Bab 13 : The Babs Show
Aku masuk dalam BT25 ,kosong. Kelas B tak keluar lagi lah ni. Aku cari tempat paling belakang. Senang nak main telefon atau berangan.
Apa?
Jangan salah faham, sekarang ni aku tengah bercakap tentang kelas tutorial BI. Kelas BI adalah kelas yang paling heaven sebab Miss Firdaus sangat baik lagi memahami.
Kalau tak ada kerja yang melibatkan aku atau sesiapa, senang-senang je dia bagi keluar dari kelas.
Janji tanda tangan kehadiran.
Tapi masuk dalam kes aku, aku tak suka keluar, aku suka duduk je dalam kelas dan main telefon sambil-sambil dengar orang kena marah dan jerit. Hiburan aku. Haha.
"Mak!" Aku dengar orang seru nama aku. Aku toleh kiri. Ada Faris. Seriusnya muka Baymax ni.
"Ha, kenapa?"
"Mak, menda ni dah jadi makin serius Mak." Faris dah berdiri pun sebelah aku.Aku terpaksa dongak tinggi nak tengok muka dia. Apa yang serius sangat sampai tak sempat nak letak beg dulu terus terkam aku.
"Apasal kau?"
"Mak, kita memang kena buat betul-betul Mak. Modul tiga tarik diri semata-mata nak bagi kita perform." Zamir dah pun berdiri sebelah Faris. Dua-dua muka cuak.
Melebih kan kita orang?
"Ha?" Aku memang terkejut gila babi. "Serius lah wei?" Aku telan air liur, kering pulak tekak aku tiba-tiba.
"Ya lah. Kita memang kena all out lah. Tak boleh main-main dah."
"Yelah, memang lah kena buat betul-betul. Main-main buat apa?" Aku cakap perlahan.
"Kenapa ni Monster?" Diba entah datang dari mana dah pun tarik kerusi duduk sebelah aku.
"Pasal persembahan tu lah." Aku cakap semula.
"Ha, kenapa dengan persembahan tu?" Diba angkat kening.
"Kan aku kata malam tadi yang kita just ada dua persembahan kan? Modul tiga tu dah tarik diri sebab nak bagi kita buat persembahan." Aku cerita satu-satu.
"Ha! Weh, macam mana ni .... " Diba dah gelabah tak tentu pasal.
"Kita nak buat apa ni Mak? Berlakon pun nak buat cerita pasal apa? Skrip?" Zamir utarakan soalan yang buatkan aku kecut perut.
"Pasal skrip, jangan risau, Nani!" Aku jerit panggil Nani.
"Mende orang tua?" Nani sahut. Dia datang dekat aku. "Huisy, semua badan besar ni, takut pulak aku." Dia bercekak pinggang sambil tengok kita orang satu-persatu dengan senyum jahat dia. Nak nganjing lah tu.
"Tolong aku?"
"Tolong apa?" Tak payah bersuruh dia tarik kerusi duduk dekat kita orang, buat bulatan.
Miss Firdaus dekat depan tengah buat consultation untuk paper UK baru ni, kami dekat belakang sedap la buat mesyuarat.
"Tolong buat skrip untuk kita orang?" Aku mintak sambil buat muka paling comel.
"Berlakon? Siapa?" Dia tengok muka kita orang sebelum gelak berdekah-dekah. Sabar je lah ada member macam ni.
"Nani!" Faris sergah dia guna suara jantan, barulah dia berhenti gelak. Lepas tu Nani serius. "Okay, kau orang nak buat cerita pasal apa? Tapi sebelum tu, bila korang nak berlakon nya?"
Kitorang pun ulang lah semula cerita dari mula sampai habis, sampai lah Nani faham cerita yang sebenar.
"Tak apa, don't worry, Nani Lawa ada!" Semua buat muka mnyampah.Riak tak sudah!
Bincang punya bincang, tiba-tiba dengar Miss Firdaus panggil nama aku.
"Zulaika, come here."
Okay, aku punya kertas dah sampai turn.
"Korang bincang je tau."
Aku pun pergi lah dekat Miss Firdaus, kena marah sana sini sikit sebab main taram je buat summary, lepas tu dah siap!
Sekejap je. Bila sampai balik dekat Babs, diorang semua tersengih-segih.
"Mak, tukar plan Mak, tukar plan." Itu kata Nani.
"Tukar plan apa?" Aku tak sempat duduk lagi dia orang dah tarik aku supaya duduk.
"Kita tak jadi berlakon Mak, kita buat benda lain." Penuh semangat sangat aku tengok Si Nani ni.
"Benda lain? Maksudnya? Nyanyi? Aku tak nak nyanyi."
"Bukan, lain dari lain." Aku pandang Babs yang lain, Zamir, Faris, Diba dengan Din dah sengih-sengih.
"Lain apa?"
"Kita buat talk show! Confirm rare!" Nani siap petik jari lagi. Wait, don't get it.
"Talk show?"
"Haah, korang kan ramai, so apa kata kita buat korang ni even gemuk jadi somebody walaupun kena kutuk kena hina, at the end of the day korang ni jadi someone yang berjaya. Badan besar, kerjaya besar, jiwa pun besar! Hahahaha!"
Nani gelak besar sambil mendepang tangan.
Aku mula senyum.
Aah!
Bloody brilliant!
"Okay tak Mak?"
"Okay!" Aku setuju.
"Serius lah, aku bagi je idea, kalau rasa tak best cakap je lah." Nani buat ayat sedih.
"Eh, serius okay, tak payah menari, menyanyi, duduk je, and then cakap, senang lah. Aku okay!"
Aku tengok yang lain. "Korang okay tak? Dinosour?"
"Aku okay, tak kisah." Kata Diba.
"Okay, sekarang, cuba kita fikir, korang nak jadi apa? Benda yang lawak, yang orang fikir mustahil untuk orang gemuk buat?" Aju Nani semula.
"Maksudnya, aku kena jadi menda yang macam impossible lah orang gemuk boleh buat?" Tanya Zamir.
"Aah, baru lah menda tu lawak, kau jadi pelari pecut ke, penyelam negara ke?"
Aku dah mengekek gelak.
Gemuk belaka nak jadi penyelam? Memang tak timbul dah rasanya.
"Oooo, ha sekarang ni fikir dulu korang nak jadi apa, nanti kita bincang baik semula. So kerja korang sekarang, fikir nak jadi apa, yang penting lawak, dan fikir la jugak kisah macam mana korang boleh berjaya. Buat lah kena hina ke, kena maki, kena seret ke apa ke, suka hati lah yang penting,lawak!" Aku bagi arahan.
"Okay, bereh Mak." Yang lain dah setuju.
"Monster,aku takut lah." Diba dah tarik dan goncang tangan aku.
"Takut apa weh?"
"Aku takut lah. Boleh tak aku nak tarik diri?"
Aku pandang dia tajam. "Tarik diri? Kau nampak ni apa?" Aku tunjuk penumbuk dekat dia.
"Weh, aku takut lah, macam mana ni? Aku nak jadi apa weh? Tak ada idea." Diba goyangkan lagi lengan aku.
"Lek ah, kalau kau takut aku takut gak. Boleh punya, confident la." Aku bagi nasihat dekat Diba.
"Boleh lah Diba, kalau kau takut, aku pun takut gak." Faris bagi kata-kata semangat pulak.
"Tahu takpe." Aku tepuk lengan dia.
"Aku tak pernah naik pentas." Kata Diba.
"Ya Allah, siapa je pernah naik pentas?" Faris macam nak marah. Hahaha.
"Buat je, boleh punya, kalau kita buat betul-betul, insya-Allah jadi. Yang penting yakin yang kau boleh buat. As long as you okay and confident, bereh punya."
"Yeke?"
"Iya ... alah, malam tu, kita chill je, enjoy. Have fun, loose our self. Last dah kan?"
Diba macam terpujuk.
"Boleh lah Diba, chayok! Kalau ada yang mengata kau, meh biar aku pukul dia." Nani pulak nyampuk.
"Thank you Nani."
Nani genggam tangan dia. Aku senyum. Sweet la dia orang ni.
"Tapikan Mak, kalau nak buat talk show ni, kena ada pengacara. Kau kena cari someone yang banyak cakap, spontan. Boleh control stage." Nani cakap sambil garu-garu dagu, konon berfikir.
"Kau lah!" Serentak, kita orang cakap.
Zamir dah gelak dulu bila Nani terkedu.
"Aku?" Nani tunjuk diri sendiri.
"Kau lah, tak boleh ke? Jom lah Nani ...." Aku dayukan suara.
"Er ...."
"Jomlah Nani ...." Faris pulak ajak sekali dengan Zamir.
"Nantilah aku fikir-fikirkan." Nani larikan diri.
Kita orang sengih antara satu sama lain.
"Dah, jangan risau, mesti dia nak punya." Aku tenangkan keadaan.
* * *
"Dah fikir nak jadi apa?"
Semua angguk.
"Kau nak jadi apa?" Aku soal Faris.
"Pereka tari antarabangsa." Badan dia bergerak-gerak menari.
Buhahahahahaha. Mengekek kita orang gelak.
"Kau?" Aku soal Diba.
"Pereka fesyen, boleh tak?" Diba soal, cuak je muka dia.
"Boleh je."
"Tapi ...."
"Tapi apa Dinosaur?"
"Aku takut la weh, kalau tak lawak."
Aku mengeluh. Letih nak dengar ayat yang sama. Berapa ribu kali aku nak ulang ayat yang sama pun tak tahu lah.
"Dibo, lawak tak lawak tu belakang kira, banyak jelah boleh buat lawak guna watak pereka fesyen tu."
"Yeke?"
"Iya!" Aku buat muka.
"Kau Mak, jadi apa?" Dia orang soal aku.
"Penulis kot?" Tipikal.
Okay ... masing-masing angguk.
"Dah la, jom rehearsal." Nani panggil semua orang supaya berkumpul. Hari tu tak ada kelas, Miss Firdaus MC, makanya kami Babs berkumpul untuk berlatih.
Risau ni, hari ni dah Rabu, satu habuk pun tak nampak lagi bayang persembahan kita orang. Nak buat persembahannya malam Sabtu, tak ke gila?
Kita orang pun bincang lah macam mana nak start talkshow. Lepas hampir setengah jam yang sangat lawak dan menyenakkan perut, kami pun bersetuju untuk masuk dengan lagu dari Meghan Trainor, Bout That Bass, khas untuk orang gemuk.
Lepas tu menari sikit.
"Menari lah sikit." Nani jerit bila masuk tu semua orang macam pelampung keras. Awkward, kejung.
Aku apa lagi, dah orang suruh, goyang!
"Dah, dah, lebih-lebih pulak bulat-bulat ni." Dia bercekak pinggang.
"Okay, sila lah duduk. Huisy, tadi rasa macam kosong je depan ni, tiba-tiba penuh pulak." Dia mengomel perlahan. Kita orang yang dengar ni pandang dia semacam.
"Eh, sorry! Maaf!" Nani acah bersalah lepas tu gelak.
"Ha, cepat!"
"Okay, kita bersama dalam Jangan Mengata Talkshow!"
Kami tepuk kuat-kuat sampai gatal tangan, lupa kelas sebelah ada tuto.
"Hari ni kita bersama dengan beberapa orang insan sado-sado belaka, kacak, handsome, cantik!" Aku tepuk lagi. Ni spontan, padahal tak pernah lagi berlatih.
Semua yang lalu dekat kordor luar semua pandang kita orang.
Yelah duduk line up macam berforum dalam kelas kosong, tak ada penonton, dah la badan masing-masing, urm ....
"Kita nak lah berkenalan dengan yang di hujung sana, cantik sangat. Mungkin ramai yang tak kenal, tapi tahu kot dia siapa. Tak lain tak bukan, Ell Rahim! Penulis novel nombor satu Malaysia!"
Aku membongak lah apa lagi?
Bangun, lambai-lambai lepas tu duduk semula.
"Cat walk Mak, cat walk!" Din dengan Faris menganjing. Kurang asam betul. Aku abaikan mereka dan kembali fokus pada Nani.
"Terima kasih ... aku nak panggil kau apa?"
"Sajat ... Nani Sajat." Nani jawab.
Hahaha.
"Nani Sajat? Najat la weh?"
"Ha, boleh, Najat pun Najat lah."
Aku cover ayu semula, in character lah katakan.
"Terima kasih Najat."
"Okay, malas nak buang masa, saya nak straight to the point je sekarang ni sebab banyak sangat dari tadi saya nampak main telefonnya Ell ni, busy ke?"
Aku sengih. "Aah, memang busy pun, banyak sangat peminat."
Semua buat muka menyampah.
"Boleh cerita sikit macam mana boleh terfikir nak jadi penulis ni? Ada kisah pahit ke macam mana?"
Aku tarik nafas. Berdebar seh!
"Sebenarnya dulu saya ada crush. Tapi, crush saya tu sikit pun tak pandang saya." Aku in character, merapu apa aku pun tak tahu.
"Kaitan?" Nani buat muka blur, sikit pun tak sorok nak jaga hati aku. Cis!
"Kaitannya, saya nak lah dia pandang saya, maka saya bertekad lah yang saya mesti buat dia pandang saya." Aku tak rasa pun kelakar 'lawak' aku, ayat berbelit-belit.
Erk?
Dia orang pun tak gelak. Muka stoic.
"Lepas tu sekarang?" Nani serius.
Aku angkat lima jari kanan.
"Apa tu?" Semua tertanya-tanya.
Aku tunjuk jari lagi. Tunjuk jari manis.
"Apa?" Serentak lima suara bergabung.
Hisy!
"Owh,jari gemuk?" Ayat Din buatkan semua orang mengilai gelak.
Tak guna Din!
"Cincinlah!"Aku membentak.
"Owh cincin, ingat nak tunjuk jari gemuk. Gemuk sangat, tak nampak cincin."
Dan mereka pun terus sambung mengilai membahan aku.
"Maksudnya crush Ell dah pandang Ell lah ni?" Nani sedaya upaya jadi pengacara yang profesional.
Angguk.
"Boyfriend?"
"Tak."
"Tunang?"
"Tak."
"Kawin?"
Aku angguk.
"Wohooooo ...," yang lain menganjing.
Aku monyok kejap. "Tak lawak la weh." Aku cakap dekat diri sendiri.
"Apa kata kau buat JK Rowling Mak? Kau member, chingu dengan JK Rowling ke?" Idea Zamir.
Boleh jugak ....
"Okay, kita beralih pulak dengan yang di hujung sana, segak je saya tengok dari sini. Dah berpunya ke belum?" Nani menyoal selamba.
Zamir malu-malu, senyum tersipu-sipu.
"Uisy, malu-malu pulak abang sado kita ni. Kalau Ell Rahim tadi dah kawin, yang ni apa statusnya pulak?"
"Kenapa nak tahu?" Zamir tanya balik.
"Sebab saya nak masuk jarumlah ...." Nani tepuk-tepuk kerusi dia sambil gelak macam kuda. Sabar jelah aku dengan perempuan ni.
"Kalau macam tu saya masih bujang." Zamir pun melayan.
"Ah, sudah lah kau. Malaysia, kita bersama, boxer Malaysia!"
Hahahahahaha. Semua bantai gelak.
"Hurm, muka dah ada gaya tu." Faris sampai gegar-gegar bahu gelak.
Diba sampai tertunduk-tunduk. Boxer?
"Bukan boxer tu ya penonton walaupun muka dia hampir seiras, boxer peninju!" Nani betulkan.
Zamir tunjuk penumbuk. Lahai, senak perut aku gelak.
"Okay, bawak bertenang. Anyway, boxer jenama apa?"
Kahkah, bongok lah Nani.
"Hoi!" Zamir sergah. Terus Nani tukar soalan.
"Okay, macam mana boleh jadi boxer?"
"Rahsia." Zamir cakap sambil gelak.
"Ah, rahsia pulak! Nak rahsia pergi masuk Misteri Nusantara lah!" Kita orang bengang.
Talk show kemenda kalau berahsia?
"Nanti aku bagi tahu la, nanti tak lawak pulak kalau sebut kat sini."
Ooooo, mengerti.
"Ha iya lah, terima kasih lah pada boxer kita, ha sebelah boxer, spender kan?" Nani tanya Kinah yang duduk sebelah Zamir.
Senak aku gelak!
Nani senget!
Mencarut-carut Kinah dibuatnya.
"Maaf kan saya, saya hanya nak bergurau. Memperkenalkan, Kiki Nana! Penari balet obes pertama Malaysia!"
Masa Nani kenalkan Kinah, sumpah aku cakap aku dah tak ada nafas sebab ketawa.
"Terima kasih Najat."
"Baik lah Kiki Nana, kenapa boleh terfikir nak jadi penari balet? Boleh ke jengket-jengket kaki tu? Tak patah pulak ibu jari?"
Nani memang sengal!
Kinah jawab sambil ketawa. "Kaki dah pasak besi."
Sebab ketawa yang berlebihan, bahagian Kinah ditangguhkan sebab semua orang penat gelak tak sudah.
"Korang nak tahu tak, kita ada atlet hari ni bersama kita. Dari tadi lagi saya tercari-cari sebelum naik pentas lagi, excited ni, bila orang kata kita ada atlet. Tak sangka betul saya, siapa lagi kalau bukan Faris Syahmi! Atlet gimrama negara!"
Hahahahahaha ....
Gimrama?
"Dengar cerita awak lah yang ada empat bini tu ya?" Nani dah mula dah.
"Eh, mana tahu ni?" Faris pura-pura terkejut, sama melayan.
"Saya stalk awak tadi kat Instagram." Nani jawab.
"Owh ...."
"Tapi saya nampak gambar awak dengan Nora Danish dengan Fazura. Macam mana boleh ada gambar dengan dia orang? Bini-bini tak marah ke?"
"Buat apa nak marah?"
"Yelah, bergambar dengan artis cantik? Tak cemburu ke?"
"Nak cemburu buat apa. Dia orang lah bini saya!"
Hahaha, bongok lah Faris.
"Berambus!" Aku cakap depan-depan.
"Faris Syahmi berjaya mendapatkan 4 orang isteri walaupun berbadan gemuk! Dan bini-bininya bukan calang-calang orang! Wow!"
"Eh, salah, bukan empat." Faris tiba-tiba menyampuk.
"Owh, kenapa, dah kurang ke?"
"Lebih, sebenarnya enam."
Enam?
"Macam mana boleh dapat enam? Kuota empat je."
"Saya ceraikan dua ... tu untuk dapatkan lagi dua tu."
Membongak!
"Sudah lah kau Faris!" Nani potong.
"Kita bergerak pula pada si gadis jelita sebelah saya ni ... Cik Adiba, pereka fesyen kita!"
Aku tepuk tangan kuat-kuat.
"Dengar cerita ada butik sendiri ya?"
Diba dah sedia dengan kertas dekat tangan.
"Panjang skrip dia tu." Aku cakap separuh berbisik dekat Faris yang duduk sebelah aku.
"Tahu, bapak panjang."
Diba dah mula membaca.
Bosan nya dengar, laju dan panjang.
"Ha, dah lah tu, meh sini kertas saya tolong bacakan." Nani menyampuk. Minah ni la ... tak reti langsung nak jaga hati member tu.
Terdiam terus Diba.
"Okay ... last sekali, kita bersama dengan Din!"
Din dah tersipu-sipu. Mamat ni nampak macam tak malu, tapi pemalu bak hang!
Benci aku, benda apa yang dia nak malukan sangat aku pun tak tahu.
"Baiklah Din, Din ni nak jadi apa? Hoi, kau nak jadi apa?" Nani lepuk bahu Din dengan buku.
"Entah, bagi jelah aku apa-apa. Aku tak kisah." Din angkat bahu.
"Apa kata kau jadi pemain bola? Striker? Striker gemuk pertama Malaysia? Ha kan rare tu."
Din gelak sampai tersandar-sandar.
"Lawak, bodoh!"
"Okay, back to the topic, saya dari tadi perati dahi Cik Din, macam mana boleh dapat tu eh?"
"Ni?" Din tunjuk parut yang memang ada dekat dahi dia, macam gengster dah.
"Ni sebenarnya saya dapat masa perlawanan akhir dengan Brazil, lawan Neymar, masa tu sangat intense. Saya ingat lagi saya terlibat dengan perlanggaran udara, saya nak bola dia pun nak bola, lepas tu kami pun berlaga, bila turun je tanah saya rasa pening, rupanya berdarah. Macam tu lah cerita dia macam mana saya dapat parut."
Tak boleh blah!
Perlanggaran udara sangat! Naik ke kat udara tu?
Macam-macamlah ...
Itulah kisahnya rehearsal kami yang pertama yang diiringi dengan gelak ketawa.
Banyak lagi nak cerita, tapi terlampau banyak. Cukuplah aku ingat dalam memori je.
Banyak kisah dia sebelum boleh sampai ke malam persembahan, berapa kali putus asa, berapa kali kecewa, berapa kali fed up, jatuh bangun aku nasihat sana sini ....
Semuanya demi sebuah persahabatan, kami gagahkan jugak.
Bayangkan, yang nak buat persembahan ni, aku kata, semua darah gemuruh.
Tapi itu lah, bak kata Faris,
We do it for memory.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top