Bab 14 : The Babs Final

"Nak rehearsal ke?" Aku tanya Diba, Kinah dengan Nani masa dalam perjalanan balik nak ke blok.

"Rehearsal lah sekali lagi esok sebelum pergi. Takut la weh." Dia orang dah menggelupur macam apa je.

"Jangan lah, hisy, relaks je, be yourself. Insya-Allah ramai je orang yang gelak." Aku bagi nasihat entah buat kali yang ke berapa pun aku tak tahu.

"Macam mana kalau hambar?" Kali ni dari Nani. "Mak, weh Diba, Kinah, aku mintak maaf tau kalau esok aku tak boleh conduct kat atas pentas tu. Sorry awal-awal ni." Nani jalan sambil pandang muka kita orang.

Aku mengeluh kuat. Haila, haila....

"Kau ni Nani, cakap macam tu, aku pulak yang berdebar." Kinah cakap dengan muka yang sangat cuak.

See?

Semua orang dah cuak. Hei, geramnya aku!

"Apa benda kau orang ni? Kalau tak jadi, tak apa lah, tak jadi sama-sama, malu pun sama-sama dekat atas tu, kalau jadi, kita bangga sama-sama. Bukannya sorang. Yang penting kenangan kan? Kalau hambar, memori pahit, kalau jadi, sweet memory ever gituh. At least we have something to remember apa?" Aku panjang lebar bagi tazkirah.

Dah semua cari tangan aku.

"Aah kan Mak...." Kinah dengan Nani bersetuju.

"Ya betul monster! Setuju!" Diba genggam tangan sendiri.

Aku senyum perlahan. Nampak dah tu keazaman masing-masing yang tengah mencanaktinggi.
Kalau lah ada effect CGI ni, lama dah mata masing-masing keluar api.

Ini lah kerjanya, naik semangat turun semangat. Japgi yakin, balik bilik masing-masing duduk termenung pandang kipas, dah tak yakin semula.

Bila tak yakin tu nanti, aku lah yang dicarinya. Tu tak kira Babs Jantan lagi, si Faris tu, Si Din... Si Zamir. Setakat ni Wak Man je yang confident level dia tak pernah-pernah turun.

Hahaha!

Siapakah Wak Man? Siapa lagi kalau bukan Loqman Ariffin! Loq tak gemuk, dia juga tak sado, kecik je orangnya. Kalau berdiri sebelah aku, aku lagi tinggi kot.

Dia ni kalau nak aku perihalkan, memang bagus orangnya. Dia punya confident level, memang tip top. Paling aku suka kalau dia buat presentation dalam kelas.

Betul ke, salah ke, main bedal je. Ada sekali tu, masa semester 3 tak silap aku, dia present tajuk Hybrid, biologi. Pasal lembu, Hereford and Aberdeen Angus, lembu kacuk untuk susu dan daging.

"Dua-dua lembu ni, jenis ni, tahu tak kenapa dia kacuk kan? Sebab nak penuhi keperluan domestik." Kata Loq di hadapan.

Kita orang dah tersengih-sengih.

"Keperluan domestik tu gapo?" Annur tanya.

Muka Loq? Terpinga-pinga. Sah dia tak tahu. Tapi... dia tak senyap, tak, dia senyum, dan buka mulut.

"Domestik tu macam local, lembu ni kan lembu oversea kan? So dia ambik bawak balik hybrid dengan lembu local, so nanti lembu kita ni sama lah dengan lembu dia orang, banyak daging, banyak susu."

Nampak keyakinan dia tahap apa? Kepala lutut dia domestik tu local! Loq... Loq....

Maka dengan keyakinan dia yang diragui pernah turun tu, The Babs sebulat badan lagi suara setuju nak ajak Loq jadi pengacara bersama dengan Nani.

"Monster...." Diba panggil aku.

"Kenapa?"

"Takut...."

Urgh! Aku terus jalan pecut tinggalkan dia orang.

* * *

"Weh, aku takut...." Aku pulak yang berkata-kata sekarang. Hari ini hari Sabtu, pukul 3 petang. Persembahannya malam ini.

Aku sumpah, ini lah pertama kali aku naik pentas dalam hidup aku dua tahun dekat matrikulasi ni.

Nampak tak bertapa noob nya aku.

Sekali naik bukan biasa-biasa, pentas dewan Gambang Resort kau!

Depan pengarah... depan orang-orang besar HEP... DEPAN PENSYARAH-PENSYARAH.

"Tak apa Mak, we do it for fun kan?" Kali ni dia orang pulak yang tenang kan aku.

"Hope so...."

Kita orang berkumpul dulu dekat BT sebab Faris nak ajak rehearsal. Takut sangat dia tapi masalah sekarang... mana Wak Man dengan Din?!

Geram je aku nak luku sorang-sorang. Akhir dah ni tak muncul-muncul.

Sampai sudah dia orang tak datang BT. Kita orang pun bergerak lah ke padang kawad depan astaka tu, sebab bas tunggu dekat situ.

Masing-masing semua bawak baju. Aku tengok pun dah insecure. Lawa-lawa!

Nampaknya aku lah manusia yang selamanya kentang malam ni.

Kita orang naik bas. Rasa special sangat sebab bas yang pertama ni khas untuk budak-budak persembahan, budak Majlis Tertinggi, segala jenis exco, senang cerita orang penting lah.

Orang penting gitu....

Sampai sana, terus check in bilik. Satu kelas kongsi satu bilik.

Lepas tu, dia orang panggil rehearsal dekat dewan. Aku gelabah dah.

Sambil jalan tu aku, Diba, Nani dah menggelupur. Kinah, entah tak tahu mana dia hilang.

"Kat mana dia orang nak jumpa kita ni?"

"Zamir kata dekat G." Kita orang tunggu depan lif.

Masuk dalam tu, semua pakat jakun.

"At last, dapat jugak naik lift." Diba seronok. Jangan salah faham, dekat matrik ada lift, tapi kedekut, hanya untuk pensyarah dan staf. Tak adil sangat!

"Tahu tak apa, tengok? Tak bagi naik lift makmal, aku naik lift Gambang resort. Ambik lah lift besi makmal tu, aku ada lift kayu ni." Nani mencetuskan sentimen perkauman.

Lift terbukak.

What the heck? Ini parking! Kita orang keluar cari mana tahu nampak Zamir ke, Faris ke, Din ke tapi tak ada.

Berlari semua masuk lift balik.

"Mana dia orang?"

"Entah."

"Ni nak tekan tingkat berapa ni?" Aku tanya.

"Cuba tekan 1." Aku tekan, apa lagi?

Sampai tingkat satu, keluar. Pun sama....

"Mana hala dah kita ni?" Masing-masing bersungut. Masuk semula.

"Apa kata buat dep?" Auni ajak.

Dah pulak semua bersilang tangan macam power rangers depan lift punya pintu.

Ting!

Pintu terbukak, tapi sayang salah tingkat. Tutup.

"Cepat, kali ni betul punya...."

Aku pun ikut jelah.

Ting!

Pintu terbukak ada orang depan pintu, apa lagi? Pandang pelik lah cerita dia. Lol! Terus keluar masing-masing tahan gelak.

Gila punya kawan!

* * *

Malam yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Malam yang buatkan hidup kami berlapan sengsara selama seminggu.

Malam sebelum tidur fikir, makan fikir....

Inilah malam penentuan perjudian aku untuk mencipta memori. Pahitkah? Atau manis?

Pergh ayat, karangan BM tingkatan lima. Gitu....

Aku tak siap lagi nak bersiap ni, bilik dah macam hutan, perempuan bersiap kan?

Orang ni nak bedak tebal gini, orang ni nak ketip bulu mata, orang ni nak pusing shawl gaya itu, orang ni baju dia tak cukup itu... perempuan....

Ya, aku perempuan, tapi aku sendiri pun tak faham perempuan dan obsesnya pada kecantikan.

Sebelum sampai sini, macam-macam aku berangan. Nak mekap tebal lah, nak buat shawl gaya itu lah tapi sebab kalut, balik bilik pun pukul 7 lebih, lepas tu nak keluar lagi pergi dewan pukul 7.45, terus tak jadi.

Pakai lipstick, tudung gaya instant.

Done!

Lagi satu sebab anak-anak jantan aku ni dah bising, call sana sini mintak baju. Mak-mak sangat kan?

Nak pergi dinner, bawak baju tak bergosok. Lepas tu buat muka mintak tolong aku gosok. Nasib ada Tilah, kalau tak pakai lah baju renyuk malam ni.

"Siapa nak hantar baju diorang ni?" Tilah tanya. Semua orang tak siap lagi.

"Aku, jap, aku nak pakai tudung." Cepat-cepat aku kemas kan tudung. Dah siap, aku capai baju dia orang, empat helai.

Loq, Din, Zamir dengan Faris.

Budak-budak satu batch semua pandang pelik dekat aku. Bawak kemeja lelaki tu....

Lantak lah, anak aku!

Sampai lobi, aku nampak Zamir.

"Thank you mak!" Zamir terus masuk lift bawak baju dia. Kalut lah tu nak bersiap.

Aku pun terus menuju ke dewan, berseorangan. Member yang lain? Masih cuba dan berusaha menjadi cantik mungkin?

Masuk dewan, aku duduk meja tengah-tengah, tak jauh, tak dekat sangat dengan VIP.

Duduk punya duduk, tiba-tiba bunyi muzik,VIP dah sampai!

Gila awal?

Mana janji Melayu? Awal gila, dewan pun tak penuh lagi. Cepat-cepat aku mesej dia orang suruh cepat. Segan gila dewan kosong, tapi VIP dah sampai.

Aku tengok VIP, aku telan air liur. Tahu ada siapa? Ada KJ (Ketua Jabatan) dekat situ.

"Monster, ada orang tak dekat sini?" Diba tepuk bahu aku.

"Takde, duduk lah."Diba pun duduk. Una, Tilah, Tirah dengan Hajar pun duduk semeja dengan aku.

"Dibo, Dibo... tengok tu...." Aku tunjuk KJ.

"Kenapa?" Diba tengok mana tangan aku pergi.

"Tulah KJ, Dibo... matilah aku Dibo... matilah aku...." Aku menggelupur sorang.

Dibo nampak je KJ terus mengekek gelak. Tirah pun.

"Habislah kau Monster... padan muka!"

Cis, tak membantu langsung!

"Weh, takkanlah nak kena buat persembahan depan dia?" Aku nak menangis dah. Malu.

Diba dengan yang lain dah gelak beriya.

"Tulah kau, siapa suruh cari pasal? Orang niat jahat, balasan dia macam gini lah!" Diba tunjuk-tunjuk aku sambil bercakap.

Tiba-tiba, KJ pandang aku. Mulanya dia nak pandang tempat lain, tapi mata dia nampak aku, terus dia tak alih dah.

Berderau rasa darah naik ke muka. Aku pura-pura macam tak nampak dia tapi bila aku jeling, dia tengah pandang aku, sambil tersengih!

Waaa!

"Dibo dia pandang aku, dia pandang aku, Dibo matilah aku, matilah aku, habislah...." Aku genggam lengan Diba kuat-kuat.

"Padan muka!" Itu dari Diba.

KJ masih pandang aku dengan senyum dia.

Tak boleh lari dah ni, aku pun sengih semula, anggukkan sikit kepala aku, sambil tangan aku cantum kan, mohon maaf dari jauh. Aku nampak KJ gelak. Aku pun lebarkan lagi sengih aku.

Sah!

Sah!

Dia ingat.

Nak tahu kenapa aku cuak sangat?

Semalam, Diba ni lah, nak terkencing lah, nak pergi tandas la apa lah. Aku suruh dia tahan, sebab tandas jauh. Dia penuh bangga cakap dia tahu kat mana tandas yang dekat dengan cubic.

Makanya dia pun bawak lah aku ke tandas itu. Tersorok, belakang cubic. Sepanjang hidup aku, inilah pertama kali aku jumpa tandas ni. Cantik!

Diba masuk dalam, aku duduk luar. Sebab dia lambat sangat, aku ajak Tirah duduk tepi dinding. Niat aku nak terkejut kan dia, nak sergah.

Mulanya aku berdiri, tapi sebab nampak muka aku dekat cermin tingkap, aku pun mencangkung dekat tepi pintu tandas tu.

Tunggu punya tunggu, Si Dibo ni tak keluar-keluar buatkan aku sempat termenung.

Tiba-tiba....

Seseorang melintas di sebelah aku tanpa sebarang amaran. Aku di luar kawalan sedar, terus menjerit menggunakan suara dalam aku seperti hendak menyergah kera di atas pokok.

"Hah!" Dengan tangan-tangan sekali bergerak mengikut emosi.

Insan yang aku sergah itu lalu melompat kecil kerana terkejut, tidak menyangka mungkin ada seseorang mencangkung di sebalik dinding.

Lantas muka ku diangkat, aku lihat dia, tidak lain tidak bukan, KJ. Malu tu, subhanallah, hanya Allah je yang tahu.

"Awak buat apa dekat sini? Terkejut saya." Kata dia dengan senyum, terhibur mungkin?

"Er, saya, saya tunggu kawan." Shit!

Tak guna punya Diba,kau buat apa dekat dalam tu?!

"Hailah, macam-macam...," dan KJ pun berlalu begitu sahaja.

Dan Tirah di sebelah aku dah gelak macam manusia tak cukup nafas sampai terduduk atas lantai.

Malunya! Sergah KJ kau! Hari last kuliah aku buat gempak sergah KJ, orang ketiga paling berkuasa selepas Pengarah dan TP. Bukan calang-calang orang! Nasib KJ baik hati, kalau tak, free kena marah.Kalau pengarah?

Tu lah cerita dia.

Epic bukan?

* * *

"Mak, aku nak muntah." Itu dari Faris. Muka dia?

Stern, stoic.

Din dah berpeluh tahap gaban. Mencarut-carut dari tadi ,zikir dia nak hilangkan nervous. Marah tak sudah dengan aku yang cetuskan idea. Biarlah... ingat aku kisah?

Diba? Dari tadi berulang ke tandas. Nervous teruk.

Aku? Tak selera aku tengok makanan ni. Semua tak kena.

Zamir? Tak ada reaksi muka sejak setengah jam yang lalu.

Nani, gelabah tak sudah.

Wak Man? Juga stern mukanya sejak setengah jam yang lalu.

Kinah? Menggelupur.

Senang cerita, semua berdebar tahap gaban!

Syafiq datang dekat kita orang,cakap boleh standby dah. Waaaa!

Kita orang pun pergi lah.

Tangan aku dah sejuk macam ais.

Semua orang nervous.

"Aku takut weh, takut orang tak gelak." Faris punya kerisauan.

"Gelak punya, don't worry, tengok kita pun dia orang dah gelak." Aku beri semangat.

Semua mundar-mandir. Lampu dewan dah gelap. Bila bukak je lampu, persembahan akan bermula.

"Guys, cheers okay, happy-happy je atas tu, kalau salah ke apa ke, bedal je, we do it for memory okay?" Aku bagi last speech.

Lampu pun menyala....

Nani dan Loq berpandangan.

Here we are.

"Good luck Nani! Good luck Wak Man!"

"Mempersembahkan... hos anda! Nani dan Wak Man!"

~~Because you know I'm bout that base~~

Dan malam tu, siapa sangka, kita orang semua berdiri dengan penuh yakin, buat persembahan.

Kenangan yang paling tak boleh lupa, bila semua orang gelak berdekah-dekah dengan lawak kita orang.

Sumpah lega.

Bila siap buat talk show, lampu dewan tiba-tiba gelap. Yang menyala cuma lampu pentas yang malap.

Lagu Memori Tercipta bergema dekat seluruh dewan, kawan-kawan sekelas aku semua naik atas pentas tanpa disangka, audience dekat bawah pasang flashlight dekat telefon.

Menyanyi sama-sama.

Air mata aku keluar.

Cliché.

Tapi memori tetap memori.

And here we are, standing together, just for a memory that we can tell to someone, in the future.... 

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top