Bab 1 -Tragedi Hari Pertama

"Mak, tak nak tempah kereta ke?" Aku cuba jugak tanya mak,mana tahu dia nak ubah fikiran kan.

"Tak payahlah, Cik Ani dah beriya-iya ajak tumpang dia tu." Mak buat selamba. Aku dah separuh gila. Aku pandang beg aku yang melambak dekat atas lantai. Banyak kot!

"Kalau tak muat macam mana van nanti? Barang Wani mesti banyak." Aku cuba-cuba juga mempersoalkan kuasa veto seorang ibu, mana tahu tergugat walaupun seinci.

"Muat lah. Insya-Allah.Van tu." Mak cuba juga nak sedapkan hati aku.

"Yelah,yelah." Pasrah. Aku cakap perlahan. Esok aku dah nak masuk matrik selepas hampir berbulan-bulan menjadi penganggur terhormat dekat rumah.

Dalam kepala aku sekarang ada satu benda je ... hurm, macam manalah rupanya matrik tu sebenarnya? Matriks tu apa? Orang kata matriks macam sekolah asrama penuh, betul ke? Ke tipu je? Ke tu cuma satu lagi tipu daya dan 'saka' yang diturunkan dari nenek moyang bergelar senior nak menakut-nakutkan kami sebagai freshie ni? Ah, pedulikan semua tu. Yang penting sekarang ni, macam mana aku nak sampai sana dulu?

Argh, stres!

Nak tahu kenapa aku stres sangat? Sebab Wani pernah cerita yang van dia tak berapa nak sihat, jadi aku pun fikir. Dengan barang aku lagi, barang Wani lagi. Kalau van semput ke? Mati ke? Wani tak apalah. Dia ada kereta, aku? Mak dengan abah pasangan suami isteri biasa sahaja, sederhana keluarga kami ini. Maka tidaklah mempunyai kereta sebagai pengangkutan darat yang utama.

Makanya, sebab itulah aku jadi mereng sekejap macam mana nak pergi matriks dan bawa segala macam harta aku. Seandainya okay, tak mintak, tapi seandainya yang buruk-buruk jadi esok? Tak sambung belajarlah jawabnya. Aku dah pesan dekat mak dah siap-siap, pergi cari orang yang boleh sewa kereta, eh tak ... mak berkeras nak tumpang Wani sebab memang pun Cik Ani sungguh-sungguh ajak tumpang dia.

Seganlah nak menolak kalau orang dah beria mengajak kan. Hurm ... kita tunggu sajalah esok.

"Dee, Cik Ani baru call ni." Mak panggil aku yang tengah sedap goyang kaki atas kerusi.

"Ha kenapa?" Aku dah rasa lain macam.

"Van dia mampus, tak hidup pulak." Itu yang keluar dari mulut mak.

Semangat aku terus down 90 peratus. Kan dah cakap ... I told you mom!

"Dah tu goner (macam mana)?" Bahu aku ni, agaknya kalau boleh digambarkan dengan sudut,dah jatuh 45 darjah dah! Down teruk!

"Tak apa,dia dah confirmkan dengan Pak Teh, kau pergi dulu dengan Wani naik kereta diorang, nanti barang-barang kau menyusul kemudian."Itu idea bernas dari mak.

Dan aku pun macam ....

"Hah?" Mak tengah buat lawak ke apa ni?

"Pergi je dulu dengan Wani.Yang lain-lain tu pandai-pandai jelah mak urus nanti."

Jadi mak nak kata aku kena pergi dulu, terkontang kanting sorang-sorang? Di bumi yang asing tu? Aku malas nak bertekak,makanya aku iyakan jelah. Mother knows better.

"Yalah."

Tepat pukul 7.30 pagi, kereta Almera Pakcik Rahmad sudah sedia menunggu aku. Aku capai beg laptop yang mana dalam tu ada segala fail-fail yang penting untuk mendaftar,salam mak abah dan terus masuk kereta.

Barang aku?

Aku baca Al-Fatehah siap-siap dalam hati, sedia nak menerima kehilangan.Rest in peace my dear. Sebab naik van Pak Teh ibarat macam erk ... faham-faham sendirilah van tua dan uzur. Kalau sampai ke matrik tu nanti kira seribu rahmat dah untuk aku. Sepanjang perjalanan, aku tak henti-henti doa, janganlah apa-apa jadi pada van. Buatnya tiba-tiba rosak, aku nak pakai apa weh? Nak mandi macam mana?

Aku cuma ada satu beg laptop ni je.Masa ni,aku rasa aku lah insan yang paling banyak berdoa. Haih, tipikal Melayu, ingat Tuhan bila susah. Ampunkan aku Ya Allah, sampaikanlah barang-barang aku.

* * *

Sampai di sana, dari jauh aku sudah nampak tulisan Kolej Matrikulasi Pahang. Masuk pintu pagar, aku jadi jakun. Inilah tempat aku nak belajar nanti! Besar lak aih .... Aku tempek muka dekat tingkap cermin tengok dekat luar, banyaknya kereta. Jadi inilah matriks?

"Nama asrama aok apa? "Pakcik Rahmad tanya aku.

"A2." Aku cari-cari juga mana satu asrama aku tapi tak jumpa. Aku sebenarnya yang buta, padahal asrama tu bapak besar.

"Ni bukan?" Pakcik Rahmad tunjuk bangunan krim jalur oren yang dalamnya cat warna ungu. Aku tengok, aah lah. Inilah bangunannya.

"Pakcik turunkan aok dekat sini ya?"

"Okay." Itu cuma mulut ya, mulut. Dalam hati?

Aku tak nak turun! Janganflah Pakcik tinggalkan saya dekat sini. Nak je aku cakap aku nak ikut diorang pergi mendaftar Wani, tapi aku malu. Dalam paksa, aku gagahkan juga tangan tolak pintu. Terketar-ketar kaki jejak tanah.

"Nanti lepas selesai urusan Wani, Cik cari aok ya Leyka?" Mak Wani pesan.

Aku angguk sambil berair mata tengok kereta meluncur pergi. Aku pandang belakang, aku nak buat apa? Semua orang ada family, aku? Lonely ... gila. Mak! Orang nak balik! Aku nampak dua tiga orang panjat tangga,aku ikut je mereka.Asrama aku atas bukit.

Naik dekat atas, sudah ramai parents yang tunggu dengan anak-anak. Aku pun buat-buat pandai sendiri, duduk sajalah atas kerusi, bawah kanopi yang dia orang pasang, sebab ramai je orang duduk kat situ.

Tiba-tiba ada orang panggil.

"Kepada pelajar, sila beratur untuk pendaftaran. Bawak slip BSN sekali dengan dokumen-dokumen yang diperlukan."

Aku cuak, waaa!

Macam mana ni? Macam mana kalau dia nak kena ada parents sekali? Apa aku nak jawab? Mak abah saya tak sampai lagi bersama barang-barang saya? Ah, cubalah. Kalau dia nak ada parents, tunggulah kan. Aku canguklah kat situ sampai dia orang sampai.

"Hanya pelajar sahaja dibenarkan masuk, parents sila tunggu di luar," kata mereka tiba-tiba bila mak bapak yang sibuk nak masuk daftarkan anak-anak dia orang, macam anak tu baru nak masuk darjah satu.

Wohooo! Alhamdulillah! Allah dengar doa aku ... isk,isk. Aku dengan penuh bangga dan yakin,pergi mendaftar.Alone,by my own self!

I'm not mama's daughter anymore!

* * *

"Bilik nombor berapa?" tanya dia yang menjaga kaunter kunci.

Aku telek kertas pada tangan aku. Mana satu nak tengok bilik?

"Berapa?" Orang depan aku tanya lagi.

"6?" Aku tunjuk kertas itu pada dia, aku nampak dia angguk. Betullah tu kot, bilik nombor 6.

"Nah, ni kunci. Boleh naik atas, cari bilik. Tingkat dua ya?"

Aku sambut kunci. Inilah kunci kepada kejayaan aku di matriks ini. Kunci! Dengan kaki yang terketar-ketar, aku berdiri dulu dekat sudut bangunan. Perhatikan manusia-manusia yang macam-macam perangai. Barang-barang yang dia orang bawa ... subhanallah! Macam nak duduk seribu tahun dekat sini!

Aku rasa aku punya barang banyak dah, rupanya ciput. Tengok tu, tengok tu, siap bawa segulung tikar getah, mop lantai, bantal peluk besar mayat, apa lagi? Gitar, toto ... dia tak nak berambus dari matrik ni ke apa cerita dia hujung sem nanti? Ah ... pedihnya mengenangkan barang aku yang entah sampai ke tidak ke sini.

Lambat-lambat tangga aku daki. Berpusing-pusinglah cari bilik. Tak jumpa-jumpa. Blok kediaman berbentuk empat segi. Dan semua nampak sama. Aku pusing kanan, bilik nombor 15-21, pusing kiri,bilik 21-24, mana bilik 6 ni? Wujud ke tidak? Owh jumpa! Lepas habis aku tawaf satu aras, bilik aku dekat je dengan tangga yang aku daki tadi. Kalaulah aku pusing ke kiri, jalan lima langkah dah jumpa bilik 6. Ceh!

Dugaan apakah ini? Baru sejam yang pertama. "Bismillah ..." Aku masukkan kunci dalam tombol. Apa dalam bayangan aku, bilik cantik, ada perabot, kemas,bersih! Alah, tipikal asrama sekolah kaya dalam TV.

Pintu aku tolak. Erk! Pertama, bilik ni macam bilik hantu, bersawang, hapak, gelap tapi ... luas. Aku telan air liur. Berdebu.

Is this my room?

Aku tanggal kasut, takut-takut masuk. Bilik ni ada empat katil, empat loker, empat meja study siap dengan rak buku dan lampu. Bolehlah ... dari tak ada. Dilema pertama aku adalah ... nak pilih katil!

Katil mana yang patut aku cop?

Kalau dekat dengan pintu nanti asyik nak tengok pintu. Kalau dekat tepi sana tu, berhabuk sangat. Aku adalah sejenis manusia pemalas, kerja pulak aku nak buat proses pembandaran dekat situ. Leceh, so reject! Yang sebelah sini, scary ... reject juga. Jadi aku ambillah katil yang menghadap tingkap, terang nak buat kerja.

Dilema kedua,nak pilih tilam. Tempat cun dah, tilam pulak ... alah, lembik sangat!

Aku pandang kiri kanan, sementara tak ada orang ni, baik aku tukar tilam dulu.Keselesaan harus diutamakan! Aku pun mulakan misi cari tilam.Setelah beberapa ketika menekan-nekan tilam,aku dapati tilam yang paling best adalah tilam katil depan katil aku.Maka aku dengan penuh rasa suka tukar tilam tu.

Dilema ketiga, aku nak buat apa lepas ni? Nak kemas barang? Tapi barang mende? Habuk pun tarak! Pintu yang terbuka luas sejak tadi buatkan aku nampak bilik depan ada parents yang tolong kemaskan tempat anak dia. Sangkut hanger, bentang tikar, lap meja, pasang cadar.

Aku dah terasa ada lagu

~~Di hari raya..terkenangkan ku kepada si dia~~

~~Kampong halaman serta keluarga~~

~~Ayah dan bonda...~~

Hari pertama di matrik,aku dah nampak masa depan aku. Gelap!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top