahu Diba.
"Tak kuasa aku lah,Dah soalan senang,naming je pun."Aku bengang.
Aku duduk je termenung tengok kertas aku.
"Mak!"Meja sebelah panggil.
"Apa?"
"Termenung nampak,tahulah bahagia.Siap dah ke?"
"Dah la.See the leg lah."Aku riak kejap.
"Eleh,inspirasi depan mata kan..."
Duh!
"Kau.."Aku tak habis cakap Afiq dah menyampuk dulu.
"Weh,nama kau apa eh?"
"Nama aku?"Aku tiba-tiba lupa nama aku.Aku jadi gagap kejap.Nama aku...er..aku jeling tepi,diorang semua tengah pandang aku dengan senyum.Aku pedulikan.
"Ha,nama kau?"
"Zulaika."Aku tak tahulah rupa muka aku macam mana.Tapi satu benda yang aku benci dengan diri aku sendiri,apa yang aku rasa jelas dekat muka.Aku langsung tak boleh nak tipu.Senang sangat nak baca air muka aku.I hate it so much.
"Zulaika?Panggil apa?Aku panggil Zu boleh?"
That it is!
Memang aku tak boleh nak suruk sengih aku.Bahagia tu...macam ada taman rama-rama campur kelip-kelip sekali dalam hati ni.
"Ha?Zu?"
Aku pandang sebelah,Diba tekup mulut dia dengan tudung,tahan gelak.
"Zu?Yuck!"Diba bisik,tapi aku boleh dengar.
Kalau ikut hati gatal aku,boleh je aku cakap panggil je aku Zu.Tapi ikut akal waras ni,aku pun cakap yang sebaliknya.
"Eh,tak payah,panggil aku Leyka je."
Diba dah mengekek dekat sebelah.Aku cepuk dia,tapi mata pandang dia lagi.
"Leyka?"
"Aah,Leyka."
"Okay,Leyka eh.."Lepas tu dia tanya Diba nama dia apa.
"Panggil aku Diba je."Afiq dengan Faiz angguk.
Lepas tu,aku angkat muka,meja depan tengah berpeluk tubuh sambil angkat kening,senyum?Memang tak hilang.
Meja sebelah,dua kali lima.
Aku buat muka,merayu dalam diam,tolonglah...jangan buat aku macam ni,please?
Dan mereka pun behave untuk seketika,sehingga kelas tamat.Aku bukak group kelas.Ceh!
Ada gambar aku tengah senyum sambil cakap dengan Afiq.
Susah betul ada paparazzi ni.
Dan malam itu teruk aku kena bahan sepanjang perjalanan pulang dengan panggilan baru mereka terhadap ku,Zu.
Tak lupa juga anak-anak kesayangan yang tidak terlibat dengan i-care sanggp datang bilik aku semata-mata nak dengar apa yang terjadi sebentar sahaja tadi.
Supportive kan mereka?
Urgh!
Tu kisah malam pertama ada i-care,malam kedua iaitu dua minggu selepas itu,hampir sama je.
Kedudukan kami still sama.
Cuma minggu ni aku taka da lah macam minggu lepas punya debo tu.Biasa-biasa je.Member-member aku?
Macam itulah jugak rupanya.
Menganjing dan mengusik tak sudah.
Tak berubah pun meski beribu kali aku merayu.
Dan minggu kali ini aku banyak sikit bercakap dengan Afiq dan Faiz sebab Dinie Murfiqah ajar Diba.
Itupun mata masing-masing semua pandang aku semacam.Aku mengajar lah.Bukan menggatal!
Begitulah untuk i-care yang seterusnya.Sebenarnya,aku nak sangat follow Si Afiq tu dekat Instagram,tapi,lepas dengar cerita Hajar,terus aku fobia.
Nak tahu tak apa?
Hajar follow dia,dan Afiq follow back.Hajar pun seperti tak percaya.Sebab kiranya Si Afiq tu macam hot stuff la kat KMPh ni.
Lepas tu,esokya Hajar check semula,Afiq unfollow dia.
Pergh....
Kau rasa?Dan bila Hajar stalk following Afiq,semua perempuan cantik-cantik.Deep tahu!
Aku pun mengambil iktibar dari Hajar,tidak lah follow dia.Tapi lepas malam tu,aku cuba sekali lagi dengan harapan aku akan berjaya.
Aku tekan follow.
Guess what?
Alhamdulillah..dia follow back.Apa sedih sangat kan hidup aku? Pathetic!
Tapi,ada satu hari tu,aku happy dari pagi,happy gila-gila.Tak tahu kenapa,tapi yang penting bukan sebab dia kea pa.Just having a good vibe.
Tapi petang tu,aku scroll Instagram.Tiba-tiba nampak post Afiq.Smart gambar dia.
Lepas tu aku baca komen dekat bawah tu,ada Alana komen.Aku pun stalk Alana.
Stalk punya stalk,lepas satu-satu aku tengok gambar Alana.Cantiknya...
Sumpah cantik.
Tiba-tiba satu rasa hadir dalam hati...cewah!
Serious,aku pandang siling,tengok kipas berpusing.Mata aku berair.Aku menangis.
Alana cantik,aku?Buruk!
Alana kurus,aku?Gemuk!
Sepadan lah dia dengan Afiq..Waaaaaa
Dan aku pun menangis.Alahai...bodoh la.Hahahaha.
Dan aku meroyan dekat twitter,tweet yang bukan-bukan.Sampai semua orang tanya apa kena dengan aku.
Dan aku bertekad,aku akan move on!
Ya,biar lantak lah Afiq tu.Suka dia selama ni pun bukan dia tahu pun!Buang masa aku je.Stalk dia bagai,habisnya data aku.Dia?Sikit pun tak tahu.
Esoknya,aku cakap dengan diorang,jangan kaitkan aku dengan Afiq lagi dah.Jangan!
Aku cakap aku nak move on.
LOL,childish sangat.
Tapi...
Bila aku cakap nak move on tu lah muka pertama yang aku nampak pagi-pagi hari tu muka dia!
Hajar dengan Tirah dah gelak setiap kali aku kata nak move on,benda macam ni jadi.
Ada sekali tu,memang dah tekad bulat-bulat dah ni.Petang tu pergi cubic.Cubic math.Lepas tu aku tengok ada geng-geng modul 2 dekat situ.Alah!Allergik betul lah..
Ada Afiq,Faiz,Irsyad.
Kitorang semua macam berkira-kira,nak pergi ke tak cubic math.Lepas tu,baru ingat nak balik,tiba-tiba Afiq lalu sebelah aku.Dia berhenti,senyum dia memang lebar lah.
Aku pandang dia.
"Leyka,okay tak?"
And I was like...terpinga-pinga.
"Ha?"
"Kau okay tak?"Dia angkat ibu jari dia depan muka aku.
Dah kenapa?Aku jatuh ke?
"Okay?"
"Ha,kau okay tak?"
Aku pandang muka Hajar,Tirah dengan Diba.Diorang pun pelik dengan mamat tu.
"Okay je.Elok je aku."Aku cakap.
"Okay,bye."Dia senyum lepas tu tunjuk thumbs up dekat aku sebelum keluar cubic.
Aku dah kejung dekat situ.
"Kenapa dengan kau mak?"Tirah tanya.
"Mana lah aku tahu?Tetiba okay."Aku lagi pening.
"Dia tak bagi kau move on lah tu mak."
Hahaha.Yelah,dari pagi aku bad mood sebab nak move on kan.Betapa bangang nya sang diri ini.
Lepas tu balik dari cubic tu aku bukak telefon.
Mira send gambar Afiq dating dengan makwe baru dia dekat group kelas.
Caption dia : Mak tengok apa bapak buat ni!
Aku send emoji juling mata ke atas.Makwe baru?Alana mana?
Memang nak suruh aku move on betul ni.
Aku tunjuk gambar tu dekat Diba,Hajar dengan Tirah.
"Ya Allah mak!"
"Kenapa?"
"Patutlah dia tanya kau okay tadi...."
"Apasal?"
"Dia tanya kau okay ke tak kalau dia nak cari bini baru.Dah kau kata okay,see,dia dah cari baru.Kau lah ni!Sapa suruh cakap okay!"
Aku gelak sungguh-sungguh.Hahahahaha
Logik lah!
Aah kan?Ye lah tu...dia mintak izin.Aku tak boleh nak marah dia.
Salah aku jugak cakap okay tadi.Lol!
So,kesimpulannya,tak payah lah ada crush.Buang masa.Tak terasa bodoh ke suka dia dalam diam tanpa hala tuju?Tak tahu lah korang,tapi aku terasa sangat bodoh.Menyesal gila.Malu pun iya.
And by now,baru aku faham..
Having a crush really crushed my heart.Crush simply means that he will crush your feels?
So this is my story about crush.
So childish.
Tak sangka akhirnya aku akan terjebak jugak dengan mainan perasaan ni.Takpelah..merasa jugak.
The End of Crush Story.
p/s : Makwe baru dia tu lagi cantik dari Alana.
p/s :ingat aku kisah?Aku lagi lawa!Screw every beautiful girl cause I can be very beauty if I want....saja je tak nak(ayat orang tak sedar diri, hahaha)
Please Look At Me by RizuKwon
Aku curi-curi pandang dia
Dia yang membuatkan jantung ku berdebar saat melihat dia
Dia yang membuatkan aku tidak mahu berhenti dari memandang keindahannya.
Senyumnya,
Tawanya,
Bicaranya,
Lunak kedengaran di telinga.
Bahagianya rasa.
Tercabut rasanya jantung ini,
Saat kami bertentang mata untuk seketika
Sayangnya,aku alihkan mataku lebih cepat dari yang disangka.
Aku takut dia tahu,
Aku jatuh cinta padanya.
Kerana rasa ini tidak seharusnya ada
Kerana rasa cinta ini tidak harusnya dimiliki.
Walaupun aku tahu realiti menghempap aku
Walaupun aku tahu dia bukan milikku
Aku tetap cemburu
Cemburu saat dia senyum bukan untuk aku
Cemburu saat dia ketawa bukan bersamaku
Cemburu saat dia bersama yang lain
Dan itu bukan aku
Dalam diam
Aku berharap dia pandang aku
Dalam diam
Aku juga harap dia juga turut melihatku ssembunyi-sembunyi,
Tanpa aku sedar hal itu
Syangnya,ia sukar untuk terjadi walhal dalam mimpi pun..
Taoi,
Untuk sekali sahaja,
Tolong pandang aku.
Dipetik dari : RAMBLE JOT BY RIZUKWON (She is a fantastic writer of fanfic,sue me!)
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top