Bab 11: Sukarelawan Sukan SEA
"Weh ... aku nak main komputer tu. Cepat, sebelum kelas lain masuk!" Aku tarik tangan anak-anak aku supaya diorang jalan laju sikit.
Waktu ni, kelas kita orang pensyarah suruh duduk library, dia MC. Jadi, menjadi seorang anak murid yang baik, kami semua masuk lah ke dalam library dengan suka hati nya.
Library sejuk, ada air-cond. Yang penting, wi-fi dekat library laju. Jimat data!
Aku ambik tempat paling dekat dengan komputer. Dekat perpustakaan ni ada disediakan komputer dalam sepuluh biji untuk kegunaan pelajar.
Aku tak tahu lah kenapa, aku rasa macam teringin sangat nak main dengan komputer tu.
"Weh, nak main komputer." Aku merengek dekat diorang.
"Mak, nak main apa lagi?" Tirah dah macam aura mak tiri nak marah Cinderella.
"Komputer tu nampak tempting lah." Aku muncungkan bibir.
"Ya Allah ... kan kat bilik ada? Tak puas lagi main?" Tirah macam tak puas hati.
"Jakun." Aku pandang kiri kanan, mencari pelontar suara biadap.
SIAPA YANG CAKAP TU?!
Aku tak tahu siapa, aku diam je.
Bukan lah aku jakun sangat tak pernah jumpa komputer. Ada je laptop sebiji dekat bilik, internet aku lagi laju dari internet library ni, aku nak main, faham tak nak main? Tak nak buat kerja?
"Siapkan kerja dulu Mak, lepas tu pergi lah main." Kata Hajar.
Aku dah senyum lebar. "Okay! I love you lah Hajar!" Macam ribut aku siapkan kerja BI. Alah ... senang je BI, goreng je. Hangus pun hangus lah, aku tak kisah!
Bila dah siap, aku pandang lagi komputer. Masih kosong.
"Ja ... dah siap belum?" Aku telek-telek kertas dia.
"Sikit lagi ni." Kata Hajar. "Kenapa?"
"'Teman aku?" Segan lah pulak nak pergi main sorang-sorang. Orang lain semua buat kerja.
"Nak segan kenapa pulak?"
"Segan lah aku sorang je."
"Kau nak buat apa Mak? Beriya sangat?"
"Aku nak check email, lepas tu nak buang mana yang tak penting, email Wattpad mesti dah berjuta dalam tu." Aku jawab jujur.Wattpad punya email ... pergh! Beribu beb!
Orang komen, orang notify follower, orang tag semua keluar dekat email. Mampus nak bukak dekat telefon nak scroll satu-satu. Nasib orang vote tak masuk email, kalau tak ... beribu lah email aku setiap hari.
Hajar pun teman aku, tapi kejap je, lepas tu dia pergi balik dekat tempat dia. Aku bukak email aku.
Semua aku buang, tapi satu yang aku nampak.
OMG!
"Hajar ... Hajar!" Aku panggil Hajar dengan suara berbisik.
"Apa?"
"Sini!" Aku gamit dia supaya datang dekat. Hajar pun datang bersama Tirah dan Syu. Anak-anak aku.
"Kenapa Maak?" Masing-masing kerumun aku sambil bercekak pinggang, macam inspektor nak soal siasat pesalah.
Aku tunjuk skrin.
Diorang pun baca.
"Kau dapat Mak?" Mereka tak percaya.
Aku lagi lah tak percaya.
Nak tahu email apa?
Aku dapat jadi SUKARELAWAN SUKAN SEA!
Wohoo!
Atlet sado, kau tunggu aku datang!
* * *
"Kau nak pergi mana lepas ni Mak?"
"Aku nak pergi HEP lah, settle hal keluar. Senang buat awal."
Diorang angguk. Approve planning aku.
"Korang nak pergi mana?"
"Cubic math, hantar QOTD, lepas tu cubic fizik hantar lab."
Okay ... maka aku pun menghantar mereka dengan pandangan sahaja ke dalam cubic sementelah aku? Meluruskan langkah kaki berjalan ke kaunter HEP.
HEP adalah kaunter yang paling tak nak aku pergi sebab seboleh-bolehnya aku tak nak jejak kan kaki ke situ.
Seram kot. Sebab orang yang selalu berurusan dengan HEP ni orang bermasalah je. Masalah ponteng, masalah rokok, masalah pakwe makwe, masalah balik lewat, dan berjuta jenis masalah lagi.
Jadi aku seboleh-bolehnya nak jaga nama baik aku di matrik ini. Nampaknya, terpaksa juga aku pecahkan rekod bersih aku untuk tidak menjejakkan kaki ke sini.
Bila masuk tu, aku nampak Madam Vee ada dekat kaunter. Berdebar dah ni ...
Aku pun terketar-ketar langkah, pergi dekat dia.
"Asalammualaikum puan." Aku sapa dulu. Fake dan sopan.
"Ha, waalaikumusalam, kenapa? Apa yang boleh saya bantu?"
Aku tarik nafas. Aku keluarkan surat tawaran dan aku tunjuk dekat dia.
"Saya ada dapat tawaran ni, lepas tu saya nak mintak cuti." Aku hulur semua benda dekat dia bagi dia tengok.
Puan Vee baca surat tu.
"Sukarelawan Sukan SEA?"
"Ya saya." Aku berdebar tunggu.
"Berapa hari ni?"
"Dua hari." Aku bagi pulak jadual aku dekat dia. Cuak beb!
Dia baca lagi.
"Bukan PDT ada exam ke minggu ni?" Dia pandang aku lain macam dah.
"Memang ada, tapi exam tu hari Isnin dengan Selasa, Selasa tu saya dah habis exam petang, maknanya saya free lah."
"Maknanya awak petang tu dah free? Habis exam?"
Aku angguk sambil senyum kambing.
"Betul? Tak tipu? Nanti kejap aku check jadual korang." Sinis je bunyinya.
Aku nak tipu buat apa?
"Nah, ambik dulu borang ni, isi, saya nak kena tanya pengarah dulu lepas ke tidak awak nak keluar ni."Aku pun ambil borang yang dia bagi.
Aku isi sampai siap lepas tu bagi dekat dia.
"Online dah isi belum?" Dia tanya merujuk kepada borang keluar online kolej.
"Belum ..." Aku cakap.
"Pergi isi dulu, lepas tu datang sini balik, lepas tu nanti bawak slip sekali."
"Slip puan?"
"Yelah, kita nak lah tengok result awak berapa, ingat senang-senang nak bagi keluar? Kalau result ke laut, kau duduk lah sini, belajar. Jangan nak gatal nak jadi volunteer."
Pergh!
Sedas je kena sound. Berdarah hati aku.
Aku dah tercengang. Bawak slip? Slip exam?
"Okay." Aku keluar dari HEP. Mana aku ada slip exam! Result keluar hari tu sikit pun aku tak peduli pasal slip.
Orang lain semua sibuk print, aku fikir mana aku nak guna dah benda tu.
Slip aku nak cari mana? Nak print pun, aku nak cekau mana link nak print? Lagi satu, nak print kena pergi library, nun jauh kemain dari HEP. Aku dah rasa nak putus asa dah ni.
Lepas tu aku nampak Siti dengan Bella. Terus aku panggil dia orang.
"Korang, tolong aku weh." Aku dah pegang siap-siap dia orang punya lengan.
"Hai Mak, sorang je ke? Mana anak-anak?"
Masa ini lah dia nak tanya pasal anak-beranak aku pulak. "Entah, mana hilangnya di orang, weh tolong aku."
"Relax, relax Mak, tolong apa?"Siti usap-usap lengan aku.
"Macam mana nak print slip PSPM?" Straight aku tanya tak belok-belok dah.
"Slip? Bukan dia ada link dia ke?" Diorang soal aku semula.
"Link tu nak ambik dekat mana?"
"Tak tahu lah, kan dia ada bagi masa result keluar. Kat situ jelah selalunya kita orang buat." Terang Bella. Aku rasa nak menangis dah ni.
"Nak buat apa mak?" Situ pulak soal aku.
"Kan aku dapat jadi sukarelawan tu,nak mintak keluar lah ni.Tiba-tiba nak slip pulak. Nak tengok result aku dulu baru bagi keluar."
Dia orang dah buat muka tak percaya. "Mak ai, nak mintak keluar pun nak tengok result?"
Aku angguk. Mana aku nak cekau ni?
"Apa kata kau mintak je dekat dia, cakap je lah yang kau tak tahu." Bella bagi idea.
Aah kan? Kenapa aku tak terfikir?
"Boleh eh?"
"Dah, kau nak ambik dekat mana slip tu?"
Aku petik jari. Baik! Aku pun menonong masuk semula dalam HEP. Masuk-masuk je, aku dengar Puan Vee seru nama aku.
"Siti Zulaika!"
Cepat-cepat aku pergi dekat dia.
"Ya puan?"
"Dah isi borang online belum?"
Aku geleng.
"Pergi isi dulu dekat komputer tepi tu, dah isi datang sini semula jumpa saya."
Aku pun terkulat-kulat pergi dekat komputer tepi dinding. Aku pandang komputer tu dengan pandangan kosong, nak buat apa ni?
Sumpah aku rasa menyesal tak dengar masa taklimat cara-cara nak isi borang online ni masa Perhimpunan Pelajar dulu. Aku ingat aku takkan sekali-kali buat benda yang luar daripada norma, duduk mereput dekat kolej ni sampai hujung hayat aku dekat sini.
Sekali nak kena keluar ...
Aku baca kertas panduan kat tepi tu. Semua aku dah isi mengikut panduan, kecuali tarikh. Aku tekan ruangan kosong tu. Tak lepas!
Dah kenapa?
Dekat 15 minit aku cuba tekan. Memang tak boleh. Bodoh punya komputer! Aku maki dekat situ jugak. Bengang sebab Puan Vee dah dua kali panggil nama aku tapi aku tak selsesai-selesai lagi isi borang.
Lepas tu Bella dengan Siti, entah dari mana datang. Kononnya nak tolong aku, tapi sama, dia orang pun tak tahu kenapa tak boleh isi tarikh.
"Siti Zulaika ... dah siap ke belum?" Puan Vee tanya dari dalam kaunter.
"Kejap puan, tak siap lagi." Apa malang sangat aku ni?
Ada sorang budak cina ni dekat belakang.
"Awak tahu tak macam mana nak isi tarikh ni?" Last resort dah tu aku tanya dia.
"Tekan je dekat tarikh tu."Dia tunjuk skrin.
Aku pun tekan.
Cis kek punya sistem!
Terus keluar kelendar kecil, tekan je tarikh kat situ. Tak guna! Buat malu aku je setengah jam bala kan komputer ni. Tebal muka aku dengan budak cina dengan India dekat belakang ni.
Lain kali main lagi masa taklimat ya Siti Zulaika!
Sengal abadi!
Cepat-cepat aku siapkan, aku pergi dekat kaunter, ada Puan Vee dengan borang dekat tangan dia.
"Ha, sini ikut saya. Alang-alang ada dekat sini, meh kau pergi mintak, cakap sendiri dengan Pengarah."
And I was like ...
PENGARAH?
LIKE SERIOUSLY?
"Sini jom jumpa pengarah." Puan Vee gamit aku.
What the hell is wrong with my luck today?
Aku dengan terketar-ketarnya ikut dia dari belakang pergi ke bilik kaunseling, Pengarah ada dalam tu.
Puan Vee bukak pintu.
"Asalammualaikum Puan Hajah ... ni ada sorang student kita ni nak jumpa dengan Puan Hajah." Kata Puan Sonita.
Bila masa aku nak jumpa? Bila masa?
Dia tunjuk aku, Pengarah pandang aku.
"Nak jumpa saya? Kenapa tu?"
"Ni ha, ada sorang student kita ni terpilih nak berbakti kepada negara katanya, nak jadi sukarelawan Sukan SEA. Ha, awak cakap sendiri dengan Pengarah ya?" Sinis je nada Puan Vee, langsung tak membantu aku.
"Sukan SEA?"
Puan Vee dah beredar tinggalkan aku berdua sahaja dengan Pengarah. Borang-borang dan surat-surat aku dah berpindah tangan dari Puan Vee pergi ke Pengarah.
Aku berdiri depan pengarah,menunduk.
Ketar weh ketar.
Aku tak pernah lagi buat salah seumur hidup aku. Aku budak nerd yang tak pernah ponteng kelas, datang kelas lima minit lambat pun aku dah menggelupur, semua acara kolej aku turun tak kira lah acara bodoh buang masa sampai lah acara cerdik tambah ilmu. Semua aku pergi!
"Awak mintak ke jadi volunteer ni?" Soalan pertama Pengarah.
"Aah, saya mintak."
"Bulan berapa Sukan SEA ni?"
"Bulan 9."
"Benda ni buat dekat mana?"
"UKM." Sepatah-sepatah aku jawab.
"Bila?"
"Hari Rabu dengan Khamis."
"Waktu kuliah lah ni?"
Takut-takut aku angguk.
"Kalau waktu kuliah, saya tak benarkan!" Tegas, tepat lagi jitu dia cakap sedebik depan muka aku.
"Ha?" Sumpah aku terkejut.
"Ya lah, kalau waktu kuliah, saya tak benarkan awak keluar, baik duduk dalam ni, belajar. Exam dah nak dekat ni."
"Tapi Puan ..." Aku tak mahu terus dijustifikasi begitu sahaja. Ini tidak adil!
"Apa?"
Aku telan air liur. "Tapi takkan saya nak tolak? Bukan selalu ada Sukan SEA." Takut-takut aku jawab juga. Ini masa depan aku tahu!
"Berapa pointer PSPM awak baru ni?"
Allah ... aku lemah betul kalau main sebut pointer ni. Tak mati lah kalau dapat pointer rendah, tak ada hidup selamanya pun kalau dapat pointer tinggi.
"Pointer?" Aku tanya jugak lagi sekali. Sengaja nak dapatkan kepastian, mana tahu berubah hati kan? Tak payah aku beritahu Pengarah pointer aku.
"Ha, pointer awak berapa?"
"3.14." Tebal je aku nak sebut pointer aku yang tak berapa nak tinggi tu.
"3? Saya ingatkan 4. Kalau 4 baru saya nak bagi pergi tadi. Bukannya tinggi mana, duduk jelah sini, belajar."
Berapi je aku rasa bila pointer tak berapa nak tinggi aku tu dicemuh begitu sekali. Puan tak dengar ke saya sebut 3.14 tadi? Bukan 3.0, ada 0.14 di belakang!
Inilah masalah kalau duduk dekat matrik, semua kejar dunia, semua kejar pointer tinggi, hina sangat lah kalau pointer paras-paras hujung hidung aku tu.
Aku sengaja je malas dapat tinggi-tinggi, kalau aku nak boleh je aku belajar. Bukan nak jadi doktor, pointer biasa-biasa sudah lah. Masuk jugak universiti kalau tak dapat four flat!
"Tapi puan, dua hari je, lagi pun masa tu lepas exam, tak belajar. Pensyarah semua marking paper." Aku cuba juga pujuk dia.
Come on man.
Takkan lah sebab dua hari aku tak pergi kursus aku kena korbankan peluang seminggu jadi sukarelawan masa bulan 9 nanti?
Tak adil!
"Tak,saya tak benarkan. Bukan nya ada apa sangat pun jadi sukarelawan tu. Ada dia bagi elaun?"
Aku angguk, harus lah ada. Tapi apa yang lebih penting dari elaun yang aku nak kejarkan sekarang adalah pengalaman. Ingat senang ke nak dapat pengalaman macam ni lagi kalau yang ini aku lepaskan?
"Tak boleh lah ni?" Aku tanya, suara aku dah berubah, rasa nak menangis.
Ini lah kali pertama aku betul-betul nak something, diorang buat aku cenggini pulak. Sedih!
"Boleh, tapi dengan syarat." Tiba-tiba pengarah bagi aku option.
"Syarat?" Aku jadi bodoh agaknya asik ulang tanya soalan yang sama.
"Buat aku janji dapat four flat, baru saya benarkan awak keluar. Boleh?"
Ah sudah ...
Pulak ...
Four flat?!
Baru je tadi aku cakap aku tak nak four flat.
Mana boleh mungkir prinsip!
"Boleh tak? Kalau awak buat aku janji, baru saya sign surat awak ni."
"Four flat puan? Aku janji?" Kan aku kata,aku jadi bodoh ulang soalan.
"Ya."
Aku telan air liur.
Buat aku janji maknanya aku berjanji? Kalau janji kena tunaikan? Nak tunaikan aku kena baca buku? Baca buku maknanya lifeless? Lifeless maksudnya kena simpan telefon? Simpan telefon maksudnya tak ada Wattpad, Instagram, Youtube, Twitter? Tak ada semua tu maksudnya Jumaat, Sabtu, Ahad ni aku kena study untuk UT?
"Boleh buat aku janji?" Suara pengarah matikan fikiran aku.
"Boleh. Saya buat aku janji tu."
Dang!
Aku memang gali kubur aku sendiri ...
Tahniah Siti Zulaika, kau lah insan yang paling berani, berani mati!
"Nor, meh sini satu borang aku janji." Pengarah panggil Puan Nor, kaunselor kolej.
Puan Nor keluar datang bawa sehelai kertas yang aku percaya titik tolak kepada kebebasan aku.
"Nah, tulis aku janji awak." Pengarah letak kertas tu depan aku.
Aku ambik. Aku cari-cari pen dalam beg aku yang penuh dengan sampah tu. Mujur jumpa, sebatang. Kalau tak, aku tak tahulah hidup aku boleh jadi malang macam mana lagi ...
Aku berfikir-fikir, janji palsu apa aku nak tulis ni?
Sumpah aku blank.
Come on, think, think!
Apa guna aku tulis novel berkajang-kajang buat aku janji pun tak tahu?
Okay ... aku dapat idea.
Maka, dengan tangan yang menggigil, aku mula menulis.
SAYA, SITI ZULAIKA, DENGAN INI BERJANJI UNTUK MENDAPATKAN 4.0 DALAM PEPERIKSAAN SEMESTER PROGRAM MATRIKULASI 4 SEKIRANYA SAYA INGIN MENYERTAI KURSUS KESUKARELAWANAN DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PADA MINGGU HADAPAN.
Aku siap tulis, aku baca semula.
Hahahaha, sumpah fake!
Lawak bodoh apa aku tengah buat sekarang ni?
Aku hulur pada pengarah.
Dia baca.
"Pergi hantar dekat Puan Nor." Pengarah suruh aku. Aku angguk, dengan anggun lagi ayu aku bangun dan masuk pulak dalam bilik kaunselor yang pertama kalinya aku jejakkan kaki ke dalamnya.
Dalam satu hari, aku dah pecahkan rekod bersih seumur hidup aku. Syabas Siti Zulaika!
Duduk depan kaunselor dah satu hal kena dengar dia ceramah, sekolahkan aku.
"Lain kali kakak, sebelum awak buat something, awak kena lah dulu tanya HEP, awak boleh ke tidak buat itu ini, jangan pandai-pandai buat keputusan sendiri, tengok jadi macam ni? Nasib Pengarah bagi awak keluar. Ini awak dah buat aku janji ni, awak kenalah tunaikan, kita akan pantau awak, bla, bla, bla ..."
Aku cuma mampu tayang sengih palsu dan angguk penuh tak rela.
Ya Allah ... aku ada surat kot, surat cuti tanpa rekod yang ada bawah tu tandatangan Menteri, datangnya terus dari Pejabat Sekretariat Bukit Jalil!
Bukannya aku pergi cari kat internet pastu aku tampal sendiri dekat kertas tu.
Official!
Apa yang susah sangat sampai jadi isu besar ni? Sukarelawan Sukan SEA kot, bukan sukarelawan konsert rock!
Dah siap kaunselor ceramahkan aku, aku keluar. Pergi jumpa Puan Vee pulak.
"Kenapa tak mintak tanda tangan Pengarah terus?"
Dah pulak ... mana lah aku tahu, karang buat pandai sendiri, kena marah.
Sampai dekat Puan Vee, dia cakap aku kena pergi jumpa pengarah balik. Masuk lah lagi menghadap wanita yang paling berkuasa dekat kolej ni.
"Puan, mintak tolong tanda tangan dekat sini." Aku tunjuk ruangan yang kena tanda tangan.
Puan pengarah ambil kertas aku janji aku.
Dia baca aku punya aku janji. Dia tulis sesuatu dekat kertas tu.
"Tambah ni."
Baik ... saya yang menurut perintah ...
Aku duduk balik.
SAYA AKAN BERJUMPA PENSYARAH UNTUK BERTANYAKAN PELAJARAN YANG TERTINGGAL, MEMINTA LATIHAN DARIPADA PENSYARAH, DAN MENGULANGKAJI SEMUA TOPIK YANG TERTINGGAL.
Aku hulur dekat pengarah.
Pengarah angguk, lepas tu dia sign.
PERMOHONAN DILULUSKAN!
Aku rasa nak menangis bila nampak pengarah tulis benda tu kat bawah sign dia.
Wohooo!
Tapi belum habis lagi, aku kena jumpa Puan Vee baik semula.
Pergi jumpa Puan Vee, aku disekolahkan lagi. Aku angguk macam burung belatuk, padahal tak masuk dah dalam kepala aku apa yang dia cakap tu.
Akhirnya, pukul 6 baru aku keluar dari HEP.
Bersama surat aku janji.
Aku berjalan, tapi rasa macam tak pijak je lantai.
Lembik kaki.
Aku mengeluh. Mahalnya harga kebebasan aku..
Empat rata ...
Nak berbakti dekat negara tapi prosidur macam aku kena tangkap hisap dadah.
Nak mintak keluar tiga hari tapi gaya macam aku mintak cuti sebulan nak pergi tour Eropah.
Nak jadi sukarelawan, bukan mintak keluar matrik nak pergi clubbing.
Begitulah adik-adik, tahap high class nya para pendidik menekankan pelajaran kepada kami warga pelajar kolej ni ....
Kolej aku jelah, tempat lain tak tahu.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top